MCA masih belum bincang mengenai kerusi PRU, PRN Johor - Wee

Bernama
Januari 22, 2022 22:05 MYT
Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong berkata bagaimanapun MCA telah siap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: MCA masih belum berbincang mengenai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong berkata bagaimanapun MCA telah siap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya.
"MCA sudah mempunyai jawatankuasa dan telah memulakan kerja bagi memantapkan jentera menjelang pilihan raya.
"Perbincangan kerusi mana untuk bertanding belum ada dan ia menjadi tradisi MCA selagi tak bubar (dewan), ia tidak akan dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Keselamatan Jalan Raya MIROS di Dewan Muafakat Ayer Hitam, dekat sini, hari ini.
BACA: MCA sedia hadapi PRN Johor - Wee Ka Siong
Pada PRU14, UMNO bertanding 35 kerusi, MCA (14 kerusi), Gerakan (tiga) manakala MIC (empat) namun BN hanya memenangi 19 kerusi menerusi UMNO dengan 17 kerusi manakala MIC dua kerusi.
-- BERNAMA
#MCA #kerusi #PRN Johor #PRU #pilihan raya #Wee Ka Siong
;