Maksimumkan media sosial, tepis fitnah dan dakwaan pembangkang - Abang Jo
Nuzuluddin Abdul Razak
Oktober 25, 2020 20:12 MYT
Oktober 25, 2020 20:12 MYT
KUCHING: Semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus memaksimumkan penggunaan sosial media dalam usaha menangkis segala dakwaan dan hasutan pembangkang.
Presidennya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, setiap pemimpin perlu menganalisis dan menjawab dengan bijak serta pantas segala persoalan yang dibangkitkan oleh pembangkang di platform digital.
“Kita teruskan, jangan takut dalam perjuangan, kita ambil risiko dengan niat yang baik, dan kita mesti ambil tahu penggunaan sosial media dan berjuang melalui sosial media," katanya.
Beliau berpesan kepada semua ahli parti PBB dan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam ucapannya semasa Konvensyen PBB Zon Selatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.
Terdahulu, Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof, turut menggalakkan ahli parti untuk aktif di laman sosial.
Jelasnya, ruangan tersebut membentuk satu perimeter baharu yang perlu diawasi untuk melumpuhkan persepsi yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat khasnya di Sarawak yang berbilang kaum dan agama.
“Media sosial adalah wadah untuk menyebarkan maklumat dan propaganda sehingga mampu mempengaruhi pemikiran orang ramai.
“Lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya yang akan datang dan sewaktu pandemik COVID-19, tiada sebarang kempen beramai-ramai akan diadakan, semuanya tertumpu kepada sosial media," ulasnya lanjut.
#Manfaatkan sosial media
#Abang Johari Tun Openg
#Ahli PBB berani
#tangkis fitnah pembangkang
#pembangkang
#Sarawak
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu