Letak jawatan: Keputusan perlu dibuat secara kolektif - Wee Ka Siong
Fareez Azman
Mac 29, 2021 20:48 MYT
Mac 29, 2021 20:48 MYT
KUALA LUMPUR: Keputusan peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dibuat secara kolektif.
Demikian menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong susulan keputusan UMNO semalam untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi pemimpinnya yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Apa juga tindakan yang kami (BN) lakukan kita bermusyawarah, berbincang.
"Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan apa yang akan berlaku kerana ia berunsur spekulatif sahaja,” jelasnya.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 menyatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu akan menentukan masa sesuai bagi pemimpinnya yang berjawatan dalam Kerajaan PN, untuk melepaskan kedudukan mereka
Jelasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.
UMNO mempunyai sembilan menteri dan lima Timbalan Menteri dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk pada 1 Mac 2020.
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
#Wee Ka Siong
#UMNO
#Barisan Nasional
#MCA
#GLC
#Perdana Menteri
#Parlimen
#kerajaan
#perhimpunan
#letak jawatan
#menteri
#presiden
#PAU2020