Majlis Pemukiman Penerangan UMNO selesai, berlangsung secara tertutup

Ridauddin Daud
Mei 21, 2023 09:26 MYT
Kenderaan yang membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat meninggalkan Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) pada jam 5.05 petang. - Foto Astro AWANI
BENTONG: Majlis penutupan Pemukiman Penerangan UMNO yang berlangsung di Bentong pada Ahad berakhir selepas kenderaan yang membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat meninggalkan Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) pada jam 5.05 petang.
Tiada sidang media dilakukan sebaik kenderaan membawa beliau keluar apabila rombongan mengiringi beliau terus beredar sebaik sahaja program selesai.
Difahamkan, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira satu jam 15 minit dalam program itu selepas beliau tiba pada jam 3.45 petang.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan media tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut.
Setakat ini, media masih belum mendapat sebarang maklumat berhubung intipati majlis namun dipercayai ia turut membincangkan isu semasa berkaitan parti dan negara.
#Zahid Hamidi #Pemukiman Penerangan UMNO #Politik Malaysia #PRN