Masihkah Sarawak menjadi 'simpanan tetap' BN?
Astro Awani
Mei 9, 2018 02:12 MYT
Mei 9, 2018 02:12 MYT
Sekitar pukul 11.30 malam ini, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 masih lagi belum diketahui secara rasmi kecuali Sarawak.
Penulis yang mengikut rapat data yang dikeluarkan menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati, hanya kawasan Parlimen Baram sahaja yang belum dikeluarkan oleh SPR.
Namun, melihat kepada keputusan rasmi itu, Barisan Nasional dikatakan gagal mengekalkan kemenangan pada PRU13 apabila hanya menang 19 kerusi parlimen.
Kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi itu adalah kerusi-kerusi selamat.
Sementara, BN Sarawak juga gagal merampas semula kerusi-kerusi yang dimenangi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lebih mengejutkan apabila DAP, PKR dan calon Bebas dilihat 'merampas' kerusi-kerusi selamat BN seperti di Julau, Lubok Antu dan Selangau.
Pembangkang seperti DAP dan PKR masih lagi menguasai kerusi-kerusi kawasan bandar yang kebanyakannya kerusi kawasan masyarakat Cina.
Fenomena ini terus menimbulkan pertanyaan masihkah Sarawak sebagai 'simpanan tetap' BN?
#Barisan Nasional
#Bebas
#BN Sarawak
#DAP PKR
#Malaysia Memilih
#Pilihan Malaysia
#pilihan raya umum
#PRU14
#Sarawak
#selamat
#Selangau