UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: 1,866 pusat mengundi dibuka; 46,565 petugas SPR bertugas

Sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran akan dibuka untuk pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu.

Astro Awani
Seramai 46,565 petugas akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian yang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang. - Foto BERNAMA

1,866 pusat mengundi dibuka; 46,565 petugas SPR bertugas

Sat Dec 18 2021

Sebanyak 1,866 pusat mengundi melibatkan 3,555 saluran akan dibuka untuk pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata seramai 46,565 petugas akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian yang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.

BERITA PENUH DI SINI

Kota Sentosa, 15 tahun tanpa perubahan

Fri Dec 17 2021

"15 tahun tanpa perubahan, beri saya lima tahun, saya akan bawa perubahan".

Demikian kata Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak esok.


BERITA PENUH DI SINI

'Buat pilihan tepat pada hari mengundi' - Awang Tengah

Fri Dec 17 2021

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) esok, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyeru pengundi membuat pilihan tepat dalam memilih wakil rakyat yang terbaik.

Awang Tengah yang juga calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari berkata hanya pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) sahaja yang dapat memastikan hak Sarawak terus diperjuangkan, selaras dengan apa yang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


BERITA PENUH DI SINI

Pekan Kabong pemangkin pembangunan

Fri Dec 17 2021

Air mata Soon Koh rayu sokongan untuk PSB

Fri Dec 17 2021

Sendu dan air mata mengiringi rayuan terakhir Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Khamis, agar rakyat memberi peluang kepada parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Ironinya, rayuan itu bukan hadir daripada Datuk Seri Wong Soon Koh, presiden parti tersebut, sebaliknya daripada isterinya Datuk Seri Pauline Leong, 77, wanita besi pemalu yang sentiasa berada di belakang Soon Koh selama lebih 53 tahun.


BERITA PENUH DI SINI

Calon PSB DUN Asajaya tawar tiga perkara

Thu Dec 16 2021

Tiada politik kebencian, hanya tawaran perkhidmatan

Thu Dec 16 2021

GPS dijangka menang, namun jumlah kerusi...

Thu Dec 16 2021

Dengan detik penentuan siapa yang dipilih pengundi Sarawak untuk menerajui negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang semakin hampir, dua cendekiawan berkongsi pandangan yang sama, yakni Gabungan Parti Sarawak (GPS) pasti muncul juara pada Pilihan Raya Negeri Sarwak ke-12 (PRN12) Sabtu ini, namun persoalannya berapa banyak kerusi yang akan menjadi miliknya nanti.

Saintis politik Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Jayum Jawan dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir senada bahawa GPS tidak mempunyai masalah untuk menjadi yang pertama meraih majoriti mudah dalam pungutan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini.


BERITA PENUH DI SINI

Cuaca dijangka cerah sebelah pagi - MetMalaysia

Thu Dec 16 2021

Cuaca di seluruh negeri Sarawak sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini dijangka cerah, bagaimanapun ribut petir dijangka di beberapa bahagian di negeri ini pada sebelah petang.

BERITA PENUH DI SINI

Ini lima perkara penduduk rumah panjang di Bukit Goram mahukan

Thu Dec 16 2021

Penduduk Rumah Kiong di Sungai Anggau, Bukit Goram mengharapkan agar pembangunan infrastruktur di kawasan itu dapat dipertingkatkan seiring dengan kawasan-kawasan lain.

Itu antara satu daripada lima perkara yang menjadi fokus penduduk di rumah panjang itu ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.


BERITA PENUH DI SINI

Pengundi dinasihat keluar mengundi ikut masa dicadangkan

Thu Dec 16 2021

Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini dinasihat supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata suruhanjaya itu melalui aplikasi MySPR Semak telah meletakkan maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi.


BERITA PENUH DI SINI

Penduduk Kampung Sinop, Bekenu dambakan bekalan air bersih

Thu Dec 16 2021

Jika 30 tahun lalu ketika Irwan Johan masih kanak-kanak, mungkin dia masih belum faham kenapa keluarganya dan penduduk kampung pergi ke Sungai Sibuti.

Bagi Irwan yang berusia tujuh tahun ia satu keseronokan untuk bermandi manda bersuka ria.


BERITA PENUH DI SINI

Leon seru rakyat di Simanggang lakukan perubahan

Wed Dec 15 2021

"UBAH, kalau bukan kita, siapa lagi?"

Demikian seru Pengerusi DAP cawangan Sri Aman yang juga calon bagi kerusi N32 Simanggang, Leon Jimat Donald dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini.


BERITA PENUH DI SINI

Reformasi DUN dan sistem penjagaan kesihatan, dua keutamaan Kelvin Yii

Wed Dec 15 2021

Calon DAP bagi kerusi N14 Batu Kawah, Dr Kelvin Yii Lee Wuen ingin mengetengahkan dua keutamaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Dua keutamaan tersebut adalah reformasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak demi menjamin ketelusan institusi politik dan menambah baik sistem kesihatan dan penjagaan rakyat di Bumi Kenyalang.


BERITA PENUH DI SINI

89 peratus keluar mengundi, lebih tinggi berbanding PRN11

Tue Dec 14 2021

Sejumlah 89 peratus atau 18,141 orang telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal pada PRN Sarawak, hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses tersebut berlangsung bermula 8 pagi tadi.
 
BERITA PENUH DI SINI

67% keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari - SPR

Tue Dec 14 2021

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Sarawak Ke-12 pada jam 12:00 tengah hari:

? Peratus keseluruhan: *67%*

*Sumber: SPR* @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/UlggUyJs8w

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

'Selagi kudrat dan nyawaku masih ada'

Tue Dec 14 2021

“Selagi kudrat dan nyawaku masih ada akan ku pastikan aku laksanakan tanggungjawab demi tanah air yang tercinta.” - Sarjan Mejar Kamaruddin Sanap. Beliau membuang undi awal di Dewan Serbaguna IPD Mukah. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/YjyHZxdz5B

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Tiga penggal jadi pengundi tunggal DUN Gedong

Tue Dec 14 2021

Tiada kata dapat diungkap melainkan rasa bangga kerana menjadi satu-satunya pengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Menurut Lans Koperal Kelana Ponibot, 56 tahun, beliau memegang status sebagai pengundi tunggal di kawasan itu sejak tiga penggal lalu lagi.


BERITA LANJUT DI SINI

Petugas dan ejen pemerhati di IPD Simunjan

Tue Dec 14 2021

11:45 am: Terima kasih kepada petugas dan ejen pemerhati yang terlibat semasa undi awal di IPD Simunjan. #SarawakMemilih #PRNSarawak @501Awani pic.twitter.com/u86dHe0nLA

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

53% keluar mengundi setakat jam 11 pagi - SPR

Tue Dec 14 2021

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Sarawak Ke-12 pada jam 11:00 pagi:

? Peratus keseluruhan: *53%*

*Sumber: SPR* @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/wgAIZrsY8n

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

1,130 mengundi awal di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya

Tue Dec 14 2021

Seramai 1130 anggota polis dan pasangan mengundi awal di kawasan Badminton Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya bermula 7.30 pagi sehingga 5 petang. Ia melibatkan empat DUN iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang dan Pantai Damai. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/evgiGxIclI

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Anggota PGA tunggu giliran

Tue Dec 14 2021

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) beratur menunggu giliran dan membuat imbasan suhu badan sebelum masuk ke dalam dewan untuk proses pengundian awal Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. - Foto Bernama#PRNSarawak#KitakPilihSapa pic.twitter.com/nlZ1YVZ5n7

— SinarOnline (@SinarOnline) December 14, 2021

34% keluar mengundi di PGA Briged Sarawak Batu Kawah

Tue Dec 14 2021

Setakat jam 11 pagi, kira-kira 34 peratus daripada 800 pengundi layak sudah membuang undi di PGA Briged Sarawak Batu Kawah. Ikuti perkembangan lanjut @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/UuKtA6isPs

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Petugas Kesihatan lengkap PPE

Tue Dec 14 2021

Petugas Kesihatan lengkap dengan PPE ketika menjalankan tugas semasa proses pengundian awal di PGA Briged Sarawak, Batu Kawah. SOP diutamakan. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/GwerL4P4kq

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Anggota PGA selesai tunai tanggungjawab

Tue Dec 14 2021

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) selesai menunaikan tanggungjawab membuang undi awal di Dewan Pahlawan Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak di Batu Kawah @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/eNnq4lDZLb

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Calon DAP DUN Pending hadir di pusat pengundian awal

Tue Dec 14 2021

Violet Yong Wui Wui dari DAP-Pending hadir di pusat pengundian awal di Dewan Badminton Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya. Laporan lanjut @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/ggJRpgLJJG

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

35% keluar mengundi setakat jam 10 pagi - SPR

Tue Dec 14 2021

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Sarawak Ke-12 pada jam 10:00 pagi:

? Peratus keseluruhan: *35%*

*Sumber: SPR*@501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/Ka9XfrnBZ7

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

Sanggup tempuh 7 jam perjalanan demi tanggungjawab sebagai pengundi

Tue Dec 14 2021

Demi tanggungjawab, Asisten Superintendan Makkaranu Beddu sanggup menempuh perjalanan tujuh jam dari Miri ke Kapit untuk pengundian awal pilihan raya negeri Sarawak ke-12 hari ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai membuang undi berkata, biarpun keadaan cuaca yang tidak menentu di sepanjang perjalanan, namun ia tidak menghalang misinya untuk mengundi.


BERITA LANJUT DI SINI

Calon GPS DUN Pending tinjau proses

Tue Dec 14 2021

Calon GPS-Pending, Milton Foo Tiang Wee hadir di pusat pengundian awal sekitar jam 10.36 pagi menyaksikan proses mengundi awal. Perkembangan lanjut @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/J14xV8FoXB

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Suasana di Dewan Badminton Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya

Tue Dec 14 2021

Sekitar proses pengundian awal di Dewan Badminton Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya. Pusat mengundi ini melibatkan empat kawasan DUN iaitu Pantai Damai, Padungan, Pending dan Batu Lintang. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/1bQNosj334

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Lynne buang undi awal bersama bayi

Tue Dec 14 2021

Hari ini cukup berbeza buat seorang anggota polis Lynne Ginju Law.

Buat pertama kali, wanita berusia 35 tahun ini menunaikan tanggungjawab kepada negeri tercinta dengan menggendong anak kecil yang baru berusia setahun.


BERITA LANJUT DI SINI

Demi tanggungjawab sebagai ibu dan rakyat

Tue Dec 14 2021

Demi tanggungjawab sebagai ibu dan rakyat, Lynne Ginju Law, 35 tahun membuang undi awal di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/a9ipwFyBBb

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

112 pengundi awal di IPD Simunjan setakat jam 8.30 pagi

Tue Dec 14 2021

Pengundi tunggal DUN Gedong

Tue Dec 14 2021

10.15 am: Pengundi tunggal bagi DUN Gedong Lans Koperal Kelana Ponibot,56, selesai menjalankan tanggungjawab pada pukul 9.35 pagi. #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/SDjoKM0xru

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

Proses pengundian awal di IPPK Sarawak setakat jam 9.30 pagi

Tue Dec 14 2021

Situasi terkini di pusat pengundian awal

Tue Dec 14 2021

Calon GPS DUN Stakan tinjau pusat mengundi awal

Tue Dec 14 2021

#PRNSarawak : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Stakan Datuk Hamzah Brahim meninjau pusat mengundi awal di Dewan Bukavu, Kem Penrissen. pic.twitter.com/GTfwpaHIv4

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Selesai mengundi

Tue Dec 14 2021

Antara yang turun padang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hari ini. Ada juga yang datang dari Miri, ikuti laporan penih dan kisah mereka di https://t.co/WG0Q2lhKBp @501Awani #SarawakMemilih pic.twitter.com/pvR6OfxpbT

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 14, 2021

Pengerusi SPR tinjau perjalanan undi awal

Tue Dec 14 2021

9.55pagi: Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh membuat tinjauan di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/5vyIciIyGV

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

Anggota PGA kurang upaya turun mengundi

Tue Dec 14 2021

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kurang upaya Ronnie Fred Joseph dibantu bapanya Joseph Rubat untuk membuat pengundian awal Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Dudong sempena #PRNSarawak ke-12 di Dewan Serbaguna Batalion 10 PGA Jalan Upper Lanang hari ini. pic.twitter.com/VpgG6YUtNi

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

17 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi

Tue Dec 14 2021

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DUN Sarawak Ke-12 pada jam 9:00 pagi:

? Peratus keseluruhan: *17%*

*Sumber: SPR* #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/MvtxmcZdhU

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

4,838 anggota tentera, pasangan mengundi di DUN Stakan

Tue Dec 14 2021

Seramai 4,838 anggota tentera dan pasangan yang bakal mengundi di kerusi DUN Stakan hari ini.

Jumlah keseluruhan pengundi tentera dan pasangan ialah 12,585 di 16 pusat mengundi di seluruh Sarawak yang melibatkan 11 DUN. @501Awani #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/rqNy8sH57O

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 14, 2021

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak tinjau proses pengundian awal

Tue Dec 14 2021

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Mancha Ata tiba di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak bagi menyaksikan proses pengundian awal @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/XIrw6aIMxk

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Panglima Tentera Darat mengundi di Kem Muara Tuang

Tue Dec 14 2021

#PRNSarawak : Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain hadir mengundi di Kem Muara Tuang di saluran 4 yang disediakan. pic.twitter.com/lShEaNVUBT

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Ketua Cawangan Khas Sarawak mengundi awal

Tue Dec 14 2021

Ketua Cawangan Khas Sarawak SAC Mohd Hairuddin Che Hamid memulakan proses pengundian awal di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak. Proses membuang undi di pusat tersebut bermula dari 7.30 pagi hingga 5 petang.. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/hQ0557OcFO

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Panglima Tentera Darat tiba

Tue Dec 14 2021

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain tiba di lokasi mengundi tepat pada jam 9.22 pagi @501Awani #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/K0PnrEaJtE

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 14, 2021

Cuaca baik di Simunjan

Tue Dec 14 2021

9.15 am: Cuaca di sekitar Simunjan khususnya IPD Simunjan dalam keadaan baik ketika ini. Ramai mengambil peluang keluar awal #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/zXgQX9LYgk

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

Anggota PGA tunggu giliran

Tue Dec 14 2021

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) beratur untuk menunaikan tanggungjawab dengan mengundi awal bagi #PRNSarawak ke-12 di Pusat Pengundian awal Kem batalion 11 PGA Batu Kawah hari ini. pic.twitter.com/iq3b0geun2

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Undi awal di IPD Kapit berjalan lancar

Tue Dec 14 2021

Proses pengundian awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram berjalan lancar setakat jam 9 pagi ini.

Bagi proses tersebut, ia dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang.


BERITA LANJUT DI SINI

872 anggota polis, pasangan buang undi di Mes IPK Sarawak

Tue Dec 14 2021

Seramai 872 pegawai, anggota polis dan pasangan yang layak mengundi bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya menunaikan tanggungjawab hari ini.

Ia melibatkan pengundi awal di DUN Tupong, Samariang dan Satok.


BERITA LANJUT DI SINI

Ketua Polis Daerah Simunjan selesai buang undi

Tue Dec 14 2021

9.04 am: Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Nixon Joshua Ali selesai membuang undi bagi #SarawakMemilih pic.twitter.com/lBsJg8pnZu

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

Anggota polis di IPD Simunjan tunggu giliran

Tue Dec 14 2021

9.00 am: Anggota polis di IPD Simunjan menunggu giliran untuk mengundi awal #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/0vBWklhxln

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

Pengundian awal di IPD Kapit setakat jam 8.30 pagi

Tue Dec 14 2021

112 pengundi awal di IPD Simunjan

Tue Dec 14 2021

Proses pengundian awal di IPPK Sarawak setakat jam 8.30 pagi

Tue Dec 14 2021

Suasana di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak

Tue Dec 14 2021

Sekitar proses mengundi awal di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak yang melibatkan tiga kawasan DUN iaitu Tupong, Satok dan Semariang. Laporan terkini menerusi @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/rXKsW741Hd

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

872 pengundi awal di 3 DUN tunai tanggungjawab

Tue Dec 14 2021

Seramai 872 pengundi awal melibatkan pegawai, anggota dan pasangan layak mengundi di tiga DUN iaitu Tupong, Samariang dan Satok akan menunaikan tanggungjawab di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih pic.twitter.com/brQF8vcOBg

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

Situasi terkini pengundian awal di Kem Sri Miri setakat jam 8.30 pagi

Tue Dec 14 2021

32% keluar mengundi setakat 8.44 pagi

Tue Dec 14 2021

“Setakat jam 8:44 pagi sebanyak 32 peratus undi awal telah dijalankan malah saya amat berpuas hati dengan pemantauan garis panduan yang telah ditetapkan.” -Tuan Rizal Alias.

Ikuti perkembangan terkini di @501Awani dan Astro https://t.co/vFRPAHNkAm #Sarawakmemilih #PRN12 pic.twitter.com/Szkt1WYUJl

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 14, 2021

Calon PKR Satok tinjau perjalanan pengundian awal

Tue Dec 14 2021

Calon PKR Satok, Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor tiba di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak pada 8 pagi bagi meninjau perjalanan proses mengundi awal. Ikuti laporan terkini @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/uH7VyowxOe

— Mohd Shafik Ahmad (@mshafikahmad) December 14, 2021

Dua calon tinjau proses pengundian awal

Tue Dec 14 2021

Dua calon iaitu @ADUNn6Tupong Fazzrudin Abdul Rahman calon GPS (kanan) dan calon PKR DUN Tupong Ahmad Nazib hadir ke Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak bagi meninjau proses pengundian awal. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih pic.twitter.com/AxmoYGG00s

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 14, 2021

Anggota dari Balai Polis Sibu Jaya selesai mengundi

Tue Dec 14 2021

#PRNSarawak : Anggota-anggota dari Balai Polis Sibu Jaya menunjukkan tanda dakwat di jari selepas mengundi awal di Dewan Badminton Balai Polis Sibu Jaya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong hari ini. pic.twitter.com/wYMeRkjMfB

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak tunai tanggungjawab

Tue Dec 14 2021

#PRNSarawak : Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata antara yang mengundi awal di Dewan Pahlawan, Ibu Pejabat Briged, Sarawak. pic.twitter.com/L50bVsoilO

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Pesara polis antara pengundi pertama

Tue Dec 14 2021

8.30 am: Pesara polis, Koperal Affandi Ismail menjadi pengundi pertama yang menjalankan tanggungjawab pada undi awal #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/uXRuBEAkjH

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

Anggota PGA mula mengundi

Tue Dec 14 2021

#PRNSarawak : Anggota Pasukan Gerakan Am dan Pasangan di Kem PGA Batalion Sibu mula mengundi di dua saluran yang disediakan.

Kira-kita 1,899 pengundi awal berdaftar di DUN Dudong

? : Dhiyaulhaq pic.twitter.com/zScTOYfXcm

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Pengundi pertama di IPD Mukah

Tue Dec 14 2021

Inspektor Ebeni bin Mohammad merupakan pengundi pertama yang melakukan undi awal di Dewan Serbaguna IPD Mukah.Tahniah dan Syabas! Ikuti perkembangan terkini di @501Awani dan Astro https://t.co/vFRPAHNkAm #SarawakMemilih #UndiAwal #PRN12 pic.twitter.com/NLxm0s8KNH

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 14, 2021

Ketua Polis Daerah Mukah pantau proses undi awal

Tue Dec 14 2021

Kelihatan Ketua Polis Daerah Mukah Tuan Rizal Alias datang dan memantau keadaan semasa Proses undi Awal di Dewan Serbaguna IPD Mukah. Ikuti Perkembangan lanjut di @501Awani dan Astro https://t.co/vFRPAHNkAm #SarawakMemilih #PRN12 #Undiawal pic.twitter.com/JvOuCgZYEL

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 14, 2021

Pengundi pertama di Kem RASCOM

Tue Dec 14 2021

#PRNSarawak : Sarjan Nazuin Naim dan isteri Nordiana Drahman menjadi pengundi pertama yang selesai mengundi awal di Kem RASCOM, Markas 9 Briged, Sibu, Sarawak pic.twitter.com/o89T56oIhK

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021

Laporan dari Kem Sri Miri

Tue Dec 14 2021

Selamat pagi dari Kem Sri Miri! Pukul 8.16am tadi pengundi pertama memasuki bilik mengundi dan bermulalah proses undi awal bagi sejumlah 679 tentera dan pasangan di DUN Lambir. Suasana agak tenang dengan pematuhan SOP yang tinggi ? @501Awani #SarawakMemilih#PRNSarawak pic.twitter.com/qC8IHiKH7W

— fadilah sul (@adensul) December 14, 2021

Proses undi awal di Sibu berjalan lancar sesuai SOP COVID-19

Tue Dec 14 2021

Proses pengundian awal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di Sibu berjalan lancar sesuai dengan garis panduan (SOP) COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daripada lebih 135,000 pengundi biasa, DUN Nangka akan menyaksikan seramai 4,658 pengundi awal akan turun mengundi daripada kalangan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Kem Rascom dan di Dewan Kem Oya.


BERITA LANJUT DI SINI

Pengundi awal di IPD Simunjan

Tue Dec 14 2021

8.00 am: Beberapa anggota polis tiba untuk undi awal di IPD Simunjan. #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/QUtAfuntM7

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 14, 2021

Antara pengundi terawal

Mon Dec 13 2021

7.57 am: Antara pengundi terawal yg menunggu giliran untuk menjalankan tanggungjawab bagi undi awal #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/p2SX6jxC3w

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 13, 2021

Pengundi DUN Satok, Samariang dan Tupong

Mon Dec 13 2021

Para pegawai dan anggota polis yang layak mengundi bagi tiga DUN iaitu DUN Satok, Samariang dan Tupong. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih pic.twitter.com/i8F7cOvt25

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 13, 2021

Wartawan Azizah Alwi melaporkan dari IPD Mukah

Mon Dec 13 2021

Selamat Pagi Warga Mukah!

Beginilah suasana proses undi Awal di Dewan Serbaguna IPD Mukah.Masih dalam keadaan tenang.Ikuti perkembangan lanjut di @501Awani dan Astro https://t.co/vFRPAHNkAm #SarawakMemilih #PRN12 #Undiawal pic.twitter.com/cvYftabztm

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 13, 2021

SOP perlu dipatuhi pengundi

Mon Dec 13 2021

7.49 am: #SarawakMemilih antara SOP yg perlu dipatuhi oleh pengundi awal. Imbas kod MySejahtera dan semak suhu. Jika bergejala, ada khemah khas disediakan oleh KKM @501Awani pic.twitter.com/Gk6i9jNPo4

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 13, 2021

Khemah khas disediakan

Mon Dec 13 2021

7.30 am: Khemah khas disediakan sekiranya ada pengundi yg bergejala. Seramai lapan petugas SPR, dan dua petugas kesihatan ditempatkan di IPD Simunjan #SarawakMemilih. @501Awani pic.twitter.com/5hweqAamw6

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 13, 2021

Wartawan Assim Hassan melaporkan dari IPK Sarawak

Mon Dec 13 2021

7.30 am: Hari mengundi awal di Dewan Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/UQAhv7AJLZ

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 13, 2021

Pengundian awal bermula

Mon Dec 13 2021

Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula.

Petugas SPR buat persediaan

Mon Dec 13 2021

#PRNSarawak : Para Petugas SPR membuat persediaan untuk pengundian awal PRN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini.

?Nur Shazreen Zamzuri pic.twitter.com/BusDv0zE15

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 13, 2021

Pegawai SPR tiba

Mon Dec 13 2021

7.09 am: Kelihatan pegawai SPR membawa beg kuning - difahamkan dokumen/kertas undi bagi tujuan undi awal hari ini #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/AvG6neWNYM

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 13, 2021

Pusat mengundi dibuka jam 7.30 pagi

Mon Dec 13 2021

Pusat mengundi ini akan dibuka seawal jam 7.30 pagi dan merupakan antara 55 pusat mengundi yang akan beroperasi sehingga jam 5 petang. @501Awani

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 13, 2021

Wartawan Hasimi Muhamad & Ridzal Abdullah melaporkan dari IPD Simunjan

Mon Dec 13 2021

#SarawakMemilih Saya dan kru, Rizal akan berada di IPD Simunjan. Seramai 112 pengundi awal akan mengundi di pusat pengundian ini. Ia melibatkan DUN Gedong (1) & DUN Gedong (111) @501Awani pic.twitter.com/sCTf5vS9vh

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 13, 2021

Wartawan Syaff Syukri melaporkan dari IPD Kapit

Mon Dec 13 2021

Selamat pagi. @501Awani tiba di IPD Kapit untuk laporan komprehensif berkenaan proses undi awal melibatkan 96 anggota polis dan pasangan yang mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram. pic.twitter.com/KfTZFBr1k1

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 13, 2021

85 pusat mengundi awal dibuka mulai 7.30 pagi

Mon Dec 13 2021

7.00 am: #SarawakMemilih Seramai 23,043 pengundi awal akan menjalankan tangungjawab mereka hari ini. 85 pusat mengundi awal dibuka mulai 7.30 pagi. @501Awani pic.twitter.com/8mZrRT65nR

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 13, 2021

23,043 mengundi awal hari ini

Mon Dec 13 2021

Hari ini bakal berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ia bakal melibatkan 23,043 pengundi terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) juga pasangan.


BERITA LANJUT DI SINI

Bekas Mufti istiqamah mahu bangunkan Jemoreng

Mon Dec 13 2021

Calon PSB Muara Tuang komited pertingkat akses internet

Mon Dec 13 2021

Pengalaman terlibat dalam arena politik selama 30 tahun menjadi kelebihan kepada Yakup Khalid untuk berdepan saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Muara Tuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kali ini.

Bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB), Yakup, 58, mempunyai iltizam besar untuk berkhidmat kepada masyarakat di DUN tersebut, termasuk memastikan jaringan internet dapat ditingkatkan.


BERITA LANJUT DI SINI

Harapan penduduk Gedong kepada Abang Johari

Mon Dec 13 2021

Kehadiran Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong disifatkan sebagai 'hadiah' pembangunan awal kepada penduduk setempat.

Selain pembangunan infrastruktur, pemimpin nombor satu Sarawak itu diharap membawa limpahan kemajuan di DUN Gedong.


BERITA LANJUT DI SINI

Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik

Mon Dec 13 2021

Keanggotaan tiga ahli parti Bersatu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) ini atas tiket Bebas telah gugur secara automatik, kata Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.

Mereka ialah Siki Balarik di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).


BERITA LANJUT DI SINI

Kampung Banyok tenggelam? Warisan Melanau terakhir di Dudong bakal hilang

Sun Dec 12 2021

Berdasarkan cerita nenek moyang dan penduduk terawal yang tinggal di Kampung Banyok, penempatan minoriti masyarakat Melanau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Sibu itu sudahpun berusia lebih 200 tahun.

Terletak hanya 30 minit daripada bandar Sibu, Kampung Banyok dipisahkan oleh Sungai Rajang dan kemudian dihubungkan menggunakan Jambatan Lanang yang telah siap pada tahun 2006 lalu bagi menggantikan perkhidmatan feri sedia ada.


BERITA LANJUT DI SINI

PRN Sarawak: Gedong akan dibangunkan sebagai Bandar Satelit - Abang Johari

Sun Dec 12 2021

Gedong yang dinaiktaraf secara rasmi kepada daerah akan dibangunkan sebagai Bandar Satelit di Bahagian Kota Samarahan.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Gedong juga akan memiliki struktur pentadbiran yang lebih tersusun dan terperinci.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Sarawak: Presiden PBK dipanggil SPRM

Sun Dec 12 2021

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan ketika ini sedang diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, difahamkan beliau telah hadir ke pejabat SPRM pada jam 8.40 pagi tadi.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Sarawak: Tarik pelabur ke DUN Bawang Assan, penduduk ada peluang pekerjaan

Sun Dec 12 2021

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan di Sibu mungkin sudah jauh berbeza berbanding 40 tahun dahulu.

Kawasan yang terletak di Parlimen Sibu itu rancak dengan pembangunan infrastruktur - jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan juga jaringan internet.

BERITA LANJUT DI SINI.

Kerajaan tidak ambil tanah NCR secara percuma - Awang Tengah

Fri Dec 10 2021

Pelan Pembangunan untuk memajukan kawasan pedalaman di Sarawak akan terus diperkasa menerusi Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan, proses pengukuran tanah NCR dilakukan Jabatan Tanah dan Survie (JTS) Sarawak mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.


BERITA LANJUT DI SINI

Sarawak tarik lebih RM15 bilion pelaburan 2020

Fri Dec 10 2021

Sarawak mampu menarik pelaburan lebih RM15 bilion pada tahun 2020 walaupun negara berdepan pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kehadiran pelaburan luar itu susulan keyakinan pelaburan kepada kestabilan politik dan ekonomi di negeri itu.


BERITA LANJUT DI SINI

Saya tidak sangka Ali Biju akan tarik diri - Friday Belik

Fri Dec 10 2021

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Friday Belik berkata, beliau tidak menyangka Datuk Ali Biju akan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah hak individu dan dia yakin keputusan itu dibuat atas sebab tertentu.


BERITA LANJUT DI SINI

SUPP kini bersaing dengan beberapa parti lagi untuk raih sokongan kaum Cina

Fri Dec 10 2021

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Dis ini akan menjadi indikasi terhadap kesinambungan sokongan kaum Cina kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dengan kemunculan lebih banyak parti lawan menyertai saingan bagi meraih sokongan kaum itu.

Pada 2016 SUPP memenangi tujuh daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya, meliputi enam kawasan bandar atau kawasan majoriti Cina bercampur pelbagai kaum, serta satu kawasan majoriti kaum Dayak.


BERITA LANJUT DI SINI

Ali Biju disaran kempen untuk calon GPS - Wan Junaidi

Thu Dec 09 2021

Empat tunjang utama manifesto Dr Sim untuk penduduk Batu Kawah

Thu Dec 09 2021

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian hari ini melancarkan manifesto bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah.

Dengan tema 'Majulah Batu Kawah', manifesto itu menggariskan empat tunjang utama yang memberi tumpuan kepada pembangunan holistik untuk tempoh lima tahun.


BERITA LANJUT DI SINI

Abang Jo akui kecewa dengan tindakan Ali Biju

Thu Dec 09 2021

Rekod GPS bukti manifesto mampu dicapai - Jeniri

Wed Dec 08 2021

Banyak inisiatif pembangunan yang dijanjikan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi manifesto yang dikeluarkan pada Rabu adalah sesuatu yang dapat disaksikan sendiri kemajuannya.

Malah, menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir, ada beberapa pembangunan seperti pembinaan lebuh raya dan jambatan telah pun ditunaikan sebelum ini.


BERITA LANJUT DI SINI

Saya tidak muflis, enggan bantu kempen calon PKR DUN Satok - Dahlia

Wed Dec 08 2021

Nor Dahlia Esapian Eyaw menafikan dirinya digugurkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok atas faktor muflis.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR cabang Petra Jaya jelas terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi PKR Sarawak menggantikan dirinya dengan Datuk Dr Nor Irwan Ahmad Nor sebagai calon DUN tersebut.


BERITA LANJUT DI SINI

Lima jelitawan curi tumpuan kempen PRN Sarawak di Sibu

Wed Dec 08 2021

Sekilas pandang tidak ubah seperti papan iklan yang memaparkan duta-duta produk kecantikan namun apabila diamati, ia merupakan gambar lima calon wanita sebuah parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Itulah gambaran paling tepat bagi menjelaskan kehadiran beberapa papan iklan gergasi memaparkan lima jelitawan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang menghiasi jalan-jalan utama di bandar ini.


BERITA LANJUT DI SINI

Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian

Wed Dec 08 2021

Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan, Baru Bian yakin masyarakat Lun Bawang di kawasan tersebut cukup matang dan celik isu yang dibawanya sama ada dalam DUN Sarawak mahupun Dewan Rakyat.

Justeru, Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba’ kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini.


BERITA LANJUT DI SINI

5 penggal dalam Parlimen, King Sing tidak pandang rendah calon lain

Tue Dec 07 2021

Pertembungan lapan penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong tidak dipandang ringan oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Tiong King Sing.

Walaupun berkhidmat selama lima penggal sebagai Ahli Parlimen Bintulu, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu masih berasakan tanggungjawab setiap calon adalah sama untuk memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat terlaksana.


BERITA LANJUT DI SINI

PRN Sarawak: Manifesto GPS, ikrar Abang Jo

Tue Dec 07 2021

PRN Sarawak: PSB bukan macam PH, hentikan projek pembangunan jika berkuasa - Koh Kumbong

Tue Dec 07 2021

Projek pembangunan infrastruktur yang sedang rancak dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan diteruskan dalam usaha membangunkan kawasan tersebut.

Tegas calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) DUN Baleh, Koh Kumbong, usaha untuk menyekat dan memberhentikan projek pembangunan itu adalah satu tindakan tidak matang.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Sarawak: Perkasa pertanian di Baleh, perjuangan calon DAP

Tue Dec 07 2021

Sektor pertanian akan terus menjadi keutamaan dan diperkasa dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

Perkara itu akan menjadi perjuangan Kenneth Usang George, calon DAP DUN Baleh sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak (PRN12).

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Sarawak: Dudong kawasan paling 'panas' dengan pertembungan lapan penjuru

Tue Dec 07 2021

Pertembungan lapan penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadikan ia medan pertarungan paling 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Selepas proses penamaan semalam, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing, yang pertama kali bertanding di peringkat DUN, bakal berdepan lawan daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Wong Hie Ping; Jane Lau Sung Yee mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK), Julius Enchana Jasper Ancho mewakili Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB); Paul Ling Fong (DAP) dan Josephine Lau Kiew Peng daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).

BERITA LANJUT DI SINI.


PRN Sarawak: Abang Jo menjual impian dan keberanian

Tue Dec 07 2021

Menurunkan 82 calon dengan gandingan pelbagai latar belakang, menjadi taruhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengekalkan kerajaan yang disandangnya sejak 1963.

Secara teknikal, kerajaan tersebut belum pun berusia sepenggal, kerana ia wujud di pertengahan penggal lalu, selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang di peringkat Persekutuan pada 2018.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Sarawak: Jumlah calon ramai, namun kesimpulannya lebih kepada pertembungan GPS, DAP dan PSB - Penganalisis

Mon Dec 06 2021

Ramai dalam kalangan penganalisis politik berpandangan bahawa walaupun Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) 'sesak' dengan penyertaan calon dari pelbagai parti dan calon bebas, namun pertandingan sebenar adalah antara parti kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di satu pihak dan DAP serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) di satu pihak lagi.

Pilihan Raya pada 18 Dis ini menarik jumlah penyertaan calon terbesar dalam sejarah, apabila 349 calon daripada parti-parti dalam GPS, sembilan pakatan pembangkang, serta calon-calon bebas hadir di pusat penamaan calon (PPC) yang disediakan antara pukul 9 dan 10 pagi semalam bagi menawarkan diri untuk bertanding.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Sarawak: Jumlah calon ramai, namun kesimpulannya lebih kepada pertembungan GPS, DAP dan PSB - Penganalisis

Mon Dec 06 2021

Ramai dalam kalangan penganalisis politik berpandangan bahawa walaupun Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) 'sesak' dengan penyertaan calon dari pelbagai parti dan calon bebas, namun pertandingan sebenar adalah antara parti kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di satu pihak dan DAP serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) di satu pihak lagi.

Pilihan Raya pada 18 Dis ini menarik jumlah penyertaan calon terbesar dalam sejarah, apabila 349 calon daripada parti-parti dalam GPS, sembilan pakatan pembangkang, serta calon-calon bebas hadir di pusat penamaan calon (PPC) yang disediakan antara pukul 9 dan 10 pagi semalam bagi menawarkan diri untuk bertanding.

BERITA LANJUT DI SINI.


PRN Sarawak: Sudah ada kebangkitan masyarakat dalam politik

Mon Dec 06 2021

Sidang media SPR mengenai penamaan calon

Mon Dec 06 2021

SPR terima 349 kertas pencalonan, 10 parti bertanding

Mon Dec 06 2021

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 349 kertas pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, sebanyak 10 parti dan 30 calon Bebas disahkan bertanding, dengan DUN Dudong mencatat rekod persaingan terbanyak iaitu lapan penjuru apabila tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi.

BERITA PENUH DI SINI

Ahli Bersatu bertanding, tindakan tegas akan diambil - Wan Saiful

Mon Dec 06 2021

Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ahli yang melanggar perlembagaan parti boleh berdepan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk keahlian boleh terhenti serta merta.

BERITA PENUH DI SINI

PSB mahu perubahan, SUPP kata perlu realistik

Mon Dec 06 2021

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh menjelaskan misinya hanya satu untuk memastikan sentimen perubahan yang didengarinya dan dimahukan rakyat dapat direalisasi melalui parti kerajaan negeri baharu.

Sementara itu, calon Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Robert Lau Hui Yew menyimpulkan angin perubahan yang disebut-sebut Soon Koh perlulah bersifat realistik.

BERITA PENUH DI SINI

Berkempenlah secara bersih dan adil - Presiden SUPP

Mon Dec 06 2021

Presiden Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Datuk Seri Sim Kui Hian mahu menyaksikan kempen pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Mengulas mengenai perkara itu, kata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Batu Kawah itu, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 12 hari berkempen.

BERITA PENUH DI SINI

Abang Jo yakin rakyat mampu menilai pentadbiran GPS

Mon Dec 06 2021

Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin rakyat Sarawak mampu menilai pencapaian Gabungan Rakyat Sarawak (GPS) sejak parti itu mentadbir negeri ini.

Justeru, Ketua Menteri Sarawak itu berkata para pengundi akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang bakal menguruskan Sarawak bagi tempoh lima tahun akan datang.


BERITA PENUH DI SINI

Saingan 5 penjuru di Saribas

Mon Dec 06 2021

Penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.35 Saribas kali ini menyaksikan pertembungan lima penjuru berbanding satu lawan satu pada PRN Sarawak ke-11.

Kerusi itu menjadi rebutan di antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).



BERITA PENUH DI SINI

Ali Biju pertahan DUN Krian atas tiket Bebas

Mon Dec 06 2021

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Manusia Datuk Ali Biju memilih untuk mempertahankan kerusi DUN N.39 Krian pada hari, sekali gus menggadaikan jawatan dan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau bertanding sebagai calon Bebas bagi menghadapi saingan empat penjuru, seperti diumum Pegawai Pilihan Raya DUN N.39 Krian, Bilong Ingkas.


BERITA PENUH DI SINI

Mussen dicabar tiga penjuru di DUN Batang Ai

Mon Dec 06 2021

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Datuk Malcolm Mussen Lamoh bakal berentap tiga pencabar bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Mereka terdiri daripada William Nyallau Badak dari Parti Sarawak Bersatu (PSB); Usup Asun dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan John Linang Mereejon (Bebas).


BERITA PENUH DI SINI

Saingan mencabar tapi saya kena menang - Nicholas Kudi

Mon Dec 06 2021

Calon bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai menyatakan bahawa dia perlu memenangi seterusnya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

Beliau yang merupakan anak buah kepada bekas penyandang, mendiang Tan Sri James Jemut Masing berkata, kemenangan ini penting bagi meneruskan agenda pembangunan di Baleh.


BERITA PENUH DI SINI

DUN N.34 Batang Ai

Mon Dec 06 2021

DUN Batang Ai
1) Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh (GPS)
2) William Nyallau Badak (PSB)
3) Usup Asun (PBK)
4) John Linang Mereejon (BEBAS)@501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/3uS3W9Zsxb

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Saya dilabel 'giant killer' - Calon PSB tidak gentar berdepan Abang Jo

Mon Dec 06 2021

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong, Mohamad Sofian Fariz Sharbin berkata dirinya dilabel sebagai ‘giant killer’.

Justeru, Mohamad Sofian, 36, menegaskan tidak akan sesekali gentar berdepan dengan figura politik tersohor, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, 18 Disember ini.


BERITA PENUH DI SINI

Pertembungan empat penjuru di DUN N.57 Tellian Mukah

Mon Dec 06 2021

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian secara rasmi akan menyaksikan pertemubungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Disember depan.

Pada pukul 10 pagi Petron Bennedict Sunggoh sebagai penolong pengurus pilihan raya (RO) N.57 Tellian telah mengumumkan masa tamat kertas pencalonan.


BERITA PENUH DI SINI

GPS akan terus bekerja keras - Awang Tengah

Mon Dec 06 2021

“GPS akan terus bekerja keras. Jangan pandang rendah soal pilihan raya ini kerana ianya melibatkan masa depan.

“Saya harap rakyat ambil kira semua perancangan dan usaha yang dilakukan Kerajaan GPS semasa memilih wakil rakyat mereka nanti,” - DA Awang Tengah semasa sidang media pic.twitter.com/dh2r0jpaN9

— fadilah sul (@adensul) December 6, 2021

Pertembungan empat penjuru di Batu Kitang, Batu Kawah

Mon Dec 06 2021

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini.

Pertandingan itu melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP), Fong Pau Teck (ASPIRASI) dan Chai Kueh Khun (PBK).


BERITA PENUH DI SINI

Calon DUN N.43 Daro

Mon Dec 06 2021

Senarai Nama Calon serta kedudukan di kertas undi DUN N.43 Daro.

1. GPS : En. Safiee Bin Haji Ahmad
2. BEBAS : Jamaludin Bin Ibrahim (Lambang Kunci)
3. PBK : Ting Ing Hua

Ikuti perincian terkini disaluran @501Awani dan Astro https://t.co/vFRPAI4nCm #AstroAwani #PRN12 pic.twitter.com/FkXZf9F9Bj

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

Sidang media perincian senarai kertas pencalonan

Mon Dec 06 2021

Selesai urusan penamaan calon yang ditutup pada pukul 10pagi, Pengerusi @sprgovmy Datuk Abdul Ghani Salleh akan mengadakan sidang media bagi perincian senarai kertas pencalonan. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih pic.twitter.com/jSjg6ZU9xX

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

3 penjuru di N.44 Jemoreng

Mon Dec 06 2021

N44 Jemoreng (3 penjuru)

1.GPS (Penyandang)
-Nama : Dato' Murshid Diraja Dr Juanda bin Jaya.

2. Pembangkang 1 (BEBAS)
- Nama : Dr Osman bin Rafaee

3. Pembangkang 2 (AMANAH)
-Nama : Zainab binti Suhaili

Ikuti perkembangan terkini disaluran @501Awani #PRN12 #AstroAwani pic.twitter.com/Ig0NkA1o3u

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

Pertembungan lima penjuru berulang di Bawang Assan

Mon Dec 06 2021

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan mengulang kembali sejarah pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Disember depan.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi DUN N.53 Bawang Assan, Suhaili Mohammed mengesahkan senarai calon tersebut dalam satu pengumuman pada jam 10.30 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah.


BERITA PENUH DI SINI

Satu lawan satu di DUN Layar

Mon Dec 06 2021

Hanya dua calon akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Layar kali ini iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di DUN Layar ialah Datuk Gerald Rentap Jabu (PBB-GPS) dan Isik Utau (PSB) yang telah hadir mengemukakan kertas pencalonan nama di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sri Aman pada Isnin.


BERITA PENUH DI SINI

Lidam Assan berdepan saingan enam penjuru

Mon Dec 06 2021

Calon baharu, Lidam Assan, yang ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas akan berdepan saingan enam penjuru.

Beliau bakal berdepan saingan daripada Sai Malaka dari Parti Bansa Dayak Bersatu Baru (PBDSB), Yunus Basri dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).


BERITA PENUH DI SINI

7,208 pengundi akan memilih wakil rakyat di DUN Gedong

Mon Dec 06 2021

Pertembungan empat penjuru di DUN Tanjong Datu

Mon Dec 06 2021

DUN N.14 Batu Kawah

Mon Dec 06 2021

GPS - Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
DAP - Dr Kelvin Yii Lee Wuen
PBK - Chai Kueh Khun
ASPIRASI - Fong Pau Teck

Calon DUN N.57 Tellian

Mon Dec 06 2021

RASMI CALON DUN N.57 Tellian:

1. PKR Mohd Arwin Lim Abdullah
2.PBK Zainuddin Budug
3.GPS Royaton Valentine
4.PSB PSB Sait Bin Junaidi

Tiada penolakan pencalonan. Ikuti perkembangan terkini disaluran @501Awani #PRNSarawak #PRNSarawak #AstroAwani pic.twitter.com/3AOJgGN5gZ

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

DUN N.13 Batu Kitang

Mon Dec 06 2021

GPS - Lo Khere chiang
DAP - Abdul Aziz Isa
PBK - Wong Tun Teck
PSB - Liu Thian Leong

Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban

Mon Dec 06 2021

Dewan Undangan Negeri N.37 Bukit Saban menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Calon-calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-12 di kawasan ini adalah Datuk Amar Douglas Uggah Embas (GPS), Mikhael Matthew Abdullah @Nyawai Patrick Agus (PKR) dan Andria Dundang @ Andria Gelayan (PSB).


BERITA PENUH DI SINI

Proses penamaan calon

Mon Dec 06 2021

DUN Bukit Sari menyaksikan pertembungan tiga penjuru

Mon Dec 06 2021

Tiada kemenangan tanpa bertanding untuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini apabila kawasan DUN Bukit Sari menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Tepat jam 10.25 pagi tadi pegawai pengurus pilihan raya (RO), Ladin Atok mengumumkan tiga calon yang akan bertanding merebut undi daripada 13,054 pemilih berdaftar di sini.


BERITA PENUH DI SINI

Tanjong Datu bakal menyaksikan saingan empat penjuru

Mon Dec 06 2021

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kali ini.

Ia melibatkan calon dari Gabungan Parti Bersatu (GPS) Azizul Annuar Adenan, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Pijar, Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jery’in Fauzi, dan calon bebas Abdul Talib Baee.


BERITA PENUH DI SINI

Tiga calon 'tentang' Abang Johari di DUN Gedong

Mon Dec 06 2021

Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdepan tentangan daripada tiga calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Tiga calon tersebut masing-masing daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango dan Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang.


BERITA PENUH DI SINI

Pertandingan empat penjuru rebut kerusi DUN Baleh

Mon Dec 06 2021

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam saingan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) kali ini.

Ia selepas diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Baleh, Robert Liman sebentar tadi.


BERITA PENUH DI SINI

Tiga calon yang bertanding di DUN Bukit Sari

Mon Dec 06 2021

Rasmi: RO Ladin Atok mengumumkan tiga calon yang bertanding di DUN Bukit Sari selepas menyemak kertas penamaan calon dan berpuas hati sekali gus mengesahkan tiada calon ditolak penamaannya. @501Awani #SarawakMemilih#PRNSarawak pic.twitter.com/v39EYL1yeB

— fadilah sul (@adensul) December 6, 2021

DUN N.82 Bukit Sari

Mon Dec 06 2021

1. GPS - Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
2. PSB - Alias Mail (PSB)
3. PBK - Riyah Basrah

Empat calon sah bertanding di DUN Baleh

Mon Dec 06 2021

Setakat ini empat calon SAH bertanding di Dun Baleh melibatkan Nicholas Kudi Jantai (GPS), Kenneth Usang (DAP), Koh Kumbong (PSB) dan Irwan Iskandar Sukarno (PBK).@501Awani #SarawakMemilih pic.twitter.com/Xa4ZAoEqx5

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 6, 2021

Dua Datuk bertembung di DUN N.8 Satok

Mon Dec 06 2021

Dua 'datuk' bersaing untuk kerusi Dewan Undangan Negeri N.8 Satok, kerusi yang sebelum ini disandang Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menurunkan tokoh korporat, yang juga Timbalan Ketua Cawangan PBB, Datuk Ibrahim Baki.


BERITA PENUH DI SINI

DUN N.26 Gedong

Mon Dec 06 2021

1. Tan Sri Abang Johari Tun Openg (GPS)
2. Tomson Ango (Parti Bumi Kenyalang)
3. Kamal Bujang (Parti Amanah Negara (Amanah)
4. Mohamad Sofian Fariz Sharbin (Parti Bersatu Sarawak)

DUN N.36 Layar

Mon Dec 06 2021

1. Datuk Gerald Rentap Jabu (GPS-PBB)
2. Isik Utau (PSB)

DUN N.62 Katibas

Mon Dec 06 2021

1. GPS : Lidam Assan
2. PSB : Robertson Mawa
3. PBDSB : Sai Malaka
4. PKR :  Munan Laja
5. BEBAS: Tengku Geruna
6. PBK: Yunus Bin Basri

DUN N.37 Bukit Saban

Mon Dec 06 2021

1. Datuk Amar Douglas Uggah Embas (GPS-PBB)
2. Mikhael Matthew Abdullah @Nyawai Patrick Agus (PKR)
3. Andria Dundang @ Andria Gelayan (PSB)

Pertembungan empat penjuru di DUN Gedong

Mon Dec 06 2021

Empat calon bertanding di DUN Batu Kawah setakat jam 10 pagi

Mon Dec 06 2021

DUN N.61 Pelagus

Mon Dec 06 2021

1. GPS Wilson Nyabong
2. PSB Kristofer Nyuak
3. DAP Solomon Kumbong
4. PBK Nyambong Sibat
5. PBDSB Moses Repai

DUN N.65 Belaga

Mon Dec 06 2021

1. GPS - Datuk Liwan Lagang
2. PBK - John Bampa
3. PSB - Henry Usat Bit
4. BEBAS - Siki Balarik

Calon bertanding di DUN N3 Tanjong Datu

Mon Dec 06 2021

SAH!! Nama-nama calon yang akan bertanding di DUN N3 TANJONG DATU

1. Gabungan Parti Bersatu (GPS) Azizul Annuar Adenan
2. Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Pijar
3. Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jery’in Fauzi
4. BEBAS Abdul Talib Baee@501Awani #SarawakMemilih pic.twitter.com/CErW9ZYKKr

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 6, 2021

DUN N.3 Tanjong Datu

Mon Dec 06 2021

1. Gabungan Parti Bersatu (GPS) Azizul Annuar Adenan
2. Parti Bumi Kenyalang (PBK) Goem Pijar
3. Parti Sarawak Bersatu (PSB) Jery’in Fauzi
4. BEBAS Abdul Talib Baee

Lima penjuru dijangka di DUN Bawang Assan

Mon Dec 06 2021

DUN Asajaya menyaksikan pertembungan empat penjuru

Mon Dec 06 2021

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Rahman Karim Hamzah menjadi calon pertama menyerahkan borang penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya di SMK Hajah Laila Taib di sini pada Isnin.

Sekitar jam 9.08 pagi, Karim yang hadir dengan pakaian batik PBB selamat menyerahkan borang penamaan calon bersama seorang penyokong dan seorang pencadang yang telah tiba seawal 8.54 pagi.


BERITA PENUH DI SINI

Saingan empat penjuru di DUN Padungan

Mon Dec 06 2021

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kali ini.

Ia melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Wee Hong Seng; calon DAP, Chong Chieng Jen; calon ASPIRASI, Lina Soo dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Raymond Thong.


BERITA PENUH DI SINI

Calon PSB, GPS, DAP dan PBK antara pencabar di DUN Baleh

Mon Dec 06 2021

Empat penjuru di DUN Gedong setakat jam 9.30 pagi

Mon Dec 06 2021

Sah! Pertandingan empat penjuru di DUN Padungan

Mon Dec 06 2021

Sah pertandingan empat penjuru di DUN Padungan melibatkan calon GPS, Datuk Wee Hong Seng; calon DAP Chong Chieng Jen; calon ASPIRASI Lina Soo dan Calon PBK, Raymond Thong. @501Awani pic.twitter.com/wwrhtKKSMv

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Urusan penamaan calon ditutup

Mon Dec 06 2021

Pengurus Pilihan Raya DUN Padungan, Theresa Korina Peter Legi mengumumkan urusan penamaan calon ditutup @501Awani pic.twitter.com/UDYXmp5HZp

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Pencalonan DUN N.57 tamat

Mon Dec 06 2021

Pada pukul 10 Pagi Petron Bennedict Sunggoh sebagai penolong pengurus N.57 telah mengumumkan masa tamat kertas pencalonan. Ikuti perkembangan Semasa proses pencalonan di DUN N.57 Tellian Mukah disaluran @501Awani. #SarawakMemilih #PRN12 #AstroAwani pic.twitter.com/JDVYt3F5PR

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

Masa ketibaan 3 calon DUN Bukit Sari

Mon Dec 06 2021

Masa ketibaan 3 calon DUN Bukit Sari di PPC Majlis Daerah Lawas.

7.50am: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (GPS-PBB)

8.47am: Alias Mail (PSB)

8.55am: Riyah Basrah (PBK)

Proses penamaan calon akan tamat sebentar lagi pada jam 10am @501Awani #SarawakMemilih #PRNSarawak pic.twitter.com/YC3lhGZujs

— fadilah sul (@adensul) December 6, 2021

Pengurus Pilihan Raya DUN Padungan kemas kini borang

Mon Dec 06 2021

Pegawai SPR dan Pengurus Pilihan Raya DUN Padungan, Theresa Korina Peter Legi mengemas kini borang urusan penamaan calon DUN tersebut. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih pic.twitter.com/MglLMasgNX

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Hujan 'ujian' pertama proses penamaan calon DUN Bukit Sari, Ba'Kelalan

Mon Dec 06 2021

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi sehingga awal pagi ini di Lawas menjadi 'ujian' pertama bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 melibatkan Dewan Udangan Negeri (DUN) Bukit Sari dan Ba'Kelalan.

Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi. Bagi DUN Bukit Sari, proses penamaan calon akan berlangsung di Majlis Daerah Lawas, manakala bagi DUN Ba'kelalan dilaksanakan di bangunan lama Majlis Daerah Lawas, yang terletak kira-kira dua kilometer daripada Majlis Daerah Lawas.


BERITA PENUH DI SINI

Laungan "Hidup Abang Jo, Hidup GPS" sambut ketibaan Abang Johari

Mon Dec 06 2021

Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Masyarakat Gedong, di sini kira-kira 8.50 pagi.

Ketua Menteri Sarawak itu, yang akan bertanding di kerusi baharu, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong diiriingi pencadang, Datuk Naroden Majais dan penyokong, Mohd Najib Arbi.


BERITA PENUH DI SINI

Abang Johari diiringi pencadang, penyokong

Mon Dec 06 2021

#SarawakMemilih TS Abang Johari diiriingi pencadang, Datuk Naroden Majaisdan penyokong, Mohd Najib Arbi @501Awani pic.twitter.com/ZZtlPFi2g7

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 6, 2021

Calon tunggu pengesahan SPR

Mon Dec 06 2021

Terkini: keadaan semasa di Dewan Masyarakat Lundu.. calon sedang menunggu pengesahan dari SPR @501Awani pic.twitter.com/uWONLwtup3

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 6, 2021

DUN Tellian bakal menyaksikan saingan empat penjuru

Mon Dec 06 2021

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian dijangka bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kali ini.

Ia melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tellian Royaton Valentine mengenakan busana baju batik bermotifkan terendak melanau dimana merupakan lambang ikonik komuniti Melanau.


BERITA PENUH DI SINI

Calon PSB DUN Baleh, Koh Kumbong tiba di PPC

Mon Dec 06 2021

Calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Koh Kumbong tiba di PPC bagi mendaftar sebagai calon PSB di Dun Baleh. Setakat ini dijangkakan Dun Baleh mungkin akan menyaksikan pertembungan empat penjuru. #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/7BDFNPJFpb

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 6, 2021

Abdul Aziz Isa (DAP) tiba di PPC N.13 Batu Kitang

Mon Dec 06 2021

Abdul Aziz Isa dari DAP tiba di Pusat Penamaan Calon N.13 Batu Kitang bertempat di Tingkat 3 Pejabat Majlis Perbandaran Padawan @501Awani #SarawakMemilih pic.twitter.com/5zbXakL78h

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 6, 2021

Wee Hong Seng (GPS) calon pertama serah borang

Mon Dec 06 2021

9.05am: Datuk Wee Hong Seng daripada GPS merupakan calon pertama menyerahkan borang penamaan calon. @501Awani

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Pegawai Pengurus umum urusan penamaan bermula

Mon Dec 06 2021

9am: Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Padungan, Theresa Korina Peter mengumumkan urusan penamaan calon bermula 9pagi hingga 10pagi. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Pencalonan bagi N.57 Tellian bermula

Mon Dec 06 2021

9:00 pagi berlakunya proses pencalonan bagi N.57 Tellian.Ikuti perkembangan terkini di saluran @501Awani #SarawakMemilih #PRN12 #AstroAwani pic.twitter.com/attbKa0paR

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

Masa ketibaan calon DUN N.37 Bukit Saban

Mon Dec 06 2021

Masa Ketibaan Calon-Calon DUN N.37 Bukit Saban.

8:00 pagi : Calon PKR Mikhail Mathew Abdullah

8:10 pagi : Calon PSB Andria Dundang @ Andria Gelayan

8:20 pagi : Calon GPS - PBB Datuk Amar Douglas Uggah#SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/WrNQQLCesM

— AlexandraLorna (@exandralorna) December 6, 2021

Calon Bukit Sari tiba di PPC

Mon Dec 06 2021

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (GPS) jadi calon pertama yang tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari pada jam 7.50 pagi tadi.

Calon kedua Alias Mail dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) tiba sejam kemudian pada pukul 8.47 pagi.


BERITA PENUH DI SINI

Gaya calon DAP Dun Baleh, Kenneth Usang George

Mon Dec 06 2021

Gaya calon DAP Dun Baleh, Kenneth Usang George sebelum mendaftar sebagai calon bagi partinya. Dia tiba sekitar jam 7.30 pagi tadi. @501Awani #SarawakMemilih pic.twitter.com/M0dCuY3H9H

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 6, 2021

KM Sarawak tiba di PPC Dewan Masyarakat Gedong

Mon Dec 06 2021

KM Sarawak TS Abang Johari tiba di PPC Dewan Masyarakat Gedong pada pukul 8.50 pagi @501Awani pic.twitter.com/Qi8QEd87aU

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 6, 2021

Calon GPS N.57 bersama calon GPS N.58 Baligian

Mon Dec 06 2021

Calon GPS N.57 Tellian Royaton Valentine bersama calon GPS N.58 Baligian di Menara Pehin Setia Raja.Ikuti perkembangan terkini disaluran @501Awani dan Astro https://t.co/vFRPAI4nCm #SarawakMemilih #PRN12 #AstroAwani pic.twitter.com/qvjuIqhLaT

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

Calon Amanah, Kamal Bujang tiba

Mon Dec 06 2021

8.45am: Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang tiba di PPC pada pukul 8.40 pagi #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/jofIa6pQjM

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 6, 2021

Calon PBK, Tomson Ango tiba di PPC Dewan Masyarakat Gedong

Mon Dec 06 2021

8.38am: Calon PBK, Tomson Ango tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Masyarakat Gedong pada 8.29 pagi. Namun masih belum dibenarkan masuk #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/sf1ZaSJQq6

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 6, 2021

Calon GPS, Nicholas Kudi Jantai tiba di Pusat Penamaan Calon

Mon Dec 06 2021

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di SMK Kapit No.2.

Beliau tiba sekitar jam 8 pagi tadi seperti saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC.


BERITA PENUH DI SINI

Calon GPS, Nicholas Kudi Jantai tiba di PPC SMK Kapit No 2

Mon Dec 06 2021

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai tiba di Pusat Penamaan Calon di SMK Kapit No 2 sekitar jam 8 pagi tadi. Dun Baleh dijangka menyaksikan pertarungan empt penjuru melibatkan PSB, DAP dan PBK. #SarawakMemilih @501Awani

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 6, 2021

Calon SUPP tiba dua jam awal di PPC Dewan Suarah Sibu

Mon Dec 06 2021

Calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan, Robert Lau Hui Yew tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah Sibu untuk kawasan DUN N.53 Bawang Assan seawal jam 7.45 pagi tadi.

Dijangka empat lagi calon parti akan tampil hari ini untuk mendaftarkan pencalonan mereka bagi DUN Bawang Assan yang akan bermula pada jam 9 pagi seperti yang tekah ditetapkan oleh Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



BERITA PENUH DI SINI

Presiden ASPIRASI tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Padungan

Mon Dec 06 2021

8.27am: Presiden ASPIRASI, Lina Soo hadir di Pusat Penamaan Calon DUN Padungan. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih pic.twitter.com/vCbWxWgwQm

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Wee Hong Seng (GPS) tiba di DUN Padungan

Mon Dec 06 2021

Ketibaan Datuk Wee Hong Seng mewakili GPS di DUn Padungan. #PRNSarawak #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/NL6aeyYRpx

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan tiba

Mon Dec 06 2021

8:18am Bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Padungan. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/K4NinMMPjC

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Penamaan calon PRN Sarawak bermula hari ini

Mon Dec 06 2021

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 82 pusat penamaan calon (PPC) seluruh negeri bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

Calon-calon dan parti politik diberi tempoh 12 hari untuk berkempen sebelum tarikh mengundi pada 18 Dis sepertimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


BERITA PENUH DI SINI

Suasana di Dewan Masyarakat Gedong

Mon Dec 06 2021

8.16am: Keadaan di hadapan Dewan Masyarakat Gedong semakin sibuk ketika ini. Sebuah kedai makan turut menjadi tumpuan sementara menunggu proses penamaan calon bermula #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/X0pnhbKK0T

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 6, 2021

Calon PBK, Raymond Thong tiba

Mon Dec 06 2021

8.13am: Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Raymond Thong tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Padungan. @501Awani #PRNSarawak#SarawakMemilih

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 6, 2021

Calon GPS N.57, Tellian Royaton Valentine tiba

Mon Dec 06 2021

8:11 am ketibaan calon GPS N.57 Tellian Royaton Valentine #SarawakMemilih #PRN12 pic.twitter.com/ycANNMMchg

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 6, 2021

Urusan penamaan calon dimulakan dengan proses sanitasi

Mon Dec 06 2021

Urusan Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dimulakan dengan proses sanitasi di semua Pusat Penamaan Calon (PPC).

Bagi PPC Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, kira-kira lapan individu ditugaskan untuk melakukan sanitasi.


BERITA PENUH DI SINI

Calon PKR DUN N.57 Tellian tiba

Sun Dec 05 2021

7:55 pagi ketibaan calon PKR DUN N.57 Tellian
Mohd Arwin Lim Abdullah. (Ketua Angkatan Mukah Keadilan Cabang Mukah) #SarawakMemilih #PRNSarawak #PRN12 pic.twitter.com/8KiPe5Byib

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 5, 2021

Calon GPS tiba di PPC DUN Bukit Sari

Sun Dec 05 2021

Calon GPS dan juga penyandang kerusi DUN Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah, calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Sari di Majlis Daerah Lawas

Robert Lau Hui Yew tiba di PPC Dewan Suarah Sibu

Sun Dec 05 2021

Calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP Bawang Assan, Robert Lau Hui Yew tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah Sibu untuk kawasan DUN N.53 Bawang Assan seawal jam 7.45 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/YVFRNGgJQp

— Anak Razak (@SonOfAryus) December 6, 2021

Semua kerusi DUN Sarawak dijangka ditandingi

Sun Dec 05 2021

Semua kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dibuka untuk pencalonan hari ini dijangka akan ditandingi.

Berdasarkan analisis pengumuman calon oleh pelbagai parti yang terlibat, pertandingan akan berlaku di antara satu lawan satu hingga enam penjuru, termasuk calon Bebas.


BERITA PENUH DI SINI

Keadaan semasa di Dewan Masyarakat Lundu

Sun Dec 05 2021

Keadaan semasa di Dewan Masyarakat Lundu #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/tqRhIY82Lt

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 5, 2021

Keadaan di sekitar pusat penamaan calon N.37 Bukit Saban

Sun Dec 05 2021

7:37am : Keadaan di sekitar pusat penamaan calon N.37 Bukit Saban. Siapakah yang akan bertanding melawan DA Douglas Uggah? Semuanya akan kami bawakan sebentar lagi. #SarawakMemilih @501Awani pic.twitter.com/iyNuHoSIYc

— AlexandraLorna (@exandralorna) December 5, 2021

Proses sanitasi di pusat penamaan calon

Sun Dec 05 2021

7.30am Urusan Penamaan Calon di tiga DUN Padungan, Pending dan Batu Lintang dimulakan dengan proses sanitasi. @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih pic.twitter.com/WmSbpaAQlS

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 5, 2021

Wartawan Munirah Mudzamli melaporkan dari Dewan Masyarakat Lundu

Sun Dec 05 2021

Selamat pagi warga Lundu. Hari yang ditunggu-tunggu, hari Penamaan Calon sudah tiba. Kru Astro AWANI sudah berada di Dewan Masyarakat Lundu untuk membuat liputan @501Awani #SarawakMemilih

— Munirah Mudzamli (@MunirahMudzamli) December 5, 2021

Menanti Pusat Penamaan Calon dibuka jam 9 pagi

Sun Dec 05 2021

7.20am: #SarawakMemilih 82 Pusat Penamaan Calon akan mula dibuka pada pukul 9 pagi ini. Berapa saingan penjuru di DUN Gedong, dan siapa akan menentang TS Abang Johari? Semuanya kita akan bawakan di @501Awani pic.twitter.com/TLLFc0nwPR

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 5, 2021

Pindah ke DUN Gedong, Abang Jo mahu berbakti di luar bandar

Sun Dec 05 2021

Mahu berbakti kepada luar bandar sebelum bersara, menjadi punca Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, zon selesanya untuk lebih 40 tahun.

"Terdapat pelawaan daripada kawasan lain tetapi akhirnya saya mempertimbangkan untuk berpindah ke DUN Gedong," katanya ketika bertemu jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini, sebagai persiapan untuk proses penamaan calon hari ini.


BERITA PENUH DI SINI

Wartawan Assim Hassan melaporkan dari Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Sun Dec 05 2021

Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan akan lokasi penamaan calon bagi tiga DUN iaitu Padungan, Batu Lintang dan Pending. @501Awani pic.twitter.com/TB0GTTHsnO

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 5, 2021

Hujan renyai sebelum urusan penamaan calon bermula

Sun Dec 05 2021

Hujan renyai-renyai di Hari Penamaan Calon PRN12 Sarawak. Urusan penamaan calon bermula pukul 9pagi. @501Awani pic.twitter.com/yLuutELEBr

— Assim Hassan (@AshimIskandar) December 5, 2021

Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan di DUN Gedong

Sun Dec 05 2021

7.05am: #SarawakMemilih membuka tirai dengan penamaan calon hari ini. Akan berlangsung dari 9 - 10 pagi. Ini situasi semasa di DUN Gedong. Hujan sejak dari lagi tadi. DUN Gedong adalah kerusi baharu yg akan ditandingi oleh KM Sarawak, TS Abang Johari @501Awani pic.twitter.com/YtNPGNUNVa

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 5, 2021

Wartawan Syaff Shukri melaporkan dari SMK Kapit No.2

Sun Dec 05 2021

Pagi di SMK Kapit No.2 di Jalan Bleteh. Ini merupakan lokasi Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh. Terus ikuti kami untuk laporan sepanjang hari ini di Saluran @501Awani dan https://t.co/WG0Q2lhKBp untuk perkembangan terkini #SarawakMemilih pic.twitter.com/ULMnBH5iQj

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) December 5, 2021

Wartawan Azizah Alwi melaporkan dari Menara Pehin Setia Raja

Sun Dec 05 2021

Selamat Pagi Warga Mukah kami sudah berada di Menara Pehin Setia Raja untuk perkembangan terkini berkenaan penamaan calon sempena PRN ke-12 Sarawak. ikuti perkembangan terkini di saluran @501Awani #PRNSarawak #SarawakMemilih #AstroAwani pic.twitter.com/g3rvEPzl5e

— Azizah Alwi (@azizah_alwi) December 5, 2021

Ceramah dibenarkan tidak lebih dua jam! Ini SOP kempen

Sun Dec 05 2021

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, kurang 24 jam sebelum penamaan calon yang akan berlangsung pada 6 Disember (Isnin).

SOP tersebut turut menyaksikan beberapa kelonggaran diberikan pada PRN12 Sarawak, berbanding SOP yang dilaksanakan ketika PRN Melaka, November lalu.


BERITA PENUH DI SINI

Sebelum Nicholas, ada beberapa nama lain dicadang di DUN Baleh

Sun Dec 05 2021

Sebelum keputusan mencalonkan Nicholas Kudi Jantai bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh diputuskan, beberapa nama lain turut dicadangkan, kata pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum.

Menurutnya, antara nama yang dicadangkan termasuk isteri mendiang Tan Sri James Jemut Masing, Puan Sri Corrine Masing.


BERITA PENUH DI SINI

Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB

Sun Dec 05 2021

Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Mereka adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Belaun di kerusi DUN Tamin dan bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian akan mempertahankan kerusi DUN Ba'kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu iaitu pada PRN 2011 dan 2016.


BERITA PENUH DI SINI

PRN Sarawak bermula dengan penamaan calon esok

Sun Dec 05 2021

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula esok dengan proses penamaan calon di 82 pusat penamaan calon (PPC) seluruh negeri bermula pukul 9 pagi.

Tdak seperti sebelum ini, PRN ke-12 ini diadakan dalam suasana berbeza susulan pandemik COVID-19 iaitu setakat ini hanya Sarawak dan Kelantan masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara, manakala negeri-negeri lain sudah beralih ke Fasa Empat.


BERITA PENUH DI SINI

SPR keluarkan SOP, ceramah fizikal hanya di kawasan tiada capaian internet

Sun Dec 05 2021

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya membenarkan penganjuran ceramah secara fizikal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencapai jaringan internet sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan COVID-19 yang dimuat naik di laman sesawang SPR pada Ahad.


BERITA PENUH DI SINI

BN tidak akan sertai PRN Sarawak, sokong GPS - Mohamad Hasan

Sat Dec 04 2021

Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya akan memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini, sambil menyuarakan harapan angin kemenangan BN di Melaka akan bertiup kencang ke Laut Cina Selatan pada PRN Sarawak ke-12 yang dijadual 18 Dis ini.


BERITA PENUH DI SINI

Pas hanya bertanding di Beting Maro - Tuan Ibrahim

Sat Dec 04 2021

Pas akan hanya meletakkan seorang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata keputusan meletakkan seorang calon dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk situasi terkini COVID-19 dalam negara.


BERITA PENUH DI SINI

Tiada pertembungan kerusi bukti setiakawan parti komponen PH

Fri Dec 03 2021

Kerjasama rapat dan semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) terbukti apabila tiada pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, perkara itu juga membuktikan kesatuan antara tiga parti komponen itu.


BERITA PENUH DI SINI

Penamaan calon mulai 9 pagi, aktiviti perarakan tidak dibenarkan

Fri Dec 03 2021

Sebanyak 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak akan dibuka mulai jam 9 pagi pada 6 Disember ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas penamaan calon boleh dikemukakan sehingga pukul 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya.


BERITA PENUH DI SINI

GPS yakin menang 82 kerusi

Sun Nov 28 2021

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin memenangi kesemua 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Keyakinan itu disandarkan Abang Johari dengan syarat semua parti komponen bekerjasama dan turun padang menyantuni rakyat.


BERITA PENUH DI SINI

Tarikh pengundian 18 Dis, penamaan calon 6 Dis - SPR

Wed Nov 24 2021

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Dis manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Dis.


BERITA PENUH DI SINI

#PRN Sarawak#Sarawak Memilih#pilihan raya negeri#penamaan calon
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.