#MalaysiaMemilih: Pengundi mahu semua parti angkat agenda Melayu

Shahrul Hassan
Januari 9, 2018 23:13 MYT
Kepentingan Melayu perlu diterapkan dalam sektor ekonomi, pemilikan rumah dan menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat. - Gambar hiasan
Mengangkat kepentingan Melayu dan menjadikan ia sebagai agenda utama setiap parti politik merupakan harapan pengundi di Pasir Gudang.
Bagi pengundi Melayu di kawasan Parlimen tersebut, isu kepentingan komuniti itu sentiasa relevan bagi setiap parti politik.
Mereka berpandangan, kepentingan Melayu perlu diterapkan dalam sektor ekonomi, pemilikan rumah dan menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Memang perlu kepentingan orang Melayu itu diutamakan. Ini sudah ada dari awal. Cuma perlu ikut sahaja, jangan dikurangkan," kata Azmi Mohd Khamis, seorang penjaja buah di sini.
Sementara itu, Muaazam Nganain pula melihat kepentingan Melayu yang perlu diutamakan termasuk dalam isu pemilikan rumah.
#Amanah #Barisan Nasional #DAP #Johor #Malaysia #Malaysia Memilih #MCA #Melayu #MIC #Pakatan Harapan #PAS #Pasir Gudang #PKR #PPBM #UMNO