Melaka Bangkit Gemilang, ikrar PN untuk PRN Melaka

Astro Awani
November 14, 2021 11:39 MYT
Pentadbiran PN di Melaka jika dipilih akan bertunjangkan nilai integriti dan ketelusan bagi memastikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. - Gambar Fail/BERNAMA
MENERUSI Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka, gabungan itu menawarkan enam tunjang utama bagi menjayakannya.
Berikut merupakan enam tunjang Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka.
Tunjang 1: KEUTUHAN EKONOMI
- Bagi melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi
- Fokus kepada pendigitalan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)
- Lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi
Tunjang 2: KEPRIHATINAN KEPADA RAKYAT
- Kesihatan mental dan jasmani, perumahan, kemudahan rekreasi serta pendidikan untuk setiap lapisan masyakarat
- Pendidikan merupakan asas penting yang wajib diperteguhkan untuk bina bakat masa hadapan
- Dewan Undangan Negeri Belia Melaka akan diwujudkan bagi menggilap generasi pemimpin masa depan
Tunjang 3: KERANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN
- Pendekatan untuk merancakkan semula industri pelancongan di Melaka
- Lebih banyak kemudahan tempat letak kenderaan bertingkat di kawasan pelancongan
- Usaha pemulihan industri pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan antarabangsa
Tunjang 4: KELESTARIAN ALAM SEKITAR
- Fokus akan diberikan kepada peningkatan penggunaan teknologi hijau
- Penggunaan tanah secara optimum serta pengurusan sisa pepejal
- Usaha memulih dan memulihara ekosistem kawasan sungai, pesisir pantai dan marin
Tunjang 5: KECEKAPAN INFRASTRUKTUR
- Akan memperkukuh penyediaan infrastruktur yang cekap
- Pembinaan dan naik taraf jalan serta naik taraf sistem saliran dan tebatan banjir
- Perluasan liputan Internet 5G akan dipercepatkan dan kemudahan hotspot wifi secara percuma disediakan di tempat terpilih
Tunjang 6: KETEGUHAN DAN KEJUJURAN PENTADBIRAN
- Keteguhan dan kejujuran dalam pentadbiran Kerajaan negeri Melaka adalah tunjang penting
- Agenda untuk memperkasa perkhidmatan awam negeri dipergiat melalui pendigitalan
- Pemerkasaan ini juga turut melibatkan tadbir urus yang cekap dan berintegriti
BACA: PRN Melaka: PN lancar Ikrar Perikatan Nasional Untuk Melaka
#Perikatan Nasional #PN #ikrar #Manifesto #PRN Melaka