Manifesto BN: 5 juta pelajar berkemahiran digital hadapi Revolusi Industri 4.0

Bernama
April 7, 2018 05:00 MYT
BN juga berjanji mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan terbaik di bilik darjah. - Gambar hiasan
Barisan Nasional (BN) menjanjikan masa depan sektor pendidikan negara yang inklusif berdepan Revolusi Perindustrian Keempat (Revolusi Industri 4.0) dengan memahirkan 5 juta pelajar sekolah berkemahiran digital.
Perkara itu antara terkandung dalam manifesto BN bertemakan 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, di sini Sabtu malam.
BN juga berjanji mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan terbaik di bilik darjah.
Seterusnya BN memberi jaminan menaik taraf semua sekolah daif di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.
Berikut antara yang terkandung dalam manifesto BN:
  • Menaikkan had insentif untuk Skim Simpanan Pendidikan.
  • Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).
  • Menyediakan insentif khusus untuk mencipta khidmat pembelajaran dalam talian.
  • Memperluas pelaksanaan Program Anak Angkat bagi pengukuhan sosiobudaya.
  • Membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar.
  • Meluaskan capaian Internet pantas ke semua universiti awam.
  • -- BERNAMA
    #Barisan Nasional #BN #huffaz #MalaysiaMemilih #Manifesto #Najib Razak #pelajar #pendidikan #politik #PRU14 #revolusi industri #sekolah
    ;