MB Pahang jadi pengarah PRK BN Cameron Highlands
Firdaus Azil
Disember 21, 2018 21:29 MYT
Disember 21, 2018 21:29 MYT
Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju melantik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada Januari nanti, kata Pemangku Presiden parti Datuk Seri Mohamad Hasan berkata
Katanya lagi, Pemangku Timbalan Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula akan diberi tugas menyusun atur strategi serta program parti sepanjang tempoh berkempen.
“Biasanya Pengarah PRK diberi tugas dan mandat kepada Timbalan Presiden, tapi memandangkan Cameron Highlands terletak di negeri kita (Pahang), Ketua Badan Perhubungan negeri merupakan Ketua Bahagian dan Menteri Besar, jadi kita serahkan kepada Wan Rosdy untuk diberi kepercayaan dan mandat jadi pengarah.
“Tapi masa sama Ismail Sabri selaku Pemangku Timbalan Presiden akan meyusun atur strategi untuk kita jalankan program sepanjang tempoh PRK,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas MT di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya SPR hari ini mengumumkan 26 Januari 2019 sebagai hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil (P.078) Cameron Highlands.
Menurut Pengerusinya Azhar Azizan Harun, pengumuman itu dibuat selepas SPR menerima perakuan daripada Mahkamah Pilhan Raya mengenai pengisytiharan pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu bagi kerusi berkenaan.
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#majlis tertinggi
#Menteri Besar
#Mohamad Hasan
#pilihan raya kecil
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tok Mat
#UMNO
#Wan Rosdy Wan Ismail