Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menepis tohmahan sesetengah pihak mengatakan pembentukan blok pakatan baharu yang dianggotai Pas dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hanya menyebabkan Melayu semakin berpecah.
Jelasnya, Melayu sudah sekian lama terbahagi mengikut parti-parti politik sedia ada dan gagasan pemikiran yang dibawa masing-masing.
"Bukan sebab kita (Pas) Melayu berpecah.
"Apa yang kita buat ini adalah untuk kembali menyatukan Melayu dan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.
Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan blok pakatan ketiga atau apa yang dipanggil sebagai Third Force ini akan memecah-belahkan undi dalam kalangan pengundi Melayu, memandangkan Pas memiliki ramai pengikut dari kalangan Melayu Islam lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
Bagaimanapun beberapa penganalisis politik tempatan melihat usaha Pas dalam mewujudkan alternatif selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan mungkin menghadapi kesulitan.
Walaupun Pas merupakan sebuah parti besar dan berpengalaman dalam kancah politik tempatan selama berpuluh tahun, keupayaan Pas bersama rakan pakatan baru meraih sokongan diragui, lebih-lebih lagi selepas ketiadaan tokoh berkaliber, Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta konflik yang berlaku dalam parti perjuangan Islam itu kebelakangan ini.
Veteran DAP, Lim Kit Siang juga sebelum ini juga berpandangan bahawa pengwujudan blok pakatan baharu itu tidak memberi impak kepada Pakatan Harapan, malah kepada landskap politik negara secara amnya.
Bagaimanapun, Abdul Hadi yakin mereka dapat meneraju gerakan perubahan pentadbiran negara ke arah positif dengan prinsip pakatan baru yang mendukung konsep membangkang secara matang selain menolak bangkangan ekstrem.
"Itu masa depan, hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan pakatan ini," ulas Abdul Hadi ringkas.
Israr Khalid
Wed Mar 16 2016
Presiden Parti Islam Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) bersama Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dua, kanan) bersalaman menandakan bermulanya kerjasama politik antara kedua-dua parti
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
'Lebih 10 MP kerajaan bakal sokong PN'
Spekulasi itu bukan cakap kosong kerana dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi.
ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Dewan Rakyat: "Kerajaan ambil langkah 'tempang' tarik balik rayuan kalimah Allah"
Memberitahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad berkata, tiada pemakluman awam dibuat terhadap keputusan tersebut.
DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang
Dr Yusof dalam sidang DUN itu menyatakan kekesalan beliau apabila ADUN di blok pembangkang tiada seorang pun yang hadir.
Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos
Mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI
Bagaimanakah cara yang sehalus, seaman, secekap, dan seefektif mungkin untuk blok-blok dalam Parlimen bersama menyelesaikan krisis tanpa perlu menidakkan antara satu sama lain?
Apa berlaku pada satu jam pertama dalam Sidang Mesyuarat Khas hari ini?
Ini tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.