Malaysia Memilih: Pimpinan Barisan Nasional bincang hal 'bapa segala pilihan raya'

Hilal Azmi
Januari 3, 2018 20:39 MYT
LIOW: Kebanyakan parti komponen telah memberikan senarai calon - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung malam tadi membincangkan tentang persediaan parti komponen bagi menghadapi 'bapa segala pilihan raya', Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Ini merupakan pertama kali ia diadakan bagi tahun ini dan dihadiri oleh kesemua pemimpin tertinggi 13 parti komponen.
Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai perbincangan berkisar tentang memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti komponen.
"Kami semua sepakat dan senarai pendek calon telah dihantar.
"Kebanyakan parti komponen telah berikan senarai pendek calon untuk diteliti Perdana Menteri," katanya ketika ditemui media.
#Barisan Nasional #Liow Tiong Lai #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #MCA #Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional #Perdana Menteri #PRU14