Logo baharu Google diterima positif
Kohilah Sekaran
September 2, 2015 14:08 MYT
September 2, 2015 14:08 MYT
Penampilan logo Google baru nampaknya menerima sambutan yang hebat daripada pengguna media sosial.
Syarikat gergasi Internet, Google hari ini memberi nafas baru dengan menukar logonya untuk menepati kesesuaian peralatan mudah alih.
Susulan pengumuman tersebut, hashtag #GoogleLogo adalah antara isu yang paling trending di laman Twitter.
Pelbagai pandangan dikongsi oleh netizen berkenaan rupa logo Google yang baru itu di media sosial.
Kebanyakan mereka berpendapat bahawa rupa baru Google itu pratik, sempurna dan mudah dibaca pada semua saiz.
Mereka juga mengubah huruf kecil g berwarna biru kepada G berhuruf besar dengan menggabungkan warna biru, hijau, merah dan kuning.
Logo baru ini didedahkan berikutan pengumuman dari Google mengenai syarikat yang dipanggil Alphabet.