#MalaysiaMemilih: Perlis, Kedah dan Selangor sasaran Pas

Astro Awani
Februari 21, 2018 18:06 MYT
Pas pernah membentu kerajaan di Terengganu dan Kedah selama satu penggal sebelum ini. - Gambar fail
Selain mengekalkan Kelantan dan merampas kembali Terengganu, Pas berhasrat menawan Perlis, Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Abdul Hadi, sasaran menawan lima negeri itu berserta dengan hasrat Pas yang mahu menang 40 kerusi parlimen dan seterusnya menjadi penentu kepada pihak yang ingin membentuk kerajaan.
"InsyaAllah kita tunjuk adilnya dan baiknya Islam ini khusus kepada orang bukan Islam dan menyedarkan orang Melayu sendiri wajibnya mereka balik kepada Islam," katanya dalam satu ceramah di Terengganu.
Jelas beliau, Pas berhasrat meneruskan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah di Terengganu yang pernah diluluskan ketika parti itu mentadbir negeri tersebut pada 2002.
Pas membentuk kerajaan di Kelantan sejak 1990 dan pernah memerintah di Terengganu pada 1999 dan Kedah pada 2008.
Namun di Terengganu dan Kedah, Pas hanya memerintah selama satu penggal sebelum dirampas kembali oleh Barisan Nasional (BN).
#Abdul Hadi Awang #ceramah #Enakmen Jenayah Syariah #Kedah #Kelantan #Malaysia #MalaysiaMemilih #Perlis #PRU14 #Selangor #terengganu
;