Kesahihan surat tidak berlogo dan bernama tidak dapat disahkan- Zambry
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata tidak dapat mengulas lanjut mengenai surat mengatakan Ahli Parlimen BN menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya dihubungi oleh pelbagai pihak dan media untuk mengesahkan surat tidak berlogo dan bernama yang tersebar sejak semalam berkaitan dengan Ahli-ahli Parlimen BN," katanya.
BERITA PENUH DI SINI
"Najib puncanya", Tun Mahathir nafi jadi punca perbalahan dalam UMNO
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai punca perbalahan dan perpecahan yang dilihat berlaku di dalam UMNO ketika ini.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, individu yang paling layak dipersalahkan bagi perkara itu adalah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO Perak mahu semua hormati keputusan MKT
Badan Perhubungan UMNO Perak mahu semua pihak menghormati keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri serta-merta.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor khususnya ketika rakyat sedang mendepani suasana semasa yang sukar.
BERITA PENUH DI SINI
Tidak perlu pujuk-memujuk, tumpu usaha uruskan pandemik - Faizal Azumu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) percaya, tidak perlu usaha pujuk-memujuk bagi memastikan Ahli Parlimen terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang Sidang Khas Parlimen 26 Julai ini.
Bersatu juga yakin, Ahli-Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), termasuk dari Barisan Nasional (BN) akan terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
BERITA PENUH DI SINI
Adun PN Perak komited terus sokong Menteri Besar UMNO
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN) Perak akan terus menyokong Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dan kekal dengan pendirian untuk bekerjasama.
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata komitmen itu tidak berubah walaupun UMNO sudah membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BERITA PENUH DI SINI
Desak PM berundur: Kenyataan Ahmad Zahid pelanggaran titah Agong - Pemuda PN
Pemuda Perikatan Nasional (PN) menolak desakan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletakkan jawatan.
Menerusi kenyataan bersama, Pemuda PN berkata tindakan tersebut merupakan satu bentuk pelanggaran kepada titah Yang di-Pertuan Agong, yang telah menitahkan agar semua bentuk politiking dihentikan bagi memastikan urusan negara difokuskan kepada memulihkan keadaan negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kedudukan Muhyiddin tidak tergugat - Penganalisis
Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak tergugat kerana ketiadaan sebarang usul tidak percaya atau kelulusan dalam isu berkenaan di Parlimen.
Penganalisis politik, Chandra Muzaffar berpendapat, sehingga kini masih belum ada usul atau resolusi sah dari segi undang-undang yang menafikan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri mula tugas Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.
Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Tukar perdana menteri bukan jaminan COVID-19 berakhir - Penganalisis
Pertukaran perdana menteri bukan satu jaminan angka COVID-19 akan berakhir, tegas Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.
Katanya, banyak faktor lain yang menentukan jumlah kes jangkitan pandemik, terutama kehadiran varian baharu kini yang sudah di luar kawalan banyak negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Ismail Sabri boleh kembalikan kepimpinan UMNO - Penganalisis
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri secara logiknya harus dillihat sebagai langkah mudah bagi UMNO untuk kembali menerajui pucuk kepimpinan negara.
Bagaimanapun, pelantikan Naib Presiden UMNO itu dilihat seolah-olah tidak diterima dengan baik oleh UMNO sendiri.
BACA BERITA PENUH DI SINI.
Najib nafi terlibat dalam kenyataan Ahli Parlimen BN sokong kerajaan PN
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersepakat menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis berkata, tidak pernah bersetuju untuk melanggar arahan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO seperti yang dinyatakan dalam mesyuarat malam tadi berkenaan dengan tindakan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BERITA PENUH DI SINI
Ahli-ahli Parlimen BN umum kekal sokong PN, Muhyiddin demi agenda bela rakyat
Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengumumkan sepakat untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri untuk meneruskan agenda membela rakyat.
Menurut Ahli-ahli Parlimen BN dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata, pendirian itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Politik bukan cara tangani masalah rakyat - Tun M
Politik bukanlah cara untuk menangani masalah dihadapi rakyat yang kini tertekan dan mengalami kesukaran hidup akibat COVID-19.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, justeru parti itu mahu semua pihak meletakkan usaha memulihkan keadaan rakyat sebagai fokus paling utama.
BERITA PENUH DI SINI
Tun M tidak berminat jadi PM interim, enggan terlibat 'percaturan politik' ketika ini
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi bayangan tidak berminat dengan jawatan Perdana Menteri interim susulan perkembangan politik semasa ketika ini.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, fokus Pejuang ketika ini adalah untuk mengatasi krisis kesihatan yang melanda negara.
BERITA PENUH DI SINI
Kenderaan menteri, timbalan menteri keluar masuk ke kediaman PM
Beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan timbalan menteri dilihat keluar dan masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sepanjang hari ini.
Bagaimanapun tiada sebarang maklumat yang diberikan kepada pengamal media yang berkumpul di kawasan itu sejak pagi tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin dijangka menghadap Agong petang ini
Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.
Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).
BERITA LANJUT MENYUSUL
PM, jemaah menteri kekal berfungsi seperti biasa - Peguam Negara
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
Kekal sokong GRS, bukti UMNO Sabah utamakan rakyat
Keputusan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meneruskan sokongan kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah mengukuhkan lagi status autonomi parti itu di Sabah.
Selain itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata ia juga menunjukkan bahawa UMNO Sabah adalah parti yang mengutamakan rakyat Sabah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Keputusan MKT UMNO bukan bermaksud tarik sokongan kepada kerajaan PN - Najib Razak
Keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi bukan bermaksud menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berpendapat keputusan itu bermaksud UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap bagi menyelesaikan isu COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINI
MKT UMNO cadang PM baharu ganti Muhyiddin, berfungsi 6 hingga 12 bulan - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencadangkan seorang Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri itu hanya berfungsi untuk satu tempoh terhad antara enam bulan hingga setahun bergantung kepada keadaan COVID-19 terutama aspek vaksinasi dan imunisasi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada lewat Rabu malam yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum ke tahap Kerajaan telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata apa yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu hanyalah pendirian parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
MIC hormati keputusan UMNO namun perlu bincang dalam BN - Saravanan
MIC menghormati keputusan UMNO yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan walau bagaimanapun menegaskan perkara tersebut turut perlu dimuktamadkan di peringkat Barisan Nasional (BN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan tergantung jika Menteri UMNO tarik diri - Penganalisis
Memahami hala tuju politik, pentadbiran kerajaan
Penzahiran sokongan mesti datang daripada Ahli Parlimen UMNO sendiri - Penganalisis
Keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendesak beliau berundur, memberi kesan kepada pentadbiran dan hala tuju politik negara.
Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali, berpendapat, ia mungkin gambaran hasrat parti itu untuk mewujudkan kerajaan sementara sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kenyataan Presiden tidak menggambarkan keputusan MKT UMNO - Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi tidak menggambarkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.
Menurutnya, beliau mendapat maklumat itu dari beberapa ahli MKT yang menghubunginya sebaik Ahmad Zahid selesai mengeluarkan kenyataan media.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Suhu politik naik: Apa disebalik pelantikan TPM dan Menteri Kanan
UMNO Sabah kekal dengan GRS, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa - Bung Moktar
UMNO Sabah kekal dengan pendirian bersama rakan komponen dan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sehubungan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Kerajaan Sabah ditadbir GRS masih berfungsi seperti biasa dan menjalankan tugas demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin demi kebajikan rakyat - Azalina
Tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bagi memberi fokus kepada kebajikan rakyat dan proses vaksinasi COVID-19.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman dalam muat naik di akaun Facebook miliknya, pada Khamis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tamat sokongan terhadap Muhyiddin demi rakyat - Pemuda UMNO Kuala Kangsar
Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Kangsar menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu untuk menamatkan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.
Ketuanya, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, ia selaras keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang konsisten dengan kehendak kolektif ahli akar umbi di seluruh negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Negara makin meleset, UMNO wajar tampil dengan satu pendirian - Tok Mat
Apabila keadaan negara yang semakin meleset, UMNO wajar tampil dengan satu pendirian.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO tidak pernah diasaskan demi kepentingan lain kecuali memperjuangkan bangsa, Melayu dan Rakyat Malaysia.
Ini termasuk memuliakan Islam, memelihara kehormatan Institusi Diraja dan membangun negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rakyat di paras tertinggi 'bosan, kecewa dan marah' lihat gelagat ahli politik - Penganalisis
Rakyat berada di paras tertinggi bosan, kecewa dan marah melihat gelagat ahli politik seolah-olah mengutamakan kuasa dan kedudukan daripada kepentingan rakyat.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani COVID-19, pemulihan dan menyegerakan vaksinasi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan PN kini jatuh, kerajaan interim sebagai penyelesaian awal - Mujahid
Kerajaan interim dilihat sebagai satu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku susulan penarikan diri UMNO daripada menyokong perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa menerusi akaun Facebooknya mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini dilihat telah jatuh.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sidang media Presiden UMNO dari Menara Dato' Onn
UMNO tegas tidak terima Anwar, DAP dan PH
Kerajaan gagal urus kebajikan rakyat, kes bunuh diri meningkat
Sokongan UMNO kepada Muhyiddin Yassin ditarik balik, ditamatkan serta-merta
Kerajaan gagal dalam memenuhi segala hasrat UMNO, aspirasi rakyat
UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta
UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta-merta.
Menurut Ahmad Zahid, segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokongan terhadap Muhyiddin sebelum telah gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO desak Muhyiddin berundur
UMNO menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Perdana Menteri, namun menegaskan tidak akan menyokong usaha menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata desakan terhadap Muhyiddin dibuat kerana beliau didakwa gagal memenuhi mandat sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) dan tujuh aspirasi rakyat yang digariskan ketika itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Suasana di Menara Dato' Onn sewaktu mesyuarat MKT UMNO berlangsung. Penstriman di YouTube Astro AWANI
Demi kepentingan rakyat, Ku Li sedia jadi PM Interim
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak menolak sekiranya diberi kepercayaan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri interim jika negara sekali lagi berdepan krisis politik.
Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berpendapat, sesiapa sahaja termasuk dirinya akan memikul tanggungjawab tersebut jika ia dibuat demi kepentingan rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO turunkan darjat bekerjasama dengan Bersatu
UMNO turun darjat bekerjasama dengan Bersatu - Ku Li
UMNO sepatutnya tidak menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ia menurunkan darjat parti itu, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran UMNO yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan kerjasama itu sejak dari awal.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pelantikan Ismail, Hishammuddin tepat, bantu stabil dan perkukuh kerajaan - Parti komponen
Pemimpin parti komponen dan parti penyokong Perikatan Nasional (PN), menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyifatkan pelantikan itu sebagai tepat.
Rata-rata mereka melahirkan pandangan Menteri Pertahanan itu mampu menstabil dan memperkukuh kerajaan dengan pengalaman yang cukup luas di dalam kabinet serta parti, terutama dalam situasi negara sedang mengurus pandemik COVID-19 ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM tenangkan kerjasama parti politik dalam PN
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri mampu memberi ketenangan kepada kerjasama parti politik dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Felo Penyelidikan Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ia sekali gus meredakan kritikan UMNO yang mempersoalkan mengenai peranan dan kedudukan mereka dalam kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pelantikan Ismail Sabri redakan kritikan UMNO
Ahmad Zahid tidak berupaya beri penaungan politik
Pelantikan TPM, impak kepada Sabah & Sarawak
Pelantikan TPM & Menteri Kanan Baharu
Parti komponen PN, PBS yakin kemampuan Ismail Sabri sebagai TPM
Beberapa parti komponen dan rakan kongsi Perikatan Nasional (PN) di Sabah menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Kanan Luar.
Bagi Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, rombakan kecil dalam jemaah menteri itu akan mengukuhkan kerajaan dan barisan Kabinet PN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Apa keputusan mesyuarat MKT UMNO malam ini?
Hanya berbaki beberapa jam sebelum Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadualkan bermesyuarat pada malam Rabu.
Persoalan besar adakah sebarang keputusan penting akan dibuat menerusi mesyuarat itu seperti didakwa sebelum ini yang dikatakan antara lain bakal membincangkan berhubung kerjasama UMNO dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri kini TPM, Hishamuddin Menteri Kanan
Reaksi pelantikan TPM oleh Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN)
Ismail Sabri sebagai TPM: Impaknya dan apa selepas ini?
Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin langkah awal pemulihan UMNO - Prof Ulung
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dilihat sebagai strategi membersihkan persepsi rakyat terhadap UMNO.
Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) dan Pengarah KITA-UKM, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berpendapat, dua sosok yang dilihat bersih itu dijangka mendapat sokongan daripada ahli akar umbi untuk dipilih sebagai wakil parti yang lebih meyakinkan kepada rakyat khalayak.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM adalah amat tepat - Pas
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan keseluruhan kepimpinan parti itu yakin pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah amat tepat.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa pelantikan Ismail itu berdasarkan pengalaman pemimpin berkenaan sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
MCA sambut baik pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM
MCA menyambut baik pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, MCA yakin pelantikan ini akan mengukuhkan lagi pentabiran kerajaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Reaksi pelantikan TPM oleh Felo Penyelidikan Ilham Centre
Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI