UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: BN menang dua pertiga, bentuk kerajaan negeri

BN meraih dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.

Astro Awani
Barisan Nasional (BN) meraih dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.

PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan

Sat Mar 12 2022

Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, 'post mortem' itu tiada lain bagi membolehkan mereka kembali bangkit dengan segera dan seterusnya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

BERITA PENUH DI SINI

BN menang majoriti dua pertiga, bentuk kerajaan negeri

Sat Mar 12 2022

Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan rasmi berkata, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi

Sat Mar 12 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata peratusan itu merangkumi 1,426,573 orang daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin sedia lepas jawatan, ambil tanggungjawab penuh

Sat Mar 12 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan jawatannya dalam gabungan itu berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, beliau akur dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh dengan keputusan PRN kali ini.

BERITA PENUH DI SINI

Tok Mat beri jaminan rakyat Johor hidup aman di bawah BN

Sat Mar 12 2022

Rakyat Johor akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera untuk tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi jaminan tersebut selepas Barisan Nasional secara rasmi membentuk kerajaan negeri yang baharu di Johor selepas memenangi Pilihan Raya Negeri pada Sabtu.

BERITA PENUH DI SINI

'Kemenangan BN bukan perkara boleh dibanggakan sangat' - Mukhriz

Sat Mar 12 2022

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan perkara yang boleh dibanggakan, kata Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kadar peratusan keluar mengundi yang sangat rendah pada Sabtu.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Kubu Muhyiddin ditawan BN

Sat Mar 12 2022

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang sebelum ini disandang oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ditawan oleh Barisan Nasional (BN).

Calon BN, Sahrihan Jani yang dipertaruhkan parti itu berjaya meraih 7,960 undi menewaskan calon PN Mohd Solihan Badri (4,814), calon PKR Naim Jusri (4,509) dan calon Pejuang Suraya Sulaiman (220) dengan majoriti 3,146 undi.

BERITA PENUH DI SINI

BN menang majoriti mudah, 29 kerusi

Sat Mar 12 2022

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri Johor selepas memperoleh majoriti mudah dengan menang 29 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata BN yang dianggotai oleh UMNO, MIC, dan MCA berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus kerusi dipertandingkan.

BERITA PENUH DI SINI

Hasni Mohammad pertahan DUN (N35) Benut

Sat Mar 12 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berjaya mempertahankan kerusi DUN Benut dengan majoriti 5,859 undi.

BERITA PENUH DI SINI

[TIDAK RASMI] PRN Johor: Maszlee kalah di DUN Layang-Layang

Sat Mar 12 2022

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Selepas 50 saluran dikira, Mazlee memperolehi 4,756 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO, Abd Mutalip Abd Rahim yang mendapat 7,772 undi.

BERITA PENUH DI SINI

[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN kuasai 44 kerusi DUN

Sat Mar 12 2022

Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Twitternya.

BERITA PENUH DI SINI

[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN dahului di 34 kerusi DUN

Sat Mar 12 2022

Barisan Nasional mendakwa parti itu kini sedang mendahului di 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Facebooknya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengantin baharu tunai tanggungjawab di hari persandingan

Sat Mar 12 2022

Sepasang suami isteri yang juga pengantin baharu tidak sangka hari persandingan yang dirancang hari ini akan bertembung dengan hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagi Zaimah Nassir, 27, dia rasa teruja apabila dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Johor walaupun agak sibuk membuat persiapan bagi majlis persandingannya dari pagi tadi.

BERITA PENUH DI SINI

'Rasa puas bila dapat mengundi' - Pengundi muda

Sat Mar 12 2022

Golongan pengundi muda baharu mengakui teruja dan ‘puas’ apabila mereka pertama kali dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Mereka turut menyifatkan kesediaan kerajaan membenarkan golongan semuda 18 tahun untuk mengundi sebagai pengiktirafan kepada mereka untuk memilih kerajaan yang stabil.

BERITA PENUH DI SINI

[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN dahului di 34 kerusi DUN

Sat Mar 12 2022

Barisan Nasional (BN) mendakwa parti itu kini sedang mendahului di 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Facebooknya.

BERITA PENUH DI SINI

Pengamal media antara pengundi terakhir

Sat Mar 12 2022

Pengamal media antara tiga pengundi terakhir di pusat mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin di Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd Khir Johari di sini, petang tadi.

Jurufoto Utusan Malaysia, Raja Jaafar Raja Ali, 58, tiba di pusat mengundi itu pada pukul 5.50 petang sebelum selesai mengundi empat minit kemudian.

BERITA PENUH DI SINI

Dakwaan pusat mengundi tutup mengejut tidak benar

Sat Mar 12 2022

Tiada pusat mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok di sini, yang ditutup mengejut seperti yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, sebaliknya, kesemua 23 pusat mengundi di DUN itu beroperasi mengikut tempoh masa yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BERITA PENUH DI SINI

Proses pengundian tamat

Sat Mar 12 2022

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula 8 pagi tadi tamat selepas pusat pengundian ditutup pada 6.00 petang.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula 8 pagi ini dengan 1,021 pusat pengundian dibuka.

BERITA PENUH DI SINI

Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan

Sat Mar 12 2022

Selama ini hanya mendengar kegirangan ibu bapa dan nenek serta datuknya tentang proses mengundi, kali ini Engku Puteri Arwyn Mysara Engku Ismeal Putera Al-Madeah, dapat merasai pengalaman yang sama.

Bagi anak gadis berusia 19 tahun itu, dia merasakan ini adalah satu lagi peristiwa penting atau ‘milestone’ dalam kehidupannya.

BERITA PENUH DI SINI

Keliru SOP baharu, pengundi positif COVID-19 dikompaun RM1,000

Sat Mar 12 2022

Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikenakan kompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi Dewan Kampung Melayu Majidee di sini, walaupun masih dalam tempoh kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.

Tindakan itu diambil oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru setelah membuat pemeriksaan aplikasi MySejahtera wanita berkenaan hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Peratusan rendah mungkin kerana pengundi bimbang COVID-19 - Hasni

Sat Mar 12 2022

Peratusan keluar mengundi yang rendah setakat ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berkemungkinan kerana rakyat bimbang kepada penularan COVID-19.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata corak peratusan keluar mengundi itu berlaku dalam semua kaum.

BERITA PENUH DI SINI

Pengundi usia pertengahan paling kurang keluar mengundi

Sat Mar 12 2022

Pengundi golongan pertengahan membabitkan umur antara 30 hingga 40 tahun mencatatkan peratusan paling rendah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Menurut Pengurus Penyelidik Kanan Merdeka Center, Tan Seng Keat, data semasa peratusan pengundian menunjukan saluran 1, 2 dan 3 selain saluran 7, 8 dan 9 berlaku peningkatan dari semasa ke semasa.

BERITA PENUH DI SINI

Haiza teruja pulang mengundi di Benut

Sat Mar 12 2022

Meskipun menetap dan mencari rezeki di Kuala Lumpur, itu bukan penghalang untuk perantau pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Anak kelahiran Benut, Pontian, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 42, antara yang tidak melepaskan peluang untuk menyertai pilihan raya kali ini bagi memilih wakil rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PM Ismail Sabri tinjau proses pengundian

Sat Mar 12 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau perjalanan proses pengundian PRN Johor ke-15 yang mula dibuka pada 8 pagi tadi.

Ismail Sabri yang tiba di Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2, Kempas, iaitu satu daripada 1,021 pusat mengundi dibuka hari ini, pada 1.55 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit melihat dari perkarangan luar sekolah itu.

BACA BERITA PENUH
DI SINI 

Johor jadi kerajaan minoriti jika peratusan keluar mengundi rendah - Shafie

Sat Mar 12 2022

Peratusan keluar yang kecil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadikan Johor sebuah kerajaan minoriti sahaja.

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebimbangan itu berdasarkan kepada peratusan keluar mengundi yang tidak menggalakkan setakat ini.

BERITA PENUH DI SINI

Sidang media Menteri Besar Johor

Sat Mar 12 2022

Kerisauan terhadap COVID-19 menjadikan peratusan pengundi rendah - MB

Sat Mar 12 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata,
kerisauan terhadap COVID-19 menjadikan peratusan kurang pengundi pada PRN Johor.#AWANInews#PRN Johor pic.twitter.com/5XOdWMrJZx

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) March 12, 2022

46 peratus keluar mengundi setakat 3 petang

Sat Mar 12 2022

Sejumlah 46 peratus sudah keluar mengundi setakat jam 3 petang hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya. 

40 peratus keluar mengundi setakat 2 petang

Sat Mar 12 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan sejumlah 40 peratus keluar mengundi setakat 2 petang, Sabtu. 



29 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari

Sat Mar 12 2022

Sebanyak 29 peratus pengundi telah keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari ini, menurut SPR.

Penyampai Astro AWANI Hakim Rahman membuang undi di Johor Bahru

Sat Mar 12 2022

Saja nak tunjuk yang aku dah pergi raya (mengundi) tadi. #PRNJohor2022 pic.twitter.com/hiw1dJRDtx

— Hakim Rahman (@AHakimRahman) March 12, 2022

22 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi

Sat Mar 12 2022

Sebanyak 22 peratus pengundi telah keluar mengundi setakat 11 pagi ini, menurut SPR.

Hishammuddin dan isteri mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak

Sat Mar 12 2022

Orang Johor, dah keluar mengundi ke tu? ??

Saya dan isteri dah tadi. Mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak ??

Yang belum, pastikan keluar mengundi sebelum pukul 6 petang ya ????

Stay safe! ?? pic.twitter.com/TdNL0LLFFy

— Hishammuddin Hussein ???? (@HishammuddinH2O) March 12, 2022

Balai Raya Pulau Besar Mersing pusat mengundi pertama ditutup

Sat Mar 12 2022

Balai Raya Pulau Besar Mersing menjadi pusat mengundi pertama yang ditutup pada jam 11 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

13 peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi

Sat Mar 12 2022

Sebanyak 13 peratus pengundi telah keluar mengundi setakat 10 pagi ini, menurut SPR.

Calon BN DUN Tenggaroh, Raven Kumar Krishnasamy tiba di pusat mengundi

Sat Mar 12 2022

PRN Johor: Calon BN DUN Tenggaroh, Raven Kumar Krishnasamy tiba di pusat mengundi di Sekolah Agama Pangkalan Batu untuk mengundi. Beliau tiba jam 10.45 diiringinya isterinya. #PRNJohor #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/Ak98ejIwk6

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) March 12, 2022

Sidang media Presiden MUDA

Sat Mar 12 2022

Penyampai Astro AWANI Najib Aroff mengundi di SMK Pasir Gudang bagi DUN Permas

Sat Mar 12 2022

#JohorMemilih hadir. pic.twitter.com/c3T1GDzroe

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) March 12, 2022

Sidang media Pengerusi Perikatan Nasional

Sat Mar 12 2022

Enam peratus rakyat Johor keluar mengundi

Sat Mar 12 2022

Enam peratus rakyat Johor keluar mengundi setakat jam 9 pagi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Norai Ismail antara pengundi terawal di SK Kampung Melayu, Iskandar Putri

Sat Mar 12 2022
Norai Ismail antara pengundi terawal di SK Kampung Melayu, Iskandar Putri

Hari penentuan, siapa pilihan rakyat Johor?

Sat Mar 12 2022

Calon BN Ng Yew Aik selesai mengundi di SK Taman Impian Emas

Sat Mar 12 2022

Calon BN N41 Puteri Wangsa, Ng Yew Aik selesai mengundi di SK Taman Impian Emas, Skudai pukul 8.40 pagi.

?? Hilman | BERNAMA pic.twitter.com/ciMTWgD2vq

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022

Calon PN Datuk Isa Ab Hamid selesai mengundi di SJK (C) Lok Yu (1)

Sat Mar 12 2022

#PRNJohor : Calon PN bagi DUN N53 Benut Senator Datuk Isa Ab Hamid selesai mengundi di SJK (C) Lok Yu (1) pada 8.38 pagi.

?? Diah | BERNAMA pic.twitter.com/Ty790QTvpS

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022

Calon PN Tosrin Jarvanthi selesai mengundi di SK Sinar Bahagia, Felda Taib Andak

Sat Mar 12 2022

8.29am - Calon tertua #PRNJohor, Tosrin Jarvanthi, 71 dari Perikatan Nasional yang bertanding di DUN Bukit Permai selesai mengundi di pusat mengundi SK Sinar Bahagia, Felda Taib Andak

?? Muhammad Faiz | BERNAMA pic.twitter.com/XqfSnikTDY

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022

Khaled Nordin tiba di perkarangan SK Taman Rinting 1

Sat Mar 12 2022

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba
di perkarangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1, Pasir Gudang untuk mengundi di Dun Permas.

?? Nurafiradina Arshad | BERNAMA pic.twitter.com/etuLHCZGfj

— BERNAMA (@bernamadotcom) March 12, 2022

Pentas demokrasi dibuka tepat jam 8 pagi

Sat Mar 12 2022

PRN Johor membuka tirai hari ini dengan sejarah tersendiri selepas menyaksikan penyertaan pengundi berusia 18 hingga 20 tahun buat pertama kali dalam sistem demokrasi negara.

Seramai 173,177 pengundi baharu dalam kumpulan tersebut akan terlibat pada hari pengundian.

BERITA PENUH DI SINI

Keadaan di pusat mengundi SMK Sri Muar

Fri Mar 11 2022

Orang ramai mula beratur untuk masuk ke salah satu pusat mengundi di SMK Sri Muar, Muar.
Jangan lupa keluar mengundi orang Muar ! #PRNJohor #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/PMQyfTAouM

— Shuhada Kadir ?? (@shuhadakadir) March 11, 2022

Pengundi di SK Taman Perling beratur seawal jam 7.30 pagi

Fri Mar 11 2022

Seawal 730 pagi pengundi di SK Taman Perling sudah beratur untuk mengundi #perling #prnjohor #johormemilih @501Awani pic.twitter.com/bGYtEeeWZW

— nazri kahar (@nazrikh) March 11, 2022

Wakil Astro AWANI melaporkan dari SK Sawah Dato'

Fri Mar 11 2022

PRN Johor: SK Sawah Dato' antara pusat mengundi yang digunakan bagi kawasan DUN Endau. Selamat pagi dan selamat mengundi. #PRNJohor #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/WNDfLqXavZ

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) March 11, 2022

Wakil Astro AWANI melaporkan dari SK Taman Rinting 1

Fri Mar 11 2022

#JohorMemilih #PRNJohor

Ini lokasi pertama pilihan saya, Pusat Mengundi SK Taman Rinting 1 bagi kerusi DUN Permas.

Petugas SPR sudah sedia terima kehadiran pengundi. Ada yang tiba seawal 7 pagi. @501Awani pic.twitter.com/tcfoysWKgZ

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 11, 2022

Wakil Astro AWANI melaporkan dari Sekolah Rendah Felda Layang-Layang

Fri Mar 11 2022

1,021 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 4,638 saluran bermula 8 pagi hingga 6 petang #JohorMemilih #PRNJohor @501Awani pic.twitter.com/VSC27RXFHl

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) March 11, 2022

Liputan hari pengundian

Fri Mar 11 2022

WAKIL Astro AWANI membuat liputan sempena hari pengundian PRN Johor hari ini dari beberapa lokasi.

Firdaus Azil akan membuat perkongsian dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1, Pasir Gudang bagi DUN Permas.

Nazri Kahar akan membuat liputan dari SK Taman Perling bagi DUN Perling.

Pada masa sama, Hasimi Muhammad akan melaporkan dari Sekolah Rendah Felda Layang-Layang bagi DUN Layang-Layang dan SK Pengkalan Raja, Pekan Nanas bagi DUN Benut.

Sementara itu, Hilmi Malik akan berkongsi dengan anda berita dari SK Sawah Dato' bagi DUN Endau.

Seorang lagi wakil kami, Shuhada Abdul Kadir akan membuat liputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar bagi DUN Maharani.

Tidak ketinggalan, Izlaily Nurul Ain Hussein akan melaporkan dari SK Larkin 1 bagi DUN Kempas.

Manakala Aiman Hakeem Awazmin akan membuat perkongsian dari Dewan Kampung Melayu bagi DUN Puteri Wangsa.


BN dan PN punca politik huru hara, rakyat jangan tertipu - Fakrulradzi

Fri Mar 11 2022

Hanya kurang sejam tempoh berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Endau, Mohamad Fakrulradzi Mahmud menggesa pengundi untuk menolak pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Mohamad Fakrulradzi menyatakan, kedua-dua parti itu telah menjadi punca kepada kemusnahan mandat rakyat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Apa nasib dua DUN di Mersing?

Fri Mar 11 2022

Setelah 14 hari tempoh berkempen diberikan untuk meraih kepercayaan pengundi, nasib masyarakat di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Mersing melibatkan Endau dan Tenggaroh bakal ditentukan pada Sabtu.

Kesemua jentera parti pastinya telah melaksanakan strategi masing-masing untuk menambat hati pengundi dan ada juga parti yang mempunyai misi tertentu di setiap kerusi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab

Fri Mar 11 2022

Menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, platform bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) di Larkin Sentral di sini dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Muhammad Hazeq Amir Aziz, 26, yang bekerja sebagai penghantar surat di republik jiran itu adalah antara mereka yang pulang untuk mengundi dan pada masa yang sama melepaskan rindunya terhadap tanah air tercinta dan keluarganya di Mersing.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Bantu usahawan IKS, perniagaan keropok lekor ada potensi berkembang

Fri Mar 11 2022

Kedudukan georgrafi Mersing yang berhampiran dengan laut menjadikan kawasan itu mewah ditaburi dengan hasil laut.

Penduduk juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan rezeki alam semula jadi itu dengan mengusahakan perniagaan keropok lekor bagi menjana pendapatan tambahan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

BN dijangka menang 35 kerusi, PH 10 kerusi - ILHAM Centre

Fri Mar 11 2022

Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di sebalik terdapat jumlah pengundi baharu yang sangat tinggi.

Kajian oleh ILHAM Centre mendapati, BN mendapat kelebihan disebabkan beberapa faktor termasuk perpecahan pembangkang, pertembungan pelbagai penjuru dan jangkaan peratusan keluar mengundi yang rendah.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PLUS nafi beri diskaun tol 50 peratus

Fri Mar 11 2022

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan pemberian diskaun tol kepada orang ramai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Jurucakap PLUS dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, PLUS memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengelirukan pengguna itu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

"Kalah, menang saya tetap akan berkhidmat" - Calon Bebas DUN Senggarang

Fri Mar 11 2022

Biar apa sekalipun nasibnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok, calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Baharudin Abdullah berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Baharudin yang pernah terlibat dalam Misi Kemanusiaan 'Flood Flotilla For Myanmar Mission 2017' berkata, apa yang perlu dilakukan sebagai calon adalah berusaha mendekati rakyat dan berkhidmat kepada mereka.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Siapa menang, semua sudah tertulis di Luh Mahfuz - Calon Bebas DUN Senggarang

Fri Mar 11 2022

Individu bergejala, PUI, PUS boleh mengundi

Fri Mar 11 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi yang bergejala termasuk mereka yang sedang dikuarantin, untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata khemah khas akan disediakan untuk kumpulan itu dan dipantau oleh pegawai kesihatan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

PN nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM ke-10

Fri Mar 11 2022

Perikatan Nasional (PN) menafikan mengeluarkan satu surat kononnya parti itu bersetuju memberikan sokongan penuh atas pencalonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10 seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat tersebut adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Muhyiddin nafi Tosrin calon MB PN

Fri Mar 11 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kononnya calon mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi sudah dinamakan sebagai bakal menteri besar Johor sekiranya parti itu diberi mandat rakyat, 12 Mac ini.

Beliau berkata, sebaliknya gabungan itu belum membuat sebarang pengumuman nama calon yang bakal diangkat dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai taktik busuk oleh pihak tertentu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Wakil rakyat bukan dari BN punca isu jambatan tak selesai - Youzaimi

Fri Mar 11 2022

Kegagalan untuk mengatasi isu jambatan di Mersing didakwa berpunca daripada pimpinan terdahulu yang bukan dari dalam kalangan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN).

Calon BN DUN Endau bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mohd Youzaimi Yusof berkata, hubungan yang tidak selari dalam pentadbiran kerajaan mengakibatkan isu tersebut terus tergendala.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

1,021 Pusat Mengundi dan 4,638 Saluran kini bersedia - SPR

Fri Mar 11 2022

Lebih 2.5 juta penduduk Johor bakal menunaikan tanggungjawab mereka dengan memilih kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok (12 Mac).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 2,539,606 orang pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Saya nak selesaikan urusan yang tergendala' - Alwiyah

Fri Mar 11 2022

Kurang dari tempoh 24 jam bagi aktiviti berkempen, calon PN N.32 Endau, Alwiyah Talib menyatakan hasratnya untuk meneruskan segala tugas-tugas yang tergendala di kawasan itu.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang telah dirancang sebelum ini namun ia terhenti akibat daripada pembubaran DUN Johor.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Penduduk desak isu banjir ditangani segera

Fri Mar 11 2022

Penduduk di beberapa kampung seperti Kampung Batu 6, Kampung Sungai Rambai, Bukit Keremoyang, Kampung Pisang, Kampung Paya Mas dan Kampung Mohd Amin mendesak pihak berkaitan supaya bertindak segera dalam mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan mereka.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pancing pengundi India, antara tumpuan calon DUN Layang-Layang

Thu Mar 10 2022

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, antara 'kerusi panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, mencuri tumpuan apabila calon yang bertanding melakukan percubaan pada saat-saat terakhir untuk memancing undi daripada kaum India.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Berbaki sehari kempen, Tun M rayu agar pengundi beri mandat kepada Pejuang

Thu Mar 10 2022

Berbaki sehari lagi kempen sebelum menjelang PRN Johor, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sekali lagi menyeru agar pengundi di Johor memberi peluang kepada parti itu untuk membentuk kerajaan baharu selepas 12 Mac ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

MIC tekad kerja keras untuk sumbang empat kerusi DUN kepada BN

Thu Mar 10 2022

Pengerusi MIC Johor R. Vidyananthan berkata mengekalkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimilikinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan merebut dua kerusi DUN baharu yang diberi peluang untuk bertanding pada PRN Johor adalah mustahak buat parti itu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pejuang umum manifesto tambahan

Thu Mar 10 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan beberapa penambahan kepada manifesto 'Aspirasi Johor' parti itu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya mencadangkan portfolio Pengurusan Pertanian dan Luar Bandar dipegang oleh Menteri Besar.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

SPR adakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat

Thu Mar 10 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Habib Hassan Al-Attas Wadi Hassan di sini bagi memohon kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung Sabtu ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy

Thu Mar 10 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Tak habis-habis PRN, bila kita nak berkhidmat?'

Thu Mar 10 2022

Hampir 50 peratus responden muda pilih BN, PH hanya 12.2 peratus

Thu Mar 10 2022

Kajian yang dikendalikan oleh Astro AWANI dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) mendapati hampir separuh, iaitu 49.9 peratus daripada responden muda menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai pilihan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Data kajian elektoral yang dijalankan dalam kalangan 1,076 respoden berusia 18 hingga 24 tahun antara 1 Mac dan 7 Mac lalu, mewakili 77.3 peratus pengundi Melayu, Cina (16.4 peratus) dan India (6.3 peratus).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

BN tidak boleh terlalu selesa dalam kempen - Shamsul Anuar

Thu Mar 10 2022

Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu selesa dan yakin bahawa kemenangan masih akan berpihak kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seperti mana yang dikecapi dalam beberapa siri pilihan raya kecil dan PRN Melaka sebelum ini.

Sebaliknya Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata semua pihak termasuk calon sendiri perlu terus melipat gandakan strategi mendekati rakyat dalam tempoh kempen yang ada, agar kemenangan terdahulu dapat diterjemahkan di negeri ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Cuaca diramal cerah sebelah pagi - MetMalaysia

Thu Mar 10 2022

Cuaca di seluruh negeri pada waktu pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini diramalkan cerah, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan maklumat di laman web MetMalaysia, ribut petir pula dijangka berlaku pada sebelah petang di tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jemu permainan politik, logo 'katak' tanda protes

Thu Mar 10 2022

Mohd Khuzzan yakin pertahan DUN Semerah

Thu Mar 10 2022

Berbaki kurang 48 jam lagi menuju hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah.

Calonnya, yang juga penyandang kerusi DUN itu, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata sepanjang 10 hari berkempen, jentera parti telah memasuki kawasan hitam dan kelabu bagi meraih sebanyak mungkin undi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Tengok Dewan Rakyat, kosong, semua berkempen di Johor' - Syed Saddiq

Thu Mar 10 2022

Bilakah wakil rakyat boleh bekerja dan berkhidmat kepada rakyat sekiranya hampir setiap bulan ada Pilihan Raya Negeri (PRN), soal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA - Muar).

Persoalan itu dilontarkan ketika beliau membahaskan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.

BACA ARTIKEL PENUH DI SIN
I

Jemu permainan politik, penduduk pacak logo katak tanda protes

Thu Mar 10 2022

Bosan dan jemu melihat senario politik semasa membuatkan penduduk di Tenglu, di sini, bertindak menaikkan logo ‘katak’ sebagai tanda protes terhadap ahli politik.

Hakikatnya, mereka keliru dan buntu melihat percaturan politik yang membuatkan masyarakat semakin terhimpit dalam memikirkan soal hala tuju.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengundi dinasihatkan keluar undi ikut masa dicadangkan MySPR Semak - SPR

Thu Mar 10 2022

Seramai 2,539,606 pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini, dinasihatkan keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan seperti yang tertera dalam aplikasi MySPR Semak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan berkata maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi, dipaparkan menerusi aplikasi itu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pejuang lebih ikhlas perjuang nasib rakyat Johor - Abdul Aziz

Thu Mar 10 2022

Kerusi Dewan Undangan Negeri N40 Tiram, yang terletak di Parlimen Tebrau menjadi antara perbualan hangat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, kerana ia merupakan antara dua DUN yang menghadapi saingan tujuh penjuru.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Buat kejutan, jangan biar UMNO dan BN terus yakin' - Anwar Ibrahim

Thu Mar 10 2022

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan agar rakyat Johor dapat memberi ‘kejutan’ terhadap keyakinan UMNO dan Barisan Nasional tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, naratif BN bahawa pilihan raya negeri ini adalah untuk mencari kestabilan dilihat satu alasan yang tidak meyakinkan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Hubungan kerajaan negeri-pusat perlu diperbaharui - Liew Chin Tong

Thu Mar 10 2022

Pentadbiran negeri Johor tidak lagi sepatutnya perlu terlalu terikat kepada keputusan kerajaan pusat untuk melaksanakan sesebuah pelan pembangunan.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat harus diperbaharui dengan cara desentralisasi supaya pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih menepati keperluan rakyatnya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pendidikan, pekerjaan dan perumahan agenda calon BN di Bukit Pasir

Wed Mar 09 2022

Calon Barisan Nasional (BN) N.08 Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohammad Salleh mahu meneruskan perancangan tergendala yang telah diatur oleh kerajaan BN di kawasan itu sebelum perpindahan kuasa pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Angin perubahan masyarakat India sudah dirasai

Wed Mar 09 2022

Sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin positif bagi membolehkan parti itu memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi MIC Pusat, M.Mathuraiveran berkata angin perubahan itu jelas dapat dilihat sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kali ini.

ARTIKEL PENUH DI SINI

JKN jangka tiada kluster tercetus, semua pihak perlu terus patuh SOP

Wed Mar 09 2022

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.

Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) JKN Johor Dr Shaharom Nor Azian Che Mat Din berkata meskipun berlaku peningkatan kes positif baharu COVID-19 di negeri ini, namun ia tidak akan berlaku secara mendadak kerana penularan varian Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding varian terdahulu.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengundi DUN Kemelah perlukan 'kasih sayang' saya - Calon MIC

Wed Mar 09 2022

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah, N. Saraswati yakin mampu memberi ‘kasih sayang’ dan perubahan drastik dalam pembangunan serta taraf ekonomi masyarakat di kawasan itu.

Katanya, pada pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, beliau mengatur strategi untuk mendengar keluhan seramai mana pengundi yang boleh di kawasan itu bagi membolehkannya menyelesaikan permasalahan mereka sekiranya diberi mandat 12 Mac ini.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Komuniti Orang Asli Kg Pucur rayu kemudahan elektrik

Wed Mar 09 2022

PKR Johor susun usaha bawa pulang pengundi

Wed Mar 09 2022

BN mahu lepasi 29 kerusi dahulu, lebih dari itu bonus - Ahmad Zahid

Wed Mar 09 2022

Pandangan dan analisa awal yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi antara 35 hingga 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah spekulasi semata-mata, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, apa yang penting buat UMNO dan BN ialah memastikan mereka melepasi 29 kerusi (majoriti minimum untuk bentuk kerajaan negeri), dan jika keputusan melebihi jumlah tersebut, ia adalah bonus.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Apa beza buka sempadan 1 April dengan dua minggu awal? - Anwar

Wed Mar 09 2022

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan kerajaan yang hanya membuka pintu sempadan negara bermula 1 April, berbanding sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Dakwa Presiden PKR itu, langkah itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak yakin dengan pengaruh pengundi luar untuk memilih Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL PENUH DI SINI

Pengundi Cina kembali sokong BN cubaan Nur Jazlan kelirukan pengundi Melayu, India - Chin Tong

Wed Mar 09 2022

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menganggap kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa pengundi Cina akan kembali berpihak kepada Barisan Nasional (BN), tidak lebih untuk mengelirukan pengundi Melayu dan India.

Calon Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling itu berkata, kenyataan itu tidak lebih dari sekadar ‘skrip’ biasa UMNO dan BN.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Debat Felda : Najib tidak akan dapat jawab, terduduk nak jelaskan - Muhyiddin

Wed Mar 09 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak pelawaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat berkaitan isu Felda.

Sebaliknya tegas beliau, serahkan kuasa sepenuhnya kepada rakyat sebagai pengundi selain yakin masyarakat sudah jelas dengan fakta penyelewengan yang berlaku membabitkan agensi itu sewaktu pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

ARTIKEL PENUH DI SINI

'Jadi sia-sia, sekiranya kerajaan gagal diangkat semula' - Tun M

Wed Mar 09 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan lebih awal berbanding tarikh asalnya akan menjadi sia-sia sekiranya kerajaan yang gagal, kleptokrat dan tidak berintegriti diangkat semula.

Sehubungan itu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa penyertaan parti itu di dalam PRN kali ini adalah bagi membuka dimensi baharu politik Johor dengan tawaran sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik dan bersih.


ARTIKEL PENUH DI SINI

Mengenang bencana pencemaran Sungai Kim Kim

Wed Mar 09 2022

MENDENGAR azam seorang calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk memastikan bencana Sungai Kim Kim tidak kembali melanda penduduk Pasir Gudang mengingatkan saya terhadap tragedi tersebut.

Pejam celik, pejam celik, sudah 3 tahun bencana yang pernah menggemparkan negara pada 7 Mac 2019 berlalu meninggalkan kita.


ARTIKEL PENUH DI SINI

Marina Ibrahim positif COVID-19

Wed Mar 09 2022

Biarpun prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah dipatuhi, namun bukan mudah untuk memastikan kempen pilihan raya ini seratus peratus terlindung dari COVID-19.

Terbaharu, calon Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim mengesahkan beliau positif dijangkiti virus itu.


ARTIKEL PENUH DI SINI

Rakyat Malaysia ganding bahu hantar kertas undi pos dari Singapura

Tue Mar 08 2022

Ketika rakyat Johor mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada Sabtu ini, pengundi yang bekerja dan menetap di seberang Tambak turut akan mengundi melalui undi pos.

Justeru, sukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia, berganding bahu mengumpul kertas undi pos tersebut di sekitar republik ini dan dihantar ke Johor.

ARTIKEL PENUH DI SINI

87 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini

Tue Mar 08 2022

Sebanyak 87 peratus atau 18,625 individu telah melaksanakan tanggungjawab mereka bagi pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengundi awal itu terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), serta pasangan masing-masing.


PBM sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu, lancar manifesto hari ini

Tue Mar 08 2022

Parti Bangsa Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang bakal menubuhkan Kerajaan Negeri Johor yang baharu, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Naib Presiden Kanan PBM Steven Choong Shiau Yoon berkata PBM yakin kerajaan Johor bakal kembali kepada keadaan sebelum pembubaran DUN, iaitu terdiri daripada beberapa parti yang membentuk kerajaan bersama.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Persediaan Warisan hadapi PRU15 - Mohd Shafie

Tue Mar 08 2022

Bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor dilihat sebagai persediaan buat Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi PRU15 nanti.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, PRN Johor merupakan titik permulaan, bagi parti yang baru melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia itu, untuk menguji tahap sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Lobi jawatan MB Johor: "Biar UMNO menang PRN dulu" - Hasni

Tue Mar 08 2022

UMNO perlu memberi tumpuan untuk memenangi Prn Johor terlebih dahulu sebelum membangkitkan mengenai pelantikan Menteri Besar.

Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pelantikan jawatan tersebut juga adalah berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, yang menetapkan bahawa pelantikan Menteri Besar tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Najib yakin gelombang 'Bossku' berjaya diterjemah 12 Mac ini

Tue Mar 08 2022

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan semangat gelombang ‘Bossku’ yang dipamerkan pada siri jelajahnya sepanjang tempoh berkempen pada PRN Johor dapat diterjemahkan pada hari pengundian 12 Mac ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


Proses pengundian awal tamat

Tue Mar 08 2022

Proses pengundian awal bagi PRN Johor ke-15 berakhir 5 petang ini.

Bagaimanapun, terdapat pusat mengundi awal yang telah ditutup pada 12 tengah hari dan 2 petang.

Sebanyak 63 pusat mengundi dibuka bagi proses pengundian awal yang bermula 8 pagi tadi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Apa yang berlaku di Melaka tak sama seperti Johor - Mohamad Hasan

Tue Mar 08 2022

Saingan bagi PRN Johor merupakan satu situasi yang berbeza jika dibandingkan dengan PRN Melaka yang lalu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan di Melaka tidak seluas seperti di Johor selain perlu mengambil kira soal taburan penduduk.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Mestilah saya rindu, takkan tak rindu Johor" - Ayob Khan

Tue Mar 08 2022

Bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini kembali ke Ibu Pejabat Kontinjen Johor, pejabat yang beliau terajui selama 22 bulan, bermula 24 Februari, 2020.

Namun, hadirnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu adalah untuk tujuan yang satu, melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi awal bagi PRN Johor, di sini.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Orang ramai diminta buat laporan polis sekiranya ada pihak halang keluar mengundi

Tue Mar 08 2022

Orang ramai diminta membuat laporan polis sekiranya terdapat cubaan daripada mana-mana pihak untuk menghalang mereka keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya juga akan sentiasa membuat pemantauan termasuk melihat jumlah kehadiran orang ramai semasa hari mengundi.


BERITA PENUH DI SINI

51 peratus mengundi awal setakat 12 tengah hari

Tue Mar 08 2022

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 12:00 tengah hari:

Peratus keseluruhan: 51%

Sumber: @sprgovmy #JohorMemilih #PRNJohor pic.twitter.com/bAPKtxFYBI

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Ayob Khan tunai tanggungjawab undi awal

Tue Mar 08 2022

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor, hari ini.

Bekas Ketua Polis Johor itu tiba di Dewan Dato Onn IPK Johor, kira-kira jam 9.30 pagi sebelum keluar dari dewan lima minit kemudian.

BERITA PENUH DI SINI

Polis kenal pasti penganjur, orang awam terlibat acara 'joget'

Tue Mar 08 2022

Polis telah mengenal pasti penganjur dan orang awam yang terlibat dalam insiden ‘joget’ melibatkan penganjuran konsert di Ayer Hitam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, beberapa individu terdiri daripada orang awam telah dirakam percakapan berhubung kejadian tersebut.

Polis terima dua laporan insiden rosakkan bendera parti

Tue Mar 08 2022

Polis menerima dua laporan mengenai kejadian merosakkan bendera parti dan sabotaj ketika musim berkempen bagi PRN Johor bagi kawasan DUN Tenggaroh.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyrill Edward Nuing, kejadian berlaku di Felda Nitar sewaktu tempoh berkempen yang telah bermula pada 26 Februari lalu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Buka sempadan segera, benarkan rakyat Malaysia di Singapura balik mengundi'

Tue Mar 08 2022

Pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura harus dilakukan segera sebelum tarikh pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang jatuh pada 12 Mac ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, langkah berkenaan akan membolehkan ribuan pekerja Malaysia yang berada di Singapura, dapat pulang mengundi.

BERITA PENUH DI SINI

39% mengundi awal setakat 11 pagi

Tue Mar 08 2022

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 11:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 39%

Sumber: @sprgovmy #JohorMemilih #PRNJohor pic.twitter.com/bblNZtCrSK

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

325 anggota PDRM terlibat proses undi awal di Mersing

Tue Mar 08 2022

Seramai 325 pegawai dan anggota polis terlibat dalam proses undi awal bagi kedua-dua kawasan DUN di Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyrill Edward Nuing berkata, proses undi awal bermula tepat jam 8 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Proses undi awal di Batalion 6, PGA lancar

Tue Mar 08 2022

Proses pengundian awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning dan DUN Bentayan berjalan lancar dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

Proses pengundian itu dilakukan di Dewan Serbaguna Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, yang bermula jam 8 pagi tadi hingga 5 petang bagi DUN Bukit Naning melibatkan 964 anggota dan pasangan.

BERITA PENUH DI SINI

26 peratus mengundi awal setakat jam 10 pagi

Tue Mar 08 2022

Sejumlah 26 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka setakat jam 10 pagi tadi.

BERITA PENUH DI SINI

26% mengundi awal setakat 10 pagi

Tue Mar 08 2022

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 10:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 26%

Sumber: @sprgovmy #JohorMemilih #PRNJohor pic.twitter.com/4zpe5I0GO8

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Polis terima dua laporan insiden rosakkan bendera parti

Tue Mar 08 2022

Polis menerima dua laporan mengenai kejadian merosakkan bendera parti dan sabotaj ketika musim berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kawasan DUN Tenggaroh.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyrill Edward Nuing, kejadian berlaku di Felda Nitar sewaktu tempoh berkempen yang telah bermula pada 26 Februari lalu.

BERITA PENUH DI SINI

325 anggota PDRM terlibat proses undi awal di Mersing

Tue Mar 08 2022

Seramai 325 pegawai dan anggota polis terlibat dalam proses undi awal bagi kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyrill Edward Nuing berkata, proses undi awal bermula tepat jam 8 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

BERITA PENUH DI SINI

Statistik keluar mengundi awal

Tue Mar 08 2022

Statistik keluar mengundi awal bagi PRU DN Johor Ke-15 pada jam 9:00 pagi:

Peratus keseluruhan: 12%
Sumber: @sprgovmy #JohorMemilih #PRNJohor @501Awani pic.twitter.com/Ovk6vlebT6

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

'Mestilah saya rindu (Johor)' - Ayob Khan

Tue Mar 08 2022

“Mestilah saya rindu (Johor),” kata bekas Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan.

Beliau yang kini merupakan Pengarah JSJ Narkotik Bukit Aman, merupakan antara 1,377 pengundi awal di DUN Stulang. #JohorMemilih #PRNJohor @501Awani pic.twitter.com/ReZRQm4L0O

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Calon DUN Stulang hadir

Tue Mar 08 2022

#PRNJohor #JohorMemilih Beberapa calon yang bertanding di DUN Stulang turut kelihatan. @501Awani

Calon DUN Stulang:-

1.Yap Chiang Youis (PN-Gerakan)
2.Saiful Bahari Sahari (PBM)
3.Moharam Baharom (Bebas/IND)
4.Andrew Chen Kah Eng (PH-DAP)
5.Ang Boon Heng (BN-MCA) pic.twitter.com/tij4SvcHkR

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Anggota polis Kota Tinggi mula laksana undi awal

Tue Mar 08 2022

Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi anggota polis di pusat pengundian Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, di sini mula dilaksanakan pada jam 8 pagi Selasa.

Difahamkan, seramai 396 anggota polis termasuk pasangan akan menjalankan kewajipan di pusat pengundian itu yang akan dibuka sehingga 5.30 petang ini.

BERITA PENUH DI SINI

Proses sanitasi

Tue Mar 08 2022

Proses sanitasi dilakukan dari semasa ke semasa mengikut SOP yang ditetapkan SPR. #JohorMemilih #PRNJohor @501Awani pic.twitter.com/IyyIGkY9ZF

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Hujan makin lebat

Tue Mar 08 2022

Makin lebat.. pic.twitter.com/LSZpvUjOwy

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Undi awal berjalan lancar walaupun hujan

Tue Mar 08 2022

Pusat pengundian awal di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor untuk DUN Stulang dibuka seawal 8 pagi mengikut masa yang ditetapkan.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,377 anggota pelbagai cawangan serta pasangan dijadual mengundi di pusat pengundian awal DUN Stulang pagi ini.

BERITA PENUH DI SINI

Kekal bersemangat walaupun hujan

Tue Mar 08 2022

Hujan. Tapi langsung tidak mematahkan semangat anggota @PDRMsia dan pasangan untuk mengundi di IPK Johor. #JohorMemilih #PRNJohor @501Awani pic.twitter.com/1euSnhIOe3

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 8, 2022

Kanak-kanak, warga emas, wanita dan peniaga kecil tumpuan Marina Ibrahim

Tue Mar 08 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) N.48 Skudai, Marina Ibrahim mahu meneruskan kesinambungan khidmat baktinya di Johor kali ini dengan tetap memberi tumpuan kepada empat kelompok sasaran.

Katanya, kanak-kanak, warga emas, wanita dan peniaga kecil adalah golongan yang perlu dibela dan diberi sokongan supaya mereka tidak ketinggalan dalam mendapat limpahan kekayaan negeri itu.

BERITA PENUH DI SINI

Calon BN Larkin tekad teruskan perjuangan Shahrir Samad

Tue Mar 08 2022

Calon Barisan Nasional (BN) N.44 Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berazam meneruskan legasi yang telah dibentuk oleh bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad di kawasan ditandinginya.

Tekad beliau mahu membasmi kemiskinan bandar serta mewujudkan ekosistem yang rancak dan sihat untuk anak muda dengan membangunkan infrastruktur diperlukan.

BERITA PENUH DI SINI

Parlimen Johor Bahru pengundi awal paling banyak

Mon Mar 07 2022

Parlimen Johor Bahru mempunyai 1,904 pengundi awal terdiri daripada anggota PDRM dan pasangan. Parlimen ini mempunyai anggota PDRM dan pasangan teramai di Johor. DUN Stulang (1,377), DUN Larkin (527) #JohorMemilih #PRNJohor @501Awani pic.twitter.com/GXdecEq19l

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 7, 2022

22,531 mengundi awal

Mon Mar 07 2022

#PRNJohor Seramai 22,531 pengundi terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan bakal melaksanakan tanggungjawab hari ini.

1,377 pengundi di Dewan Dato Onn, IPK Johor #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/rvUi5Sbiiv

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 7, 2022

Undi awal PRN Johor bermula 8 pagi

Mon Mar 07 2022

Sebanyak 63 pusat mengundi bersiap sedia dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang bermula 8 pagi, hari ini.

Lebih 22,000 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing layak mengundi hari ini.


BERITA PENUH DI SINI

'Track record' PN terbukti, berjaya urus dua krisis serentak - Radzi Jidin

Mon Mar 07 2022

Pandangan bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah sama dengan Pakatan Harapan (PH) dari segi aspek menunaikan janji bukan satu indikator yang tepat, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Mohd Radzi Md Jidin.

Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu-satunya Perdana Menteri yang terpaksa menguruskan dua krisis serentak - krisis ekonomi dan krisis kesihatan - ekoran penularan COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Isu siapa bantu Felda tidak perlu dibangkitkan - Zahidi

Mon Mar 07 2022

Isu siapa yang membantu Felda tidak seharusnya dibangkitkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ini kerana semua pihak terutamanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memainkan peranan membantu warga Felda sejak ia ditubuhkan semasa pentadbiran BN.


BERITA PENUH DI SINI

SOP baharu: Penceramah dibenar buka pelitup muka ketika berkempen 

Mon Mar 07 2022

Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kini membenarkan penceramah untuk membuka pelitup muka ketika menyampaikan ceramah atau syarahan semasa berkempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan SOP pencegahan COVID-19 terkini itu hari ini, yang dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan tambahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BERITA PENUH DI SINI

Teratak usang "istana" enam sekeluarga, sabar menanti sinar harapan

Mon Mar 07 2022

Teratak usang yang dihuni enam sekeluarga ini sangat daif dan sebahagiannya hanya menunggu waktu hampir menyembah bumi.

Inilah satu-satunya "syurga" buat enam sekeluarga di Kampung Jemari Baru, Mersing.

BERITA PENUH DI SINI

Annuar puas hati liputan media

Mon Mar 07 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu semua platform media untuk terus kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan baik.

Secara keseluruhannya, Annuar berkata, beliau berpuas hati dengan liputan yang diberikan oleh semua media termasuk radio dan televisyen.

BERITA PENUH DI SINI

63 pusat mengundi awal dibuka 8 pagi esok

Mon Mar 07 2022

Sebanyak 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran akan dibuka bermula 8 pagi esok bagi proses pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ia bagi membolehkan seramai 22,531 pengundi yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan menunaikan tanggungjawab mereka.

BERITA PENUH DI SINI


Maszlee pujuk rakyat keluar mengundi dalam bahasa Tamil

Mon Mar 07 2022

Berbaki lima hari lagi sebelum hari penamaan bagi Pilihan Raya Negeri Johor, pelbagai cara dilakukan calon-calon bertanding untuk memenangi undi Rakyat.

Calon Parti Keadilan Rakyat bagi DUN Layang-layang, Maszlee Malik tidak kurang mempamerkan kreativitinya berbahasa Tamil.

BERITA PENUH DI SINI


Sentimen berbeza, namun Liow Cai Tung tetap optimis

Mon Mar 07 2022

Mengakui sentimen masyarakat di Johor tidak lagi sama dengan suasana sewaktu PRU14, ia sama sekali tidak mematahkan semangat penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Bekas Exco itu berkata, beliau khuatir pengundi mungkin tidak mahu keluar melaksanakan tanggungjawab kerana faktor political fatigue dan COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Jalan di Mersing: 'Dah mohon dana setiap tahun, tapi tak lulus'

Mon Mar 07 2022

Kegagalan mendapatkan dana di peringkat kerajaan pusat jadi punca utama isu jalan raya di Mersing gagal menemui penyelesaian, kata Raven Kumar Krishnasamy.

Calon BN DUN Tenggaroh itu mendakwa, perkara itu dibangkitkannya setiap tahun tetapi gagal mendapat reaksi positif pihak kerajaan.

BERITA PENUH DI SINI



Jelaskan kepada pengundi rasional bubar DUN - Wan Rosdi

Mon Mar 07 2022

Masyarakat di negeri Johor perlu diberi pemahaman berhubung rasional di sebalik langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor.

Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, ada pihak yang masih belum memahami sebab langkah itu diambil dan menggunakan situasi tersebut untuk dijadikan sebagai isu.

BERITA PENUH DI SINI

BN tidak boleh hanya peroleh majoriti mudah - Ismail Sabri

Sun Mar 06 2022

Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO ketika menyuarakan keyakinan itu berkata, bagaimanapun parti itu tidak boleh hanya memperoleh majoriti mudah jika ingin membentuk kerajaan negeri yang lebih stabil.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kelabu atau hitam, Keadilan tetap ada - Calon DUN Johor Lama

Sun Mar 06 2022

erusi deposit atau tidak, kubu kuat atau tidak, bagi Omar Mokhtar A Manap, 29, prinsip dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu dipegang erat, iaitu mesej reformasi harus dibawa ke mana sahaja dalam negara ini.

Atas sebab itu, calon pilihan PKR untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama itu berkata, beliau sanggup menggalas tanggungjawab itu untuk membuktikan generasi muda dalam parti, tidak gentar untuk ke mana sahaja.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muafakat Nasional:“Terpulang kepada UMNO jika mahu bubarkan” - Pas

Sun Mar 06 2022

KKM syor beri kelonggaran penceramah dibenar buka pelitup muka - Khairy

Sun Mar 06 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi kelonggaran kepada penceramah, untuk tidak memakai pelitup muka ketika memberi ucapan dalam aktiviti berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun, kelonggaran terhadap prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dibenarkan, sekiranya terdapat penjarakan fizikal yang sesuai dalam aktiviti berkempen.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Two-term rep Liow Cai Tung speaks about the challenges of defendant Johor Jaya in 4-cornered fight.

Sun Mar 06 2022

Had the privilege to sembang-sembang politik with the DAP National Vice-Chairman YB @mkula and DAP Johor No 2, YB @TeoNieChing

Two-term rep @LiowCaiTung speaks about the challenges of defendant Johor Jaya in 4-cornered fight.#JohorMemilih #PRNJohor pic.twitter.com/TNhtVUahKs

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) March 5, 2022

Isu jalan di Mersing bila nak selesai? Keadaannya seperti meredah permukaan ombak.

Sun Mar 06 2022

PRN Johor: Isu jalan di Mersing bila nak selesai? Keadaannya seperti meredah di permukaan ombak. Saksikan Laporan Khas malam ini di #AWANI745 #PRNJohor #JohorMemilih #JalanTampal @501Awani pic.twitter.com/bz2D8pnpCn

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) March 6, 2022

Jalan di Mersing 'buat kepala jadi pusing'

Sun Mar 06 2022

Tidak guna jika terlalu sibuk memikirkan soal pembangunan lanjutan dan tumpuan untuk memajukan Mersing sebagai hab pelancongan sekiranya keadaan kemudahan asas seperti jalan raya tidak menepati piawaian sepatutnya.

Bukan tidak mahu membangkitkan lagi isu berkenaan, namun realitinya penduduk sendiri sudah jemu, bosan dan penat memikirkan tindakan ‘melepaskan batok di tangga’ oleh pihak yang sepatutnya menangani masalah tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MUDA akur arahan kosongkan premis PIJ Holdings

Sun Mar 06 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akur dengan arahan pengosongan premis dikeluarkan PIJ Holdings Sdn Bhd, berhubung dakwaan pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan tanpa kebenaran, yang digunakan sebagai pusat operasi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agung MUDA Amira Aisya Abd Aziz berkata langkah itu bagi membolehkan parti itu terus memfokuskan kepada kempen menyantuni dan mendekati masyarakat, termasuk pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mengapa MUDA pilihan terbaik untuk Larkin? Ini pandangan Rasid Abu Bakar

Sun Mar 06 2022

Tidak termasuk dalam perjanjian asal antara Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Pakatan Harapan, namun pada saat-saat akhir, parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu nekad bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar, ketika ditemui sewaktu hari penamaan calon pada 26 Februari lepas memohon agar jangan diberi fokus kepada pertindihan kerusi antara partinya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kalau tak idam jadi PM, kenapa beri bayangan akan kembali? - Zahid persoal Muhyiddin

Sun Mar 06 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaku tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu berkata, sekiranya benar Muhyiddin tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak akan cuba 'menyogok' Ahli Parlimen secara terbuka supaya menyokongnya untuk kekal berkuasa.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Penganjuran debat secara bersemuka tidak dibenarkan - Polis

Sun Mar 06 2022

Polis tidak membenarkan sebarang penganjuran program perdebatan secara bersemuka dilakukan oleh mana-mana pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ia bagi mengelakkan daripada timbul suasana yang tidak tenteram, sekali gus memecahkan keamanan di negeri ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Debat dengan Najib: 'Saya lebih tahu tentang Felda' - Azmin

Sun Mar 06 2022

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau adalah individu yang paling layak berdebat dalam isu Felda dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, ini kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menyiap dan membentangkan Kertas Putih berhubung kecurangan yang berlaku dalam agensi berkenaan, di Parlimen.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Syor larang bawa telefon bimbit ketika mengundi - Mohd Rafiq

Sun Mar 06 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melakukan penguatkuasaan lebih ketat semasa proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Ia termasuk mengeluarkan larangan membawa masuk telefon bimbit ke dalam pusat pengundian, kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Barangkali undi orang Seletar Laut kurang nilainya

Sun Mar 06 2022

'Bangsa Johor usah tertipu lagi'

Sun Mar 06 2022

Bangsa Johor dinasihatkan tidak tertipu kali kedua dengan manifesto diumumkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, manifesto itu seolah-olah mengumumkan kembali manifesto bukan kitab suci yang pernah dicanangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Azmin cabar Najib berdebat isu Felda

Sun Mar 06 2022

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengannya mengenai isu Felda.

Katanya, debat itu hendaklah dilakukan sebelum proses pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Warisan tidak sekongkol dengan mana-mana parti - Azis Jamman

Sat Mar 05 2022

Parti Warisan (Warisan) bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memberikan pilihan kepada rakyat berikutan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka dan Sarawak tahun lepas.

Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman berkata keputusan pilihan raya di kedua-dua negeri adalah petunjuk jelas bahawa pengundi tidak lagi menyokong PH.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Pemimpin rasuah? Kenapa nak sekat BN di Johor?' - Khairy

Sat Mar 05 2022

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan tiada alasan untuk menyekat Barisan Nasional (BN) daripada terus memerintah di Johor, bagi menghalang pemimpin rasuah.

Menurut Khairy, ini kerana Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang memimpin negeri tersebut tidak terpalit dengan kontroversi itu, selain mempunyai kredibiliti yang tinggi serta diterima pengundi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemberian vaksin percuma tidak perlu jadi bahan kempen - Khairy

Sat Mar 05 2022

Pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat tidak seharusnya menjadi bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini kerana, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, program imunisasi tersebut adalah inisiatif di peringkat Persekutuan bukan daripada parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PN jamin optimumkan potensi ekonomi negeri - Muhyiddin

Sat Mar 05 2022

Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan akan mengoptimumkan sepenuhnya potensi di negeri Johor sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir jentera kerajaan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, usaha itu termasuklah menggiatkan semula industri dan sektor yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kemenangan BN akan pastikan kestabilan politik, kemasukan pelabur - Saravanan

Sat Mar 05 2022

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini akan memastikan kestabilan politik, seterusnya memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Johor dan Malaysia, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata rakyat negeri selatan tanah air itu perlu sedar bahawa kestabilan politik amat penting dalam usaha menarik pelabur untuk menanam modal di negeri tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mampukah kehadiran Dr Mahathir cetus kejayaan Pejuang?

Sat Mar 05 2022

Selepas hanya mengutus surat-surat terbuka buat pengundi, Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang ke Kluang pada Khamis, bagi membantu kempen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, meskipun dinasihatkan doktor mengenai risiko kesihatannya ekoran COVID-19.

Pada usia 97 tahun, Pengerusi Pejuang yang baru pulih daripada sakit ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, hadir makan tengah hari bersama Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Cina, sebelum menghadiri program Aspirasi Johor di Felda Ayer Hitam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Nak lesen bukan kerana subsidi, tapi keselamatan' - Nelayan

Sat Mar 05 2022

Nelayan yang ditemui Astro AWANI mendakwa sudah puluhan tahun mereka tidak mempunyai lesen sah.

Bukan kerana tidak memohon, tetapi kerana 'sukarnya' untuk mereka mendapatkan kelulusan tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin

Sat Mar 05 2022

Kehangatan musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini diharapkan tidak membawa kepada perpecahan kaum dan agama di negara ini.

Tegas Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kerana itu soal kestabilan dan perancangan masa depan juga merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN dalam kempen kali ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Demi pemimpin berintegriti, berkebajikan' - Hadi Awang doa kemenangan PN

Sat Mar 05 2022

PAS berharap calon-calon Perikatan Nasional (PN) akan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, harapan itu disandarkan kepada gerak kerja jentera PN yang setakat ini berada pada tahap yang sangat baik.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Minum air lombong, redah gelora ombak untuk ke sekolah .. rendah nilai undi Orang Asli Seletar Laut

Sat Mar 05 2022

Seletar, Singapura adalah satu kawasan berkeluasan 10.25km yang gah dengan infrastruktur moden seperti Seletar Aerospace Park bernilai SD60 juta, perancangan khusus untuk menjadikan Singapura hub kapal terbang.

Dan asal nama Seletar itu, dipercayai kerana ia paling awal diduduki oleh masyarakat Seletar, salah satu dari sub Orang Laut, yang kini hampir kesemua generasi baharu mereka, tinggal di Malaysia, khususnya di Johor.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN Kota Iskandar galak penglibatan rakyat dalam aktiviti ekonomi setempat

Fri Mar 04 2022

Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Kota Iskandar, Pandak Ahmad mahu menggalakkan rakyat di kawasan itu terlibat secara aktif dengan aktiviti ekonomi setempat.

Beliau merancang untuk merancakkan lagi pembangunan ekopelancongan khususnya di Kampung Sungai Melayu yang digerakkan sendiri oleh para penduduknya, sekali gus dapat menjana pendapatan tambahan untuk mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MUDA mulakan inisiatif pendanaan politik telus

Fri Mar 04 2022

Perjuangan menghapuskan budaya politik wang oleh parti MUDA sudah bermula dengan pelaksanaan kawalan pendanaan politik dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Manifesto PH nampak sama, tapi berbeza - Aminolhuda

Fri Mar 04 2022

Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berbeza dengan parti lain, walaupun kelihatan hampir sama.

Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata manifesto dikenali sebagai Tawaran Tindakan Pakatan Harapan itu lebih bersifat mementingkan rakyat berbanding parti politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MUDA nafi ceroboh aset GLC Johor

Fri Mar 04 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan dakwaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Johor berhubung pencerobohan dilakukan parti itu terhadap aset milik syarikat berkenaan.

Calon MUDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Rasid Abu Bakar berkata, sebaliknya parti telah menyewa premis berkenaan secara sah daripada pihak yang didakwa sebagai pemilik premis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Enakmen Anti Lompat Parti dalam manifesto PH terpakai kepada semua

Fri Mar 04 2022

Enakmen Anti Lompat Parti yang disenaraikan dalam Tawaran Tindakan Pakatan Harapan Johor terpakai kepada semua parti termasuk gabungan parti tersebut.

Menurut Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh pelaksanaan enakmen tersebut juga selari dengan apa yang dibawa di peringkat pusat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MT PN mesyuarat esok tentukan calon MB - Hamzah

Fri Mar 04 2022

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat esok bagi menentukan calon Menteri Besar Johor sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata senarai nama melibatkan semua calon daripada parti komponen PN termasuk Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Gerakan dan Pas sudah disenarai pendek.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Khaled Nordin persoal kegagalan PN nyata pendirian tentang amalan lompat parti

Fri Mar 04 2022

Kegagalan Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebarang tawaran untuk memastikan kestabilan politik terutama dalam isu amalan lompat parti dalam Ikrar PN Demi Bangsa Johor yang dilancarkan beberapa hari lepas, dipersoal oleh Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata amalan itu adalah satu perkara yang mendatangkan kemarahan rakyat serta menjadi antara punca pertukaran kerajaan dan ketidakstabilan politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor bukan medan 'lepas geram' - Shahrir Samad

Fri Mar 04 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dijadikan sebagai medan melepaskan 'geram' sebaliknya pengundi perlu membuat keputusan dengan mengambil kira manfaat dan kebaikan yang bakal diperoleh mereka jika memilih sesebuah parti politik.

Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad berkata tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan masa depan rakyat dan negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor

Fri Mar 04 2022

Tiga teras utama ditetapkan dalam Tawaran Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat Johor dalam tempoh lima tahun akan datang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Dia nak berjuang atau nak jawatan" - Abdul Halim

Fri Mar 04 2022

Tindakan bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mersing, Laili Yusof, mengisytiharkan keluar parti, disifatkan sebagai tidak mementingkan perjuangan.

Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Abdul Halim Abu Bakar, mendakwa Laili terlalu memikirkan isu jawatan sehingga mengambil tindakan sedemikian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Abah (Muhyiddin) lagi kuat berjuang - Bersatu Mersing

Fri Mar 04 2022

GLC lapor polis, dakwa MUDA ceroboh, guna aset inkubator usahawan

Fri Mar 04 2022

PIJ Holdings Sdn Bhd menerusi subsidiarinya, PIJ Property Development Sdn Bhd membuat laporan polis terhadap Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berhubung dakwaan pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan di Taman Perbadanan Islam, Stulang Baru, di sini, tanpa kebenaran.

Menurut PIJ Holdings dalam kenyataan hari ini, premis itu dibangunkan untuk usahawan memulakan perniagaan mereka dan bukan bertujuan untuk dijadikan sebagai pusat operasi mana-mana parti politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Ramai lagi nak kembali kepada BN, jangan tunggu 12 Mac" - Ahmad Zahid

Fri Mar 04 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan kembali untuk menyertai parti itu.

Beliau yang juga merupakan Presiden UMNO menyatakan bahawa pihaknya sentiasa membuka laluan untuk individu yang ingin kembali ke landasan asal.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersatu hilang arah tuju - Laili Yusof

Fri Mar 04 2022

Ketua Bahagian Bersatu Mersing isytihar keluar parti, kembali ke pangkuan BN

Fri Mar 04 2022

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi DUN Endau kali ini bertambah ‘panas’ apabila dikejutkan pula dengan keputusan Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof yang mengisytiharkan untuk meninggalkan parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu juga diumumkan di hadapan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa lagi pucuk pimpinan parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jika PRN Johor ubah, perkara sama boleh berlaku pada PRU15 - Dr Mahathir

Fri Mar 04 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh menjadi teladan dan contoh kepada seluruh rakyat di negara ini untuk membentuk sebuah negara yang bersih daripada rasuah.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbaharu kepada pengundi Johor berkata, jika perkara itu boleh dilaksanakan, besar kemungkinan situasi sama boleh berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon BN DUN Penggaram positif COVID-19

Fri Mar 04 2022

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram Ter Hwa Kong disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) hari ini.

Sehubungan itu, Ter dalam satu kenyataan berkata semua kempen fizikal melibatkannya dibatalkan serta- merta.

BACA BERITA PENUH DI SINI

SPR keluarkan lebih 36,000 kertas undi pos

Fri Mar 04 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 36,729 kertas undi pos kepada individu yang berhak mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan petugas pilihan raya di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Selasa hingga semalam, seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib Lep sudah 'dirisik'? Ini jawapan calon Bebas DUN Bukit Pasir

Fri Mar 04 2022

Populariti penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep dilihat semakin melonjak selepas dia membuat keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Najib ketika ditemui Astro AWANI mengakui masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti, jika dia memperoleh kemenangan di DUN tersebut pada 12 Mac ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bertanding atas tiket Bebas, Najib Lep yakin kekal menang di DUN Bukit Pasir

Fri Mar 04 2022

Bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak sedikit pun mematahkan semangat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep.

Sebaliknya, pesara tentera dan ahli perniagaan itu yakin mampu mengulangi sejarah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, yang mana ketika itu beliau bertanding atas tiket Pas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muafakat Nasional belum berkubur - Tuan Ibrahim

Fri Mar 04 2022

Muafakat Nasional (MN) masih belum berkubur dan tidak ada mana-mana parti yang mengisytiharkan pembubarannya, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya status MN akan dilihat semula selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Nak tahu kubu siapa kuat tunggulah 12 Mac" - Najib

Thu Mar 03 2022

Gelanggang PRN Johor akan menjadi medan membuktikan sejauh mana kekuatan Barisan Nasional dalam memenangi hati pengundi di Mersing.

Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak gentar berhubung dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Mersing bukan lagi kubu kuat BN.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib bidas Anwar, tegaskan zaman BN jauh lebih baik

Thu Mar 03 2022

Gesaan untuk mengadakan PRN Johor adalah bertujuan untuk menstabilkan kerajaan di negeri itu, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

Ujarnya lagi, urusan kerajaan akan terganggu sekiranya sesebuah kerajaan negeri itu tidak mempunyai majoriti selesa.


 Pengundi Johor semakin terima Pejuang - Mukhriz

Thu Mar 03 2022

Selepas enam hari berkempen pada PRN Johor, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) optimis parti itu semakin dikenali dan diterima pengundi di negeri berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ia termasuk sokongan masyarakat Orang Asli yang dilihat yakin dengan rekod cemerlang pimpinan tertinggi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA DI SINI

Calon muka baharu, jadi 'giant killer' atau hanya sekadar pelengkap?

Thu Mar 03 2022

PRN Johor - sejauh manakah kemampuan calon muka baharu untuk membuat kejutan, menewaskan orang lama bahkan nama-nama besar?

Andai pengalaman dan politik menjadi ukuran, adakah laluan mereka yang muka baharu lebih sukar dan berliku?

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

UMNO terlalu sombong, ghairah untuk adakan pilihan raya - Anwar

Thu Mar 03 2022

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terlalu sombong dan mementingkan diri sendiri kerana ghairah untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, UMNO terlalu yakin boleh menang dan tidak memikirkan bahawa kos yang dibelanjakan untuk PRN itu sepatutnya boleh dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

17 kertas siasatan dibuka, 405 permit dilulus hingga semalam - Polis

Thu Mar 03 2022

Jurucakap media PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Supt Ibrahim Mat Som berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak lima permit ditolak kerana tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemohon permit bukanlah ejen atau calon dilantik, ceramah perlu dibuat di bilik gerakan rasmi serta jumlah peserta ceramah yang melebihi 100 orang.

BERITA PENUH DI SINI

Pejuang ada beberapa calon MB, akan umum jika menang - Tun M

Thu Mar 03 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah mengenal pasti beberapa nama calon yang layak untuk diangkat sebagai Menteri Besar jika parti itu diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pun begitu, pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nama individu tersebut hanya akan didedahkan jika Pejuang dan calon tersebut menang pada pilihan raya ini.

BERITA PENUH DI SINI

Tun Mahathir akui ada parti 'sebulu' untuk kerjasama bentuk kerajaan

Thu Mar 03 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengakui 'sebulu' dengan beberapa parti dan bersedia bekerjasama dengan mereka untuk mencukupkan kerusi bagi membentuk Kerajaan Negeri Johor.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun persetujuan itu perlu berlandaskan kepada prinsip sama iaitu parti tersebut menolak peperangan dan rasuah.

BERITA PENUH DI SINI

Najib jangan ingat popular, orang cuma nak tengok 'perompak' - Muhyiddin

Thu Mar 03 2022

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan bahawa sambutan orang ramai sewaktu beliau turun berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukan kerana Ahli Parlimen Pekan itu popular, atau diterima rakyat kembali.

Sebaliknya, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka hanya ingin melihat bekas Presiden UMNO itu sendiri, selepas Najib dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

BERITA PENUH DI SINI

Gelombang perubahan di Tenggaroh jika undi berasaskan etnik - Penganalisis

Thu Mar 03 2022

Gelombang pertukaran akan berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh sekiranya pemilihan dibuat berasaskan etnik.

Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Wahid berkata, kebanyakan parti politik juga dilihat menggunakan strategi itu bagi memperoleh kelebihan di kawasan tertentu.

BERITA PENUH DI SINI

56 calon PN angkat sumpah, komited bentuk kerajaan bebas rasuah - Muhyiddin

Thu Mar 03 2022

Lafaz ikrar dan sumpah antirasuah yang dilakukan kesemua 56 calon Perikatan Nasional adalah bukti parti tersebut komited dan serius untuk membentuk kerajaan yang lebih berintegriti.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Johor digesa untuk tidak mengulangi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, di mana pemimpin politik yang sudah didapati bersalah, masih bergerak bebas.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: DUN Endau pertembungan antara personaliti dan parti - Penganalisis

Thu Mar 03 2022

Pertembungan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau dilihat membabitkan persaingan antara personaliti dan juga parti.

Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Hamidin Abd Hamid berkata, hasil pemerhatian mendapati pengundi ketika ini lebih cenderung untuk menilai soal prestasi calon berbanding semangat terhadap parti.

BERITA LANJUT DI SINI.

MUDA harapkan lebih banyak kelonggaran SOP PRN Johor - Syed Saddiq

Thu Mar 03 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengharapkan lebih banyak lagi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata lanjutan had masa ceramah, syarahan dan kempen hingga pukul 12 tengah malam, adalah perkembangan baik.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Johor: 'PN berpeluang cipta kemenangan' - Tuan Ibrahim

Thu Mar 03 2022

Hampir seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung, Pas membayangkan Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang untuk mencipta kemenangan.

Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selepas melihat 'mood' sebahagian pengundi di negeri itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

21 kompaun pelanggaran SOP ketika kempen

Wed Mar 02 2022

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan 21 kompaun sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula Sabtu lepas, kata Pengarahnya Datuk Dr Aman Rabu.

Beliau berkata setakat 2 petang hari ini, kompaun yang dikeluarkan ke atas individu dan penganjur program yang termasuk dalam kempen PRN Johor itu disebabkan kesalahan umum tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH optimis mampu raih undi masyarakat Felda - Anwar

Wed Mar 02 2022

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) mampu mendapat sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada penerimaan komuniti itu sepanjang tempoh lima hari berkempen sejak Sabtu lalu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Saya tidak akan lupa saya datang dari Benut," kata Hasni

Wed Mar 02 2022

"Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut," kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad sambil menegaskan bahawa pembangunan di Benut yang terletak di dalam daerah Pontian itu akan terus dekat dihatinya.

Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional Johor berkata beliau akan berusaha membawa pembangunan ke Benut bagi mengubah suasana dan landskapnya supaya kawasan itu tidak hanya terkenal dengan burasak iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

56 calon PN angkat sumpah tolak rasuah esok

Wed Mar 02 2022

Seramai 56 calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan mengangkat sumpah menolak rasuah dan salah guna kuasa pada Khamis.

BERITA PENUH DI SINI

PN sokong pemulihan projek HSR - Muhyiddin

Wed Mar 02 2022

Perikatan Nasional (PN) akan menyokong pemulihan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura antara Malaysia dan Singapura sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya negeri.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah menyatakan sokongan terhadap projek itu ketika beliau menjadi perdana menteri, dengan mendakwa HSR akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin jawab tuduhan Tun Mahathir

Wed Mar 02 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau yang mengakibatkan usaha menolak Datuk Seri Najib Razak terbantut.

Tegas bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya beliau yang menentang Ahli Parlimen Pekan itu sehingga Najib dihadapkan ke mahkamah.

BERITA PENUH DI SINI

PN tawarkan lapan tunjang utama sebagai ikrar

Wed Mar 02 2022

Perikatan Nasional (PN) menawarkan lapan tunjang utama sebagai ikrar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menampilkan 24 strategi bagi menjamin kesejahteraan dan kestabilan negeri.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tunjang itu akan diperkasa menerusi 145 pendekatan bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada mendapat limpahan manfaat dalam pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

BERITA PENUH DI SINI

Tiada isu untuk Amanah letak calon muda - Mahfuz Omar

Wed Mar 02 2022

Soal meletakkan calon muda dan baharu dari Pakatan Harapan bukanlah masalah besar buat parti untuk bertanding di DUN Endau, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Tegasnya, calon yang merujuk kepada Mohamad Fakrulradzi Mahmud, 32, yang diletakkan di kawasan itu merupakan individu yang telah lama berkhidmat kepada rakyat khususnya di Endau.

BERITA PENUH DI SINI

PN tawar lapan tunjang utama jamin kesejahteraan

Wed Mar 02 2022

Kerana Muhyiddin, Najib kembali berkuasa - Tun Mahathir

Wed Mar 02 2022

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa perbuatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakibatkan usaha menolak Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbantut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat Johor merupakan antara rakyat Malaysia yang berjaya menyekat kemaraan Najib.

BERITA PENUH DI SINI

BN yakin mampu tawan semula DUN Senggarang - Mohd Yusla

Wed Mar 02 2022

Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan semula kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Keyakinan itu dizahirkan oleh calonnya, Mohd Yusla Ismail, 54, dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 60 atau 70 peratus undi berpihak kepada parti Melayu itu.

BERITA PENUH DI SINI

Warisan tolak dakwaan DAP, bukan mahu pecah undi

Wed Mar 02 2022

147 SMK sebagai pusat pengundian, tidak ganggu SPM

Wed Mar 02 2022

Kurang doktor pakar, perlu ke bandar untuk terima rawatan

Wed Mar 02 2022

Kekurangan doktor pakar kembali hangat diperkatakan dalam kalangan penduduk di Mersing ketika musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Isu yang sudah lapuk sekian lama sehingga kini masih belum menemukan jalan penyelesaian yang menyaksikan penduduk masih berdepan dengan dilema sama.

BERITA PENUH DI SINI

Wujudkan latihan industri, perkasa sektor pelancongan - Raven

Wed Mar 02 2022

Pembangunan sektor pelancongan di Mersing perlu dipesatkan dengan mewujudkan program latihan industri terhadap penduduk setempat.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tenggaroh, Raven Kumar Krishnasamy berkata, usaha itu mampu merancakkan lagi program pelancongan di kawasan setempat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Fakrulradzi mahu bawa perubahan kepada 'pekan koboi'

Tue Mar 01 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Mohammad Fakrulradzi Mahmud mahu membuat perubahan besar terhadap kawasan tersebut yang disifatkan sudah sekian lama menjadi seperti pekan koboi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mersing hab pelancongan? Hanya indah khabar daripada rupa - Penduduk

Tue Mar 01 2022

Mersing sememangnya menjadi buah mulut orang ramai yang menyifatkan ia sebagai sebuah hab pelancongan yang pasti menjadi tarikan buat pengunjung yang belum pernah menjejakkan kaki di daerah ini.

Bagaimanapun, lain pula realitinya apabila segelintir penduduk setempat mendakwa gambaran itu sebenarnya hanya ‘indah khabar dari rupa’.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH belum putuskan calon MB - Salahuddin

Tue Mar 01 2022

Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbincangan berhubung perkara itu juga belum dilaksanakan dan hanya akan diadakan dalam masa terdekat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Akta antilompat parti, elaun sama rata antara ikhtiar BN Johor - Hasni

Tue Mar 01 2022

Akta antilompat parti merupakan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, ia merupakan inisiatif BN untuk memastikan sistem demokrasi tidak lagi tercemar dengan budaya seperti itu, seperti mana yang tergaris di bawah Ikhtiar 6: Reformasi Politik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Hanya Pejuang mampu bawa perubahan di DUN Rengit - Nizam Bashir

Tue Mar 01 2022

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berpandangan hanya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mampu membawa pembaharuan yang didahagakan oleh pengundi di kawasan tersebut.

Jelas Nizam Bashir, 48, keyakinan itu bersandarkan kepada manifesto Aspirasi Johor Pejuang termasuk mengetengahkan pemimpin yang bersih dan berkredibiliti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN komited kerajaan negeri baharu lebih berintegriti - Hasni

Tue Mar 01 2022

Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan kerajaan yang terbentuk daripada mandat rakyat, akan membudayakan pentadbiran yang lebih berintegriti, kata Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad.

Hasni, yang juga Ketua Penyelaras Jentera Pilihan Raya BN berkata, kebertanggungjawaban jentera kerajaan turut akan dibudayakan secara serius.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Lima Ikhtiar BN untuk jadikan Johor lebih makmur - Hasni

Tue Mar 01 2022

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan dokumen khusus untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang dikenali sebagai Ikhtiar BN untuk Johor, dengan satu matlamat utama yang didukungi lima ikhtiar.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, ketika mengumumkan Ikhtiar itu berkata, melalui matlamat utama tersebut, Johor akan menjadi sebuah negeri yang makmur, didukungi naratif politik baharu yang matang lagi stabil.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muda, fasih Mandarin kelebihan calon PBM DUN N45

Tue Mar 01 2022

Polis buka tujuh kertas siasatan semalam

Tue Mar 01 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tujuh kertas siasatan melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Jurucakap media PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Supt Ibrahim Mat Som berkata ia dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Adakah parti baharu punyai ruang?

Tue Mar 01 2022

Menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang Muhammad Saiful Bahari Sahari daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) berjanji untuk berkhidmat dan membantu menaikkan taraf sosioekonomi rakyat di kawasan itu.

Naib Presiden PBM itu berkata beliau dan partinya akan mengotakan janji-janji termasuk agenda pemerkasaan anak muda serta pembangunan ekonomi jika rakyat memberi peluang melalui peti undi pada PRN Johor, 12 Mac ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dari kecil-kecilan, kini satu Malaysia 'cari' kambing Saiful Sahril

Tue Mar 01 2022

Berkongsi kehidupan bersama ternakan kambing, menjadi antara 'rahsia' kejayaan Saiful Sahril Saidali dalam mengusahakan bidang penternakan yang diceburinya sejak 14 tahun lalu.

Melalui cara tersebut, Pengurus Senggarang Farm Goat itu berjaya mendapatkan pelanggan dari seluruh negara khususnya di sekitar Batu Pahat, Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengendali hotel optimis terima tempahan memberangsangkan

Tue Mar 01 2022

Beberapa pengendali hotel di Johor optimis industri perhotelan akan menerima reaksi menggalakkan dari segi tempahan, terutamanya semasa PRN Johor.

Antaranya, Hotel Grand Paragon Johor Bahru mengakui menerima tempahan yang memberangsangkan bulan ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI



Steven Choong fokus isu setinggan, pencemaran sungai di Puteri Wangsa

Tue Mar 01 2022

Isu setinggan dan pencemaran sungai merupakan perkara utama yang mahu diketengahkan Steven Choong, calon Parti Bangsa Malaysia bagi kerusi DUN Puteri Wangsa.

Katanya, dua masalah itu perlu diselesaikan segera supaya penduduk selesa, sekali gus dapat menikmati alam sekitar yang bersih.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Polis siasat kes bakar, buang bendera parti di DUN Layang-Layang

Mon Feb 28 2022

Polis sedang menyiasat kejadian membakar dan membuang bendera parti politik yang bertanding dalam PRN Johor membabitkan kerusi DUN Layang-Layang di Kluang pada Isnin.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini, pihaknya menjumpai tiga bendera parti politik yang dibakar dan dibuang ketika rondaan pagi semalam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengalaman jadi wartawan kelebihan fahami rakyat - Zulkifli Bujang

Mon Feb 28 2022

Pengalaman bertugas sebagai wartawan menjadi kelebihan buat calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Bujang dalam memahami keperluan rakyat seterusnya membantu menyelesaikan isu dihadapi mereka, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Naratif 'kluster mahkamah' tidak jejas peluang BN - Mohamad Hasan

Mon Feb 28 2022

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menafikan dakwaan kononnya semua kes mahkamah melibatkan pemimpin tertinggi UMNO akan digugurkan jika BN menang pada PRN Johor berkata, ia hanya naratif lama yang dikitar semula oleh pihak lawan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pertukaran calon BN saat akhir atas semangat BN - Hasni

Mon Feb 28 2022

Pertukaran saat akhir calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan atas semangat parti gabungan itu, kata Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ketua Wanita UMNO sebak kenangkan perbuatan Alwiyah

Mon Feb 28 2022

Tindakan calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib yang melompat parti ternyata menyinggung perasaan jentera parti UMNO yang telah banyak berkorban dalam membantu kemenangan calon itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dikompaun RM1,000 oleh KKM kerana 'fist bump' tidak adil - MUDA

Mon Feb 28 2022

Gara-gara melakukan ’fist bump’ dengan penyokong sewaktu hari penamaan calon pada Sabtu lalu, calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Azrol Ab Rahani dikompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Afiqah akan bekerja 10 kali ganda, mahu rapatkan jurang pembangunan di DUN Bukit Kepong

Mon Feb 28 2022

Bukan usia yang menjadi ukuran, tetapi siapa yang mampu melawan arus dan status quo, demikian tegas calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Afiqah Zulkifli.

Bertitik tolak pada hasrat itu, Afiqah yang berusia 31 tahun tekad membawa perubahan di kawasan tersebut meskipun berdepan dengan saingan empat penjuru termasuk dua nama besar dalam landskap politik Johor iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Jangan takut tukar pemimpin, 'ajar' mereka yang mainkan demokrasi' - Afiqah

Mon Feb 28 2022

Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di DUN tersebut, Afiqah Zulkifli berkata, situasi politik negara yang dipenuhi golongan 'elit politik' mengakibatkan Malaysia semakin terkebelakang dan tiada perubahan dalam pembuatan polisi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Keahlian Najib Lep dalam Pas terbatal

Mon Feb 28 2022

Keahlian penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep dalam Pas terbatal secara automatik susulan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Larangan pasang bahan kempen pilihan raya di premis elektrik TNB

Mon Feb 28 2022

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan parti-parti politik agar tidak memasang apa jua bentuk bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat utiliti negara itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Johor pada 12 Mac 2022.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas ada strategi tersendiri sasar kemenangan

Mon Feb 28 2022

Pas mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Memakmurkan semula ekonomi Johor fokus utama BN - Nur Jazlan

Mon Feb 28 2022

Barisan Nasional (BN) akan memberi fokus kepada usaha memacu kembali ekonomi Johor yang terjejas akibat pelbagai isu selain meningkatkan semula pendapatan rakyat jika diberi mandat mentadbir kembali negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac depan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya lompat demi pengundi Endau' - Alwiyah

Mon Feb 28 2022

Keputusan untuk melompat parti daripada Barisan Nasional (BN) ke Bersatu disifatkan sebagai satu langkah untuk memperjuangkan rakyat di Mersing kata calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib.

BACA BERITA PENUH DI SINI

KKM teliti video dakwa Najib langgar SOP - Khairy

Sun Feb 27 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti rakaman video yang memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berkempen di Perling, Johor Bahru pagi Ahad.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, jika didapati bersalah, Najib boleh dikenakan kompaun.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN tidak boleh selesa dengan pertandingan banyak penjuru - Annuar

Sun Feb 27 2022

Pertandingan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang selesa buat gabungan Barisan Nasional (BN).

Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata sebaliknya, jentera BN perlu menganggap perkara itu sebagai satu cabaran baharu yang menuntut gabungan itu untuk lebih teliti dalam menyusun gerak kerja mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak tepati SOP, ceramah Alwiyah tak dapat diteruskan

Sun Feb 27 2022

Penganjuran ceramah bagi calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib bagi DUN N.32 Endau terhalang berikutan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini selepas program ceramah berkenaan dilakukan di kawasan terbuka meskipun ia dilaksanakan di lokasi Pusat Daerah Mengundi (PDM).

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN mampu bertahan kerana amalkan politik matang - Zahid

Sun Feb 27 2022

Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponennya termasuk UMNO, MCA dan MIC, mampu bertahan dalam arena politik negara sejak berdekad lamanya disebabkan amalan politik matang yang diamalkannya.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata permasalahan di antara seteru politik harus diselesaikan dengan baik dan matang.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Terpaksa buat dua kerja, kos hidup di JB serba tinggi - Pengundi

Sun Feb 27 2022

Setiap pagi, Ahmad Fairuz Apandi, 41, akan bangun seawal 5.30 pagi untuk ke Stadium Sultan Ibrahim bagi melakukan tugas harian, iaitu memastikan kawasan seluas 140,000 meter persegi itu sentiasa bersih.

Dan tugasan itu bukan mudah, apatah lagi jika sehari selepas sebarang perlawanan bola, pasti tahap kebersihan itu harus dikembalikan seperti mana sebelum kehadiran pengunjung atau peminat tegar Harimau Selatan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Wujudkan kawasan industri, atasi masalah kekurangan pekerjaan - Zulinah

Sun Feb 27 2022

Kawasan perindustrian perlu dibangunkan di Mersing bagi mewujudkan peluang pekerjaan terhadap penduduk setempat khususnya golongan belia.

Calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Tenggaroh, Zulinah A Johari berkata, Mersing sepatutnya mempunyai peluang pekerjaaan yang meluas ekoran kedudukannya yang dikatakan sebagai pusat pelancongan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon baharu, wanita mampu tarik sokongan pengundi terhadap BN - Mahdzir

Sun Feb 27 2022

Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan ramai muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diyakini mampu meningkatkan sokongan pengundi terhadap parti itu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata ini adalah kerana muka baharu yang diketengahkan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik tinggi, malah memenuhi aspirasi rakyat Johor bagi memastikan kestabilan politik di negeri ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Johor capai 70 peratus pemberian dos penggalak, beri perlindungan kepada pengundi - Khairy

Sun Feb 27 2022

Johor telah mencapai sasaran pemberian vaksinasi dos penggalak COVID-19 sebanyak 70 peratus setakat ini, yang diyakini memberi perlindungan kepada pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) PRN Johor pada 12 Mac ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zuraida gesa pengundi beri peluang kepada calon wanita

Sun Feb 27 2022

Pemilihan lebih ramai calon wanita sebagai wakil rakyat, membolehkan lebih banyak isu berkaitan kaum itu dan keluarga dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri, kata Presiden Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL), Datuk Zuraida Kamaruddin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid Hamidi tuntut Tun M, Muhyiddin mohon maaf

Sun Feb 27 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan beliau telah menghantar dua surat tuntutan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam dua surat berasingan yang dilampirkan kepada media, Presiden UMNO itu menuntut kedua-dua pemimpin berkenaan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadapnya kerana mempunyai elemen fitnah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN tidak lihat pertembungan pelbagai penjuru sebagai kelebihan

Sun Feb 27 2022

Barisan Nasional (BN) tidak mahu melihat situasi pertembungan empat penjuru di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu kelebihan kepada parti itu untuk menang selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan melihat kepada aspek kelebihan atau kekurangan apabila terlalu ramai calon diketengahkan pelbagai parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kurang peluang pekerjaan punca anak muda tinggalkan Mersing

Sun Feb 27 2022

Isu kekurangan peluang pekerjaan di Mersing merupakan topik hangat yang disuarakan golongan belia di daerah itu.

Meskipun Mersing menawarkan pelbagai potensi untuk anak muda menceburi bidang pekerjaan, namun usaha untuk mewujudkan cabang pekerjaan itu tidak kelihatan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MUDA hormati proses rundingan dengan PKR, tampil calon berkarisma di Larkin

Sun Feb 27 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi menegaskan pihaknya menghormati proses rundingan yang dibuat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam meletakkan calon termasuk di kerusi N.44 Larkin.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rundingan dibuat sehingga minit-minit terakhir sebelum PKR menamatkan rundingan berkenaan dengan mengumumkan calon-calon mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Saingan banyak penjuru beri kelebihan pada BN - Najib

Sun Feb 27 2022

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyifatkan saingan banyak penjuru pada kebanyakkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka memberi kelebihan buat parti gabungan itu.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu bersikap optimis dan menyerahkan kepada rakyat dalam membuat penilaian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib rela dikenakan tindakan bertanding sebagai calon Bebas

Sat Feb 26 2022

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep mengejutkan persaingan di DUN berkenaan selepas diumumkan sebagai salah seorang calon bertanding atas tiket Bebas .

Najib yang merupakan calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan satu-satunya wakil rakyat parti berkenaan sebelum DUN dibubarkan pada 22 Januari lalu sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PN mampu rencana, pacu pembangunan negeri - Muhyiddin

Sat Feb 26 2022

Perikatan Nasional (PN) mampu merencana dan memacu pembangunan Johor agar menjadi sebuah negeri yang maju, serta kemakmurannya dapat dinikmati setiap lapisan masyarakat, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Anwar dukacita pertembungan MUDA-PKR di DUN Larkin

Sat Feb 26 2022

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan pertembungan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin antara PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata semasa mesyuarat mengenai pengagihan kerusi, tiada masalah timbul antara PKR dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain kerana keputusan dibuat dengan semangat setiakawan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Sampaikan mesej kepada pengundi menerusi kempen #SuaraUntukSemua

Sat Feb 26 2022

Setiap calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berpeluang untuk berkongsikan mesej politik kepada pengundi menerusi saluran kempen #SuaraUntukSemua.

Kempen ini merupakan kempen kerjasama yang dianjurkan oleh BERSIH bersama pelbagai platform media seperti Astro AWANI, Sinar Harian, SinChew Daily dan The Star atas tujuan akses media saksama kepada semua calon.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang sedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor

Sat Feb 26 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut 'hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu.'

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon muda jangan bercakap sahaja, perlu disusuli tindakan

Sat Feb 26 2022

Calon pilihan raya dari kalangan anak muda perlu membuktikan kepada pengundi bahawa mereka bukan sahaja pandai bercakap, tetapi juga disusuli dengan tindakan.

Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Kavita Maheendran berkata, langkah itu penting bagi mengubah persepsi pengundi terhadap kepimpinan sesetengah pemimpin terdahulu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Barisan Nasional lancar manifesto 1 Mac - Ahmad Maslan

Sat Feb 26 2022

Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 1 Mac depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

37 calon wanita bertanding

Sat Feb 26 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan peningkatan jumlah calon wanita yang bertanding berbanding sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Pada PRN kali ini, seramai 37 wanita menjadi calon berbanding 28 orang pada PRU14.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Lapan calon berusia bawah 30 tahun

Sat Feb 26 2022

Seramai lapan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berusia bawah 30 tahun dengan dua individu merupakan calon paling muda.

Mereka ialah calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muhammad Airel Zabridin yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan wakil Barisan Nasional (BN) Kelly Chye Pei Yee di DUN Mengkibol, yang kedua-duanya berusia 26 tahun.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Napsiah tidak gentar berdepan enam calon lelaki

Sat Feb 26 2022

Calon baharu tanda ekosistem politik baharu

Sat Feb 26 2022

Marina gementar bertanding di kubu kuat parti

Sat Feb 26 2022

Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim mengakui gementar bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini berikutan kepercayaan besar parti untuk beliau mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Ini kerana DUN Skudai merupakan kubu kuat DAP dan beliau kali pertama bertanding dalam pilihan raya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Petugas media dinasihati patuhi SOP - Annuar

Sat Feb 26 2022

Semua petugas media dinasihati supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 ketika membuat liputan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, petugas media mesti mematuhi setiap SOP memandangkan mereka juga tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar SOP berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Semua calon pamer sikap profesional - Polis

Sat Feb 26 2022

Polis memaklumkan proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini telah berlangsung dalam suasana aman dan terkawal.

Jurucakap Media PRN Johor, Supt Ibrahim Mat Som berkata calon dan penyokong telah mempamerkan sikap profesional dan mematuhi undang-undang sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon DUN Puteri Wangsa mahu menyanyi, berpuisi ketika berkempen

Sat Feb 26 2022

Pendekatan berkempen menggunakan puisi, sajak dan nyanyian akan digunakan calon Bebas, Adzrin Adam yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, kaedah itu dipilihnya bagi menerapkan seni persembahan dalam berpolitik untuk menarik minat anak muda supaya mendengar ceramah yang disampaikannya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Medan pertandingan sudah bermula

Sat Feb 26 2022

Saingan hingga tujuh penjuru lambang demokrasi yang baik

Sat Feb 26 2022

'Saya terkilan mesej tular dakwa tarik diri bertanding' - Alwiyah

Sat Feb 26 2022

Permulaan hari penamaan calon dikejutkan dengan mesej tular yang mendakwa calon Perikatan Nasional, Alwiyah Talib, menarik diri untuk bertanding.

Alwiyah yang merupakan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sememangnya terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ini bukan antara MUDA dan Keadilan semata-mata - Calon DUN Larkin

Sat Feb 26 2022

ni bukan pertandingan antara Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), kata Ketua Penerangan MUDA Johor, yang juga calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohd Rasid Abu Bakar.

Anak muda berusia 28 tahun itu berkata, hanya satu pertindihan yang berlaku antara dua parti tersebut, iaitu kerusi yang beliau tandingi, dan ia tidak membawa gambaran ada ketegangan antara dua parti berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

SPRM buka empat bilik gerakan aduan rasuah

Sat Feb 26 2022

Kerusi DUN Endau bukan milik Bersatu - Youzaimi

Sat Feb 26 2022

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Endau, Youzaimi Mohd Yusof menegaskan kerusi tersebut sememangnya bukan milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Youzaimi menjelaskan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN Endau sememangnya milik BN yang ketika itu diwakili oleh Alwiyah Talib sebelum bertindak melompat parti Bersatu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Saingan banyak penjuru beri kelebihan kepada BN

Sat Feb 26 2022

UMNO tukar calon di DUN Sungai Balang, Tanjung Surat

Sat Feb 26 2022

Dua calon UMNO bagi Pilihan Raya Negeri Johor ditukar sehari sebelum proses penaman calon berlangsung pada pukul 9 pagi tadi.

Memetik laporan media, pertukaran tersebut melibatkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang dan Tanjung Surat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kempas saksikan pertembungan tujuh penjuru

Sat Feb 26 2022

Calon PH korban bulan madu demi pengundi Endau

Sat Feb 26 2022

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Fakrulradzi Mahmud terpaksa mengorbankan bulan madunya demi rakyat penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.

Menurut Mohamad Fakrulradzi, sebetulnya, majlis perkahwinannya dengan Mardhiah Abd Razak sudah lama dirancang dan langsung tidak menyangka tarikh persandingan itu bertembung dengan hari penamaan calon.

ARTIKEL PENUH DI SINI

239 calon bertanding, calon termuda bukan dari MUDA

Sat Feb 26 2022

Seramai 239 calon mewakili pelbagai parti dan individu, layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, calon yang termuda untuk PRN kali ini bertanding di DUN Mengkibol (Barisan Nasional), dan Tangkak (Parti Pejuang Tanah Air), masing-masing berusia 26 tahun.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Secara rasmi pertembungan 6 penjuru di DUN N44 Larkin

Sat Feb 26 2022

https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-johor-hasni-akui-berdepan-saingan-teramai-sejak-bertanding-348763

Hasni akui berdepan saingan teramai sejak bertanding

Sat Feb 26 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengakui berdepan saingan paling ramai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri kali ini, sejak beliau mula bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N53 Benut.

Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, situasi itu melambangkan sistem demokrasi berjalan dengan baik di negeri itu bagi memberi ruang dan peluang kepara calon-calon lain menambat hati pengundi.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertembungan lima penjuru di DUN Endau

Sat Feb 26 2022

Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Endau bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan penyertaan dari gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta calon Bebas yang muncul di saat akhir.

Calon-calon yang bakal berentap di DUN Endau terdiri daripada Mohd Youzaimi Yusof (BN); Alwiyah Talib (PN); Mohamad Fakrulradzi Mahmud (PH); Mohd Noorhisyam Ibrahim (Pejuang) dan Ismail Don (Bebas).

ARTIKEL PENUH DI SINI

Salahuddin pertahan kerusi Simpang Jeram, saingi tiga calon lain

Sat Feb 26 2022

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub berdepan persaingan empat penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Calon Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu ditentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Md Don, Mahaizal Mahmor (Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)) dan Zarul@Mohamad Zahrul Salleh (Perikatan Nasional).

ARTIKEL PENUH DI SINI

Gelanggang DUN Bukit Kepong dibuka tanpa calon Bebas

Sat Feb 26 2022

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahrudddin Jamal bakal ditentang Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad dan dua lagi calon dari MUDA dan Pejuang.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Sidang media SPR

Sat Feb 26 2022

Hasni berdepan saingan empat penjuru

Sat Feb 26 2022

Hasni berdepan saingan empat penjuru

Sat Feb 26 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Hasni, 63 tahun, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor akan ditentang Ahli Dewan Negara Senator, Datuk Isa Ab Hamid daripada Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL PENUH DI SINI

Proses penyerahan borang calon libatkan 56 kerusi berakhir 10 pagi

Sat Feb 26 2022

Proses penyerahan borang pencalonan bagi PRN Johor berakhir pada pukul 10 pagi ini.

Proses yang bermula pada pukul 9 pagi melibatkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor itu, berjalan lancar.

ARTIKEL PENUH
DI SINI

Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran

Sat Feb 26 2022

Hanya kerana ingin melaksanakan tugas, seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily terpaksa membayar harga yang mahal, selepas dikompaun Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kompaun itu dikenakan ke atasnya selepas petugas di Dewan Jabatan Kerja Raya Johor Bahru itu, tempat penamaan calon N44 Dewan Undangan Negeri Larkin, mendakwa petugas media tersebut telah melanggar prosedur operasi standard COVID-19.

Proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Endau ditutup secara rasmi

Sat Feb 26 2022

PRN Johor: Proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Endau ditutup secara rasmi tepat jam 10 pagi. Perkara itu dimaklumkan, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Endau, Muhammad Shahril Abd Gapar. #PRNJohor #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/gd6MF5ZPN5

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 26, 2022

Proses penyerahan borang pencalonan selesai

Sat Feb 26 2022

Proses penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Negeri Johor selesai pada 10 pagi.

Hasni, tiga lagi calon tiba di PPC DUN Benut

Sat Feb 26 2022

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Benut, di sini bagi mengemukakan borang pencalonan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut.


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH

Calon DUN Endau tiba di PPC, BN paling awal

Sat Feb 26 2022

Calon daripada Barisan Nasional Mohd Youzaimi Yusof merupakan calon yang terawal tiba di Pusat Penamaan Calon  bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Endau.

Beliau yang hadir lengkap berpakaian baju Melayu biru tiba di Dewan Serbaguna bersama pihak penyokong pada jam 8.05 pagi.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Marina Ibrahim, calon PH bagi DUN Skudai, tiba di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Sat Feb 26 2022

Calon Pakatan Harapan (PH) N.48 Skudai , Marina Ibrahim tiba untuk menyerahkan borang pencalonan di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai pada jam 9.15 pagi #johormemilih #prnjohor @501Awani @Marina_Ibrahims pic.twitter.com/KO3UaSdUwr

— nazri kahar (@nazrikh) February 26, 2022

Bekas wartawan dinamakan calon PN di DUN Larkin

Sat Feb 26 2022

Perikatan Nasional mempertaruhkan @ZulkifliBujang_, bekas wartawan kanan dan bekas Setiausaha Akhbar MDN #JohorMemilih #PRNJohor pic.twitter.com/EPkH4iXBhN

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) February 26, 2022

Lim Soon Hai, calon BN bagi DUN Skudai tiba di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Sat Feb 26 2022

Calon BN untuk N.48 Skudai, Lim Soon Hai tiba untuk menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri , Skudai #johormemilih #prnjohor @501Awani pic.twitter.com/i86iktBIJy

— nazri kahar (@nazrikh) February 26, 2022

Hairi Md Shah dinamakan calon BN di DUN Larkin

Sat Feb 26 2022

Ketua Pemuda UMNO Johor, @MohdHairi_JB bakal menjadi calon Barisan Nasional untuk Larkin. #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/6CpEgIShyb

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) February 26, 2022

Calon MUDA Rasid Abu Bakar pertama tiba di Dewan JKR, Johor Bahru

Sat Feb 26 2022

#JohorMemilih #PRNJohor Calon MUDA, @RasidAbuBakar yang pertama tiba di Dewan JKR, JB untuk menghantar borang bagi #DUNLarkin @501Awani Beliau merupakan Ketua Penerangan MUDA Johor. pic.twitter.com/efOy4mpWtr

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) February 26, 2022

Proses penamaan calon PRN Johor bermula hari ini

Fri Feb 25 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di 56 pusat penamaan yang akan dibuka pada 9 pagi.

Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Wakil AWANI Hasimi Muhamad melaporkan dari Dewan Serbaguna Benut, PPC bagi DUN Benut

Fri Feb 25 2022

Saya akan bawakan perkembangan di Pusat Penamaan Dewan Serbaguna Benut bagi DUN N.53 Benut. Setakat ini empat saingan penjuru - BN, PN, Pejuang dan Keadilan @501Awani #JohorMemilih #PRNJohor

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) February 25, 2022

Wakil AWANI Hilmi Malik melaporkan dari Dewan Serbaguna Endau, PPC bagi DUN Endau

Fri Feb 25 2022

PRN Johor: Selamat Pagi! Dewan Serbaguna Endau merupakan Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Endau. Proses penamaan calon akan bermula pada jam 9 pagi hingga 10 pagi. #PRNJohor #JohorMemilih @501Awani pic.twitter.com/ExStwApxis

— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) February 25, 2022

Penamaan calon: Astro AWANI bawa liputan menyeluruh

Fri Feb 25 2022

Astro AWANI membuat liputan perkembangan terkini dari beberapa lokasi sempena proses penamaan calon bagi PRN Johor hari ini:

* Nazri Kahar di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai bagi DUN Skudai

* Firdaus Azil di Dewan JKR (D) Johor Bahru bagi DUN Larkin

* Hasimi Muhamad di Dewan Serbaguna Benut, Pontian bagi DUN Benut

* Shuhada Abdul Kadir di Dewan Karisma, IKTBN Pagoh bagi DUN Bukit Kepong

* Hilmi Malik di Dewan Serbaguna Endau bagi DUN Endau

* Aiman Hakem Awazmin di Dewan Raya Taman Pelangi Indah bagi DUN Puteri Wangsa

* Izlaily Nurul Ain Hussein di Dewan Kompleks Perumahan TNB Kempas bagi DUN Kempas

Pejuang tiada hasrat adakan rundingan dengan MUDA - Mukhriz

Fri Feb 25 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak berhasrat berunding dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan pertembungan kedua-dua parti itu di tujuh kerusi DUN pada PRN Johor, kali ini. 

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pertaruhan muka baharu cerminkan pembaharuan

Fri Feb 25 2022

Isu rakyat di Mersing

Fri Feb 25 2022

Calon DUN Endau positif COVID-19, Pejuang tukar calon lain

Fri Feb 25 2022

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Zaini Tahar disahkan positif COVID-19.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin dalam satu kenyataan berkata, pimpinan Parti Pejuang telah menetapkan untuk menukar calon bagi DUN tersebut kepada Mohd Noorhisyam Ibrahim.

BERITA PENUH DI SINI

Belum ada pengumuman calon MB daripada Pejuang - Mukhriz

Fri Feb 25 2022

Masih terlalu awal untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan sebarang calon Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

BERITA PENUH DI SINI

Kecewa dengan MUDA, namun PKR tidak akan ambil langkah serupa - Syed Ibrahim

Fri Feb 25 2022

Biarpun kecewa dengan langkah parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang meletakkan calonnya di Larkin, namun Keadilan Johor tidak akan mengambil langkah yang serupa.

Pengerusi Keadilan Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keputusan itu diambil bagi menghormati rakan-rakan komponen Pakatan Harapan, iaitu Parti Amanah Negara dan DAP.

BERITA PENUH DI SINI

MUDA perlu pertimbang semula, adakah ini budaya saling mencabar? - Akmal Nasrullah

Fri Feb 25 2022

Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA) disaran mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletak calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ini kerana rundingan antara PKR dan MUDA telahpun tamat selepas ia tidak mencapai persetujuan.

BERITA PENUH DI SINI

Apa motif MUDA letak calon di DUN Larkin? - Akmal Nasrullah

Fri Feb 25 2022

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan motif sebenar Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA) mencetuskan pertembungan selepas meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata tindakan MUDA itu menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan kepada pengundi DUN tersebut apabila parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu sebelum ini dikatakan akan bersama Pakatan Harapan (PH).

BERITA PENUH DI SINI

Warisan bertanding di enam kerusi DUN

Fri Feb 25 2022

Parti Warisan bakal mempertaruhkan calon-calonnya di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Projek perumahan di Mersing hanya 'mampu tengok'

Fri Feb 25 2022

Isu kos perumahan di Mersing antara perkara yang menjadi benak fikiran dalam kalangan penduduk di kawasan itu setiap kali memikirkan hasrat untuk memiliki kediaman sendiri.

BERITA PENUH DI SINI

Calon anak jati Mersing lebih faham isu penduduk

Fri Feb 25 2022

Anak jati Mersing dianggap calon paling sesuai untuk membawa suara rakyat menjelang penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Johor esok.

BERITA PENUH DI SINI

Beberapa 'kerusi panas' bakal menjadi tumpuan

Thu Feb 24 2022

Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mengumumkan calon masing-masing pada Khamis, yang bakal menyaksikan beberapa pertembungan sengit di beberapa 'kerusi panas' Dewan Undangan Negeri (DUN).

BERITA PENUH DI SINI

Penganjur dinasihat sediakan ruang khas sidang media - Annuar

Thu Feb 24 2022

Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media untuk memudahkan tugas liputan petugas media, sekali gus mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penyediaan ruang khas, dapat mewujudkan penjarakan fizikal dalam kalangan petugas media, memandangkan mereka adalah golongan yang sentiasa berada di lapangan, selain sangat terdedah kepada risiko jangkitan.

BERITA PENUH DI SINI

Senarai calon Barisan Nasional

Thu Feb 24 2022

BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac.


BERITA PENUH DI SINI

DAP umum dua calon terakhir, Liew Chin Tong dan Marina Ibrahim

Thu Feb 24 2022

DAP hari ini mengumumkan dua calon terakhirnya yang bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Mereka yang dicalonkan ialah Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bagi kerusi DUN Perling manakala muka baharu, Marina Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Skudai.

BERITA PENUH DI SINI

MCA umum calon di 14 daripada 15 kerusi DUN yang ditandingi

Thu Feb 24 2022

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan 14 daripada 15 calon parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Menteri Pengangkutan itu berkata calon MCA terdiri daripada gandingan muka lama dan baharu.

BERITA PENUH DI SINI

Bekas setiausaha akhbar Hamzah Zainudin, antara muka baharu PN

Thu Feb 24 2022

Bekas setiausaha akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, iaitu Zulkifli Bujang antara muka baharu yang ditampilkan oleh Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Zulkifli, 44, yang juga bekas personaliti televisyen Bernama dan RTM akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Larkin.

BERITA PENUH DI SINI

Gabungan PN ada peluang positif - Tuan Ibrahim

Thu Feb 24 2022

Pas yakin gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang positif dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerjasama yang dibentuk dalam PRN kali ini juga dilihat lebih kukuh.


BERITA PENUH DI SINI

Calon MB PN daripada Bersatu - Muhyiddin

Thu Feb 24 2022

Calon Menteri Besar bagi Perikatan Nasional (PN) kemungkinan besar adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jika ia dipersetujui oleh parti komponen tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah mengenal pasti calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut, sekiranya PN diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

BERITA PENUH DI SINI

PN kemuka 41 muka baharu, calon kena angkat sumpah

Thu Feb 24 2022

Perikatan Nasional (PN) mengemukakan 41 calon muka baharu daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua calon dikemukakan adalah terdiri daripada 50 calon lelaki dan enam wanita yang berkelayakan serta berpengalaman.

BERITA PENUH DI SINI

Anak Osman Sapian antara 42 calon Pejuang

Thu Feb 24 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat pertama kalinya tampil mempertaruhkan calon mereka di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata semua calon yang dikemukan mempunyai latar belakang berbeza dengan 54 peratus merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke bawah.

BERITA PENUH DI SINI

MUDA umum calon di Larkin, bertembung dengan PKR

Thu Feb 24 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada Khamis mengumumkan Rasid Abu Bakar akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pencalonan Ketua Penerangan MUDA Johor itu menyaksikan bakal berlakunya pertindihan kerusi melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut meletakkan calon di DUN tersebut.

BERITA PENUH DI SINI

MUDA umum tiga lagi calon

Thu Feb 24 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan tiga lagi calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jumlah terbaharu itu menyaksikan setakat ini parti itu sudah mengumumkan tujuh calon yang akan bersaing dalam PRN yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini.

BERITA PENUH DI SINI

PBM umum calon, pertaruh empat kerusi

Thu Feb 24 2022

Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti.

Ia sekali gus tersasar daripada cadangan asal parti itu yang hanya berhasrat bertanding dua kerusi sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

BN kemuka 70 peratus muka baharu

Thu Feb 24 2022

Barisan Nasional hari ini mengumumkan calon untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengikut senarai yang dibacakan Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad, UMNO memperoleh sebanyak 37 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC empat kerusi.

BERITA PENUH DI SINI

PN tawarkan manifesto paling realistik

Thu Feb 24 2022

894 borang penamaan calon dijual bagi PRN Johor - SPR Johor

Thu Feb 24 2022

Sejumlah 894 borang penamaan calon telah terjual setakat ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor dalam kenyataan hari ini berkata 295 borang dijual kepada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (99), Pejuang (86), Ikatan Demokratik Malaysia (52), PKR (49), MCA (49), DAP (42), Amanah (34) dan Gerakan (30).

Sebanyak 21 lagi borang penamaan calon dijual kepada Pas, Bersatu (20), Warisan (lima), Pakatan Harapan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu), lain-lain parti (55) dan individu (53).

Patuhi SOP ketika penamaan calon Sabtu ini - SPR

Thu Feb 24 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyeru kepada semua calon dan parti politik agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Ini bagi memastikan proses penamaan calon kelak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

BERITA PENUH DI SINI

PN bakal sedia manifesto realistik, tumpu kos sara hidup - Muhyiddin

Thu Feb 24 2022

Perikatan Nasional (PN) akan mengetengahkan manifesto yang bersifat realistik antaranya menumpukan isu kos sara hidup rakyat dan kenaikan harga barang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi gabungan politik itu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN akan turut memberi penekanan terhadap isu pendidikan berkualiti selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

DUN Bukit Batu sah kerusi pertama bakal ditandingi Warisan

Wed Feb 23 2022

Selepas berteka-teki tentang jumlah kerusi yang ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malam ini Parti Warisan mengumumkan kerusi pertama mereka iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bilangan dan kerusi selebihnya yang akan ditandingi, akan beliau umumkan sebelum hari penamaan calon yang berbaki tiga hari lagi.

BERITA PENUH DI SINI

Pejuang tawar sembilan aspirasi untuk rakyat Johor

Wed Feb 23 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu mewujudkan pembaharuan politik di Johor dengan mengetengahkan pemimpin yang bersih, kredibel, amanah dan benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Masa depan karier politik Chin Tong mungkin dalam bahaya?

Wed Feb 23 2022

Percaturan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini mungkin akan memberi kesan terhadap karier politiknya di masa akan datang.

Astro AWANI difahamkan, strategi dalam meletakkan calon di 14 kerusi DUN Johor, serta prestasi parti dalam PRN Johor, akan dinilai dengan mendalam, terutamanya menjelang pemilihan jawatankuasa pusat DAP penghujung Mac ini.

BERITA LANJUT DI SINI

Peluang pekerjaan, harga barang antara harapan di DUN Senggarang

Wed Feb 23 2022

Peluang pekerjaan, kemudahan perbankan serta mengurangkan kenaikan harga barang antara harapan yang disuarakan segelintir pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, di sini menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

DUN yang terletak di bawah Parlimen Batu Pahat itu bakal menyaksikan seramai 37,374 pengundi yang layak menjalankan tanggungjawab dalam PRN yang ditetapkan pada 12 Mac depan.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Muhyiddin enggan pandang rendah kemampuan MUDA

Wed Feb 23 2022

Perikatan Nasional (PN) tidak mahu memandang rendah kepada keupayaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang berhasrat meletakkan calon di kerusi yang dimenangi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya berkata, terserah kepada pengundi di Johor untuk menilai parti baharu yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.

BERITA LANJUT DI SINI

PRN Johor: Muhyiddin diperkenan menghadap Sultan Johor

Wed Feb 23 2022

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diperkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini.

Menurut satu kenyataan ringkas, pertemuan Sultan Johor dengan bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu telah berlangsung selama satu jam.

BERITA LANJUT DI SINI

PRN Johor: Tun M batal hasrat bantu kempen Pejuang, ikut nasihat doktor

Wed Feb 23 2022

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan pergi ke Johor bagi membantu partinya berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac kelak.

Meskipun menyimpan hasrat untuk berkempen namun atas nasihat doktor, beliau terpaksa membatalkan niatnya itu.

BERITA LANJUT DI SINI

Pertimbangkan semula SOP kempen PRN Johor - Muhyiddin

Wed Feb 23 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Bersatu itu berkata meskipun terdapat beberapa kelonggaran terhadap ketetapan SOP itu, ia dilihat agak ketat dan kurang praktikal.

BERITA LANJUT DI SINI

Masa depan karier politik Chin Tong mungkin dalam bahaya?

Wed Feb 23 2022

Percaturan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini mungkin akan memberi kesan terhadap karier politiknya di masa akan datang.

Difahamkan, strategi dalam meletakkan calon di 14 kerusi DUN Johor, serta prestasi parti dalam PRN Johor, akan dinilai dengan mendalam, terutamanya menjelang pemilihan jawatankuasa pusat DAP penghujung Mac ini.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: PN utamakan calon tempatan

Tue Feb 22 2022

Perikatan Nasional (PN) yang akan meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang mengutamakan calon tempatan.

Setiausaha PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, selain anak tempatan, pihaknya memastikan semua calon adalah mereka yang boleh berkhidmat untuk rakyat.

BERITA LANJUT DI SINI.

Keputusan guna sekolah menengah untuk mengundi selepas pertemuan KPM, SPR

Tue Feb 22 2022

Keputusan rasmi mengenai penggunaan sekolah menengah di Johor sebagai pusat mengundi pada PRN Johor pada 12 Mac depan akan dibuat selepas pertemuan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alimin berkata, pertemuan antara Menteri Pendidikan dan pihak SPR itu dibuat di Putrajaya.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Senarai calon PN diumum Khamis - Muhyiddin

Tue Feb 22 2022

Semua perbincangan mengenai pembahagian kerusi melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sudah pun dimuktamadkan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan senarai calon PN akan diumumkan pada 24 Februari (Khamis) ini.

BERITA PENUH DI SINI

Daftar Pemilih Pilihan Raya mula dijual - SPR

Tue Feb 22 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dijual di Ibu Pejabat SPR Putrajaya atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor mulai semalam.

BERITA PENUH DI SINI

Kaedah undi pos mampu reda kerisauan rakyat mengundi di kala pandemik

Tue Feb 22 2022

Kerisauan rakyat untuk keluar bersesak serta keterbatasan penyakit COVID-19 yang dalam kuarantin untuk mengundi dapat dibantu dengan cara undi pos.

Kata mantan ahli tetap Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), G. Manimaran, ia perlu dilaksanakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya lebih ramai dapat terlibat dalam proses demokrasi ini.

BERITA PENUH DI SINI

Undi18 bukan penentu kerajaan pada PRN Johor - Noor Azleen

Tue Feb 22 2022

Golongan Undi18 dilihat tidak akan menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana bilangan pengundi yang berusia 18 hingga 20 tahun hanya merangkumi 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

BERITA PENUH DI SINI

Pengarah filem calon tunggal PSM

Mon Feb 21 2022

Parti Sosialis Malaysia (PSM) malam ini mengumumkan akan bertanding satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Timbalan Pengerusi PSM S. Arulchelvan berkata parti itu memilih seorang pengarah filem iaitu R. Arangkannal, 46, atau lebih dikenali sebagai Ara, sebagai calon tunggal untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar.

BERITA PENUH DI SINI

BN paling banyak guna retorik kaum, agama - Pusat Komas

Mon Feb 21 2022

Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Itu hasil tinjauan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pusat Komas melalui program kempen #KamiNampak yang dijalankan pada PRN berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Senarai calon BN diumum Khamis ini - Hasni

Mon Feb 21 2022

Barisan Nasional (BN) hanya akan mengumumkan 56 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Khamis ini iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya kini dalam peringkat akhir sebelum memuktamadkan senarai calon terbabit.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Tiada masalah MRSM diguna sebagai pusat mengundi - Mahdzir

Mon Feb 21 2022

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: MUDA hanya bertanding kerusi dimenangi UMNO, Bersatu

Mon Feb 21 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan pendirian tidak akan bertanding dikerusi yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya, hanya meletakkan calon di kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Meskipun rundingan agihan kerusi bersama PKR gagal mencapai kata sepakat, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau kekal dengan komitmen untuk tidak ada pertindihan kerusi dengan parti pembangkang.

BERITA PENUH DI SINI

MUDA umum tiga lagi calon

Mon Feb 21 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) terus mengorak langkah dalam rentak politik mereka dengan mengumumkan tiga lagi calon yang bakal dipertaruhkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu sidang media di Labis hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

'Jangan heret isu nasional ke negeri ini' - Bastien

Mon Feb 21 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta tidak mengheret atau membuat sebarang perkongsian berkenaan isu nasional semasa tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn menegaskan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga perlu mengingat kembali beberapa isu nasional melibatkannya semasa berada di dalam Kabinet sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

Zahid Hamidi nafi bawa fail jumpa Muhyiddin, cabar buat sumpah laknat

Sun Feb 20 2022

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan pernah berjumpa dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta pertolongan bagi melepaskan diri daripada kes mahkamah.

Melalui perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dakwaan Muhyiddin kononnya beliau membawa timbunan fail membabitkan pendakwaannya di mahkamah, sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri adalah fitnah.

BERITA PENUH DI SINI

Masih ada ruang untuk kerjasama MUDA dan PKR - Anwar Ibrahim

Sun Feb 20 2022

Biarpun rundingan mengenai pengagihan kerusi sudah tamat antara PKR dan Ikatan Demokratik Muda (MUDA), namun masih ada ruang untuk kerjasama antara kedua-dua parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, buat masa ini fokus mereka ialah untuk memastikan kesemua calon PH mampu mendapat keyakinan rakyat, dan seterusnya menang di kerusi masing-masing.

BERITA PENUH DI SINI

Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa

Sun Feb 20 2022

Rakyat tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan walaupun berlakunya peningkatan kes COVID-19 ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata meskipun terdapat banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh berkempen, namun susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Enggan ulas sentimen masyarakat Cina, Wee Ka Siong saran rakyat Johor pilih kerajaan terbaik

Sun Feb 20 2022

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan harapan agar rakyat Johor termasuk masyarakat Cina untuk memilih kerajaan yang mereka fikirkan mampu membawa kestabilan kepada negeri.

Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu dalam masa sama enggan memberi pandangan kononnya sentimen rakyat Johor khususnya masyarakat Cina, sudah mula beralih arah, berbanding sokongan majoriti terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dilihat sewaktu Pilihan Raya Umum 2019.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Kira-kira 3,000 anggota polis bertugas pada hari penamaan calon

Sun Feb 20 2022

Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu depan bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya akan menambah anggota ketika tempoh berkempen mengikut keperluan.

BERITA PENUH DI SINI

Tun M beri amaran, dakwa negara bakal dikuasai kleptokrat jika Najib kembali berkuasa

Sun Feb 20 2022

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat daripada kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak.

BERITA PENUH DI SINI

DAP umum lima lagi calon

Sat Feb 19 2022

DAP mengumumkan lima lagi calon yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Parti itu memperkenalkan 'muka baharu' M. Kanan yang juga ahli jawatankuasa DAP Johor bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok.

BERITA PENUH DI SINI

Media rasmi dibenarkan perkenal semua calon termasuk pembangkang - Annuar

Sat Feb 19 2022

Media rasmi kerajaan dibenarkan menjadi medium memperkenalkan semua calon termasuk calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ia selaras dengan persetujuan Jemaah Menteri bahawa stesen radio dan televisyen kerajaan, boleh memainkan peranan berkenaan supaya calon lebih mudah dikenali.

BERITA PENUH DI SINI

Bekas ADUN Senggarang antara tujuh calon terakhir diumum PKR

Sat Feb 19 2022

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Khairuddin A Rahim, yang dicalonkan bertanding di kerusi DUN Rengit, merupakan antara tujuh calon terakhir PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diumumkan parti itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru, Pasir Gudang, petang ini.

BERITA PENUH DI SINI

PKR anggap isu rundingan kerusi dengan MUDA selesai

Sat Feb 19 2022

PKR menganggap isu rundingan kerusi dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sudah selesai dan mahu fokus kepada usaha memenangkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor Syed Ibrahim Syed Noh bagaimanapun berharap MUDA bersifat terbuka dan menumpukan perhatian kepada enam kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRN tersebut.

BERITA PENUH DI SINI

BN punca ketidakstabilan politik - Mohd Rafiq

Sat Feb 19 2022

Barisan Nasional (BN) tidak wajar mencanangkan slogan kestabilan dalam kempennya pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang kerana ia tidak menggambarkan imej parti itu yang sebenar.

Ini kerana tegas Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, BN adalah punca kepada ketidakstabilan politik di peringkat negeri dan persekutuan.

BERITA PENUH DI SINI

Anwar diperkenan menghadap TMJ, bicara soal negara dan Johor

Sat Feb 19 2022

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih atas perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap beliau.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pertemuan itu berkisar tentang pembangunan negara, dan soal Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Wong Bor Yang diumum calon DAP kerusi DUN Senai

Sat Feb 19 2022

Tidak sampai beberapa jam selepas pengumuman dua calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan dan Pekan Nenas, DAP mengumumkan seorang lagi calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, dalam satu sidang media pada petang Sabtu mengumumkan Wong Bor Yang sebagai calon bagi kerusi DUN N52 Senai.

BERITA PENUH DI SINI

DAP umum calon Bentayan dan Pekan Nenas, 3 lagi kerusi masih teka-teki

Sat Feb 19 2022

DAP hari ini mengumumkan dua lagi calon dari parti itu yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan dan Pekan Nenas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, kedua-dua calon itu dipersetujui sebulat suara oleh pimpinan parti pusat dan negeri.

BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin ambil kesempatan persepsi UMNO parti kotor - Syed Ali

Sat Feb 19 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan menggunakan persepsi kononnya UMNO parti kotor untuk meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, Muhyiddin juga tidak sepatutnya sengaja mengelirukan rakyat kononnya menolak UMNO sebagai ibadah dalam perjuangan.

BERITA PENUH DI SINI

SOP sudah dilonggarkan, kini tanggungjawab parti politik elak penularan

Sat Feb 19 2022

Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat lebih fleksibel dan tidak terlalu ketat seperti PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini.

Menurut penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, G Manimaran, meskipun SOP yang digariskan lebih memudahkan proses demokrasi dijalankan oleh setiap parti bertanding, tanggungjawab ketika ini di bahu parti politik.

BERITA PENUH DI SINI

Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang

Sat Feb 19 2022

Peratusan pengundi muda keluar menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dikhuatiri lebih rendah daripada jangkaan ramai pihak.

Menurut Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Fauzi Fadzil, kurangnya penyertaan dan pengetahuan tentang politik oleh golongan muda menjadi faktor utama kurangnya minat golongan itu dalam menyertai politik dan PRN Johor kali ini.

BERITA PENUH DI SINI

Lama-lama MUDA akan jadi liabiliti pada PH - Ketua Penerangan AMK

Sat Feb 19 2022

Sikap parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang enggan menerima kerusi yang ditawarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dilihat bakal menjadi bebanan kepada Pakatan Harapan, kata Ketua Penerangan AMK Aizuddin Ariffin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Aizuddin berkata, sikap yang ditunjukkan MUDA sama sekali berbeza kalau dibandingkan dengan rundingan parti itu bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong bakal ke DUN Perling

Sat Feb 19 2022

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong hampir pasti akan membuat kemunculan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan DAP, bekas Ahli Parlimen Kluang, yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu telah diarahkan oleh kepimpinan pusat untuk bertanding di peringkat negeri.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Johor: Zahid kecewa nama ayahnya dihina, dipermainkan Muhyiddin

Sat Feb 19 2022

Berpolitik tidak perlu sampai tahap mempermain dan menghina nama keluarga, kata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai anak, bekas Presiden UMNO itu berkata, beliau sedih nama ayahnya dipermainkan dan dihina sebegitu rupa oleh bekas Perdana Menteri itu di khalayak ramai.

BERITA LANJUT DI SINI.

Johor tak boleh diurus seperti sebelum pandemik - Muhyiddin Yassin

Fri Feb 18 2022

Negeri Johor antara negeri paling terkesan akibat COVID-19 dan tidak lagi boleh diuruskan seperti mana sebelum berlakunya pandemik.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini merupakan masa untuk rakyat negeri itu memikirkan bagaimana Johor akan diuruskan dalam keadaan luar biasa.

BERITA LANJUT DI SINI.

KKMM terima banyak aduan berita palsu PRN Johor - Annuar

Fri Feb 18 2022

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerima banyak aduan berkaitan berita palsu melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan memantau perkara berkenaan namun buat masa ini keadaan masih terkawal.

BERITA LANJUT DI SINI.

Pembahagian kerusi PN sudah selesai - Muhyiddin

Fri Feb 18 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pembahagian kerusi untuk gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah diselesaikan.

BERITA PENUH DI SINI

DAP umum Chen Kah Eng, Liow Cai Tung tanding DUN Stulang dan Johor Jaya

Fri Feb 18 2022

DAP mengumumkan dua lagi calon parti itu untuk bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Kedua-dua mereka ialah Andrew Chen Kah Eng dan Liow Cai Tung, masing-masing penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dan Johor Jaya.

BERITA PENUH DI SINI

Ceramah dan kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan - SPR

Fri Feb 18 2022

Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Selepas Najib, giliran Chin Tong menghadap TMJ

Fri Feb 18 2022

Selepas berkenan menerima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap pada 15 Feb lepas, hari ini giliran Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pula diberi perkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan serah kepada SPR tentukan SOP - PM

Fri Feb 18 2022

Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan dan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak akan campur tangan dengan sebarang keputusan dibuat SPR yang juga sebuah badan bebas.

BERITA PENUH DI SINI

Tidak perlu terlalu ekstrem dalam berkempen - Mahdzir Khalid

Fri Feb 18 2022

Tidak perlu terlalu ghairah dan ekstrem dalam berkempen bagi meraih undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebaliknya semua parti bertanding perlu bijak menggunakan ruang yang ada lebih-lebih lagi menerusi medium media massa tanpa perlu memburuk-burukkan mana-mana pihak.

BERITA PENUH DI SINI

PN muktamadkan senarai calonnya hari ini - Muhyiddin

Fri Feb 18 2022

"Soal senarai nama calon hari ini selesai, tiada sebarang masalah untuk kita bekerjasama kerana PN ada tiga parti sahaja untuk berbincang iaitu Bersatu, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)," kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA PENUH DI SINI

Johor larang kegiatan politik di masjid dan surau

Fri Feb 18 2022

Tokoh dan pemimpin daripada mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengadakan sebarang kegiatan politik di dalam masjid dan surau di seluruh negeri Johor berkuat kuasa serta-merta.

BERITA PENUH DI SINI

Sikap angkuh MUDA tidak jauh beza dengan Pejuang pimpinan Mahathir - Farhash

Fri Feb 18 2022

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai angkuh dan sombong.

BERITA PENUH DI SINI

Jangan cemari semangat PH kerana tuntutan kerusi - PKR Johor

Fri Feb 18 2022

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini mengingatkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar tidak mencemari semangat kesepakatan pembangkang terutamanya Pakatan Harapan (PH) gara-gara tuntutan kerusi.

BERITA PENUH DI SINI

Mahu bertembung dengan PKR? Ini teguran 'Pak' Hassan Karim kepada MUDA

Fri Feb 18 2022

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim hari ini memberi peringatan kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang hasrat parti itu mahu bertembung dengan Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Johor itu berkata, MUDA harus lebih berhemah dalam membuat sebarang kenyataan, apatah lagi dengan usianya yang baru menjangkau empat bulan.

BERITA PENUH DI SINI

PN tawar pelan pembangunan ekonomi majukan lagi Johor

Fri Feb 18 2022

Perikatan Nasional (PN) menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi jaminan bahawa pengalamannya yang luas dalam memimpin negara serta pernah menjadi menteri besar Johor dapat membantu negeri ini.

BERITA PENUH DI SINI

Amanah umum 16 calon, Salahuddin Ayub pertahan kerusi Simpang Jeram

Fri Feb 18 2022

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub sah akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac ini.

BERITA PENUH DI SINI

'Biar rakyat Johor tentukan'

Fri Feb 18 2022

Sekiranya pertindihan kerusi di antara parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak dapat dielakkan, parti itu akan menyerahkan keputusan di tangan rakyat Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Mahdzir enggan ulas 'perang mulut' pemimpin kanan politik, biar rakyat tentukan

Thu Feb 17 2022

Zaman digital ketika ini membolehkan rakyat, khususnya pengundi membuat penilaian yang tepat tentang semua maklumat berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata, justeru beliau enggan mengulas lanjut mengenai ‘perang mulut’ antara pemimpin tinggi dalam parti-parti politik, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi.

BERITA PENUH DI SINI

Bakal calon PKR Dr Zamil positif COVID-19, tangguh program di Larkin

Thu Feb 17 2022

Bakal calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Dr Zamil Najwah berkata, ujian saringan melalui RTK-Antigen itu merupakan satu kelaziman yang sering beliau lakukan sebelum menghadiri sebarang program, demi keselamatan pengundi dan jentera.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Warisan bakal bertanding di DUN Permas

Thu Feb 17 2022

Parti Warisan hari ini mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun belum mengumumkan nama calon yang bakal bertanding di kerusi berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

KKM setuju SOP PRN Johor, yakin tiada peningkatan kes - Khairy

Thu Feb 17 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan dan bersetuju dengan semua prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya yakin jika SOP tersebut dipatuhi, ia mampu mencegah peningkatan mendadak kes COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

PN jauh lebih baik daripada BN - Muhyiddin

Thu Feb 17 2022

'Kerana kluster mahkamah, tugas saya tangani COVID-19 tidak selesai' - Muhyiddin

Wed Feb 16 2022

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi dakwaannya bahawa dua pemimpin kanan UMNO cuba meminta beliau untuk berbuat sesuatu tentang kes mahkamah yang mereka hadapi.

BERITA PENUH DI SINI

Pilihan parti 'establish' cabaran untuk parti baru

Wed Feb 16 2022

Pengundi luar dirayu 'selamatkan Johor'

Wed Feb 16 2022

Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berada di luar dirayu menunaikan tanggungjawab demi menyelamatkan negeri itu daripada parti politik yang tamak kuasa.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, mereka perlu menyedari bahawa setiap undi dibuang adalah bernilai untuk menentukan wakil rakyat.


BERITA PENUH DI SINI

Sokongan Undi18 sukar diramal - Ketua Pemuda Amanah

Wed Feb 16 2022

Pelaksanaan Undi18 buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadikan PRN tersebut berbeza berbanding Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN sebelum ini.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam berkata, agak sukar untuk meramalkan parti mana akan mendapat sokongan golongan Undi18.


BERITA PENUH DI SINI

MUDA nafi tolak pencalonan Maszlee di DUN Layang Layang

Wed Feb 16 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menafikan mengeluarkan kenyataan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) menolak pencalonan Dr Maszlee Malik sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang Layang.

BERITA PENUH DI SINI

Undi anak muda pemutus rantai korupsi dan penyelamat masa depan negara

Wed Feb 16 2022

DALAM indeks persepsi korupsi 2020, markah Malaysia ialah 57, kurang 2 markah berbanding tahun 2019.

Semakin kurang markah, semakin tinggi korupsi.

Dalam indeks jurang kuasa (power distance) pula, Malaysia memperoleh markah sebanyak 140 dalam indeks Hofstede.


BERITA PENUH DI SINI

Warisan sah bertanding di PRN Johor

Tue Feb 15 2022

Parti Warisan (Warisan) secara rasmi akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melalui platform Warisan Johor.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika melancarkan parti di peringkat negeri itu berkata, Warisan Johor akan diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Suhaimi Salleh, dengan tujuan untuk memberi pilihan kepada rakyat Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Gabungan calon pelbagai, 'poster boy' Hasni pastikan kemenangan BN - Exco Pemuda UMNO

Tue Feb 15 2022

Jaminan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan calon baharu, dan berpengalaman, serta barisan anak muda, mampu menjamin kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Exco Pemuda UMNO Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin berkata, kepelbagaian calon BN dijangka mampu membawa kestabilan yang diharapkan untuk politik Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Onn Hafiz nafi BN rakus

Tue Feb 15 2022

UMNO Simpang Renggam menolak dakwaan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) rakus susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Sebaliknya, Naib Ketua Bahagiannya, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, keputusan itu dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad selepas menasihatkan Sultan Johor kerana mahukan kestabilan rakyat yang pada ketika itu mempunyai majoriti tipis.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor dirancang 'Kluster Mahkamah', ada kesan besar selepas PRU15 - Tun M

Tue Feb 15 2022

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kesan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terhadap Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah amat besar terutama dalam menyelesaikan kes dihadapi 'Kluster Mahkamah'.

Bekas Perdana Menteri itu dalam satu surat terbuka kepada pengundi Johor mendakwa, PRN tersebut telah dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai 'Kluster Mahkamah' itu serta kleptokrat daripada UMNO.

BERITA PENUH DI SINI

"PRN Johor? Peduli apa saya!"

Tue Feb 15 2022

“Saya tak pedulilah, bang, siapa nak bertanding ke apa ke. Yang penting, saya perlu pastikan perut isteri dan anak saya terisi. Sebab tu kami memilih untuk tinggal di sini."

Sewaktu proses demokrasi di Johor ini semakin riuh dengan percaturan strategi politik, rundingan demi rundingan bagi menentukan kerusi, gerak kerja jentera di serata negeri, bagi Mohammad Affandi Mohamed Jufri, 33, itu semua tidak bermakna.

BERITA PENUH DI SINI

Khalid Samad cadang PN tidak bertanding dalam PRN Johor

Mon Feb 14 2022

Bagi memastikan tidak diperalatkan oleh Barisan Nasional (BN) dan memastikan parti itu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) menarik diri.

Khalid berkata PN boleh memainkan peranan untuk memastikan ‘undi menolak BN’ tidak akan terpecah dan hanya diperolehi oleh Pakatan Harapan (PH).


BERITA LANJUT DI SINI.


Pejabat UMNO Bahagian Mersing dipecah masuk

Mon Feb 14 2022

Pejabat UMNO Bahagian Mersing yang terletak di Jalan Ismail di sini dipercayai dipecah masuk selepas beberapa kelengkapan berharga premis itu didapati hilang.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing Rina Farhana Abdullah berkata kejadian itu disedari kira-kira pukul 8 pagi tadi, ketika dia dan seorang lagi kakitangan hendak memulakan tugas sebelum mendapati pintu utama premis itu tidak berkunci.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Amanah umum calon Jumaat ini

Mon Feb 14 2022

Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan kesemua 16 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Jumaat ini.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata maklumat lanjut mengenai pengumuman tersebut akan dimaklumkan sehari sebelum itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Syed Saddiq enggan komen isu rundingan kerusi dengan PH

Mon Feb 14 2022

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) justeru tidak akan memberi komen mengenai rundingan kerusi yang masih berjalan dengan gabungan berkenaan, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, selama ini Muda tidak pernah membuat ulasan mengenai kerusi mana yang mereka inginkan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Amira Aisya sah calon pertama Muda, bakal bertanding di DUN Puteri Wangsa

Mon Feb 14 2022

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini mencapai satu lagi penanda penting dalam perjalanan politik mereka, dengan menamakan Setiausaha Agungnya Amira Aisya Abd Aziz sebagai calon untuk kerusi DUN Puteri Wangsa.

Ia menandakan secara rasmi penyertaan parti itu dalam arena politik Malaysia, melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan menyaksikan hari penamaan calon pada 26 Februari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ketua Penerangan AMK negeri umum letak jawatan

Mon Feb 14 2022

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail mengumumkan meletak jawatan, hari ini.

Dia pada masa sama turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PKR Cabang Johor Bahru.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Maszlee calon PKR di DUN Layang-Layang

Mon Feb 14 2022

Parti Keadilan Rakyat menamakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sebagai calon parti itu bagi DUN Layang-Layang bagi PRN Johor.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Pengumuman Calon PKR PRN Johor (Bagi Zon Tengah) di Rengit, Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

4 pemimpin utama pembangkang sepentas, komited tumbangkan UMNO, BN

Mon Feb 14 2022

Biarpun kelihatan ada sedikit ketegangan di peringkat akar umbi Pakatan Harapan dan Muda dalam isu pembahagian kerusi, namun itu tidak menghalang pemimpin kanan mereka untuk sepentas bagi menghadapi PRN Johor.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selain Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap yakin dengan kerjasama itu apabila hadir bersama di Majlis Pelancaran Jentera PH + Muda bagi PRN Johor, hari ini.

BERITA LANJUT DI SINI


Nak bertanding, hati mahu kental, jangan hati tisu - Sanusi

Mon Feb 14 2022

Anwar umum lima calon PKR untuk zon Johor Selatan

Mon Feb 14 2022

PKR beri bayangan rundingan dengan Muda tidak menjadi

Mon Feb 14 2022

Pengumuman lima calon PKR untuk daerah Johor Selatan oleh Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rundingan dengan parti Muda tidak mencapai persetujuan yang diharapkan.

Terdahulu, Anwar mengumumkan calon untuk lima kerusi, iaitu Larkin, Kempas, Bukit Batu, Tiram, dan Pasir Raja.

BERITA LANJUT DI SINI

Kriteria calon sumbang kemenangan - Penganalisis

Mon Feb 14 2022

PKR umum barisan calon bagi PRN Johor

Mon Feb 14 2022

Anwar umum lima calon PKR untuk zon Johor Selatan

Mon Feb 14 2022

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima calon mereka dahulu untuk kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor Selatan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Majlis Pimpinan Negeri memutuskan untuk membuat pengumuman awal bagi membolehkan jentera memulakan gerak kerja mereka.

BERITA LANJUT DI SINI


Syed Saddiq ajar cara mohon undi pos menerusi TikTok

Sun Feb 13 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi media sosial TikTok miliknya pada Ahad memaklumkan pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor cara memohon untuk mengundi secara pos.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, hanya tinggal lima hari sahaja pengundi boleh membuat permohonan itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Johor: MIC tiada masalah asal jangan sentuh kerusi tradisi - Vigneswaran

Sun Feb 13 2022

MIC tidak mempunyai masalah jika Barisan Nasional (BN) memperuntukkan kerusi kepada parti mesra BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor asalkan tidak menyentuh kerusi tradisionalnya, kata Presidennya Tan Sri S.A Vigneswaran.

"(BN boleh) mempertimbangkan kerusi UMNO dan sebagainya, tiada masalah, pertimbangkan sesiapa pun tak ada masalah asalkan bukan kerusi kita (MIC)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity.

BERITA LANJUT DI SINI.


KPM tegas tidak mahu sekolah menengah diguna sebagai pusat undi

Sun Feb 13 2022

Kementerian Pendidikan (KPM) tetap dengan pendirian supaya sekolah menengah di Johor tidak digunakan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana tidak mahu segala persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disusun atur, 'diganggu gugat'.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini kerana pelajar yang menduduki peperiksaan itu adalah kohort SPM yang paling terkesan akibat COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemuda BN sudah serah senarai nama calon - Asyraf Wajdi

Sun Feb 13 2022

Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah menyerahkan senarai 15 nama calon untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti.

Ketua Pemuda BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan nama berkenaan sudah diberikan kepada pimpinan tertinggi untuk pertimbangan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemuda PN mahu 30% calon bertanding rebut kerusi

Sun Feb 13 2022

Undi anak muda tidak kenal erti setia pada parti - Shahril Hamdan

Sun Feb 13 2022

Kebanyakan trend pengundi muda di negeri Johor ketika ini masih lagi mengambil pendekatan untuk memerhati parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual tidak lama lagi.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, kesemua parti yang bertanding pada PRN tersebut perlu meyakinkan golongan muda negeri itu jika mahu undi mereka terjamin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Konspirasi politik, pembunuhan karakter tidak lemahkan semangat Rasman

Sun Feb 13 2022

Konspirasi politik serta cubaan pembunuhan karakter yang didakwa dirancang dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan melemahkan semangat Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu Kota Tinggi, Rasman Ithnain untuk terus berjuang dalam parti itu.

Rasman berkata, selain isu gangguan seksual dihadapi beliau, isu tidak percaya kepada kepimpinan beliau sebagai Ketua Bahagian sepatutnya diutarakan lebih awal malah boleh diselesaikan di peringkat dalaman.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Undi18: Anak muda sudah bersedia, harap proses pengundian berjalan lancar

Sun Feb 13 2022

Anak muda di Johor sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada pemilih setelah mereka yang berumur seawal 18 tahun telah dibenarkan mengundi (Undi18) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nanti.

Menerusi tinjauan di Bandar Baru Uda, di sini mendapati, rata-rata mereka meluahkan keterujaan disamping tidak sabar menantikan hari pengundian yang disifatkan sebagai saat bersejarah dalam hidup mereka.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Sanusi jangan sombong, kerajaan Kedah stabil kerana UMNO berlapang dada' - Shaiful

Sun Feb 13 2022

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan agar tidak sombong dan membuat kenyataan liar serta kasar terhadap UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri itu.

Demikian tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam satu kenyataan media hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: PBM pastikan calonnya lulus ujian antirasuah

Sun Feb 13 2022

Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memastikan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lulus Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) seperti yang disyorkan #RasuahBusters.

Timbalan Presiden PBM Haniza Mohamed Talha berkata ini selaras dengan aspirasi pengundi yang mahukan pemimpin bersih dan bertanggungjawab, selain arahan parti itu juga seiring enam teras digariskan #RasuahBusters.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pemuda PN sasar 30 peratus calon muda tanding PRN Johor

Sun Feb 13 2022

Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengharapkan 30 peratus calon muda akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

10 kerusi DUN majoriti tipis tumpuan PRN Johor

Sun Feb 13 2022

Sebanyak 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka menjadi medan saingan sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac depan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Strategi parti politik tawan hati pengundi muda

Sun Feb 13 2022

Pengundi tambahan akan menjadi ‘game changer’ kepada parti politik dan gabungan - bulan ini sahaja bilangan pengundi berdaftar di Malaysia melonjak dari 15.8 juta ke 21.1 juta.

Ikuti usaha dan perancangan pemain-pemain politik utama di negara ini untuk menarik minat golongan muda.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ketidaksamarataan jumlah pengundi perlu diimbangi - Saintis politik

Sun Feb 13 2022

Ketidaksamarataan jumlah pengundi antara kawasan sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal mengurangkan kuasa dimiliki oleh pengundi muda termasuk yang baru didaftarkan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengundi muda mahu kepimpinan bersih, bebas rasuah - Pas Johor

Sun Feb 13 2022

Pengundi muda di Johor dilihat memberi isyarat jelas bahawa mereka mahukan kepimpinan yang bersih, berintegriti serta tidak terlibat dengan aktiviti rasuah dan penyelewengan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Keputusan Pejuang bertanding solo akan untungkan UMNO - Faiz Fadzil

Sat Feb 12 2022

Kegagalan mewujudkan muafakat di kalangan parti pembangkang akan memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Muhammad Faiz Fadzil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu menegaskan, khemah besar yang melibatkan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) perlu dimulakan dalam PRN Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

KPM minta tidak jadikan sekolah menengah pusat mengundi - Radzi

Sat Feb 12 2022

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi saranan agar tidak menggunakan sekolah menengah sebagai pusat membuang undi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Menterinya, Datuk Radzi Jidin berkata, satu surat rasmi akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemukakan perkara itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin senaraikan penggunaan dana SRC RM42 juta, ingatkan Najib terma 'national embarassment'

Sat Feb 12 2022

Perang ‘mulut’ antara dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak terus berlarutan, dengan yang terbaharu Ahli Parlimen Pagoh itu menyenaraikan penggunaan dana RM42 juta SRC Internatinal oleh bekas ‘bosnya’, itu.

Muhyiddin, dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya berkata, bukti sahih penggunaan dana tersebut, seperti disebut dalam mahkamah, jelas menunjukkan ia tidak bermaksud untuk tujuan sedekah, atau tanggungjawab sosial koporat (CSR).

BACA BERITA PENUH DI SINI

SOP PRN Johor dimuktamad, lebih longgar berbanding PRN Melaka dan Sarawak - Khairy

Sat Feb 12 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadual bermula 26 Februari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, SOP yang dimuktamadkan itu lebih longgar berbanding SOP ketika PRN Melaka dan Sarawak lalu dengan lebih banyak perkara dibenarkan sepanjang tempoh berkempen.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon BN perlu ambil kira pelbagai latar belakang

Sat Feb 12 2022

Isu pengguguran Khairuddin tidak jejas persiapan Pas - Awang

Sat Feb 12 2022

Isu membabitkan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang berkuatkuasa Khamis lalu, tidak menjejaskan persiapan parti itu dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, Mac depan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim menjelaskan, parti itu telah melakukan persiapan awal termasuk strategi yang akan digunakan dalam berdepan PRN itu nanti namun menyatakan bahawa ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon BN perlu ambil kira pelbagai latar belakang - Zahid Hamidi

Sat Feb 12 2022

Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dimuktamadkan selepas rundingan semua parti-parti komponen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilihan calon itu bukan hanya melihat latar belakang politik seseorang selain perlu diabsahkan oleh jentera parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin ketandusan kecerdasan - Khaled Nordin

Sat Feb 12 2022

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai individu yang 'ketandusan kecerdasan' apabila terus menjadikan istilah 'kluster mahkamah' ciptaannya sendiri untuk menyerang pemimpin UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sedangkan tiada seorang pun yang digelar ‘kluster mahkamah’ itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau mempunyai kaitan dengan pentadbiran negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Wanita PN kemuka 16 calon

Sat Feb 12 2022

Wanita Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebanyak 16 nama untuk disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor bukan untuk bereksperimen - Hassan Abdul Karim

Sat Feb 12 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menyaksikan pertembungan tiga gabungan politik, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mohon 3 kerusi PKR, Muda akan pertahan persefahaman politik - Syed Saddiq

Fri Feb 11 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan parti itu meminta tiga kerusi untuk ditandingi dalam rundingan bersama PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, jelasnya rundingan itu dilakukan secara tertutup dan tidak perlu dimaklumkan kepada umum.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hanya pemimpin PN punyai integriti tidak boleh dipertikai' - Hamzah

Fri Feb 11 2022

Pemimpin-pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) mempunyai integriti yang tidak boleh dipertikaikan, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah menegaskan pemimpin-pemimpin PN tidak mempunyai sebarang isu atau masalah untuk dipertahankan seperti parti lain.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Muda mula umum calon minggu depan - Syed Saddiq

Fri Feb 11 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan mula mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan dengan ramai wanita akan diketengahkan kali ini.

Menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pengumuman itu akan dibuat selepas pucuk pimpinan selesai mengadakan perbincangan mendalam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perikatan Nasional dijangka umum calon minggu depan

Fri Feb 11 2022

Perikatan Nasional (PN) dijangka akan memuktamad dan mengumumkan senarai calonnya yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selewat-lewatnya minggu hadapan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peruntukan kerusi buat parti komponen PN yang bertanding turut akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

BACA BERITA PENUH DI SINI 

Tiada keperluan darurat, tangguh pilihan raya - PM

Fri Feb 11 2022

Tidak ada sebarang keperluan untuk menangguhkan PRN Johor termasuk mengisytiharkan darurat susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak ketika ini, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, lonjakan angka kes jangkitan itu melibatkan seluruh negara dan bukan hanya di Johor sahaja.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas, Bersatu dijangka tanding lebih 40 kerusi - Tuan Ibrahim

Fri Feb 11 2022

Perikatan Nasional dijangka bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (Johor 12 Mac ini, dengan Pas dan Bersatu bertanding di lebih 40 kerusi, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

ARTIKEL PENUH
DI SINI

PM adakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan BN Muar

Fri Feb 11 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri perjumpaan tertutup bersama jentera BN Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Johor, pagi ini.

Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO tiba di bangunan itu pada 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira tiga jam di sana.

BACA BERITA PENUH DI SINI

SPR sasar keluarkan SOP sebelum hari penamaan calon

Fri Feb 11 2022

SPR akan mengumumkan prosedur operasi standard sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Johor, yang jatuh pada 26 Februari ini.

Ketua Komunikasi Korporat SPR Mohd Azlan Charles Abdullah berkata, penyediaan SOP berkenaan kini di peringkat akhir, dan akan dimuktamadkan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.


Ops Undi Johor dilancar, galak pengundi belia tunai tanggungjawab

Fri Feb 11 2022

Undi Johor di bawah inisiatif Undi Negaraku dan UNDI18 melancarkan Ops Undi Johor dalam menggalakkan penglibatan pengundi khususnya belia menjelang PRN Johor pada 12 Mac ini.

Pengasas Bersama UNDI18, Qyira Yusri berkata Ops Undi Johor juga digerakkan dalam usaha mengisi kelompongan yang ditinggalkan yang dikatakan akibat ketidakcekan SPR.

ARTIKEL PENUH
DI SINI

Saya pengkhianat? Ini pula senarai pengkhianatan UMNO, BN - Muhyiddin

Fri Feb 11 2022

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas dakwaan segelintir pihak bahawa beliau adalah ‘pengkhianat’, sehingga tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan, dan menjadi Perdana Menteri untuk Kerajaan Perikatan Nasional.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pas sudah ada anggaran kerusi bakal ditandingi - Abdul Hadi

Fri Feb 11 2022

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya bagaimanapun akan mendapatkan perincian lanjut daripada Pas Johor sebelum penilaian dilakukan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Nama naik untuk calon MB bagi Perikatan Nasional? Ini jawapan Abdul Latiff

Fri Feb 11 2022

hli Parlimen Mersing Datuk Abdul Latiff Ahmad hari ini mengesahkan beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau menumpukan usaha kepada tugasnya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), dan selaku Ahli Parlimen di kawasannya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jika Sungai Masai terus tercemar, apa nasib industri kupang di Pasir Gudang?

Fri Feb 11 2022

Di Selat Tebrau Timur, kira-kira 3km dari Kampung Pasir Gudang Baru, Masai, terhamparnya lautan tong-tong biru seluas hampir 3 kilometer persegi, sehingga menyajikan permandangan unik untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke lokasi itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

UMNO Beluran hantar jentera termasuk pakar IT bantu kempen

Fri Feb 11 2022

UMNO Beluran akan menghantar jentera bagi membantu parti itu memperkuatkan lagi jentera kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Guna logo PKR satu strategi ikut demografi, bukan berpecah dari PH - AMK Johor

Thu Feb 10 2022

Keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggunakan logo parti mereka berbanding logo gabungan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu strategi untuk lebih menyantuni demografi di negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN lebih konsisten tawar kestabilan - Pemuda UMNO Johor

Thu Feb 10 2022

Solidariti kukuh antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dari dulu hingga kini membuktikan gabungan itu dapat menawarkan kerajaan yang lebih menjanjikan kestabilan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang bawa imej Tun M bagi kempen PRN Johor

Thu Feb 10 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan tetap membawa imej Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Jangan berpaling tadah jika tidak dicalonkan dalam PRN Johor"

Thu Feb 10 2022

Perikatan Nasional (PN) Johor menasihatkan ahli dan barisan kepimpinan semua peringkat parti komponen supaya tidak berpaling tadah semata-mata kerana hal remeh seperti tidak puas hati atau tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang lancar lagu rasmi

Thu Feb 10 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) melancarkan lagu rasmi pada Khamis malam dan disiarkan menerusi laman YouTube Tun Dr Mahathir Mohamad dan dikongsikan di laman Facebook rasmi parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang fokus menang kerusi sebanyak mungkin, calon MB kemudian - Mukhriz

Thu Feb 10 2022

Tiada keperluan untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menamakan calon Menteri Besar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, buat masa ini Pejuang telah menetapkan untuk bertanding di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan fokus jentera ialah untuk memenangkan calonnya seramai mungkin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon BN diumum selewat-lewatnya tiga hari sebelum 26 Feb - Hasni

Thu Feb 10 2022

Senarai penuh calon parti Barisan Nasional yang akan bertanding dalam PRN Johor akan diumumkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan berlangsung pada 26 Februari ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, perkara itu akan diteliti semula menerusi perbincangan bersama rakan komponen MIC, MCA dan Friends of BN sebelum pembahagian kerusi dimuktamadkan.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Pejuang wajibkan calon berpotensi jalani ujian antirasuah

Thu Feb 10 2022

Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mewajibkan semua yang berpotensi dijadikan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang untuk menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG).

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata langkah tersebut sebagai membuktikan iltizam Pejuang dalam memerangi rasuah.

BERITA PENUH DI SINI

Majlis Presiden PH mohon tangguh undi

Thu Feb 10 2022

Jika tidak mahu tangguh jangan halang ceramah bersemuka - Majlis Presiden PH

Thu Feb 10 2022

Ada keperluan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, memandangkan jumlah jangkitan varian Omicron sudah melebihi 17,000 kes, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka mendakwa, ada kemungkinan situasi berkenaan akan diperalatkan oleh pihak tertentu demi tujuan politik.

BERITA PENUH DI SINI

Poster Anti Korupsi: Ketua Penerangan Muda mohon maaf, sedia terima tindakan

Thu Feb 10 2022

Ketua Penerangan Muda Luqman Long memohon maaf atas satu poster kontroversi yang dikeluarkan Penerangan Muda Kedah malam semalam.

Katanya, pihaknya menyedari poster itu telah menimbulkan salah faham dan tidak mematuhi prinsip jelas dalam parti.

BERITA PENUH DI SINI

'Kadar vaksinasi sudah tinggi, tak perlu takut keluar mengundi'

Wed Feb 09 2022

Rakyat tidak perlu takut untuk keluar mengundi meskipun kes jangkitan baharu semakin meningkat susulan kehadiran gelombang varian Omicron ketika ini, kata Diffan Sina Jasmi.

Menurut Koordinator Program UNDI18 itu, kadar vaksinasi yang tinggi mewujudkan perlindungan kelompok, membolehkan masyarakat menjalani kehidupan dengan sekatan yang semakin longgar.

BERITA PENUH DI SINI

SPR patut permudahkan lagi akses pengundian - UNDI18

Wed Feb 09 2022

Banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya lebih ramai pengundi Johor dapat mengundi dalam PRN 12 Mac ini.

Koordinator program UNDI18 Diffan Sina Jasmi berpandangan, akses untuk mengundi harus diperluas dan dipelbagai supaya matlamat peratusan keluar mengundi tinggi dapat dicapai.

BERITA PENUH DI SINI

PKR tawar tiga kerusi kepada Muda

Wed Feb 09 2022

PKR menawarkan tiga kerusi kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti.

Menurut Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, tawaran itu dibuat hasil daripada beberapa siri rundingan bersama Muda sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

PN harap SOP mesra pengundi, kempen

Wed Feb 09 2022

Perikatan Nasional (PN) Johor yakin prosedur operasi standard (SOP) yang dimuktamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bersifat 'mesra kempen pilihan raya dan pengundi.'

Setiausaha Badan Perhubungan PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya turut menyambut baik inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi menerusi pelaksanaan kempen 'Jom Kita Undi' melalui pelbagai saluran termasuk media sosial.

BERITA PENUH DI SINI

SOP perlu sesuai ikut keadaan kesihatan semasa - Penganalisis

Wed Feb 09 2022

Pilihan Raya Negeri Johor perlu mempamerkan SOP mengikut kesesuaian kesihatan semasa di Malaysia
.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid berkata, usaha itu dilaksanakan demi memastikan kejayaan demokrasi di negeri itu khususnya bagi mendepani lonjakan kes jangkitan COVID-19, kebelakangan ini.


DAP, Amanah setuju serah 6 kerusi DUN kepada Muda

Wed Feb 09 2022

DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju memberikan enam kerusi DUN kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada PRN Johor.

BACA DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH

SPR sasar 70 peratus keluar undi

Wed Feb 09 2022

SPR menyasarkan 70 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang akan diadakan pada 12 Mac depan.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata dalam menggalakkan pengundi menunaikan tanggungjawab, pihaknya akan melaksanakan kempen 'Jom Kita Undi' melalui pelbagai saluran termasuk media sosial.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengumuman tarikh PRN Johor oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh

Wed Feb 09 2022

Penamaan calon 26 Feb, pengundian 12 Mac - SPR

Wed Feb 09 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor, manakala tarikh mengundi pula pada 12 Mac depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media sebentar tadi.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Rekod PN mana yang dibanggakan itu, soal Najib kepada Azmin

Wed Feb 09 2022

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertikai kenyataan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) diiktiraf dalam menangani wabak COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Pakar kesihatan awam mencadangkan penambahbaikan SOP yang boleh dilaksanakan SPR

Wed Feb 09 2022

Cadangan: Jangan benarkan kempen di kedai makan - Pakar

Wed Feb 09 2022

Jangan benarkan kempen pilihan raya yang melibatkan aktiviti makan minum atau yang memerlukan pembukaan pelitup muka.

Demikian cadangan disuarakan Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Prof Madya Dr Malina Osman.

BERITA PENUH DI SINI

SPR bermesyuarat di Johor Bahru pagi ini

Wed Feb 09 2022

Mesyuarat Khas Berkaitan PRN Johor ke-15 diadakan pagi ini dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.

Mesyuarat bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), Johor Bahru itu antara lain membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRN Johor.


Teka-teki hari undi, SOP fleksibel

Wed Feb 09 2022

TIDAK sampai seminggu selepas cuti sempena Tahun Baharu Cina, jangkitan COVID-19 kembali meningkat dengan mendadak, hampir tiga kali ganda setakat semalam.

BERITA PENUH DI SINI

SPR digesa sediakan prosedur galak lebih ramai keluar mengundi

Wed Feb 09 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat menggalakkan pengundi di luar kawasan turun mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

BERITA PENUH DI SINI

AWANI Pagi: Aspek kesihatan yang perlu diperkasa menjelang PRN Johor

Wed Feb 09 2022

Mukhriz kecewa ada pihak perkenal Tun M sebagai pengerusi parti lain

Tue Feb 08 2022

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kecewa apabila ada sesetengah pihak yang memperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti politik lain dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menegaskan, bapanya, Tun Dr Mahathir masih lagi Pengerusi Pejuang dan tidak sama sekali terlibat dengan parti-parti lain.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Pejuang tidak berhasrat sertai khemah besar PH - Mukhriz

Tue Feb 08 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu masih bergerak solo untuk bertanding pada PRN Johor dan sebarang kerjasama dengan gabungan parti lain masih dalam pertimbangan.

BERITA PENUH DI SINI

SOP ditentukan oleh SPR, bukan kerajaan - Hishammuddin

Tue Feb 08 2022

Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya kerajaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan, kerajaan hanya boleh memberi pandangan mengenai pelaksanaan SOP itu, namun keputusan terakhir adalah terletak di tangan  SPR.

BERITA PENUH DI SINI

BN sasar 12 daripada 16 kerusi DUN di zon utara Johor - Tok Mat

Tue Feb 08 2022

Barisan Nasional (BN) telah meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 12 daripada keseluruhan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di zon utara Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tumpuan perlu diberikan lebih kepada zon berkenaan, selepas keputusan Pilihan Raya Umum lepas menyaksikan mereka hanya memenangi dua kerusi DUN sahaja.

BERITA PENUH DI SINI

"Lepas kacau Muhyiddin, kacau Tok Guru pula" - Wan Saiful

Tue Feb 08 2022

UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini semakin giat melakukan pembunuhan karekter kepada pemimpin-pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN), dakwa Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, beliau berkata, tidak cukup dengan usaha mencemar imej bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini usaha itu ‘melarat’ pula kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

BERITA PENUH DI SINI

Tak guna bertanding banyak kerusi, tapi menang sikit - Tok Mat

Tue Feb 08 2022

Tiada gunanya jika bertanding banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, tetapi gagal memenangi jumlah kerusi yang diharapkan.

Demikian pandangan disuarakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Bersatu harap ada kelonggaran SOP, beri calon ruang berkempen

Tue Feb 08 2022

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan akan memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.

Muhyiddin berpendapat, setiap parti dan calon wajar diberi peluang untuk berkempen berdasarkan batas-batas tertentu.

BERITA PENUH DI SINI

Hanya 30 peratus pengundi baharu 18-21, tetap jadi cabaran kepada BN - Tok Mat

Tue Feb 08 2022

Tidak semua jumlah pengundi baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, yang menjangkau hampir 750,000 orang, terletak dalam kategori usia 18 hingga 21 tahun, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, daripada keseluruhan pengundi baharu itu, sekitar 30 peratus sahaja daripada mereka berada dalam lingkungan usia berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

SOP PRN perlu seimbang antara penyuburan demokrasi dan kekang penularan - BN Johor

Tue Feb 08 2022

Barisan Nasional (BN) Johor akur dengan apa sahaja ketetapan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BERITA PENUH DI SINI

SPR bermesyuarat esok tentukan tarikh-tarikh penting

Tue Feb 08 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal bermesyuarat di Johor Bahru esok bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkenaan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


BERITA PENUH DI SINI

Penubuhan Parti Warisan di Tanjung Piai tidak gugat UMNO

Tue Feb 08 2022

Penubuhan cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Parlimen Tanjung Piai didakwa tidak akan memberi kesan kepada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

UMNO bahagian tuntut kerusi

Mon Feb 07 2022

Beberapa bahagian UMNO di negeri ini telah menghantar permohonan bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang sebelum ini ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN).

BERITA PENUH DI SINI

Ambil dos penggalak, patuh SOP dapat kurangkan penularan - Dr Malina Osman

Mon Feb 07 2022

Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dicadang agar mendapatkan vaksin dos penggalak bagi mengurangkan ledakan kes ketika pilihan raya itu dijalankan nanti.

BERITA PENUH DI SINI

Dakwa UMNO mahu merompak, Ahmad Maslan anggap Wan Saiful tak bertanggungjawab

Mon Feb 07 2022

Kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan, bahawa UMNO hanya mahu merompak selepas mendapat kuasa, adalah kenyataan tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ketua penerangan parti politik seperti Wan Saiful.

BERITA PENUH DI SINI

Cawangan bubar, keluar parti kes biasa menjelang pilihan raya - Wan Fayhsal

Mon Feb 07 2022

Dakwaan ada cawangan parti terbubar dan ahlinya meninggalkan parti adalah perkara biasa berlaku setiap kali menjelang pilihan raya sama ada pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya umum (PRU), kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Bagaimanapun, Ketua Bersatu Bahagian Titiwangsa itu berkata sokongan terhadap parti termasuk Bersatu tidak boleh diukur berdasarkan kehilangan ahli sahaja kerana kemenangan sebuah parti politik dalam sesuatu pilihan raya juga ditentukan pengundi atas pagar.

BERITA PENUH DI SINI

"Hasni menteri besar yang gagal", dakwa Wan Saiful

Mon Feb 07 2022

Pengakuan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad bahawa kerajaan negeri tidak stabil dengan majoriti satu kerusi, membuktikan beliau gagal, dakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Dalam perkongsian di Facebooknya, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa, kenyataan itu menandakan Menteri Besar Johor itu gagal mentadbir dan mengemudi kerajaan negeri.

BERITA PENUH DI SINI

SOP berkempen jangan terlalu ketat - Muhyiddin

Mon Feb 07 2022

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menetapkan prosedur operasi standard (SOP) berkempen terlalu ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
 
Katanya, SOP sedemikian menyukarkan calon dan parti yang bertanding untuk berkempen.

BERITA PENUH DI SINI

KKM beri lampu hijau untuk PRN Johor - Khairy

Mon Feb 07 2022

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi lampu hijau untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KKM telah memuktamadkan serta mengemukakan syor prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BERITA PENUH DI SINI

Perbincangan kerjasama PH, Muda belum muktamad - DAP

Mon Feb 07 2022

Perbincangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk mengenai pembahagian kerusi, masih belum dimuktamadkan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata PH turut akan mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain dalam masa terdekat berhubung kerjasama itu sejurus selesai rundingan dengan Muda.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor masih boleh diteruskan biarpun kes COVID-19 meningkat - Penganalisis

Mon Feb 07 2022

Biarpun kes baharu COVID-19 menunjukkan trend peningkatan, namun Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih boleh dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa UUM, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani, SOP yang ketat boleh membantu mengekang penularan COVID-19 ketika tempoh kempen PRN Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Syed Saddiq bertemu Anwar, bincang strategi PRN Johor

Mon Feb 07 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah bertemu Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pagi Isnin.

Jelas Anwar dalam ciapan di Twitternya, beliau menerima kunjungan Ahli Parlimen Muar itu di pejabatnya hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Parti lawan tidak kisah Johor, hanya mahu sekat kebangkitan BN - Ahmad Zahid

Mon Feb 07 2022

Biarlah parti lain mahu bergabung seberapa banyak sekali pun, Barisan Nasional (BN) akan tetap ‘ready’, dan ‘steady,’ tegas Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

BERITA PENUH DI SINI

Platform terbaik untuk BN tampilkan lebih ramai calon wanita - Mastura

Mon Feb 07 2022

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Mastura Yazid mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) menampilkan lebih ramai calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

BERITA PENUH DI SINI

Pemimpin Bersatu pulang ke UMNO satu proses pemulihan - Annuar Musa

Mon Feb 07 2022

Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menganggap kembalinya pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai satu proses ‘pemulihan’.

BERITA PENUH DI SINI

Setiausaha Bersatu Tanjung Piai umum letak jawatan, bubar cawangan

Mon Feb 07 2022

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Hishamuddin Busri mengumumkan peletakan jawatan Ketua Bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Kerah pengundi keluar tunai tanggungjawab - Anwar

Sat Feb 05 2022

Semua pihak harus memainkan peranan dalam memastikan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak berada di tahap optimal.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertujuan memanfaatkan sepenuhnya proses pengundian di samping memastikan kelangsungan sistem demokrasi yang adil biarpun berdepan kekangan pandemik COVID-19.

BERITA PENUH DI SINI

Muda diingat jangan ambil mudah sentimen Undi18 - Syed Saddiq

Sat Feb 05 2022

Pimpinan tertinggi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diingatkan supaya tidak mengambil mudah sentimen Undi18 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden parti itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata oleh itu Muda perlu bekerja lebih kuat berbanding parti-parti lain dengan membina politik matang tanpa menjatuhkan pihak lawan serta menumpukan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Hasni ada kriteria sebagai Menteri Besar - Penganalisis

Sat Feb 05 2022

Tindakan Barisan Nasional (BN) menamakan kembali Datuk Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar (MB) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disebabkan beliau mempunyai beberapa kriteria untuk menyandang jawatan itu selain pernah mengatasi beberapa krisis.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, langkah yang diambil oleh BN juga membolehkan Hasni untuk meneruskan agenda beliau dan dasar sedia ada.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: UMNO tak perlu ikut cara parti lain perkenal calon - Shahril

Sat Feb 05 2022

UMNO mempunyai strategi tersendiri dalam memperkenalkan calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dan tidak akan terikut-ikut dengan tindakan parti lain.

Ketua Penerangannya, Shahril Suffian Hamdan berkata, soal siapa calon dan masa yang sesuai untuk menampilkan calon, diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dan Barisan Nasional (BN).

BERITA PENUH DI SINI

Sekiranya layak, Maszlee boleh dipertimbang sebagai calon MB - Anwar

Sat Feb 05 2022

Pakatan Harapan setakat ini masih belum membuat perbincangan rasmi mengenai siapa calon Menteri Besar Johor, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sekiranya calon itu dirasakan benar-benar layak, tidak ada masalah untuk individu itu diketengahkan.

BERITA PENUH DI SINI

Penyertaan Pejuang kerana tidak mahu kumpulan rasuah diberi kuasa - Tun Mahathir

Sat Feb 05 2022

Penglibatan Pejuang pada PRN Johor adalah kerana tidak mahu kumpulan yang tidak amanah, rasuah dan mencuri harta rakyat, mendapat kuasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Pengerusi Pejuang itu, sekiranya ia berlaku, kumpulan berkenaan akan terus melakukan perbuatan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.

BERITA PENUH DI SINI

Ramai mahu lihat UMNO, BN terkubur di Johor - Tok Mat

Fri Feb 04 2022

Barisan Nasional dan UMNO tidak akan terkubur di Johor meskipun ramai pihak terutama parti politik yang mahu melihat perkara itu berlaku pada PRN Johor kali ini.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera PRN Johor akan bekerja keras melaksanakan kempen bagi memastikan parti terus kukuh kerana Johor adalah benteng utama UMNO.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Jentera BN diingatkan guna media sosial sebagai medium utama kempen

Fri Feb 04 2022

Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk mendekati pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan jentera parti itu supaya bekerjasama antara satu sama lain kerana pengundi mahu melihat isu-isu dijawab segera.

BERITA PENUH DI SINI

Hasni akan terus pimpin kerajaan negeri jika BN dapat mandat rakyat - Zahid

Fri Feb 04 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengesahkan Datuk Hasni Mohammad akan terus menjadi Menteri Besar Johor sekiranya parti itu mendapat mandat baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketika berucap merasmikan Pusat Operasi BN Zon Barat malam ini, Presiden UMNO itu berkata, beliau telah meneliti draf manifesto, dan ia merupakan akujanji yang boleh dilakukan, dan dapat meyakinkan pengundi Johor untuk terus memilih BN.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sheikh Umar jadi calon PH pertahan DUN Paloh

Fri Feb 04 2022

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali daripada DAP dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pejabat Harapan DUN Paloh, sekali gus menjadi calon pertama yang diumumkan untuk PRN Johor.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rundingan MUDA dengan PH lancar namun belum tentukan kerusi - Syed Saddiq

Fri Feb 04 2022

Perbincangan dan rundingan antara parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan berjalan lancar, kata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata bagaimanapun, bentuk kerjasama itu belum diperincikan lagi termasuk pembahagian kerusi juga belum dimuktamadkan dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kedua-dua pihak apabila tiba masa yang tepat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Armada cadang 30 peratus calon PN daripada anak muda

Fri Feb 04 2022

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mencadangkan agar 30 peratus calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dipilih daripada kalangan anak muda yang berkaliber.

Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata jumlah itu, yang merangkumi 17 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertanding, dilihat mampu memberi impak dalam menarik undi orang muda di Johor.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Peratusan keluar mengundi mungkin rendah - Penganalisis

Fri Feb 04 2022

Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang dijangka rendah.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, besar kemungkinan ada pihak yang akan mempersoalkan kewajaran untuk mengadakan pilihan raya ketika ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

"Dakwaan Najib tak bantu negara pun" - Muhyiddin

Fri Feb 04 2022

Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan isu yang telah selesai dilihat sengaja menimbulkan perbalahan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai individu yang pernah menjadi figura penting dalam negara, Najib seharusnya mendokong dan membantu dalam aspek kestabilan negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas - Muhyiddin

Fri Feb 04 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kesetiaan Pas dalam gabungan parti itu terutamanya bagi menghadapi PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak perlu dipertikaikan.

Ini kerana Pas sudah bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak awal penubuhan gabungan berkenaan sebelum turut disertai Parti Gerakan Rakyat Semalaysia (Gerakan).

BERITA PENUH ADA DI SINI

Tidak perlu pertikai kesetiaan Pas - Muhyiddin

Fri Feb 04 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kesetiaan Pas dalam gabungan parti itu terutamanya bagi menghadapi PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak perlu dipertikaikan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Integriti, kredibiliti tidak diragui kriteria calon PN - Wan Saiful

Fri Feb 04 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dipilih berdasarkan integriti dan kredibiliti yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Internet tak pernah lupa' - Najib dakwa Muhyiddin cuba manipulasi fakta PRN Sabah

Fri Feb 04 2022

“INTERNET tak pernah lupa.”

Itu kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab dakwaan seterunya Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sikap UMNO sewaktu Pilihan Raya Negeri Sabah punca kegagalan Muafakat Nasional.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, Muhyiddin tidak bercakap benar tentang soal pencalonan Ketua Menteri selepas mereka bersama-sama memenangi PRN Sabah.

BERITA PENUH DI SINI

Ujian psikometrik RBTag tambah keyakinan pengundi - Penganalisis

Thu Feb 03 2022

Calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digalakkan mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) bagi menambahkan keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan pengundi negeri itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PKR lancar 'ADIL apps' persediaan pemilihan parti

Thu Feb 03 2022

Jawatankuasa Pemilihan Parti Parti Keadilan Rakyat akan melancarkan aplikasi ‘ADIL apps’ bagi membolehkan anggota mengemas kini maklumat kendiri dan mula mendaftar untuk mengundi secara dalam talian semasa proses pemilihan parti.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Selepas beberapa hari 'sunyi', parti politik mula gerak kerja masing-masing

Thu Feb 03 2022

Selepas beberapa hari suasana politik di Johor agak ‘sunyi’, parti-parti politik kini mula menggiatkan gerak kerja masing-masing, sebagai sebahagian langkah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin berang dituduh 'pengkhianat', ingatkan Najib malu itu separuh dari iman

Thu Feb 03 2022

Ketika Johor bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi, perang mulut antara dua bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, terus berlarutan.

Terbaharu, Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, mendakwa Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, sebagai cuba memutarbelitkan fakta kerana menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) punca kegagalan Muafakat Nasional.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Annuar Musa ingatkan pihak tertentu kenang jasa, jangan takbur

Thu Feb 03 2022

Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa memberi peringatan untuk pihak tertentu agar mengenang ‘jasa’ orang yang membantu di kala mengalami kesusahan.

Menerusi catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, pihak yang berkenaan harus berhenti mengamalkan sikap sombong, riak, dan takbur.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mengapa Pejuang?

Thu Feb 03 2022

Berikut adalah kenyataan media oleh Timbalan Ketua Negeri, Pejuang Wilayah Persekutuan, Muhammad Rafique Rashid Ali, bertarikh 3 Februari 2022:

1. Sebaik sahaja ditandatangani watikah pembubaran Dewan Undang Negeri (DUN) Johor, mulai 22.01.2022 dalam jangkamasa 60 hari sebuah Pilihan Raya Negeri (PRN) mesti diadakan. Maka dari segi undang-undang pada atau sebelum 22.03.2022 akan ada sebuah Kerajaan negeri Johor yang dipilih Rakyat. Itulah demokrasi.

KENYATAAN MEDIA PENUH DI SINI

Tiada faedah terus layan Pas - Mohamed Khaled

Thu Feb 03 2022

UMNO bersama-sama Barisan Nasional akan terus mara ke hadapan, dan akan meninggalkan episod pertelingkahanantara parti itu dan Pas, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

BERITA PENUH DI SINI

Tiada keperluan adakan PRN di Kedah - Mahfuz

Thu Feb 03 2022

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah dalam masa terdekat susulan penafian Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional bahawa berlaku gerakan dalam menjatuhkan kerajaan negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas masih merengek kasih sayang UMNO - Mahfuz

Thu Feb 03 2022

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemelut membabitkan parti Pas dan UMNO ketika ini adalah isu membabitkan kasih sayang dan sukar untuk diselesaikan.

Pas juga disifatkan beliau masih merengek dan mendambakan kasih sayang daripada UMNO khususnya ketika isu membabitkan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Bersatu tidak ambil mudah pengundi baharu

Thu Feb 03 2022

Bersatu tidak ambil mudah pengundi baharu - Wan Saiful

Thu Feb 03 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui tidak ambil mudah dengan pertambahan bilangan pengundi baharu, termasuk pengundi muda menerusi Undi18.

BERITA LANJUT DI SINI

BN tidak ikut acuan PRN Melaka sepenuhnya di Johor - Ahmad Zahid

Wed Feb 02 2022

Barisan Nasional (BN) tidak akan mengikut sepenuhnya acuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk formula pemilihan calon untuk menghadapi PRN Johor, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Di Melaka muka baharu (calon) adalah 87 peratus dan berkelulusan tinggi lebih daripada 84 peratus manakala yang berumur 50 tahun ke bawah lebih 82 peratus tetapi acuan ini tidak akan digunakan di Johor kerana landskap politiknya berbeza," katanya.

BERITA LANJUT DI SINI.

Parti politik harap SOP berkempen secara fizikal, bersemuka dilonggarkan

Wed Feb 02 2022

Beberapa parti politik berharap mereka diberi ruang dan peluang untuk menjalankan kempen secara fizikal dan bersemuka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Johor Ahmad Nawfal Mahfodz bagaimanapun berkata PN tetap akur dengan ketetapan SOP COVID-19 yang akan ditetapkan kelak.

BERITA LANJUT DI SINI.

PRN Johor: Kehadiran pengundi baharu ibarat 'game changers'

Tue Feb 01 2022

Sukar meramalkan sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) akan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana situasinya tidak sama dengan mana-mana pilihan raya sebelum ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, PRN Johor amat berbeza malah sukar dibandingkan dengan PRN di Sabah, Sarawak dan Melaka pada tahun lalu termasuk mana-mana pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

BERITA LANJUT DI SINI.

Jangan ambil mudah PRN Johor - Mohamad Hasan

Tue Feb 01 2022

entera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak seharusnya terbawa-bawa sentimen kemenangan di PRN Melaka dan harus menyusun strategi sebaik mungkin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin

Tue Feb 01 2022

Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan bersama Pas dan Gerakan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Politik di Johor hanya tenang di permukaan - Tok Mat

Mon Jan 31 2022

Keadaan politik di Johor hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan

Mon Jan 31 2022

Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berasaskan keadaan politik di negeri itu dan bukan atas faktor kepentingan politik.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor bukan 'kad bebas dari penjara' - Shahril Sufian

Mon Jan 31 2022

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyangkal tuduhan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan 'kad untuk bebas dari penjara' bagi pemimpin UMNO yang digelar 'Kluster Mahkamah'.

Shahril Sufian menegaskan, ia kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak konsisten mengatakan bahawa mereka akan bersihkan nama mereka di mahkamah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kalau berani, pakai la 'Abah Sayang Johor' di sini, Puad Zarkashi cabar Muhyiddin

Mon Jan 31 2022

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi ‘poster boy’ di PRN Johor.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut mencabar bekas PM itu untuk menggunakan slogan ‘Abah Sayang Johor’.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

Maszlee nafi terlibat rasuah, dakwa 'pembunuhan karakter'

Mon Jan 31 2022

Bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam sebarang aktiviti rasuah, seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

BERITA PENUH DI SINI

Ahli politik diminta ambil ujian personaliti

Sun Jan 30 2022

Ahli politik negara termasuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor digesa mengambil ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) bagi mengukur kecenderungan tahap integriti yang menjurus kepada perlakuan salah guna kuasa dan rasuah.

BERITA PENUH DI SINI

Shahrir tidak mahu berselindung di sebalik kedudukan politik

Sun Jan 30 2022

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan alasan beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Ketua Pemuda UMNO negeri tawar diri bertanding

Sun Jan 30 2022

Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Makkal Sakti harap dapat kerusi wakili BN

Sun Jan 30 2022

Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berharap Barisan Nasional (BN) mempertimbang permohonan parti itu untuk bertanding atas tiket gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: SPR perlu sediakan VTL, buka pusat mengundi di Singapura

Sun Jan 30 2022

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasir hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan ruang bagi membolehkan rakyat Malaysia di Singapura keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: AMK mahu enam kerusi - Akmal Nasir

Sun Jan 30 2022

Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap agar pucuk pimpinan parti dapat meletakkan enam calon dalam kalangan mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Rancang strategi halang kerakusan UMNO, Barisan Nasional

Sun Jan 30 2022

Seramai 10 ketua penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian di Johor tampil menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas - Bersatu untuk bertanding atas nama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mereka juga sebulat suara mencadangkan semua parti politik di Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan 'muslihat' UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: UMNO tidak tawar habuan bekas ADUN Bersatu keluar parti

Sun Jan 30 2022

UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang bertindak keluar daripada parti itu.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: SPR ada kuasa wujudkan undi pos untuk warga Johor yang kerja di Singapura

Sun Jan 30 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menambah satu lagi kategori Pengundi Tidak Hadir dengan menyediakan ruang untuk pengundian secara pos buat rakyat Johor yang bekerja di Singapura.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: SPR, parti politik digesa tambah baik kaedah undi pos

Sun Jan 30 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mewujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan lebih 400,000 rakyat Malaysia termasuk pengundi Johor di Singapura untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Ada pihak tertentu pengaruhi Mohd Izhar keluar Bersatu

Sun Jan 30 2022

Ada pihak-pihak tertentu yang cuba menyediakan naratif berhubung tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad keluar parti, dakwa Ketua Penerangan Perikatan Nasional Johor, Mohd Solihan Badri.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: 2.57 juta pengundi biasa layak mengundi

Sun Jan 30 2022

Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

BERITA PENUH DI SINI

MUDA mampu beri kejutan

Sun Jan 30 2022

Hanya Mazlan bermasalah dengan Muhyiddin

Sun Jan 30 2022

‘Crowdfunding’ untuk kempen

Sun Jan 30 2022

Dakwaan PRN Johor strategi kluster mahkamah tidak tepat - Annuar

Sat Jan 29 2022

Kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan antara strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat, serta berkemungkinan tidak berasaskan maklumat yang sahih.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata pelaksanaan PRN di Johor adalah untuk kepentingan rakyat, dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad juga tidak membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersendirian, sebaliknya dengan rundingan pelbagai pihak serta diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


BERITA PENUH DI SINI

Tindakan keluar Bersatu sia-sia, memalukan - Ahmad Humaizi

Sat Jan 29 2022

Tindakan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Johor keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai sia-sia.

Ketua Bersatu Bahagian Labis, Ahmad Humaizi Uzir berkata, langkah itu sekali gus memalukan diri serta penyokong mereka.


BERITA PENUH DI  SINI

Yang bermasalah hanya hubungan Mazlan dan Muhyiddin

Sat Jan 29 2022

Tiada pergolakan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tebrau, dengan presiden parti Tan Sri Mujyiddin Yassin, sehingga menyebabkan Mazlan Bujang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bahagian dan keluar parti serta-merta.

Sebaliknya, jelas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Kamaruzzaman Abu, perkara itu hanya krisis peribadi antara dua pemimpin berkenaan.

BERITA PENUH DI  SINI

PRN Johor: Medan ujian kehendak pengundi muda

Sat Jan 29 2022

Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak sepatutnya diperlekehkan, sebaliknya, harus dilihat sebagai medan ujian dalam menentukan kehendak pengundi muda.

BERITA PENUH DI  SINI

PRN Johor: Agihan kerusi komponen PN sehari dua lagi - Muhyiddin

Sat Jan 29 2022

Agihan kerusi parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diputuskan sehari dua hari lagi, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Logo berbeza tidak jejas hubungan - Anwar

Sat Jan 29 2022

Keputusan PKR menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) tidak menjejaskan hubungan antara kesemua rakan sekutu parti itu, kata Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Mohd Izhar umum keluar Bersatu

Sat Jan 29 2022

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor: Tiada cadangan kerjasama Amanah-Pas - Mat Sabu

Sat Jan 29 2022

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah berbincang untuk membentuk kerjasama bersama Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Maszlee beri bayangan sedia bertanding, serah pada PKR buat keputusan

Sat Jan 29 2022

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik memberi bayangan kesediaannya bertanding dalam PRN Johor.

Begitupun, jelas Maszlee, semuanya terletak kepada keputusan parti dan apa sahaja keputusan PRK, beliau akan terima dan akur.

BERITA PENUH DI SINI

Tok Mat dilantik Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Hasni Ketua Penyelaras

Sat Jan 29 2022

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk melantik Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Sementara itu, Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pula dilantik sebagai Ketua Penyelaras.

ARTIKEL PENUH DI SINI

GPS tidak akan campur tangan - Fadillah

Sat Jan 29 2022

Semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak tidak akan campur tangan dalam PRN Johor akan datang.

Jelas Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan itu bermakna tiada menteri atau timbalan menteri kabinet dari parti berkenaan yang akan terlibat dalam kempen PRN itu nanti.

ARTIKEL PENUH
DI SINI

Bersatu, Pas tegaskan sokongan kepada kerajaan bersyarat, sertai PRN Johor sebagai PN

Sat Jan 29 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas menegaskan sokongan kedua-dua parti bekenaan dalam kerajaan Persekutuan adalah bersyarat iaitu perlu dihormati dan dirundingi, berdiri atas nilai integriti, antirasuah dan berkebajikan.

ARTIKEL PENUH DI SINI

Kebangkitan semula UMNO bukan kerana 'ubat mujarab' Pas - Mohamad

Sat Jan 29 2022

Kebangkitan semula UMNO dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini bukan kerana ‘ubat mujarab’ Pas, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, parti berkenaan bangkit kerana dukungan orang Melayu selain ditambah dengan prestasi buruk kerajaan PH dan PN ketika menerajui negara. 

BERITA PENUH DI SINI

Khaled Nordin harap kekuatan dan kehebatan Pas 'terbukti' dalam PRN Johor

Sat Jan 29 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor langsung tidak ada kena mengena dengan ‘kluster mahkamah’ seperti mana yang didakwa Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, tegas Datuk Seri Khaled Nordin.

Dalam perkongsian terbaharu di akaun Twitter miliknya hari ini, Naib Presiden UMNO itu berkata, pendirian beliau, UMNO serta Barisan Nasional (BN) sendiri konsisten bahawa segala isu berkaitan yang terkait dengan pemimpin kanan, harus diserahkan sepenuhnya kepada Mahkamah.


BERITA LANJUT DI SINI

Dakwaan Pas tolak kerjasama adalah satu penipuan, berniat jahat

Sat Jan 29 2022

Dakwaan bahawa Pas menolak tawaran untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah sebuah penipuan dan persepsi jahat.

Jelas Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin, Pas masih belum melakukan apa-apa rundingan politik untuk menghadapi PRN kerana masih meneliti laporan serta mengumpul data dan analisis landskap politik di negeri itu.


BERITA LANJUT DI SINI

Parti Muda sah bertanding

Sat Jan 29 2022

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara ini disahkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menerusi hantaran di laman rasmi Facebook miliknya.


BERITA LANJUT DI SINI

Masyarakat Simpang Renggam perlu jadi teladan, kembali kepada perpaduan dan penyatuan

Sat Jan 29 2022

Kemelut kepimpinan politik yang melanda negara ini, secara langsung dan tidak langsung, meruntun masyarakat Malaysia tanpa mengira latar sosial, kata Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.

Beliau berkata, kemelut politik itu sering kali terpalit dengan isu semasa seperti rasuah, perebutan kekuasaan dalam kalangan elit politik, isu kenaikan kos sara hidup, pengangguran, dan lain-lain isu sosio-politik.


BERITA LANJUT DI SINI

Adakan Pilihan Raya Negeri selari dengan aspirasi rakyat

Fri Jan 28 2022

Tindakan kerajaan Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), dilihat selari dengan aspirasi rakyat negeri itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia dapat dilihat menerusi kajian dan analisis sentimen rakyat, yang dilakukan kementerian menerusi pelbagai platform.


BERITA LANJUT DI SINI

MB Johor beri bayangan akan pertahan DUN Benut

Fri Jan 28 2022

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bagaimanapun berkata hasrat beliau untuk terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu belum dimuktamadkan lagi.

BERITA LANJUT DI SINI

Hanya pucuk pimpinan parti putuskan kerjasama BN dengan Bersatu, Pas dalam PRN Johor

Fri Jan 28 2022

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata semua anggota parti akan patuh terhadap segala keputusan dasar, yang dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan.

BERITA LANJUT DI SINI

BN tidak letak kuota untuk calon muda - Hasni

Fri Jan 28 2022

Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan meletakkan sebarang kuota atau peratusan kerusi untuk calon muda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya, semua aspek akan dinilai bagi menentukan calon yang akan bertanding untuk setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

BERITA LANJUT DI SINI

Isu logo keputusan bersama gabungan PH - Fahmi

Fri Jan 28 2022

Isu penggunaan logo parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diselesaikan secara baik dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu, keputusan itu diterima bersama semua parti gabungan itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

Pas tidak akan jadi peminta sedekah

Fri Jan 28 2022

PRN Johor: Ahmad Maslan sahkan tidak bertanding kerusi DUN

Fri Jan 28 2022

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Pontian.

Beliau yang juga ahli Parlimen kawasan itu berkata, beliau hanya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli Parlimen.

BERITA LANJUT DI SINI.

Tak timbul soal ketidakstabilan kerajaan untuk bubar DUN - Pas Johor

Fri Jan 28 2022

Tidak timbul soal ketidakstabilan dalam kerajaan Johor yang memaksa pembubaran DUN dibuat untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada ketika ini.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin menyatakan bahawa persetujuan pembangkang untuk meluluskan Belanjawan 2022 Negeri Johor menunjukkan bahawa muafakat antara kedua-dua pihak masih berjalan dengan baik.

BERITA LANJUT DI SINI.

Pembubaran DUN ikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - MB Johor

Fri Jan 28 2022

Pembubaran DUN Johor adalah berlunaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan di dalamnya juga termaktub hal-hal yang membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Maka kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, tidak timbul soal pembaziran kerana perbelanjaan untuk pilihan raya ada diperuntukkan mengikut perlembagaan negeri itu.

BERITA LANJUT DI SINI.

Masih ada masa untuk Pas, UMNO adakan rundingan - Abdullah

Fri Jan 28 2022

Masih ada masa untuk Pas dan UMNO mengadakan rundingan untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Beliau berkata, ia berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor dalam masa beberapa hari lagi iaitu pada 9 Februari depan.

BERITA LANJUT DI SINI.

DUN Johor bubar: UMNO-BN sengaja pilih waktu ini supaya ramai tidak keluar mengundi?

Thu Jan 27 2022

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat mempersoalkan tujuan kerajaan negeri Johor yang diterajui UMNO-Barisan Nasional (BN) membubarkan DUN untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada ketika ini.

Dakwanya, ia disengajakan supaya peratusan keluar mengundi nanti tidak tinggi, yang terbukti memberikan kelebihan buat UMNO-BN seperti pada PRN di Melaka tempoh hari.

BERITA LANJUT DI SINI.

PN muktamad agihan kerusi bersama Pas dan Gerakan seminggu lagi - Muhyiddin

Thu Jan 27 2022

Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi bersama parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dalam tempoh seminggu lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu akan diputuskan selepas selesai rundingan bersama rakan dalam parti gabungan termasuk Pas serta Parti Gerakan Rakyat Semalaysia (Gerakan).

BERITA PENUH DI SINI

Penggunaan logo, wujudkah keretakan dalam PH? - Sivamurugan

Thu Jan 27 2022

Keputusan Pakatan Harapan (PH) membenarkan PKR menggunakan logo sendiri manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang memberi gambaran seolah-olah wujudnya keretakan hubungan antara parti gabungan pembangkang itu.

Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian memberitahu, tindakan itu juga menimbulkan kegelisahan dan perselisihan dalaman yang akhirnya akan mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli gabungan itu.

BERITA PENUH DI SINI

Bersatu sedia kerjasama dengan UMNO

Thu Jan 27 2022

Mazlan Bujang keluar parti, mana maruah dia? - Muhyiddin

Thu Jan 27 2022

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan dibuat Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang tidak menjejaskan parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Malah jelasnya, langkah berkenaan tidak memberi kesan apa-apa kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah pun terbubar.

BERITA PENUH DI SINI

Mazlan Bujang keluar parti, sokong kepimpinan Hasni Mohammad

Thu Jan 27 2022

Ketua Bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang hari ini mengumumkan beliau, dan 23 ahli bahagian lain, keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta-merta.

Dalam satu sidang media hari ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, beliau masih tidak menyertai mana-mana parti, namun memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Hasni Mohammad selaku Menteri Besar Johor.

BERITA PENUH DI SINI

PN muktamad agihan kerusi bersama Pas dan Gerakan seminggu lagi - Muhyiddin

Thu Jan 27 2022

Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi bersama parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dalam tempoh seminggu lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu akan diputuskan selepas selesai rundingan bersama rakan dalam parti gabungan termasuk Pas serta Parti Gerakan Rakyat Semalaysia (Gerakan).

BERITA PENUH DI SINI

Strategi parti politik memenangi hati pengundi

Thu Jan 27 2022

PN mahu bentuk kerajaan negeri yang stabil, inklusif dan progresif - Azmin

Thu Jan 27 2022

Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor demi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil, inklusif dan progresif dalam melaksanakan dasar serta kebijakan yang prihatin rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu, sehubungan itu mesyuarat Majlis Tertinggi PN mengadakan perbincangan dan memperhalusi persiapan PRN Johor malam tadi.


BERITA PENUH DI SINI

PKR, Amanah bertanding 20 kerusi manakala DAP 16 kerusi

Thu Jan 27 2022

Anak Osman Sapian mungkin bertanding, tetapi parti lain

Thu Jan 27 2022

Anak sulung bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian - Nornekman - yang juga Timbalan Ketua Pejuang Johor, mungkin bertanding pada PRN ini.

Katanya, meskipun bertanding atas tiket berbeza, ia bukan penghalang baginya meneruskan legasi arwah bapanya bagi menabur bakti kepada masyarakat.

BERITA PENUH DI SINI


PKR, Amanah bertanding 20 kerusi, DAP 16 kerusi - Mat Sabu

Thu Jan 27 2022

Sebanyak 20 kerusi bakal ditandingi masing-masing oleh PKR dan Amanah, sementara DAP 16 kerusi, pada PRN Johor ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, perbincangan berkenaan agihan kerusi itu berjaya mencapai kata sepakat pada Selasa.

BERITA PENUH DI SINI

Kerjasama parti berlawanan boleh berlaku - Penganalisis

Thu Jan 27 2022

Kerjasama luar jangka antara parti politik berlawanan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas PRN Johor, kata Timbalan Pengarah KITA UKM, Prof Kartini Aboo Talib,

Katanya, situasi itu berpotensi dilakukan parti-parti baharu yang mempunyai kurang sokongan, untuk bersama parti yang dilihat dominan.

BERITA PENUH DI SINI



 

Shahril Hamdan tidak puas hati dengan kenyataan Mokhtar Senik

Thu Jan 27 2022

Ahli Pas tidak perlu mengeluarkan kenyataan seperti ingin mengajar atau mencampuri urusan UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan.

Menurutnya, kenyataan seperti itu boleh menyinggung perasaan ahli UMNO, oleh itu, jika Pas ingin mengeluarkan kenyataan, lakukanlah dengan berhemah.

BERITA PENUH DI SINI

Terlalu awal bicara jawatan MB, fokus menang dahulu - Maszlee

Thu Jan 27 2022

Masih terlalu awal untuk berbicara soal pemilihan calon Menteri Besar Johor bagi Pakatan Harapan, kata bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Dalam perkongsian terbaharu di akaun Twitternya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, fokus utama PH buat masa ini ialah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terlebih dahulu.


BERITA LANJUT DI SINI

Pas nafi tolak tawaran UMNO

Wed Jan 26 2022

Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu menolak tawaran kerusi oleh UMNO kerana lebih tertarik dengan tawaran Bersatu yang dikatakan menawarkan lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya akan datang.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Johor Abdullah Husin berkata setakat ini, belum ada rundingan atau perbincangan dibuat bersama UMNO Johor berhubung pengagihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apatah lagi menyatakan pendirian menolak tawaran kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

BERITA LANJUT DI SINI

Kempen #JohorNgundi tawar pengangkutan percuma pulang mengundi

Wed Jan 26 2022

Kempen #JohorNgundi sedang digerakkan bagi menggalakkan pengundi Johor yang berada di luar negeri pulang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, dengan menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma.

Ini bagi memberi kemudahan kepada ramai pengundi di luar Johor terutama golongan belia yang mungkin keberatan untuk pulang kerana masalah kewangan.

BERITA LANJUT DI SINI

Tiada kesan negatif Muhyiddin tak bertanding, pengganti sudah dikenal pasti - Solihan

Wed Jan 26 2022

Keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkin tidak bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberi kesan negatif kepada gabungan itu.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri, berkata keputusan itu mampu memperkukuh kekuatan jentera parti bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor kali ini.

BERITA LANJUT DI SINI

Maszlee bakal calon MB Pakatan Harapan, mungkin bertanding di DUN Layang-Layang - Sumber

Wed Jan 26 2022

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah disebut-sebut sebagai antara nama calon Menteri Besar (MB) Johor seandainya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkemungkinan besar akan ditempatkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang.

BERITA LANJUT DI SINI.

UMNO Perak hantar jentera kempen - Saarani

Wed Jan 26 2022

UMNO Perak akan menghantar jentera untuk membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah yang akan dihantar bagaimanapun, bergantung pada bilangan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditugaskan.

BERITA LANJUT DI SINI.

PKR guna logo sendiri, lain-lain parti logo PH - Majlis Presiden

Wed Jan 26 2022

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan logonya sendiri semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi satu kenyataan bersama, majlis itu memaklumkan parti-parti lain akan menggunakan logo PH.

BERITA LANJUT DI SINI.

Sidang media pasca mesyuarat komponen BN

Wed Jan 26 2022

BN kaji kerjasama dengan Pas, namun majoriti mahu bergerak solo - Tok Mat

Wed Jan 26 2022

Pimpinan kanan Barisan Nasional (BN) akan mengkaji dengan teliti tentang sebarang kemungkinan mengenai kerjasama politik dengan Pas, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Namun, di saat dan ketika ini, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, majoriti kepimpinan di semua peringkat, termasuk juga di akar umbi, lebih selesa jika BN bergerak solo dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

BERITA LANJUT DI SINI.

Rundingan Pas dan UMNO Johor tidak terjejas

Wed Jan 26 2022

Penyertaan Muda dalam PRN Johor proses meraikan demokrasi - Ahmad Maslan

Tue Jan 25 2022

UMNO menyifatkan penyertaan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu proses 'meraikan' demokrasi yang tiada sesiapa pun boleh menghalangnya untuk bertanding.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semua parti berhak untuk bertanding dan UMNO sebagai parti yang terbesar di negara ini melihat ia sebagai dinamika dalam politik.

BERITA LANJUT DI SINI.

Mesyuarat Biro Politik UMNO tamat selepas 2 jam

Tue Jan 25 2022

Mesyuarat Biro Politik UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana di sini, berakhir selepas hampir dua jam berlangsung.

Mesyuarat berkenaan membincangkan mengenai perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dan difahamkan turut menyentuh mengenai hubungan, serta cadangan kerjasama antara UMNO dan Pas.

BERITA PENUH DI SINI

Syed Saddiq mungkin bertanding

Tue Jan 25 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Muda Johor Mohd Azrol Ab Rahani berkata Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.

BERITA PENUH DI SINI

Muhyiddin mungkin tidak bertanding

Tue Jan 25 2022

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata beliau mungkin tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata demikian sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di sini malam ini.

BERITA PENUH DI SINI

PH sedia beri peluang calon muda bertanding - Anwar

Tue Jan 25 2022

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan parti itu bersedia memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding mewakili parti berkenaan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Anwar berkata pihaknya akan mendapatkan cadangan daripada PH Johor, berkaitan calon secara keseluruhannya yang akan bertanding nanti.

BERITA PENUH DI SINI

Muda akan putuskan isu kerjasama, pencalonan - Syed Saddiq

Tue Jan 25 2022

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebarang keputusan mengenai pendirian parti dalam menghadapi pilihan raya negeri Johor akan datang, akan dibuat secara kolektif oleh kepimpinannya.

BERITA PENUH DI SINI

BN akur syarat, kaedah kempen - Zambry

Tue Jan 25 2022

Barisan Nasional (BN) akur dengan ketetapan dan syarat yang akan dikeluarkan berhubung kaedah kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, dalam konteks itu, BN akan mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BERITA PENUH DI SINI

BN boleh guna pendekatan sama seperti PRN Melaka - Mahdzir

Tue Jan 25 2022

Barisan Nasional (BN) boleh mengambil pendekatan yang sama untuk digunakan semasa kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk menghadapi PRN Johor kelak kerana strategi yang digunakan membuktikan kejayaan itu berpihak kepada parti itu.

BERITA PENUH DI SINI

Faizal harap golongan muda guna hak Undi18 dengan bertanggungjawab

Tue Jan 25 2022

Golongan muda yang mendapat peluang mengundi menerusi pelaksanaan Undi18, diminta untuk menggunakan hak baharu itu dengan bertanggungjawab.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hak itu yang bakal dilaksanakan bermula Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu digunakan secara baik dan diambil serius oleh golongan muda demi masa depan dan kepentingan negara.

BERITA PENUH DI SINI

Pas tidak akan putus asa runding kerjasama dengan BN

Tue Jan 25 2022

Muda: Gerakan parti baharu tawan Johor

Tue Jan 25 2022

Tiada sebab perlu ikut Johor bubar DUN - PKR Perak

Tue Jan 25 2022

Parti Keadilan Rakyat Perak menegaskan pentadbiran kerajaan negeri Perak yang dipimpin UMNO tidak mempunyai sebab untuk mengikut jejak Johor bagi mengadakan PRN

Naib Pengerusinya, Tan Kar Hing berkata, kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mendapat sokongan daripada pembangkang untuk meneruskan usaha membangunkan negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pembangkang perlu bergerak sebagai satu unit

Tue Jan 25 2022

Ahmad Zahid 'turun padang' tinjau persiapan BN negeri

Tue Jan 25 2022

Memasuki hari ketiga pembubaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, persiapan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya negeri yang pertama kali diadakan itu semakin rancak.

Terdahulu Astro AWANI difahamkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah berada di negeri selatan ini, untuk mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.


BERITA PENUH DI SINI

Muda sambut baik tawaran PH, namun mahu jumlah calon yang signifikan

Tue Jan 25 2022

Biarpun rundingan antara Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan parti-parti lain sedang berjalan, namun Muda Johor menzahirkan harapan untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jumlah kerusi yang signifikan.

Pengerusi Muda Johor, Mohd Azrol Ab Rahani berkata, parti tersebut berterima kasih dengan 'ruang' yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH), namun, dalam masa sama Muda berharap memperoleh jumlah kerusi yang wajar selain menggunakan logo sendiri.


BERITA PENUH DI SINI

Kesan Indeks Persepsi Rasuah kepada PRN Johor

Tue Jan 25 2022

Letak calon muda sahaja tidak memadai - REFSA

Tue Jan 25 2022

Meletakkan calon muda semata-mata dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah tidak memadai dalam usaha menambat hati hampir 750,000 pengundi baharu termasuk antara berusia 18 hingga 20 tahun menerusi Undi18.

Pengarah Komunikasi Research for Social Advancement (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez, berkata ia perlu diiringi dengan gagasan baharu yang sebati dengan jiwa anak muda.


BERITA PENUH DI SINI

Agenda AWANI: ‘Zapin Politik’ menjelang PRN Johor

Mon Jan 24 2022

PN sudah bersedia - Muhyiddin

Mon Jan 24 2022

Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Bersatu Johor berkata walaupun PN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Johor sebelum ini, keputusan pembubaran DUN itu dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor.

BERITA PENUH DI SINI


Pembubaran DUN tindakan diatur desak PM bubar Parlimen - Majlis Presiden PH

Mon Jan 24 2022

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah tindakan yang diatur untuk mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen, seterusnya melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan segera, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, katanya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu amat membebankan rakyat terutama ketika isu ekonomi dan COVID-19 masih lagi memberi kesan kepada masyarakat.

BERITA PENUH DI SINI

PDRM tambah, gerak anggota dari negeri lain

Mon Jan 24 2022

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menggerakkan dan menambah anggota polis daripada negeri lain, dalam membantu kelancaran proses pilihan raya negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya menyediakan keanggotaan mencukupi bagi tujuan itu, dan penyusunan gerak kerja berikutnya dilaksanakan oleh ketua polis negeri.

BERITA PENUH DI SINI

PH akan bertanding 56 kerusi DUN - Anwar

Mon Jan 24 2022

Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, PH membuka ruang kepada semua parti pembangkang untuk bertanding di bawah PH bagi menentang UMNO dan Perikatan Nasional (PN).

BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat khas SPR 9 Februari, tentukan tarikh penting

Mon Jan 24 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada 9 Februari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, tarikh mesyuarat itu ditentukan selepas SPR secara rasmi menerima notis dari Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat, berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada Ahad.

BERITA PENUH DI SINI

Khaled Nordin sahkan tidak bertanding, beri laluan kepada muka baharu

Mon Jan 24 2022

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Datuk Hasni Mohammad yang disifatkan melakukan kerja yang baik dalam menerajui negeri.


BERITA PENUH DI SINI

Kes Zahid tidak akan jadi faktor dalam PRN Johor - Mohamad Hasan

Mon Jan 24 2022

Perjalanan kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi faktor utama serangan terhadap parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin politik UMNO boleh dianggap sebagai 'diluted' (menjadi lemah).


BERITA PENUH DI SINI

Pejuang tanding 42 kerusi DUN

Mon Jan 24 2022

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan majoriti Melayu pada pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Bendahari Agung Pejuang, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan untuk bertanding secara solo atau berganding dengan Pakatan Harapan (PH).


BERITA PENUH DI SINI

UMNO bakal bertanding 42 kerusi - Mohamad Hasan

Mon Jan 24 2022

UMNO akan bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbincangan mengenai kerusi tersebut masih belum diadakan, namun itu sasaran parti setakat itu.


BERITA PENUH DI SINI

Undi18: PRN Johor bakal jadi penanda aras

Sun Jan 23 2022

Pilihan Raya Negeri Johor bakal menjadi penanda aras kepada negeri-negeri lain dalam melaksanakan pendaftaran automatik Undi18 dan calon wakil rakyat berusia semuda 18 tahun.

Pengasas Bersama Undi18 Tharma Pillai menyifatkan situasi berkenaan sebagai dinamik baharu dalam politik, melalui penglibatan lebih ramai anak muda.

BERITA PENUH DI SINI

UMNO tentu tidak mahu malu di 'tanah sendiri' - Penganalisis

Sun Jan 23 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat disifatkan sebagai ibu kepada segala PRN kerana sejarah UMNO bermula dari negeri itu.

Justeru, penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub yakin, UMNO tentunya tidak mahu malu atau kecewa di tanah sendiri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bukan sebab tamak kuasa, jaga kluster mahkamah - Pemuda UMNO

Sun Jan 23 2022

Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah kerana tamakkan kuasa atau menjaga kluster mahkamah seperti didakwa sesetengah pemimpin politik.

Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata dengan mengadakan PRN, ia adalah satu usaha demokrasi yang diperlukan bagi mencari sebuah kerajaan kukuh untuk terus mentadbir negeri.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN cadang tanding solo - Hasni

Sun Jan 23 2022

Barisan Nasional (BN) Johor bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN, UMNO ketepi Pas, Bersatu, buat keputusan bubar DUN

Sun Jan 23 2022

Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat secara unilateral tanpa melibatkan perbincangan antara parti yang membentuk kerajaan negeri sedia ada.

Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri berkata keputusan pembubaran itu hanya melibatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), sekali gus mengetepikan Bersatu dan Pas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

BN tidak harap manifesto semata-mata untuk menang

Sun Jan 23 2022

Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan berharap kepada manifesto semata-mata dalam usaha untuk memenangi mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar Johor berkata, beliau tidak melihat janji dalam manifesto sebagai ‘kunci kemenangan’ untuk memenangi sesuatu pilihan raya, sebaliknya yang lebih penting ialah hala tuju yang jelas dan bertanggungjawab.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersatu Johor akan jumpa Pas, Gerakan

Sun Jan 23 2022

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua Bahagian dan jentera parti itu bagi membincangkan secara terperinci persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Setiausaha Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam kenyataan hari ini berkata selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional negeri juga akan diadakan bagi tujuan sama.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH ambil segala langkah perlu siap sedia hadapi PRN Johor

Sun Jan 23 2022

Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengambil segala langkah yang perlu sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama hari ini berkata namun, PH Johor tetap dengan pendirian bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya diadakan kerana rakyat masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19, bencana banjir, isu ekonomi dan sebagainya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Speaker umum Warta Kerajaan DUN bubar

Sun Jan 23 2022

Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Johor, Suhaizan Kaiat pada Ahad memaklumkan Warta Kerajaan berhubung pembubaran DUN Johor berkuat kuasa 22 Januari.

Warta itu memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempunyai peruntukan untuk membubarkan DUN Johor yang ke-14 mengikut Fasal 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kalau BN Pusat beri 'green light', MIC boleh tanding lima kerusi - Hasni

Sun Jan 23 2022

Permintaan MIC Johor untuk bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, boleh dilaksanakan sekiranya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau tidak akan membantah sekiranya Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkannya berbuat demikian.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MB Johor tiba di Taklimat Pilihan Raya MIC Johor

Sun Jan 23 2022

#PRNJohor: MB Johor @Hasni_Johor tiba di Taklimat Pilihan Raya MIC Johor, diiringi Presiden MIC @TSVigneswaranSA

According to reports, MIC is eyeing for five seats - Kahang, Tenggaroh, Mengkibol, Skudai, Tangkak. @501Awani #PolitikJohor pic.twitter.com/jm9IpI07WI

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) January 23, 2022

Pertambahan jumlah pengundi cabaran parti bertanding

Sun Jan 23 2022

MN akan diperkukuh atau fenomena Melaka berulang? - Penganalisis

Sun Jan 23 2022

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, teka-teki mengenai sama ada Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan UMNO akan diperkukuhkan atau sebaliknya, terus menjadi tanda tanya.

Bagi penganalisis politik, Profesor Ahmad Marthada Mohamad, perkembangan terkini menerusi kenyataan dikeluarkan beberapa pemimpin Pas, ujarnya, dilihat berbeza dengan pemimpin tertinggi UMNO.

BERITA PENUH DI SINI

Pengundi muda penentu keputusan PRN

Sun Jan 23 2022

700,000 pengundi baharu, cabaran buat setiap parti politik - Penganalisis

Sun Jan 23 2022

Setiap parti politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu lebih bijak dalam menarik hati pengundi muda.

Menurut penganalisis politik, Profesor Ahmad Marthada Mohamad, jumlah 700,000 pengundi baharu yang akan menunaikan tanggungjawab dalam PRN Johor bakal memberikan satu impak dalam landskap politik negeri itu.

BERITA PENUH DI SINI

Rina harap 30 peratus wanita disenarai sebagai calon PN

Sun Jan 23 2022

Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun berharap Perikatan Nasional (PN) memberi ruang kepada sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita Bersatu dan Wanita PN untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Pas bermain kayu tiga - Pemuda UMNO Kelantan

Sun Jan 23 2022

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kelantan menghormati keputusan Pas untuk kekal bersama parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti itu kekal mempertahankan Perikatan Nasional (PN) yang didaftarkan.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata walaupun Pas Kelantan melalui Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dalam blok Muafakat Nasional (MN) sehingga Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), ianya secara tidak langsung meletakkan UMNO dalam keadaan "dimadukan".

BERITA PENUH DI SINI

PRN Johor ini dipaksakan - Pakatan Harapan

Sun Jan 23 2022

Pakatan Harapan Johor kekal dengan pendirian bahawa Pilihan Raya Negeri kali ini adalah dipaksakan dan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.

Katanya, ketika ini bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya, tatkala banyak isu lain yang mendesak masih belum diselesaikan sepenuhnya.

BERITA PENUH DI SINI

Warisan belum putuskan bertanding PRN Johor

Sat Jan 22 2022

Parti Warisan belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam PRN Johor yang bakal berlangsung.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu.

BERITA PENUH DI SINI

Ketidakstabilan bukan berpunca daripada PH - Akmal Nasir

Sat Jan 22 2022

'PRN Johor cabaran hebat semua parti dapatkan sokongan pengundi baharu'

Sat Jan 22 2022

PRN Johor disifatkan sebagai cabaran hebat kepada semua parti politik untuk meraih sokongan kira-kira 700,000 pengundi baharu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO sudah bersedia menghadapi cabaran itu.

BERITA PENUH DI SINI

MCA masih belum bincang mengenai kerusi PRU, PRN Johor - Wee

Sat Jan 22 2022

MCA masih belum berbincang mengenai kerusi yang bakal ditandingi pada PRU15 atau PRN Johor.

Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bagaimanapun MCA telah siap siaga bagi menghadapi kemungkinan untuk kedua-duanya.

BERITA PENUH DI SINI


Pas nyatakan hasrat bertanding dalam PRN Johor

Sat Jan 22 2022

Pas menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRN Johor.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Pas bagaimanapun belum lagi memuktamadkan berkenaan soal persiapan dan kerjasama dengan mana-mana parti sama ada dengan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN negeri itu.


Kerakusan UMNO Johor berpolitik demi kuasa - Wan Saiful

Sat Jan 22 2022

Perkembangan politik Johor akhir-akhir ini dilihat stabil dan tidak ada sebab untuk diadakan pilihan raya negeri secara tergesa-gesa.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, apa yang terjadi ketika ini memperlihatkan kerakusan UMNO Johor bermain politik demi kuasa, walaupun rakyat masih bergelumang dengan pandemik COVID-19 dan kesan bencana banjir.

BERITA PENUH
DI SINI

BN atau BN Plus, tunggu keputusan pimpinan pusat UMNO

Sat Jan 22 2022

Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor, perlu mendapat mandat pucuk pimpinan dahulu, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

BERITA PENUH DI SINI

Tidak mahu kerajaan terus atas ihsan pembangkang, Hasni mahu mandat baharu

Sat Jan 22 2022

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak mahu Kerajaan Negeri terus bergerak atas ihsan pembangkang, seperti yang terjadi pada masa kini.

ADUN Benut itu berkata, sebagai contoh, beberapa rundingan dalam DUN tidak dapat berjalan kerana majoriti tipis satu kerusi, serta faktor Speaker DUN merupakan parti pihak lawan.


PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN

Sat Jan 22 2022

Pakatan Harapan Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi PRN Johor.

Pengerusi PH Johor Aminolhuda Hassan berkata kedua-dua pihak turut berbincang mengenai pengagihan kerusi meskipun gabungan parti itu berpendirian tiada keperluan PRN di negeri itu diadakan ketika ini, namun tetap bersedia jika pengumuman itu dibuat.

BERITA PENUH DI SINI

MIC Johor harap BN kekal kerusi tradisi

Sat Jan 22 2022

MIC Johor berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional akan mengekalkan empat kerusi tradisinya untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri.

Ketua Penerangan MIC Johor S. Deva berkata kerusi terbabit ialah DUN Tenggaroh dan Kahang yang dimenangi pada PRU14 serta kerusi yang tewas iaitu Gambir dan Skudai




PRN Johor akan jadi penentu hidup mati Muafakat Nasional - Penganalisis

Sat Jan 22 2022

Pilihan Raya Negeri akan menjadi kunci sama ada kerjasama Pas dan UMNO menerusi Muafakat Nasional harus dikuburkan atau perlu disegarkan kembali.

Penganalisis politik, Profesor Madya Sivamurugan Pandian menjelaskan situasi itu timbul ekoran pendirian tidak jelas Pas mengenai kerjasama dengan UMNO yang dibentuk sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Sat Jan 22 2022

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa Sabtu (22 Januari) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri, diadakan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada Sabtu. 

BERITA PENUH DI SINI

DUN Johor bubar

Sat Jan 22 2022

DUN Johor bubar

Sat Jan 22 2022

Sidang media Menteri Besar Johor

Sat Jan 22 2022
#PRN Johor#Johor Memilih#Barisan Nasional#Asyraf Wajdi Dusuki
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.