Lepaskan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, apa komen Azalina tentang Kerajaan baharu?

Astro Awani
Ogos 24, 2021 19:36 MYT
Ikuti temu bual eksklusif dari sudut pandang anak muda, Saraya Mia yang merupakan penyampai Astro AWANI bersama Azalina di Saluran 501, aplikasi Live TV dan platform media sosial Astro AWANI pada jam 8.30 malam ini. - Foto Astro AWANI
DATUK Seri Azalina Othman Said, nama yang tidak asing lagi dalam arena politik negara.
Tatkala di kerusi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau dilihat tegas mengendalikan sidang mesyuarat yang sering disulami pertikaman lidah.
Namun, pada Isnin beliau sah melepaskan jawatan itu atas alasan mahu memastikan kerjasama pelbagai pihak.
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, keputusan mengosongkan jawatan itu bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang mendapatkan lebih banyak ruang untuk membetulkan semula Dewan Rakyat.
Ia bagi memastikan institusi itu benar-benar dapat berfungsi sebagai forum persaingan profesional dan kolaborasi mengenai dasar dan pentadbiran.
Berpengalaman luas dalam bidang undang-undang, beliau antara nama yang dikatakan bakal memperkukuh kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Ikuti temu bual eksklusif dari sudut pandang anak muda, Saraya Mia yang merupakan penyampai Astro AWANI bersama Azalina di Saluran 501, aplikasi Live TV dan platform media sosial Astro AWANI pada jam 8.30 malam ini.

Malaysia's political landscape and TikTok gen. Hear what the ever-feisty @AzalinaOthmanS has to say about the soon-to-be-formed Cabinet. @sarayamia @501Awani pic.twitter.com/1XTfLDo1xh

— AgendaAWANI (@AgendaAWANI) August 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dewan Rakyat #Azalina Othman Said #undang-undang #ismail sabri yaakob
;