Mahasiswa boleh nilai tindakan Saifuddin - Razali Ibrahim
Dania Zainuddin
Oktober 18, 2015 09:20 MYT
Oktober 18, 2015 09:20 MYT
Mahasiswa kini lebih bijak menilai tindakan ahli politik yang bertindak melompat parti demi kepentingan peribadi mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata golongan itu juga boleh melihat kesan negatif atau positif dari tindakan seseorang ahli politik itu.
Razali mengulas mengenai kesan penyertaan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam PKR, terhadap golongan mahasiswa dan menyifatkan tindakan Saifudin hanya sebagai satu trend.
Razali berkata setiap keputusan akan mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan apa yang lebih penting adalah untuk mengenal pasti kesan tindakan itu kepada pemerhati.
"Jadi kalau mahasiswa rasa benda tu bagus, sikap itu, dia akan ikut.
"Pada saya, setiap tindakan ada kesan dan tidak ada benda yang diterima sebagai betul oleh semua orang.
"Setengah orang bersetuju, setengah orang tidak bersetuju. Tapi pada saya, apakah kesan kepada perkara tersebut, itu yang mustahak," kata Razali pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Mantap siri ke-5 di Kem Bina Negara KLIA, Sepang pada Sabtu.