Lawan sentimen dengan angka dan fakta - Lim Guan Eng

Dania Zainuddin
Disember 9, 2018 16:51 MYT
GUAN ENG: "Kita tidak mahu lawan emosi dengan emosi. Kita tidak boleh lawan sentimen dengan sentimen, kita harus lawan emosi dan sentimen dengan angka dan fakta." - Foto Bernama
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan cara terbaik menangani permainan politik yang menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh parti pembangkang adalah menerusi angka dan fakta.
Jelasnya, jika kerajaan mampu membuktikan kemampuan mengukuhkan ekonomi negara, beliau yakin permainan politik itu boleh dikalahkan.
"Kita tidak mahu lawan emosi dengan emosi. Kita tidak boleh lawan sentimen dengan sentimen, kita harus lawan emosi dan sentimen dengan angka dan fakta.
"Sekiranya kerajaan boleh pulihkan keadaan ekonomi Malaysia, berikan harapan kepada rakyat bahawa keadaan ekonomi mereka boleh jadi lebih baik, daripada BN (Barisan Nasioinal).
"Saya pasti kita bolehkan kalahkan sentimen politik oleh parti pembangkang," kata Guan Eng ketika berucap di Konvensyen DAP Selangor di sini, pada Ahad.
BACA: Kit Siang paling layak jadi menteri - Guan Eng
Katanya lagi, sentimen perkauman dan agama yang digunakan pada ketika ini adalah satu-satunya cara parti pembangkang mendapatkan sokongan yang sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat.
#Barisan Nasional #DAP #ekonomi #emosi fakta #kerajaan #Lim Guan Eng #Lim Kit Siang #Malaysia #pembangkang #politik #rakyat
;