#MalaysiaMemilih: Warga emas usia 99 tahun mahu bertanding lagi pada PRU14

Astro Awani
Januari 19, 2018 16:52 MYT
Penyertaan Maimun pada PRU12 di kerusi parlimen Kuala Terengganu dikatakan menjejas peluang Mohamad Sabu. - Gambar Beritasini.com
Bekas calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof berhasrat untuk bertanding sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, lapor Harian Metro.
Namun, warga emas berusia 99 tahun dan dikenali sebagai Tok Mun itu menjelaskan hajat bertanding pada PRU14 itu hanya akan tercapai jika mempunyai wang yang cukup untuk menjadi calon dan berkempen.
"Tok masih tidak serik untuk bertanding. Kalau ada pitih (wang) berasa nak juga masuk bertanding sekali lagi," katanya.
Pada pilihanraya umum 2008 dan 2013, Maimun memberitahu, beliau menghabiskan kira-kira RM60,000 untuk menjadi calon dan berkempen namun tewas dan hilang wang pertaruhan.
Pada PRU 2008, Tok Mun menjadi perhatin ramai apabila bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Kuala Terengganu dan menjejaskan peluang Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang ketika itu bertanding atas tiket Pas. Ketika itu, calon Barisan Nasional (BN) Razali Ismail menang dengan 628 undi.
Pada 2013, Tok Mun sekali lagi bertanding di kerusi parlimen yang sama namun tewas dengan hanya memperolehi 182 undi.
Kerusi parlimen Kuala Terengganu kini disandang oleh Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menang pada PRU13 atas tiket Pas.
#99 tahun #Amanah #Barisan Nasional #DAP #Gagasan Sejahtera #Ikatan #Kuala Terengganu #Maimun Yusof #Malaysia #MCA #MIC #Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #PAS #PKR #PPBM #PRU14 #Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad #UMNO #warga emas
;