Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Jumaat cuba mengelak daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah baiah talak tiga sekiranya keluar PAS.
Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata beliau hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan dalam politik.
"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan GHB peringkat negeri di sini pada Jumaat.
Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah baiah talak tiga oleh semua wakil rakyat PAS sama sekali tidak sah dan tidak seharus dikaitkan dengan politik.
Isu sumpah baiah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) selePAS kalah dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam lafaz baiah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri tersebut sejak 2004.
Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli PAS, berkata isu keahliannya akan dipecat secara automatik selepas GHB berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak.
"Keahlian PAS saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain," katanya.
Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan 'Gerakan' dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.
"Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai. Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama parti," katanya.
Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata perkara berkenaan hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi.
Bernama
Fri Jul 24 2015
![Mat Sabu enggan jawab isu sumpah Bai'ah Mat Sabu enggan jawab isu sumpah Bai'ah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434878755_matsabu.jpg)
MOHAMAD SABU: Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti negeri.- Gambar Fail
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Hubungan dingin PKR dan Amanah sulitkan kerjasama Pakatan 2.0 Hubungan dingin PKR dan Amanah sulitkan kerjasama Pakatan 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441074501_GHBMatSabu.jpg)
Hubungan dingin PKR dan Amanah sulitkan kerjasama Pakatan 2.0
Harapan pemimpin Amanah dan DAP untuk melihat kerjasama baharu ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sebaiknya daripada PKR tidak seperti diharapkan.
![Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81441012191_AmanahNegara.jpg)
Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB
GHB mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja -Pekerja Malaysia selepas permohonan untuk meletakkan nama Parti Progresif Islam (PPI) ditolak Kementerian Dalam Negeri.
![Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir amat mengejutkan - Mohamad Sabu Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir amat mengejutkan - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434878755_matsabu.jpg)
Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir amat mengejutkan - Mohamad Sabu
Mohamad turut menyifatkan kehadiran Dr Mahathir disebabkan, bekas perdana menteri itu risau berkenaan situasi politik semasa negara.
![Tiada paksaan sertai GHB - Dr Mujahid Tiada paksaan sertai GHB - Dr Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437791888_MUJAHIDYUSOFRAWA.jpg)
Tiada paksaan sertai GHB - Dr Mujahid
Tiada paksa untuk mana-mana individu menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.
![PAS tentukan nasib anggotanya terlibat GHB 11 Sept ini PAS tentukan nasib anggotanya terlibat GHB 11 Sept ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439746194_GBH.jpg)
PAS tentukan nasib anggotanya terlibat GHB 11 Sept ini
Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 Sept ini.
![GHB sedia kerjasama dengan PAS jika ada keperluan - Salahuddin GHB sedia kerjasama dengan PAS jika ada keperluan - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437827253_SalahuddinAyub.jpg)
GHB sedia kerjasama dengan PAS jika ada keperluan - Salahuddin
Gerakan Harapan Baru sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika wujudnya keperluan di dalam Pakatan Rakyat 2.0 nanti.
![GHB: Mohamad Sabu enggan sahkan penyertaan Nik Omar Nik Aziz GHB: Mohamad Sabu enggan sahkan penyertaan Nik Omar Nik Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439746194_GBH.jpg)
GHB: Mohamad Sabu enggan sahkan penyertaan Nik Omar Nik Aziz
Pengerusi parti baharu itu berkata beliau akan menyemak semula dan akan membuat pengesahan berhubung penyertaan anak Allahyarham Nik Aziz itu.
![Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437794719_HarapanBaru.jpg)
Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB
Jauhar Mohd Dawi berkata beliau keluar daripada PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal Pakatan Rakyat.
![Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436772797_MATSABU.jpg)
Johor platform terbaik buat GHB luaskan pengaruh - Mat Sabu
Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa Johor merupakan platform terbaik untuk meluaskan pengaruh dan dasar perjuangannya.
![GHB bukan parti politik - Raja Bahrin GHB bukan parti politik - Raja Bahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438491191_RAJAKAMARULBAHRIN.jpg)
GHB bukan parti politik - Raja Bahrin
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah hari ini mempertahankan status Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai sebuah badan bukan kerajaan, NGO dan bukan sebuah parti politik.