Manifesto BN 'Selamatkan Pulau Pinang' dilancarkan
Astro Awani
April 15, 2018 11:53 MYT
April 15, 2018 11:53 MYT
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini melancarkan Manifesto negeri bagi Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) yang bertemakan 'Selamatkan Pulau Pinang', menggariskan enam teras dengan 60 inisiatif.
Manifesto yang memberi keutamaan kepada semua golongan masyarakat itu antara lain memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah banjir dan bukit botak dalam tempoh tiga tahun setengah akan datang.
Turut diberi perhatian, penyelesaian masalah perumahan rakyat dengan membina 65,000 unit rumah mampu milik, isu kesesakan lalulintas, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, pelancongan dan warisan.
Inisiatif terbaru itu menyenaraikan beberapa janji termasuk untuk membatalkan projek Terowong Dasar Laut dan menghapuskan cukai langsung dan tidak langsung berkaitan tanah.
Lebih 3,000 hadir pada majlis yang diadakan di Seberang Jaya itu.
#banjir
#Barisan Nasional
#bukit botak
#cukai
#Manifesto
#pelancongan
#pilihan raya
#PRU14
#pulau pinang
#rumah
#tanah
#terowong