Mahkamah perintah Utusan bayar Lim Kit Siang RM250,000
Astro Awani
Disember 10, 2014 18:28 MYT
Disember 10, 2014 18:28 MYT
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan akhbar, Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM250,000 kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin veteran itu dalam satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah diberikan bayaran kos sebanyak RM25,000, berjaya membuktikan kes terhadap defendan atas keseimbangan kebarangkalian.
Dalam reaksi segera di laman mikro Twitter beliau, Kit Siang menulis: ”Hurrah kepada Gobind Singh Deo atas kemenangan hebat terhadap politik bohong.”
September tahun lepas, Kit Siang memfailkan saman terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad kerana menuduhnya memanipulasi pengiraan undi ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012.