Marah, kecewa, tidak peduli antara reaksi orang ramai dalam kemelut politik kini

Astro Awani
Februari 25, 2020 02:08 MYT
Terdapat pelbagai reaksi kepada kemelut politik yang sedang dihadapi negara ketika ini termasuk marah dan kecewa.
Terdapat pelbagai reaksi kepada kemelut politik yang sedang dihadapi negara ketika ini.
Ini dapatan bancian yang dikelolakan penganalisis politik Doktor Sharifah Syahirah Syed Sheikh yang menyatakan reaksi tersebut terbahagi kepada pihak yang merasakan marah, kecewa dan tidak peduli.
Selain itu, bancian tersebut juga mendapati golongan belia mengambil maklum tentang perkembangan politik dalam negara.
"Namun, mereka sebenarnya mengambil maklum dan peduli dengan situasi terkini di Malaysia.
"Keprihatinan ini bukan terhadap parti politik atau ahli politik tetapi mereka risau tentang masa hadapan Malaysia serta kesejahteraan mereka di masa hadapan," kata beliau.
Pandangan tersebut dikongsinya dalam sesi temu bual Consider This pada Selasa malam.
#Consider This #Doktor Sharifah Syahirah Syed Sheikh #kerajaan #Pakatan Harapan #perkembangan politik #politik
;