Dr Adham pertahan kewajaran tidak guna Ivermectin rawat COVID-19
Isu penggunaan Ivermectin, iaitu sejenis ubat antiparasit, untuk merawat pesakit COVID-19 menghangatkan sesi penggulungan Ahli Parlimen mengenai Tindakan Mengatasi COVID-19 hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika menggulung, bangkit mempertahan serta memperjelas tindakan kerajaan untuk tidak menggunakan ubat itu meskipun didesak oleh beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang agar penggunaannya dibenarkan dalam rawatan COVID-19.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19.
Pengguna Twitter Dr Khairul Hafidz, adalah antara netizen yang menyatakan kekecewaannya melihat ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) mendorong penggunaan ubat antiparasit itu untuk COVID-19.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Suasana dalam Dewan Rakyat kecoh susulan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon tidak membenarkan tambahan masa untuk sesi Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas pada Selasa.
Khalid Samad (Shah Alam - PH) paling lantang bersuara dan mempersoalkan mengapa tiada tambahan masa diberikan sedangkan Ahli Parlimen mempunyai banyak perkara untuk dibangkitkan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
MP Sabah cadang desentralisasi urus tadbir kesihatan, SOP
Desentralisasi atau pengagihan kuasa kepada kerajaan negeri perlu dipraktikkan oleh Kerajaan Persekutuan khususnya di Sabah bagi membolehkan urus tadbir kesihatan serta prosedur operasi standard (SOP) dapat disesuaikan dengan situasi semasa negeri dan daerah.
Perkara tersebut disuarakan oleh beberapa Ahli Parlimen dari Negeri di Bawah Bayu itu pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini antaranya Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis), yang menyatakan ini berikutan keluasan negeri Sabah yang besar.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Ini 5 tumpuan utama Mesyuarat Khas Parlimen hari ini
Antara yang menjadi tumpuan pada Mesyuarat Khas Parlimen hari ini adalah desakan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan memberikan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
Berikut lima perkara yang menjadi tumpuan pada sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Ini lima perkara dinyatakan Dr Adham Baba pada Mesyuarat Khas Parlimen hari ini
Tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor-doktor kontrak yang terlibat dalam protes aman di hospital-hospital kerajaan seluruh negara pada Isnin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Berikut lima perkara yang dinyatakan Dr Adham Baba pada sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Tutup Hospital Medan di Labuan, buka di Melaka
Kapasiti PKRC seluruh negara capai 61 peratus - Dr Adham
Negara kini berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih mencabar terutama dengan kemunculan beberapa varian baharu yang agresif, sekali gus meningkatkan kadar kebolehjangkitan wabak itu di Malaysia.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika membentangkan penerangan mengenai Tindakan Menangani Pandemik COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berkata peningkatan jangkitan dalam gelombang ketiga adalah melalui kes sporadik yang tiada kaitan dengan kes kluster.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Dr Adham Baba dan Ahli Parlimen Klang akan ke HTAR secara mengejut
Kos rawatan pesakit COVID-19 tahap empat & lima - Dr Adham Baba
Tajuddin dikompaun tak pakai pelitup muka di Parlimen
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka di bangunan Parlimen, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan dilakukan selepas gambar perbuatannya yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu menjadi tular.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Keputusan RTK-Ag boleh jadi 'pasport' pergerakan - YB Tanjong Karang
Tony Pua dakwa dua sebab kerajaan gagal tangani COVID-19 di Malaysia
Jawatankuasa khas perlu wujud kaji isu desentralisasi - Madius
Sabah amat perlukan vaksin satu dos - YB Kimanis
Mansuh Ordinan Darurat: Takiyuddin perlu jawab tiga persoalan utama - Najib
Ada tiga persoalan utama yang perlu Kerajaan, atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan jawab segera, tegas bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu berkata, persoalan itu timbul selepas Takiyuddin sendiri menyatakan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, enam Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lepas.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Isu pembatalan Ordinan Darurat? Ini 5 perkara dibangkitkan di Parlimen
Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Keempat Belas yang memasuki hari kedua sekali lagi 'panas' dengan Ordinan Darurat yang telah dibatalkan pada 21 Julai lepas.
Beberapa Ahli Parlimen bangun mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan memberikan penjelasan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Tetapkan harga ujian swab COVID-19 - YB Sabak Bernam
Apa tindakan kerajaan tangani masalah kakitangan kesihatan?
COVID-19: Perlu lebih banyak data dibentangkan - Ahli Parlimen Kemaman
Permudahkan cara untuk rakyat mendapatkan suntikan vaksin - Tun M
COVID-19: Kita harus bersatu, bersama tangani pandemik - Abdul Latiff
Tangani COVID-19: 9 soalan diutarakan Ahli Parlimen Kuala Krai
Tindakan, keputusan politik tidak mampu tangani COVID-19 - Tun M
Kenyataan Media mengenai permohonan penukaran tempat duduk sedia ada dalam Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Gua Musang
Kenyataan Media mengenai permohonan penukaran tempat duduk sedia ada dalam Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Gua Musang.
— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) July 27, 2021
YB Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
27 Julai 2021
Parlimen Malaysia pic.twitter.com/yUYljfkjkF
Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.
Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Sesi pagi hari kedua Sidang Mesyuarat Khas Parlimen berakhir
Sesi pagi hari kedua Sidang Mesyuarat Khas Parlimen sudah berakhir.
Persidangan akan bersambung pada jam 2.30 petang nanti.
KKM harus benarkan data diakses dan dikongsi - Saifudin Nasution
'What took you so long?' - Dr Dzulkefly
https://twitter.com/501Awani/status/1419886598397693954
Perlu 'the whole of society' approach
"Kita memerlukan antaranya komitmen, polisi, kolaborasi awam dan swasta, 'the whole of society' approach bagi menangani kepincangan, kegagalan melandaikan keluk gelombang ketiga COVID-19." - Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengerusi pasukan petugas menangani COVID-19.
'MySejahtera hanya aplikasi imbasan sahaja!'
Kesan kontak rapat: "Maaf cakap, aplikasi MySejahtera hanya aplikasi imbasan sahaja" - Ahli Parlimen Kuala Selangor @DrDzul #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/BvbyTvcZOc
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2021
'Kenapa benar bergelang pink kuarantin di rumah?'
Apakah alasan atau sebab @KKMPutrajaya membuat keputusan mereka yang bergelang merah jambu dibenarkan kuarantin di rumah? - @NoorAminAhmad (PKR-Kangar)#DewanRakyat #SisiTVParlimen pic.twitter.com/xU9QK1Ogfh
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2021
'Jangan salahkan rakyat semata-mata'
Tidak patuh SOP, jangan salahkan rakyat semata-mata...Kena salahkan Menteri, Timbalan Speaker yang turut langgar SOP - Syed Ibrahim Syed Noh (PKR-Ledang)#DewanRakyat #SisiTVParlimen pic.twitter.com/XQJL5q6Qh3
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2021
Perkasa perkongsian data
COVID-19: Perkongsian data perlu diperkasa dalam memastikan pengaplikasian teknologi dapat dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor @DrDzul#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/7tMCpzYTd9
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2021
Isu Hartal Doktor Kontrak harus diangkat dalam Dewan Rakyat
Penggunaan Ivermectin: Wajar kajian terperinci, rujuk data dan sains
Doktor muda tidak dipedulikan
Ternyata, anak-anak muda profesional yang bertungkus-lumus menyelamatkan para pesakit ketika ini langsung tidak dipedulikan kerajaan hari ini. - @akmalnasir (PKR-Johor Bahru)#DewanRakyat #SisiTVParlimen pic.twitter.com/vSHL1kClMh
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2021
'Mana analisis kes?'
Bukan sekadar bentang data, tetapi apa yang tidak dilakukan kerajaan hingga kes naik mendadak - Ahli Parlimen Kuala Selangor
Isu penggunaan Ivermectin
Penggunaan Ivermectin: Ahli Parlimen Kuala Selangor @DrDzul setuju supaya ada kajian klinikal terperinci, rujuk data dan sains berdasarkan jurnal-jurnal yang dipercayai.#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/nyBcgYt5Mr
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 27, 2021
Jangan jadikan doktor kontrak ibarat PPE - Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan harus jaga & hargai hak petugas kesihatan kontrak - YB Kapar
Pantun Ahli Parlimen Kuala Selangor, mukadimah bahas isu kesihatan
Speaker jangan lindungi Menteri yang mengelirukan Dewan - Anwar
'Jangan jadikan doktor kontrak umpama gown PPE'
[PH - Kuala Selangor]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"They are exercising their rights as the last resort. Jangan ada pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka.
"Jangan jadikan mereka itu dalam pandemik ini seumpama PPE, digunapakai dibuang sebagaimana gown PPE" - @DrDzul #HartalDoktorKontrak
Hartal doktor kontrak
Sesi perbincangan berkisar tentang hartal doktor kontrak semalam.
Dia tidak boleh berselindung di sebalik speaker - Anwar Ibrahim
'Tak gunalah saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa'
[BN-Tanjong Karang]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Saya ni ahli jawatankuasa bebas mengenai tamat darurat. Bagi saya tak gunalah saya dilantik sebagai ahli jawatankuasa.
"Keputusan nak sambung Darurat, atau nak revoke. Saya boleh cakap perkara betul. Kita buang masa ni" - @mynohomar
'Seorang menteri pun tak beri perakuan Agong'
[PH-Port Dickson]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Parlimen harus rekod ini kerana (kerajaan) tidak ada keupayaan, seorang menteri pun tak beri perakuan Agong telah perkenan (pembatalan Ordinan).
"Dengar semua dalam Dewan, dengar rakyat Malaysia, Kerajaan tidak hormati Yang di-Pertuan Agong" - @anwaribrahim
Isu hangat pembatalan Ordinan Darurat
Perkara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat dibangkitkan pada permulaan sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan segera dan penerangan kerajaan berhubung perkara itu.
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 150 (3), Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mempersoalkan sama ada pembatalan Ordinan Darurat berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan adakah ia mengikut prosedur seperti tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini sangat penting kerana apa kita ada pada hari ini dan dua tiga hari akan datang adalah penerangan berkaitan ordinan-ordinan yang telah pun digubal melalui proklamasi tersebut, yang kononnya telah pun ditarik balik, dibatalkan tetapi kita tidak ada senarai ordinan-ordinan mana yang dibatalkan.
“Sekiranya telah pun dibatalkan kenapa kita tidak dimaklumkan, kenapa tidak ada diletakkan di meja setiap Ahli Parlimen supaya kita dapat tahu secara spesifik bila ia dibatalkan, siapa membuat keputusan dan kesannya ordinan-ordinan itu khususnya terhadap rakyat umum di luar sana,” katanya.
Walau diasak pembangkang, Takiyuddin tetap jelaskan isu darurat minggu depan
Susulan itu, sidang hari ini turut membahaskan perkara itu, menyaksikan beberapa Ahli Parlimen bangun mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberikan penjelasan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Diperkenan Agong atau tidak, kita tunggu Isnin'
[SPEAKER]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Jadi hari Isnin...saya dah beritahu semalam di Dewan, dan Menteri, perlu jawab semua soalan yang dibangkitkan pembangkang, oleh YB YB semua, mengenai apa yang diperkatakan beliau semalam.
"Diperkenan Agong atau tidak, atau sebagainya, mari kita tunggu Isnin" - Azhar
'Isnin Menteri jawab'
[SPEAKER]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Jadi hari Isnin...saya dah beritahu semalam di Dewan, dan Menteri, perlu jawab semua soalan yang dibangkitkan pembangkang, oleh YB YB semua, mengenai apa yang diperkatakan beliau semalam.
"Diperkenan Agong atau tidak, atau sebagainya, mari kita tunggu Isnin" - Azhar
Apakah maksud & tafsiran perkataan revoke atau pembatalan? - Gobind Singh
Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu penjelasan YDP Dewan Rakyat
Penjelasan isu Ordinan Darurat pada Isnin, tegas Speaker
Meskipun didesak berulang kali, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tetap dengan keputusannya mengarahkan penjelasan berhubung pembatalan Ordinan Darurat dibuat pada Isnin depan.
Tegasnya, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk memberikan penjelasan menyeluruh.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penjelasan penuh Isnin ini - Speaker
Speaker berkata keputusan berhubung penjelasan isu pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin dibuat bagi memberi masa kepada pembentangan mengikut aturan urusan mesyuarat pada sesi harian, selain masa secukupnya untuk penjelasan penuh berhubung isu tersebut nanti.
Ketua Pembangkang minta Takiyuddin lebih bertanggungjawab
'Justice delayed is justice denied'
[PH - Bagan]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Sebagai seorang lawyer, Speaker tahu justice delayed is justice denied. Tak boleh tunggu sampai Isnin kerana sekarang banyak kekeliruan.
"Apa kedudukan undang-undang sekarang. Hari ini Selasa. Ini bukan Kerajaan. Itu Kerajaan Gagal" - @guanenglim
'Dia guna alasan arahan Speaker'
[PH - Port Dickson]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Tapi yang saya tanya, kita hanya boleh umumkan sekiranya peroleh perkenan Agong. Dia (Kota Bharu) tak berani jawab, semalam tak jawab hari ni tak jawab.
"Dia kata saya nak jawab tapi Speaker kata Isnin. Dia guna alasan arahan Speaker.." - @anwaribrahim
Banyak angka, statistik: Ahli Parlimen mohon salinan bercetak
'Kenyataan Kota Bharu kelirukan Dewan, rakyat'
[PH - Lembah Pantai]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Ikutkan 36(12) kenyataan Kota Bharu mengelirukan Dewan. Kota Bharu kata semalam yang telah bukan saja kelirukan Dewan tapi juga rakyat Malaysia.
"Perlu penjelasan segera, atau Kota Bharu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan" - @fahmi_fadzil
Seramai 1,519 petugas kesihatan kontrak tambahan dilantik
'Speaker, arah Menteri Undang-Undang jawab hari ini'
[PH - Puchong]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Jangan lupa perbincangan ini berkenaan PP dan juga kuasa YDP Agong.
"Bolehkah Dewan ini melalui tuan Speaker, arah Menteri Undang-undang jawab hari ini?" - @GobindSinghDeo
'Jawab sekarang!'
Menteri Undang-Undang didesak menjawab isu pembatalan Ordinan Darurat sekarang juga atau Ahli Parlimen Kota Bahru dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Kapasiti penggunaan PKRC ketika ini adalah 61 peratus - Adham Baba
Ketua Pembangkang minta Takiyuddin lebih bertanggungjawab
Kes duluan Ordinan Darurat
Ahli Parlimen Puchong beri kes duluan (precedent cases) berhubung pembatalan Ordinan Darurat sebagai permohonan agar menteri jawab isu itu hari ini.
'Beri hard copy'
Menteri Kesihatan selesai bentang dengan teguran daripada Ahli Parlimen agar disediakan hard copy sebelum pembentangan.
Mesyuarat Khas Parlimen: SisiTVParlimen ada laporannya
Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat sepanjang lima hari Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula semalam hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 di sini.
KKM telah menubuhkan 180 CAC di seluruh negara
Pembentangan oleh Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bentang perkara berkaitan kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Bagi saya peluang buat kerja, kalau tidak YB ganti saya - Timb Speaker
Batal Ordinan Darurat: Apa jadi kepada individu yang didakwa?
'Saya sudah buat keputusan, YB tak boleh paksa saya'
Penjelasan pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin
'Kalau tak ada, jawablah tak ada!'
[PH-Port Dickson]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Tak boleh jawab. Kalau YDP Agong benar benar perkenan (pembatalan Ordinan Darurat), saya percaya semalam dia cakap ini surat.
"Kalau tak ada, jawablah tak ada! Kenapa nak berdolak-dalik" - @anwaribrahim
Penjelasan pada Isnin
[Menteri Undang-undang @takiyuddin61]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Semalam YB Speaker sendiri buat satu petua malahan sebut - arahkan Menteri Undang-undang beri penjelasan pada Isnin.
"I humbly pray, saya minta dengan rendah diri, be fair to kerajaan, saya diberi peluang untuk terang semua pada Isnin".
'Pendakwaraya dimaklumkan?'
[PH - Jelutong]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Saya ingin tanya, kalau digazet, diperkenan Tuanku, ada atau tidak dimaklumkan kepada Pendakwaraya?Persoalan bermain di minda , kalau saya ada kes libatkan kompaun RM10k, kena hadir di mahkamah besok, perlu atau tidak ngaku salah?"
'Minta maaf dan we move on'
[PH - Sepang]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Katalah saya buat assumption, ada Perkenan Agong, adakah telah diwartakan?
"Parlimen tak boleh lari dari tugas Perlembagaan, untuk bentang, bahas dan undi. Kalau Menteri (Takiyuddin) salah, sila minta maaf dan we move on". @HanipaMaidin
Menteri jika ada kesilapan, tolong minta maaf
'Pembatalan Ordinan Darurat perlu perkenan Agong'
[PH - Puchong]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
Dua kes mahkamah sebelum ini, menunjukkan pembatalan Ordinan Darurat perlu diperkenankan oleh YDP Agong.
"Kita nak tahu ada atau tidak apa yang berlaku 21 Julai diperkenankan oleh YDP Agong. Ikut prosedur tertera atau tidak?" - @GobindSinghDeo
Batal Ordinan Darurat: Ahli Parlimen Puchong minta penjelasan
'Jawapan pada Isnin'
Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penerangan semua isu berkaitan pelaksanaan darurat akan dibuat di Dewan Rakyat, Isnin ini.
'Ramai bertanya soalan sama'
[Timbalan Speaker @AzalinaOthmanS]
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 27, 2021
"Sebenarnya saya sebagai MP dalam situasi agak sama, dan saya percaya ramai peguam di luar sana, bertanya tentang soalan sama.
"Saya dimaklumkan Speaker- Menteri Undang-undang akan beri penerangan dan jawapan, on Monday"
Isu Proklamasi Darurat
Ahli Parlimen berbincang tentang isu Ordinan Darurat sama ada benar telah dibatalkan, juga sama ada prosesnya mengikut Perlembagaan.
Sesi hari kedua bermula
Sesi hari kedua bermula dengan bacaan doa.
Mesyuarat Khas Parlimen bersambung semula hari ini
Tumpuan hari kedua
Isu kesihatan awam dan tindakan menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara menjadi tumpuan utama pada hari kedua Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.
Antara topik yang dijangka bakal diketengahkan termasuk langkah mitigasi menangani peningkatan kes, penambahan kapasiti di fasiliti kesihatan awam seluruh negara dan kebajikan petugas kesihatan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Aturan Urusan Mesyuarat hari kedua
Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas - Selasa, 27 Julai 2021
— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) July 26, 2021
Parlimen Malaysia pic.twitter.com/L3pAPXG0L0
Dua persoalan
Dua persoalan yang mungkin dijawab hari ini, (atau mungkin tidak) pada hari kedua Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2021.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021
1.Status sebenar Ordinan Darurat
2.PRN Sarawak yang tamat tempoh 7 Jun lepas
Liputan lanjut di @501Awani / Visual: Semalam ??♂️ pic.twitter.com/a7fpqKyNZQ
Rangkuman Mesyuarat Khas hari pertama
SisiTVParlimen
Jom kita pantau apa ahli Parlimen buat sepanjang 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 di sini.
Mesyuarat khas hak mutlak Perdana Menteri
Liputan hari pertama
Liputan sepanjang hari pertama Mesyuarat Khas Parlimen boleh dibaca di sini.