Logo PKR boleh diguna tanpa kelulusan SPR
Astro Awani
April 7, 2018 22:59 MYT
April 7, 2018 22:59 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), menafikan ada memberi kenyataan, Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, apa yang dinyatakan ketika sidang media selepas Simulasi Bilik Gerakan PRU14 adalah sekiranya status pendaftaran atau simbol PH yang tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta lambangnya masih tidak berdaftar dengan SPR, maka ianya tidak boleh digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai bahan kempen.
“Sekiranya mereka bercadang bertanding atas tiket PKR, hanya simbol parti itu sahaja yang dibenarkan diguna semasa PRU-14 untuk tujuan kempen, manakala simbol-simbol parti lain tidak boleh digunakan sebagai bahan kempen termasuk simbol DAP, Amanah dan PPBM,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, ulasannya sebelum ini disalah erti seolah-olah keputusan untuk penggunaan lambang PKR oleh ahli parti lain untuk tujuan pilihan raya mesti mendapat kebenaran daripada SPR.
Katanya, ingin ditegaskan kebenaran, untuk menggunakan simbol PKR oleh calon yang ingin bertanding atas tiket parti itu adalah di bawah bidang kuasa parti itu.
#DAP
#isu semasa
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya umum
#PKR
#PPBM
#PRU14
#Suruhanjaya Pilihan Raya