Lebih 21 lokasi panas di Alor Setar dipantau polis

Adie Sufian Zulkefli
April 26, 2018 15:07 MYT
Katanya, lebih lima ratus anggota telah dikerahkan untuk melakukan pemantauan dan pengawalan.
Sejumlah 21 lokasi panas dikenal pasti di Parlimen Alor Setar yang perlu diberi perhatian khusus sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin kesemua kawasan itu merupakan kawasan langkah keselamatan yang harus diberi perhatian polis kerana dibimbangi berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sehubungan itu, katanya, lebih lima ratus anggota telah dikerahkan untuk melakukan pemantauan dan pengawalan.
"Kita telah membuat tugasan teliti termasuk risikan keselamatan dan juga lawatan ke tapak oleh pegawai bertanggungjawab yang berada di kawasan urusetia pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, siang tadi.
Sehubungan itu, Mohd Rozi turut menasihati pemimpin parti dan penyokong supaya menjaga tata susila ketika berkempen dan tidak mencetuskan kekecohan.
#Alor Setar #Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin #dikenal pasti #dipantau #kekacauan #Ketua Polis Daerah Kota Setar #lokasi panas #Malaysia Memilih #pemantauan #PRU14
;