Di sebuah kedai kopi, dua lelaki dalam lingkungan usia 50-an dilihat rancak berbual tentang Parti Warisan Sabah, yang sedang giat berkempen untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kamu lihat saja perang bendera, boleh menang tu," kata seorang lelaki kepada rakannya, sambil menghirup kopi.
Biarpun kali pertama bertanding dalam pilihan raya sebagai sebuah parti baharu, namun pemimpinnya seorang individu yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanahair.
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini sedang mengetuai ceramah kempen perdananya di seluruh negeri dalam berbaki beberapa hari lagi sehingga garis penamat pada hari pengundian 9 Mei.
Dari pantai barat di Kota Kinabalu, penulis menjelajah ke pantai timur, dari Sandakan, Lahad Datu, Semporna hinggalah ke Tawau, ada saja mendengar nama susuk politik bernama Shafie Apdal ini.
Adakah beliau masih begitu berpengaruh biarpun setelah meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN)?
Hasil perbualan penulis dengan Pensyarah Sains Politik dan Dasar Awam UiTM Sabah, Mohd Rahezzal Shah Abdul Karim menemui satu corak pemilihan pengundi yang memberikan perspektif berbeza.
Kami melihat kepada undi popular Shafie pada PRU13, beliau ketika itu menang di bawah tiket BN dengan majoriti lebih 20,000.
Undi popularnya cukup tinggi, 83 peratus.
Berdasarkan statistik itu, adakah mungkin Shafie dapat dikalahkan?
Mengambil senario yang berbeza pula pada PRU 2008, seorang pemimpin BN yang juga cukup popular ketika itu, Datuk Seri Lajim Ukin memenangi kerusi Parlimen Beaufort.
Beliau menang dengan undi popular sebanyak 79.3 peratus dalam pertandingan satu-lawan-satu, hampir sama dengan peratusan undi popular Shafie pada 2013.
Lajim yang berketurunan Bisaya juga merupakan Janang Gayuh, iaitu gelaran tokoh pemimpin tertinggi orang Bisaya.
Ia setaraf dengan gelaran Huguan Siou yang diberikan kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sebagai pemimpin masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).
Shafie pula merupakan seorang pemimpin yang dihormati dalam kalangan Bajau Suluk.
Namun pada PRU13, setelah Lajim keluar parti dan bertanding di bawah tiket PKR di kerusi itu, undi popularnya jatuh kepada 45.5 peratus.
Calon BN, Azizah Mohd Dun menang kerusi Parlimen Beaufort dengan 50.5 peratus undi popular.
Biarpun kalah dengan majoriti tipis, hakikatnya, undi popular Lajim jatuh sebanyak 34.5 peratus selepas beliau keluar BN dan menyertai PKR.
Pada PRU14 kali ini, Lajim bakal bertanding di kerusi sama sebagai Presiden Harapan Rakyat, sebuah parti pembangkang tempatan.
Jika dibandingkan dua sosok politik bernama Lajim dan Shafie ini, kedua-duanya merupakan pemimpin yang amat disenangi komuniti masing-masing dan pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan.
Kesimpulannya, ia pernah berlaku dan tidak mustahil sejarah bakal berulang.
Namun siapakah yang menggalas peranan sebagai ‘game changer’ dalam mencorak dan mengolah naratif ini? Pada waktu ini, ada yang berpendapat, batang tubuh Lajimlah orangnya, dan bukannya Shafie.
Berbanding Shafie, Lajim yang mewakili PKR ketika itu memperjuangkan isu-isu nasional dan dilihat lebih cenderung kepada sentimen Semenanjung.
Manakala Shafie pada setiap ceramahnya pula menjual ideologi 'Sabah Ubah' sambil meyakinkan pengundi bahawa partinya boleh membentuk kerajaan negeri.
Kerusi Parlimen Semporna menyaksikan BN mempertaruhkan dua orang anak pemimpin tersohor, Tun Sakaran Dandai, yang juga merupakan bekas ketua menteri Sabah.
Datuk Nasir Sakaran bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang menentang Shafie yang juga sepupunya, manakala Datuk Razak Sakaran di DUN Bugaya.
Pengaruh keluarga Sakaran ini cukup kuat di Semporna, secocok dengan gelaran "The Kennedy's of Semporna".
Cubaan Shafie untuk mengekalkan kerusinya di Semporna juga mungkin tidak semudah yang disangka.
Selepas Shafie meninggalkan UMNO, Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban banyak mengambil alih tugas Shafie dan berkhidmat di kawasan parlimen itu.
PRU kali ini bakal menyaksikan Ramlee bertembung bekas "taukeh" di kerusi Semporna.
Tinggal lagi, cabaran kini terletak pada Ramlee untuk meyakinkan pengundi bahawa beliau masih relevan di Semporna dan perlu mewakili suara pengundi di kawasan Parlimen itu.
Berbaki beberapa hari sebelum hari pengundian, masih terlalu awal untuk menentukan parti mana yang sedang mendahului perebutan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN Sabah.
Daripada pemerhatian luaran, penerimaan Parti Warisan Sabah adalah baik dalam kalangan pengundi, khususnya golongan muda.
Namun sejauh mana ia diterjemahkan dalam jumlah undi, semuanya bakal terjawab pada 9 Mei nanti.
Tan Su Lin
Sun May 06 2018

Bolehkah parti Warisan yang dikemudi Mohd Shafie mengubah suasana politik di Sabah? - Gambar fail
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.