[INFOGRAFIK] Komposisi Dewan Rakyat PRU15
[INFOGRAFIK] Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
Jangan merajuk dan sabotaj parti jika nama tidak dicalonkan - Ahmad Said
Individu yang tidak dicalonkan untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU15) oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Terengganu diharap tidak ‘merajuk’ dan sabotaj parti.
Jelas Pengerusi Badan Perhubungan BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, waktu ini merupakan tempoh untuk menguji kesetiaan mereka kepada parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRU15: Calon BN di Parlimen Kuala Nerus dijangka diketahui petang ini
Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjangkakan nama calon parti itu bagi Parlimen Kuala Nerus diketahui petang ini.
Jelas beliau, pihaknya masih belum mendapat makluman terkini dan keputusan untuk menentukan calon bagi Parlimen itu masih tergantung.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kota Tinggi bukan platform letak calon jadi menteri
Parlimen Kota Tinggi bukan tempat 'singgahan' atau platform individu untuk menang dan mendapat jawatan lebih tinggi.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Rasman Ithnain berkata budaya menjadikan satu-satu kawasan sebagai tempat singgahan untuk menang sebagai Ahli Parlimen adalah tidak adil.
BACA BERITA PENUH DI SINI
MUDA umum calon akhir di kerusi Parlimen Masjid Tanah
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan calon akhir Mutalib Uthman di kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden merangkap Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, pengumuman calon Masjid Tanah itu melengkapkan enam calon dari parti tersebut yang akan bertanding di Parlimen negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, dan Sabah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Annuar 'restu' Marzuani isi borang calon BN Parlimen Ketereh
Tan Sri Annuar Musa memberi restu kepada calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin untuk mengisi borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Annuar yang juga penyandang Kerusi Parlimen Ketereh turut berharap, bilik gerakan Barisan Nasioanl (BN) cawangan Ketereh tidak ditutup dan petugas pilihan raya BN kawasan itu tidak patah semangat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PAS Sabah tidak bertanding, sokong calon GRS-BN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRU15 di negeri itu.
Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, keputusan itu dibuat Perhubungan PAS Negeri Sabah (PPNS) semalam selepas mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan utama PAS Pusat pada 2 November.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kemaman dekat di hati Ahmad, sedia untuk berkhidmat
Bakal calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Said bersedia untuk berkhidmat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana sudah memahami keperluan masyarakat di kawasan itu.
Bagi Ahmad, Kemaman sangat dekat di hatinya kerana beliau dilahirkan dan membesar di kawasan Parlimen itu, sekali gus ia menjadi nilai tambah baginya setelah dipilih kepimpinan BN untuk bertanding di situ.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Berbesar hatilah walau tidak tercalon, ini peremajaan parti - Tok Mat
Barisan Nasional tidak menolak kemungkinan berdepan dengan undi protes di sebahagian kawasan yang ditandingi berikutan beberapa nama besar yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bagaimanapun ia adalah lumrah yang perlu didepani setiap kali menjelang pilihan raya di pelbagai peringkat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Tiada siapa akan tertinggal di Sungai Buloh' - KJ
KHAIRY Jamaluddin berikrar tiada siapa akan tertinggal di kawasan Parlimen Sungai Buloh sekiranya beliau diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Isu kos sara hidup, perumahan, akses kesihatan, kesesakan trafik, pengangkutan awam, banjir, dan alam sekitar adalah antara perkara yang akan diberikan penekanan dan cadangan penyelesaian dalam Manifesto Sungai Buloh.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Azhar tak gentar tanding di kubu kuat Hadi
Calon import Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab Shukur tidak gentar bertanding di kubu kuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu di kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Azhar dari Parti Amanah Negara (Amanah) diramal berdepan saingan sengit malah ada yang menjangkakan beliau berdepan kehilangan deposit kerana kerusi berkenaan sinonim sebagai kubu kuat Pas sejak sekian lama.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bekas Penyelia Kemas ganti Rohani di Batang Lupar
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menamakan muka baharu bagi menggantikan Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Parlimen Batang Lupar pada Khamis.
Mohamad Shafizan Kepli, 37, merupakan bekas Penyelia Kemas Daerah, yang berkhidmat lama di kampung halamannya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Uncle Kentang umum bertanding calon bebas di Puchong
Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan Uncle Kentang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, namun kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tiga tahun lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Gandingan muka baharu dan lama taruhan gapai 'Misi 31 GPS'
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menamakan beberapa muka baharu dalam saingan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), yang diumum Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Calon-calon muka baharu ini ialah Lidang Disen Stenggeng di Parlimen Mas Gading; Eric Tay Tze Kok (Bandar Kuching) dan ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang di Parlimen Stampin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pas Pusat belum terima pemakluman mengenai Shahidan - Hadi Awang
Pas Pusat mengesahkan belum menerima sebarang pemakluman daripada Pas dan Perikatan Nasional (PN) Perlis yang mana telah mengemukakan nama penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan didalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklum, pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang ingin bersama PN yang membawa prinsip Bersih dan Stabil.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kelebihan BN-GRS tampil muka baharu - Jamawi
Penampilan muka baharu di Sabah oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dijangka memberi kelebihan kepada gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon BN di Parlimen Tenom, Jamawi Jaafar berkata, GRS-BN meletakkan hampir 65 peratus calon baharu yang dilihat bersifat mesra pengundi muda, sekali gus mampu menarik sokongan kumpulan berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tuan Ibrahim akur keputusan dibuat pucuk pimpinan Pas
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akur pada sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan Pas berhubung kedudukannya sama ada dicalonkan untuk salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
Tuan Ibrahim tersenarai sebagai calon mempertahankan Parlimen Kubang Kerian, Kelantan malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN Perlis tampil lima muka baharu di kerusi DUN
Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan lima muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mereka ialah Saiful Daniel Mohd Yusof bagi kerusi DUN Sena, Lim Weng Khee (Indera Kayangan), Kamarudin Malek (Kuala Perlis), Syed Atif Syed Abu Bakar (Pauh) dan Sharifudin Ahmad (Sanglang).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Senarai calon MIC pada PRU15
Berikut adalah senarai nama calon MIC yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15):
BACA BERITA PENUH DI SINI
Senarai calon DAP pada PRU15
Berikut senarai bakal calon DAP yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15):
BACA BERITA PENUH DI SINI
Muhyiddin tidak tolak kemungkinan kerjasama Zahid-Anwar pasca-PRU15
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tolak kemungkinan bakal wujud kerjasama antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan.
Jelas Muhyiddin, kerjasama itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu kerana Anwar akan membawa sama komponen parti Pakatan Harapan (PH) lain termasuk DAP untuk membentuk kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Siapa yang jadi calon parti lain itu urusan mereka - Khairy
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin tidak mahu campur urusan parti lawannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan mahu tukar calon disebabkan dirinya.
Jelas Khairy, apa yang penting beliau mahu buat kerja yang terbaik untuk rakyat terutama pengundi di Sungai Buloh.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Senarai calon PN di Kelantan
PERIKATAN Nasional (PN) Kelantan mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Rabu malam di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu.
Pengumuman calon PN itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Shahril Sufian tidak minta dibentang 'permaidani merah' di Alor Gajah
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan tidak mengharapkan Barisan Nasional (BN) Alor Gajah membentangkan 'permaidani merah' kepadanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Bakal calon BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah itu berkata selaku pemain 'import' diturunkan parti di kerusi tersebut, sokongan dan penerimaan kepimpinan BN Alor Gajah menjadi antara refleksi kepada sokongan pengundi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Muhyiddin tidak tolak kemungkinan kerjasama Zahid-Anwar pasca-PRU15
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tolak kemungkinan bakal wujud kerjasama antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan.
Jelas Muhyiddin, kerjasama itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu kerana Anwar akan membawa sama komponen parti Pakatan Harapan (PH) lain termasuk DAP untuk membentuk kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN Kelantan gugur Nik Abduh, Annuar Musa tidak dicalon di Ketereh
Perikatan Nasional (PN) menggugurkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman diumumkan sebagai calon PN di kerusi Parlimen Bachok, menggantikan Nik Mohamad Abduh yang menyandang kerusi itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Surat aku janji gugur kes mahkamah pemimpin UMNO palsu' - Shamsul Anuar
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan menandatangani 'surat aku janji' seperti yang tersebar dalam media sosial pada Rabu.
Menerusi hantaran di Facebook beliau, Shamsul Anuar berkata surat aku janji kononnya ditandatangani beliau sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) yang tersebar itu adalah palsu dan tidak benar.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN Perak pertaruh veteran rampas DUN Sungai Manik, Tualang Sekah
Barisan Nasional (BN) Perak mempertaruhkan veteran UMNO untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik dan Tualang Sekah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Reezal Merican dijanji jawatan menteri jika menang - Ismail Sabri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dijanjikan jawatan menteri sekali lagi sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Oleh kerana Reezal (Merican) perform dengan cemerlang, saya beri jaminan kepada semua, kalau saya menjadi Perdana Menteri semula, saya berjanji, saya akan angkat Reezal (Merican) sebagai menteri selepas 19 November (pengundian)," katanya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
GRS-BN perlu bersama pastikan kemenangan besar
MIC nafi dakwaan MCA, tetap mahu tanding kerusi Parlimen Batu
Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran menafikan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa partinya akan bertanding di kerusi Parlimen Batu dan bukannya MIC.
Vigneswaran berkata sebarang pengumuman berkaitan kerusi dalam Barisan Nasional mesti dilakukan oleh pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Mustapa Mohamed sah tarik diri, tidak bertanding
Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak tahun 1995.
Mustapa atau turut dikenali sebagai Tok Pa, 72, melalui satu kenyataan memaklumkan, penarikan diri itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Nama Shahidan sudah dihantar kepada pimpinan Pusat Pas, PN - Shukri
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli mengesahkan bahawa telah mengemukakan nama penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding mewakili parti berkenaan di Parlimen Arau didalam Pilihan Raya Umum ke-15, kepada kepimpinan Pas dan PN di peringkat Pusat.
Menurutnya, pemilihan Ketua Bahagian UMNO Arau itu dibuat selepas beberapa perbincangan termasuk dengan Shahidan selepas nama pemimpin itu digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN Pahang kemuka 64 peratus calon muka baharu
Calon kerusi Beluran masih dirunding - Bung Moktar
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) masih menjalankan rundingan bagi menentukan calon di kerusi Parlimen Beluran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar berkata, pengumuman akan dibuat sebelum penamaan calon pada 5 November ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kalau tak pandai merajuk bukan manusia - Bung Moktar
Tak umum calon Jempol, Kuala Pilah sebab isu teknikal?
Dua timbalan menteri digugurkan sebagai calon, status Ronald Kiandee jadi tanda tanya
Dua timbalan menteri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dua individu tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa yang menyandang kerusi Parlimen Sipitang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Abdul Aziz Mohd Ibno calon BN di DUN Bugaya
Barisan Nasional (BN) mengumumkan Abdul Aziz Mohd Ibno sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.
PRK DUN Bugaya akan berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Anak sulung Najib sah bertanding, antara 25 calon muka baharu BN di DUN Pahang
Anak sulung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar sah akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas beliau diumumkan sebagai antara 25 calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ini merupakan senarai calon-calon yang mewakili GRS-BN
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Turut diumumkan calon yang akan mewakili gabungan itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sah kembali ke gelanggang politik selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud, dan akan berdepan penyandang kerusi tersebut Isnaraissah Munirah Majilis daripada Parti Warisan (Warisan).
BACA BERITA PENUH DI SINI
"Pas Johor reda hanya bertanding empat kerusi" - Abdullah
Pas Johor mengakui keputusan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang hanya meletakkan parti itu bertanding cuma empat kerusi di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini kurang memuaskan hati.
Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, percaturan kali ini kelihatan jauh berbeza jika dibandingkan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRU14 lalu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ini antara kerusi panas pilihan #MalaysiaMemilih. Anda setuju?
Dengan pengumuman calon-calon oleh gabungan parti terbesar, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), dan Pakatan Harapan, (PH) rakyat Malaysia secara amnya telah mendapat kesemua jawapan tentang siapa yang bakal mereka dan nilai dan pilih untuk Pilihan Raya Umum ke-15.
Bagaimanapun keluh-kesah dan drama politik dijangka berterusan apabila beberapa nama besar yang sekian lama mewarnai arena politik negara, digugurkan atas sebab-sebab tertentu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRU15: BN Perak umum calon, semua Exco BN kekal
Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan semua lima Exco kerajaan negeri kekal bertanding di kawasan lama.
Mereka ialah Datuk Mohd Zolkafly Harun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah); Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Khairul Shahril Mohamed (Bota) and Ahmad Saidi Mohd Daud (Changkat Jering).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Masalah teknikal didakwa punca BN tak umum calon Kuala Pilah, Jempol
Masalah teknikal dipercayai punca calon bagi Parlimen Jempol dan Kuala Pilah tidak diumumkan semasa Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) oleh Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam Selasa.
Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim berkata, pengumuman untuk kedua-dua calon berkenaan kemungkinan akan diumumkan esok.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Akar umbi Arau, Padang Besar masih setia kepada parti - Azlan
UMNO Perlis yakin ahlinya di peringkat akar umbi khususnya di bahagian Arau dan Padang Besar terus setia kepada parti walaupun dua tokoh besar di kawasan tersebut tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata berdasarkan pengalaman UMNO sebelum ini, ahli-ahlinya tidak akan berganjak untuk terus memberi sokongan kepada calon parti dan sebarang perbezaan pendapat yang berlaku hanyalah bersifat sementara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Nyanyian Mat Sabu untuk Ahmad Zahid
Tekad calon pengganti Ustaz Kazim di Larut
Shahidan diminta berlapang dada, tidak boikot BN
Penyandang kerusi Parlimen Arau yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Shahidan Kassim diingatkan agar tidak merajuk dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti yang tidak mencalonkan beliau di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Arau, Ku Hasnan Ku Abdul Rahman menyatakan menjelaskan sewajarkan Shahidan memberikan peluang untuk pemimpin muka baharu diketengahkan kepada masyarakat di Arau.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN akan ketinggalan jika tidak buat perubahan sekarang - Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ketinggalan kepada parti-parti pesaing jika tidak melakukan perubahan terutama soal calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata walaupun tidak mudah, namun keputusan tegas, berani dan bijaksana perlu dilakukan dalam usaha memulihkan dan menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO dan BN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Yang tidak terpilih jangan khianati parti - Zahid
Ustaz Kazim tarik diri calon BN Parlimen Larut
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.
Mohd Kazim dikatakan memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN akan calonkan Shahidan di Arau
Perikatan Nasional (PN) Perlis mengesahkan kekosongan nama calon kerusi Parlimen Arau adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding mewakili pakatan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, nama calon kerusi Parlimen Arau itu dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan masih belum dimuktamadkan lagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kejutan semasa pengumuman calon PN Kelantan malam ini?
Calon Pas tetap perlu baiah atau sumpah setia
Pecat jika langgar arahan, bertanding atas tiket parti lain - Takiyuddin
Pas mengingatkan ahli dan pemimpin kawasan supaya tidak melanggar arahan parti sekiranya nama tidak tersenarai sebagai calon.
Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ahli yang melanggar arahan parti dengan bertanding atas tiket parti lain secara automatik gugur keahliannya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ali Biju pertahan kerusi Saratok bersama PN
Datuk Ali Biju sah akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).
Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam Selasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Pertembungan gergasi diharap beri impak kepada kawasan bertanding'
Analisis pengumuman calon BN dan PN
Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - UNDI18
Saya yakin tak sesat di Tambun - Faizal Azumu
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengulas berhubung isu papan iklan besar yang dipasang pada jejambat Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Jalan Tambun yang menarik perhatian ramai pada Selasa.
Beliau berasa yakin maksudnya adalah dia tidak sesat di Tambun, kawasan yang akan ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jangan khianat jika tak tercalon - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada yang tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) supaya tidak berbuat khianat kepada parti.
Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) akan 'menyerang' habis-habisan jika ada yang berbuat demikian.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Calon BN angkat sumpah, ikrar tidak terlibat rasuah
Seramai 160 calon yang akan mewakili BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini mengangkat sumpah untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila menjadi pemimpin.
Bacaan ikrar dan aku janji itu diketuai calon Parlimen Rembau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau
Datuk Seri Shahidan Kassim tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun perlu menggunakan ‘tiket‘ parti lain.
Shahidan yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Arau berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkan platform parti politik bakal diwakilinya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Saya percaya nama besar yang digugur akan terus setia - Hishammuddin
Sebahagian barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) percaya bahawa beberapa tokoh yang tidak tersenarai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan terus kekal setia bersama parti itu tanpa sebarang masalah.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang diumumkan sebagai calon mempertahankan Parlimen Sembrong berkata, kebanyakan mereka yang tidak dicalonkan pada pemilihan kali ini akan tetap memberikan sokongan dan taat setia kepada UMNO dan BN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Budaya calon pindah-randah tak sihat untuk demokrasi negara - Penganalisis politik
Tiada demokrasi dalam organisasi jika pemimpin berkuasa mutlak - Penganalisis politik
Faktor calon jadi pertimbangan kritikal kali ini - Merdeka Center
PN letak 169 calon di Parlimen
Penyandang kerusi Parlimen BN tidak dicalonkan semula
Muhyiddin kekal bertanding di Pagoh, Faizal Azumu di Tambun
Pemimpin BN yakin nama besar digugurkan kekal bersama parti
Hasni bertemu Maszlee Malik di Simpang Renggam
Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad, sah akan bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hasni bakal berentap dengan penyandang kerusi tersebut yang juga merupakan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (PKR).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Penyandang kerusi Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Perikatan Nasional (PN), yakin akan dapat mempertahankan Parlimen itu.
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Analisis pengumuman calon BN dan PN
Ahmad Said bertanding di Parlimen Kemaman
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bakal bertanding di Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penentuan calon ambil kira agenda rakyat
Nasib Noh Omar belum pasti
Muhyiddin, Rashid calon pertahan kerusi Parlimen
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kekal menjadi calon bagi Parlimen Pagoh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 1995 selepas memenangi PRU9.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Khaled Nordin hijrah ke Kota Tinggi, Latiff Bandi di Mersing
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhijrah ke Kota Tinggi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Nama tidak diumum, Annuar ucap selamat bertanding kepada calon BN
Selepas tidak dicalonkan BN bagi mempertahan kerusi Parlimen Ketereh, penyandangnya, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon yang dipilih mewakili BN pada PRU15.
Dalam muat naik di laman Facebooknya malam tadi, beliau berkata BN menyenaraikan calon-calon pilihan Ahmad Zahid.
Takiyuddin beri bayangan Annuar bertanding atas tiket PN
Ketiadaan nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam senarai calon PRU15 yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi sudah dijangka.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Tengku Zafrul dinamakan calon BN Kuala Selangor
Barisan Nasional mempertaruhkan beberapa tokoh dari pelbagai latar belakang termasuk dalam bidang keagamaan sebagai calon muka baharu mewakili parti itu pada PRU15.
Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor.
Calon BN bagi Tanjong Karang, Jempol, Kuala Pilah cetus tanda tanya
Beberapa kerusi Parlimen di beberapa negeri menjadi tanda tanya apabila tidak diumumkan calonnya oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Mengumumkan Bakal Calon Barisan Nasional bagi PRU15 malam ini.
Antara yang tidak disebut termasuklah Parlimen Tanjong Karang, Selangor; Parlimen Jempol dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
DAP umum lapan calon DUN, empat Parlimen di Pahang
DAP mengumumkan lapan calon kerusi DUN dan empat Parlimen bagi PRU15 di Pahang.
Pengumuman dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu Majlis Pengumuman Calon DAP Pahang di Bentong pada Selasa malam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Michael Teo tidak bertanding di Parlimen Miri, PKR letak calon muka baharu
Satu-satunya penyandang Ahli Parlimen PKR di Sarawak, Michael Teo Yu Keng sah tidak akan bertanding untuk mempertahankan Parlimen Miri yang dimenanginya pada penggal lalu.
Sebaliknya, parti itu memilih calon baharu Chiew Choon Man, 31, yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon PN bagi PRU15.
Kerusi Parlimen itu sebaliknya diberikan kepada calon Pas, Datuk Idris Ahmad, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Calon BN bagi Tanjong Karang, Jempol, Kuala Pilah cetus tanda tanya
Beberapa kerusi Parlimen di beberapa negeri menjadi tanda tanya apabila tidak diumumkan calonnya oleh Ahmad Zahid pada Majlis Mengumumkan Bakal Calon Barisan Nasional bagi PRU15, pada Selasa malam.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Azmin di Gombak, Faizal di Tambun, ini senarai calon PN diumum Muhyiddin
Penyandang Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumumkan secara rasmi mempertahankan kerusi itu pada PRU15.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis mengumumkan calon Perikatan Nasional pada Selasa malam.
DI SINI ADA SENARAI PENUH CALON-CALON PN
Senarai calon-calon BN diumum Zahid Hamidi
Ahmad Zahid mengumumkan beliau bakal mempertahankan Parlimen Bagan Datuk dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertanding di Parlimen Rembau.
Ahmad Zahid turut mengumumkan penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh, pada PRU15.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
PN bertanding 169 kerusi Parlimen, 116 DUN - Muhyiddin
Perikatan Nasional mengumumkan meletakkan calon di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU15.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN yakin mampu menang tidak kurang daripada 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU15.
Ahmad Zahid ketika mengumumkan senarai calon BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa malam, sebaliknya mengumumkan nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Manndzri Nasib untuk berentap di kawasan itu.
ARTIKEL PENUH DI SINi
Mastura gugur, Ustaz Kazim, Khairul Azwan diumum sebagai calon BN
Beberapa penyandang kerusi Parlimen di Perak tidak diumumkan sebagai calon BN bagi menghadapi PRU15 pada 19 November nanti.
Berdasarkan kepada 24 nama diumumkan Ahmad Zahid malam ini, dua nama besar antara yang tidak berada dalam senarai.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Annuar, Shahidan, Tajuddin tidak dicalon semula, Ustaz Kazim di Larut - Zahid
Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sah tidak dicalonkan sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi itu.
Nama beliau tidak disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon sebentar tadi.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Khairy sah tanding Sungai Buloh, Jamal di Sungai Besar
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.
Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Turut hadir Datuk Seri Jamal Md Yunos bakal calon P093 Sungai Besar di WTCKL, malam ini
Turut hadir Datuk Seri Jamal Md Yunos bakal calon P093 Sungai Besar di WTCKL, malam ini. pic.twitter.com/DXKxUJjhwn
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 1, 2022
Gugur? Tenang dan sabar
Calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin hadir di WTCKL, malam ini
.@Khairykj calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh hadir di WTCKL, malam ini. pic.twitter.com/MBqpdevecS
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 1, 2022
Muhyiddin Yassin sudah tiba di MITEC untuk majlis pengumuman calon PN malam ini
Pengerusi Perikatan Nasional sudah tiba di MITEC, di ibu negara untuk majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Umum ke-15, pada Selasa.
Kerusi tumpuan calon PRU15
Pengumuman calon Barisan Nasional
Majlis pengumuman calon PRU15 Perikatan Nasional
BN dijangka akan mengumumkan kesemua calon bagi bertanding di 191 kerusi Parlimen dalam PRU15 malam nanti.
BN dijangka akan mengumumkan kesemua calon bagi bertanding di 191 kerusi Parlimen dalam PRU-15 malam nanti.@501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/zTvlMXJJo9
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) November 1, 2022
Jangkaan pengumuman calon BN & PN
PRU15: Ustaz Kazim calon BN di Larut?
Kejutan demi kejutan dijangka menyelubungi senario politik di Perak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kali ini ia melibatkan kerusi Parlimen Larut pula.
Difahamkan, pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias bakal dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi berentap di kerusi Parlimen Larut dalam PRU15.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Pengerusi PN, MuhyiddinYassin akan umum calon PRU15 bg gabungan parti itu malam ini di Mitec. Kru Astro AWANI, Rahimah Abdullah dan Mohd Airulrezal ada di lokasi.
Pengerusi PN, @MuhyiddinYassin akan umum calon PRU15 bg gabungan parti itu malam ini di Mitec. #MalaysiaMemilih @501Awani pic.twitter.com/d1CT5tDfnV
— Rahimah Abdullah (@rahimah501) November 1, 2022
Sebahagian ahli Barisan Nasional mula memasuki perkarangan WTCKL bagi mengikuti pengumuman calon PRU15 yang akan diumumkan malam ini
Sebahagian ahli Barisan Nasional (BN) mula memasuki perkarangan WTCKL bagi mengikuti pengumuman calon PRU-15 yang akan diumumkan malam ini.@501Awani #MalaysiaMemilih pic.twitter.com/GoqVpk69c3
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) November 1, 2022
Kerusi Parlimen bukan milik tetap individu - Saravanan
Kerusi Parlimen bukan suatu kedudukan tetap milik mana-mana individu, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.
"Ini kerusi Ahli Parlimen ini bukanlah kedudukan tetap, kita apabila sampai masa nanti setiap insan kena kosongkan (kerusi) untuk orang lain.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Ahmad Zahid nafi dakwaan calon pilihan raya tanda tangan surat sokongan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diminta untuk menandatangani surat menyokong beliau dengan memberinya mandat untuk membentuk Kabinet, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya.
"Itu tipu," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut yang dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Tidak dicalon? Kita tunggu pengumuman - Ismail
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata beliau hanya mengambil sikap tenang meskipun khabar angin mengaitkan namanya antara yang digugurkan sebagai calon Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Ujarnya, beliau hanya mengambil sikap tunggu dan lihat apabila keputusan rasmi akan diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di ibu negara pada malam ini.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Annuar Musa akui ada tindakan lawan kehendak Zahid Hamidi
BN Pahang pertaruh hampir 70 peratus muka baharu - Wan Rosdy
Barisan Nasional (BN) negeri Pahang akan mepertaruhkan hampir 70 peratus muka baharu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, calon-calon muka baharu dan lama yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan pada 2 November (esok) di Hotel Zenith, Kuantan.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
"Tak letak Dr Adham di Tenggara satu malapetaka besar" - Nasaruddin
Barisan Nasional (BN) Tenggara memohon agar pucuk pimpinan parti itu mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Menurut Timbalan Pengarah BN Tenggara, Nasaruddin Ahmad, pihaknya berpendapat Dr Adham merupakan satu-satunya calon tunggal yang layak untuk bertanding di kawasan itu.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
Annuar serah kepada pucuk pimpinan
Annuar belum terima surat jemputan pengumuman calon
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan sama ada beliau akan dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau turut mengesahkan setakat ini belum menerima surat atau sebarang jemputan berkaitan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan malam ini.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT
PRU15: BN, PN dijangka umum calon Selasa malam
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewakili gabungan masing-masing pada Selasa.
Berdasarkan surat berkaitan majlis pengumuman itu yang tersebar, kedua-dua gabungan itu difahamkan akan membuat pengumuman di Kuala Lumpur.
KLIK UNTUK BERITA LANJUT