MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
Bernama
Jun 8, 2024 23:16 MYT
Jun 8, 2024 23:16 MYT
KOTA BHARU: MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.
Ringkasan AI
- MCA Kelantan akan diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan tambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.
- Pada pilihan raya negeri lepas, MCA tidak diberi kerusi dan hanya Pakatan Harapan serta BN yang bertanding.
- Langkah ini diambil untuk memperkemaskan struktur organisasi Kerajaan Perpaduan di Kelantan bagi memastikan parti menguasai kerajaan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pada pilihan raya negeri yang lepas, tiada kerusi diperuntukkan kepada MCA dan hanya Pakatan Harapan dan BN yang bertanding.
"Soal kalah menang itu cerita kedua tetapi konsep kebersamaan BN secara tradisinya MCA selalu diberi kerusi di peringkat negeri.
"Langkah memperkemaskan struktur organisasi Kerajaan Perpaduan di Kelantan ini bagi memastikan supaya parti menguasai kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis resolusi Konvensyen BN 2024 di sini hari ini.
Terdahulu Ahmad Jazlan menerima resolusi berkenaan daripada Pengerusi Konvensyen Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh.
-- BERNAMA