Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan rekrut terbaharu mereka, ahli akademik Maszlee Malik dalam satu sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penyertaan Maszlee akan membantu mengukuhkan usaha parti dalam menyebarkan dakwah Islam serta kebenaran.
"Kami yakin dengan kemasukan beliau (Maszlee) dapat membuktikan bahawa PPBM merupakan platform yang sesuai untuk disertai golongan akademik," kata beliau.
Sementara itu, Maszlee menyatakan bahawa isu yang membelenggu negara ini 'memaksa' beliau untuk melibatkan diri dalam politik kepartian.
"Walaupun terdapat pihak yang mempelawa saya untuk menyertai parti politik sebelum ini,saya terpaksa menolak kerana masih berpegang kepada ideal untuk menjadi intelektual awam yang bebas mendidik, mengkritik dan membimbing semua pihak.
"Namun, keadaan kini telah mengheret saya untuk keluar dari zon selesa daripada seorang ahli akademik kepada seorang penyumbang dalam lapangan secara serius," kata beliau.
Apabila ditanya sekiranya beliau bersedia untuk dicalonkan PPBM dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti, Maszlee berkata beliau akan menurut arahan parti.
"Fokus saya pada ketika ini adalah membantu parti.
"Jika saya dicalonkan, saya akan menurut arahan parti," katanya.
Maszlee, 44 tahun merupakan profesor pembantu di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Anak kelahiran Johor itu pernah berkhidmat di beberapa badan pemikir dan juga dijemput sebagai panelis atau moderator bagi forum yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam.
Hafiz Marzukhi
Mon Mar 12 2018
Adik Bulan Asyraff, peserta Gimme The Mic Malaysia meninggal dunia
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff berkongsi khabar duka bahawa adik perempuannya meninggal dunia pada Khamis malam.
Mogul Internet Kim Dotcom rancang lawan ekstradisi dari New Zealand
Usahawan Internet kelahiran Jerman, Kim Dotcom akan mengemukakan rayuan terhadap ekstradisinya dari New Zealand ke Amerika Syarikat (AS).
Pemain industri sangkal persepsi kos pelancongan di Langkawi mahal
Dengan perancangan baik, pelancong mampu dapatkan penginapan, makanan dan menjalankan aktiviti lain di Langkawi pada harga murah dan berpatutan.
Ibu minat filem kung fu dorong Muhammad Danish ceburi wushu
Pemenang pingat emas Kejohanan Remaja Dunia 2018 dalam acara gunshu itu berkata perjalanannya dalam dunia wushu bermula seawal usia 6 tahun.
MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.
PRK Nenggiri: Kempen dua minggu dapat perhatian penuh, tamat tengah malam ini
'Perang' kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan berakhir tengah malam ini, sebelum pengundi masing-masing turun memilih wakil rakyat mereka, esok.
Dua pesawat TUDM bawa rakyat Palestin yang cedera selamat tiba di pangkalan TUDM Subang
Dua pesawat milik TUDM yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pukul 2 petang tadi.
Ekonomi tahun ini dijangka teguh, risiko luar jadi cabaran
Risiko prospek pertumbuhan Malaysia menjadi perlahan berpunca daripada pengurangan permintaan luaran, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan.
Biar dihina, fitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru 1.6 juta penjawat awam untuk menjadi benteng kepada negara.
Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.