MELAKA: Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung akhir bulan ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Jelasnya pembentangan itu bagi melarang mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bertukar parti.
"Keputusan ini juga selari dengan Dewan Rakyat di peringkat Parlimen dan ia juga mengikut apa yang telah pun diputuskan pucuk pimpinan sebelum ini.
"Jadi Melaka akan ambil langkah sama kali ini untuk RUU itu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan lokasi pelaksanaan inisiatif No Right Turn dan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini hari ini.
Dalam pada itu Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata parti itu juga sedia untuk membantu jentera Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau berkata antara lokasi yang dikenal pasti ialah kawasan DUN dalam Parlimen yang bersempadanan dengan kedua negeri seperti Rembau, Tampin dan Port Dickson.
"Saya masih belum dapat maklumat lengkap berapa kerusi DUN, tetapi setakat ini antara kawasan yang kami kenal pasti untuk bantu jentera yang bersempadan seperti Rembau, Tampin, Gemenceh, Linggi, Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023

"Melaka akan ambil langkah sama kali ini untuk RUU itu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang," kata Ketua Menteri.- Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentang esok
Apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dibentangkan Julai ini - Nga
KPKT dijangka membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.