Media sosial akan diguna secara meluas pada PRU14 - penganalisis politik
Astro Awani
Oktober 29, 2017 18:22 MYT
Oktober 29, 2017 18:22 MYT
Media sosial akan digunakan secara meluas dan sepenuhnya oleh semua parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Penggunaan media sosial memberi manfaat kepada setiap parti politik yang bertanding kerana mereka akan menggunakan medium media baharu seperti WhatsApp, Twitter, Facebook Live, Instagram, Bigo Live dan pelbagai aplikasi lain bagi menyiarkan kandungan politik berkaitan isu semasa.
Langkah itu dipercayai mampu mempengaruhi pandangan pengundi terutama di kawasan bandar dan sebahagian kecil kawasan di luar bandar berikutan akses kepada telefon pintar yang semakin meluas.
Ia susulan kuasa dominan media sosial dalam memberi informasi terutama isu pergolakan, kepincangan dan perbahasan politik hingga ke akar umbi.
Kupasan itu dibuat Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan selaku editor buku berjudul "Democracy At Work in Malaysia" pada program Resensi Buku yang diadakan di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, di sini, pada Ahad.
Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UUM Noremalia Elina dan Zetty Amelia
* Awani Rangers UUM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro Awani dan Universiti Utara Malaysia (UUM)
#Facebook
#Instagram
#media sosial
#Mohd Azizuddin
#pilihan raya
#PRU14
#Resensi Buku Democracy At Work in Malaysia
#Twitter
#Ummu Atiyah