GELANGGANG kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai semakin hangat apabila masuk minggu kedua kini.
Selama tujuh hari pertama kempen, tidak boleh dinafikan, ternyata calon yang terserlah aktif adalah dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sahaja.
Walaupun ada sesekali calon selain BN atau PH melintas, ia mungkin hanya sekadar sekilas pandang olah pengundi di sana.
Jentera BN dan PH juga dilihat semakin bertenaga dan memiliki keupayaan untuk bertemu seramai mana pengundi yang mereka mampu selain memberi ceramah umum pada masa yang dibenarkan.
Selain itu, calon yang berasal dalam kawasan yang sama juga tidak ketinggalan untuk bertemu muka dengan pengundi masing-masing demi menawan hati menjelang hari mengundi 16 November ini.
Lazimnya, mereka akan menggunakan hari Ahad sebagai hari paling penting untuk bersemuka dengan pengundi serta mendengar apa sahaja aduan selain memberi jaminan serta janji-janji politik boleh menyelesaikannya jika menang pilihan raya.
Namun, dalam apa juga situasi, mereka sebenarnya masih tidak dapat bertemu majoriti pengundi masing-masing kerana difahamkan ramai lagi yang menetap dan bekerja di luar Tanjung Piai seperti di Kuala Lumpur atau dikatakan lebih 5,000 lagi yang kini berada di Singapura.
Pada minggu terakhir kempen ini juga, jentera akan berusaha supaya jumlah undi rosak dikurangkan selain mengharapkan supaya jumlah pengundi keluar mencecah atau melebihi 75 peratus sekali gus menjadi faktor akhir game numbers yang boleh menjadi penyebab kemenangan kepada PH atau BN sendiri.
Namun, apa yang paling penting dan tidak terdapat di dalam mana-mana PRK sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 atau 14 namun ada di Tanjung Piai adalah melihat kesan reformasi kerajaan sendiri.
Kali ini, setiap reformasi yang dilakukan kerajaan dapat dinilai pengundi sekali gus menimbulkan persepsi terhadap sebarang perubahan yang mampu dilakukan di lokaliti berkenaan.
Kita dapat melihat kumpulan pengundi semi urban dan urban ini akan memberi impak kepada keberkesanan proses reformasi kerajaan selepas Mei 2018.
Pengundi berbilang kaum di kawasan berkenaan juga sebenarnya sudah tidak lagi mahu mendengar laungan kempen menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB atau apa sahaja cerita kerajaan BN yang didakwa kleptokrasi sebelum ini.
Mereka mahu lihat apa impak penurunan umur pengundi kepada 18 tahun di kalangan belia selain usaha kerajaan mengurangkan hutang negara sekali gus memberi jaminan suara mereka diketengahkan apabila wakil yang menang kelak berbahas di Parlimen nanti.
Ia juga perkara paling penting untuk dilihat sebagai petanda awal bagi kemenangan milik siapa pada PRU ke-15 nanti, apakah itu maknanya rakyat menerima beberapa reformasi yang dilakukan ini atau akar umbi menolaknya dengan alasan tersendiri.
Komunikasi politik
Teori pilihan rasional yang diperkenalkan Anthony Down (1957) dalam karyanya “An Economic Theory of Democracy” menamakan pilihan politik dengan pilihan ekonomi.
Menurutnya, dalam pasaran ekonomi, seseorang pengguna akan membandingkan barang-barang
pengeluaran dari segi harga barang dan seterusnya membuat pilihan untuk membeli berdasarkan
nilai wang sesuatu barang.
Sementara, dalam membuat pilihan dalam pilihan raya pula, lazimnya pengundi akan memberi undi kepada parti atau calon yang paling berkemungkinan memuaskan tuntutan mereka dengan berpandukan maklumat-maklumat dan pengetahuan terhadap sesuatu pilihan itu.
Dalam pada itu kekuatan komunikasi politik pula seharusnya menjadi sesuatu yang patut ditekankan pada PRK kali ini.
Ia sebenarnya penting bukan sahaja pada kempen PRK semata-mata tetapi setiap masa. Ia satu bentuk sentuhan yang terus menusuk ke nadi pengundi termasuk usaha kerajaan yang mengumumkan pembagai bantuan demi mengharapkan sokongan untuk terus berkuasa.
Dalam hal begini, ternyata ada risalah yang dikeluarkan PH iaitu mereka menamakan dua segmen yang dilihat komitmen dan satu lagi dianggap diutamakan.
Ia sebenarnya harus diperhalusi untuk membezakan dengan manifesto atau kaedah komitmen itu dipraktikkan. Kalau itu komitmen, maka ada perkara yang tidak dijelaskan iaitu apakah nasib pekebun kecil, nelayan dan pembawa teksi.
BACA: Rakyat nilai prestasi kepimpinan PH, cabaran PRK Parlimen Tanjung Piai - Anwar
BACA: Tanjung Piai Memilih: Ini bukan soal saya, Najib ingatkan PH
Namun begitu, ianya satu permulaan baik yang dianggap mukadimah sahaja tetapi yang perlu dalam memenuhi teori komunikasi politik ialah penterjemahan dalam ceramah pada minggu terakhir yang akan mendatang.
Seminggu yang lepas, cukuplah penceramah berlawak jenaka, apa sahaja yang dianggap tersasul, kesalahan kecil yang boleh dimaafkan mahupun gula-gula untuk halwa telinga, kini sudah masuk minggu untuk bercerita tentang komitmen jangka masa panjang yang harus menjadi teras atau pegangan jika menang kelak.
Tidak lengkap
Kepada BN, perlu diakui mereka kini berada dalam keadaan serba tidak lengkap atau kurang kuat untuk menyampaikan suara di Parlimen, jadi usaha yang mereka akan sampaikan pasti menarik perhatian kelompok yang berkepentingan.
Ia termasuk penjawat awam, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta keperluan yang kurang dalam kehidupan rakyat.
Secara umumnya, PRK ini adalah satu petunjuk utama kepada keberkesanan komunikasi politik di antara pembangkang dan pemerintah.
Itu sebabnya, perkara ini tidak boleh dilakukan dalam keadaan tidak tersusun kerana ianya lebih mengelirukan rakyat masa kini yang ternyata lebih berilmu dan pengetahuan melalui kehebatan penyebaran berita melalui media sosial hari selain pendapat mereka yang dipimpin dalam platform media sebetulnya.
Tanjung Piai ada kekurangannya apabila PH sebagai sebuah kerajaan dilihat tidak memainkan peranannya untuk memberitahu apa agenda pembangunan terperinci di Parlimen itu dalam masa lima tahun lagi.
Kerajaan menawarkan itu dan ini tanpa memikirkan realitinya kini, pelbagai kilang serta sumber pendapatan penduduk semakin terhad malah ada juga dilaporkan tempat mencari rezeki yang ditutup.
Janji semasa kempen di pihak kerajaan juga tidak dilihat realistik jika hanya mahu mengadakan padang futsal untuk anak muda atau kawasan rekreasi untuk beriadah bersama keluarga.
Perkara ini harus disusun dengan baik dan tidak bersandarkan kepada kesilapan yang hanya bakal merosak emosi pengundi kerana ditabur janji semanis gula semata-mata.
* Wan Syamsul Amly ialah wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Sun Nov 10 2019
Jentera BN dan PH juga dilihat semakin bertenaga dan memiliki keupayaan untuk bertemu seramai mana pengundi yang mereka mampu selain memberi ceramah umum pada masa yang dibenarkan. - Gambar BERNAMA
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.