Majlis Syura Ulama Pas lulus 90 peratus senarai calon

Bernama
Februari 23, 2018 02:39 MYT
Ada beberapa negeri yang masih belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili Pas. - Gambar hiasan
Majlis Syura Ulama PAS telah meluluskan 90 peratus senarai calon yang dihantar oleh PAS negeri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim berkata setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya dua atau tiga nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Pasir Tumboh, di sini malam tadi.
BACA: Muktamad, Pas tidak bersama Pakatan Harapan - Tuan Ibrahim
Beliau bagaimanapun berkata ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu.
-- BERNAMA
#calon #negeri #Pakatan Harapan #PAS #pilihan raya umum #PRU14 #Tuan Ibrahim Tuan Man