Lebih 1,000 ahli Warisan Parlimen Libaran keluar parti hari ini
Bernama
Jun 26, 2020 19:58 MYT
Jun 26, 2020 19:58 MYT
Lebih 1,000 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk 11 ketua cawangan mengumumkan keluar parti pada Jumaat kerana mendakwa tidak dipedulikan pemimpin atas selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengumuman keluar parti itu, yang melibatkan semua cawangan parti di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Airport dan Sibugal di bawah Parlimen Libaran, diketuai oleh ketua cawangan Sejati 1, Ibrahim Yusof.
"Kami telah bertungkus lumus untuk memenangkan Warisan pada PRU-14 lalu, tetapi kami langsung tidak dihargai.
"Antaranya, cawangan kami gagal didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), walaupun telah hantar borang pendaftaran sebelum PRU-14 lagi," dakwa Ibrahim pada sidang akhbar mengenai perkara itu yang turut dihadiri kesemua 11 ketua cawangan terlibat.
Ibrahim memaklumkan telah membuat keputusan untuk menyertai sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Perpaduan Rakyat Sabah.
-- BERNAMA