UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM

Anwar menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.

Astro Awani
Peringatan itu disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya baru-baru ini dan sekiranya wujud rasuah dalam pentadbirannya, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta. - Astro AWANI

Transformasi sistem perkhidmatan kesihatan negara

Wed Dec 14 2022

Cabaran mendepani cuaca ekstrem, usaha atasi isu untuk jangka panjang

Wed Dec 14 2022

PM digesa tolak tuntutan Dong Zong

Tue Dec 13 2022

Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuntutan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pengiktirafan itu tidak selari dengan sistem pendidikan kebangsaan yang sudah sedia ada iaitu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Jawatan Timbalan Menteri: 'Gembira tapi ada kerisauan' - Adam Adli

Mon Dec 12 2022

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim menganggap jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang digalasnya sekarang merupakan tanggungjawab besar yang tidak boleh dipandang ringan.

Mengakui gembira namun risau dengan pelantikan itu, Adam Adli menegaskan beliau akan sentiasa berhati-hati kerana tidak mahu tidak tersilap langkah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perlu pastikan tiada lagi kerosakan akibat rasuah dalam industri sukan - Adam Adli

Mon Dec 12 2022

Industri sukan di Malaysia mempunyai banyak potensi namun langkah perlu diambil bagi memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat kes rasuah.

Demikian pandangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Adam Adli Abd Halim, ketika ditanya pendapat beliau mengenai sektor sukan di negara ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan

Mon Dec 12 2022

Dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong memulakan hari pertama mereka di Kementerian Kewangan pada Isnin.

Kedua-dua mereka dilihat memasuki bangunan itu jam 9.58 pagi dan menggunakan kad akses buat pertama kalinya di laluan ke lif menandakan bermulanya tugas mereka secara rasmi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Syarikat cleantech adalah jalan terbaik Malaysia - CEO EMIR Research

Mon Dec 12 2022

Kerajaan baharu Malaysia perlu menggubal dasar strategik, insentif dan direktif untuk menggalakkan kelancaran penghijrahan bagi penubuhan syarikat teknologi bersih (cleantech) sebagai jalan ke hadapan dalam mencapai kejayaan ekonomi.

Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang mampu meningkatkan kesihatan jangka panjang alam sekitar yang semakin mendapat permintaan pasaran, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Fokus bekerja bantu rakyat bukan cari silap parti lawan - Shahidan

Sun Dec 11 2022

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta terus fokus bekerja untuk membantu rakyat bagi menangani kos sara hidup dan bukannya mencari kesalahan parti lawan.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan dan sikap pemimpin politik dalam kerajaan yang berterusan mencari kesilapan parti lawan dilihat seperti parti pembangkang.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pelantikan timbalan menteri mengecewakan - Pemuda Gerakan

Sun Dec 11 2022

Pemuda Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) menyifatkan pelantikan timbalan menteri amat mengecewakan kerana bertentangan dengan aspirasi ingin dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebuah kerajaan berkaliber.

Menurut pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Wong Chia Zhen, Perdana Menteri seringkali menyebut tentang pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri bukan sebagai ganjaran ke atas sokongan terhadap beliau tetapi atas komitmen ke atas 'tata kelola' dan nilai murni yang lain.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PH laksana jelajah di enam negeri sebagai persediaan PRN

Sun Dec 11 2022

Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan program jelajah bermula awal tahun depan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Ketua Setiausaha PH, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah tugas 'maha mustahak' gabungan itu dalam usaha meyakinkan pengundi di keenam-enam negeri untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perkasa jawatankuasa pilihan khas pastikan proses semak dan imbang lebih terbuka - Penganalisis

Sun Dec 11 2022

Proses semak dan imbang Kerajaan Perpaduan sememangnya sudah wujud secara sendiri memandangkan ia terdiri daripada komponen parti politik yang pelbagai.

Namun begitu, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor, Dr Ng Ming Yip berkata, pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas adalah antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan proses yang lebih terbuka dan telus.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PH mula jelajah enam negeri awal Januari

Sun Dec 11 2022

"Saya diberi mandat memimpin dengan hutang negara lebih RM1 trilion" - PM Anwar

Sun Dec 11 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau diberi mandat memimpin dalam keadaan hutang negara lebih RM1 trilion.

Beliau berkata, perkara itu bukan fitnah sebaliknya angka diperoleh selepas meneliti setiap agensi yang mana berlaku kebocoran dan ketirisan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM Anwar

Sun Dec 11 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.

Tegasnya, peringatan itu disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya baru-baru ini dan sekiranya wujud rasuah dalam pentadbirannya, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRN: PN Negeri Sembilan sasar menang sekurang-kurangnya 19 kerusi

Sun Dec 11 2022

Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekali gus membolehkan PN membentuk kerajaan negeri.

Pengerusinya Datuk Eddin Syazlee Shith berkata meskipun bukan perkara mudah, dengan usaha barisan kepimpinan yang komited selain kemenangan di kerusi Parlimen Padang Serai kepada PN baru-baru ini memberi isyarat bahawa perkara itu tidak mustahil untuk dicapai.


BACA BERITA PENUH DI SINI

DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri

Sun Dec 11 2022

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ADUN Perling Liew Chin Tong atas pelantikan masing-masing sebagai menteri dan timbalan menteri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Berita Tumpuan & Pasca Pembentukan Kabinet

Sun Dec 11 2022

Kelulusan segera pekerja asing mengurangkan kesukaran perniagaan - MEF

Sat Dec 10 2022

Tindakan segera dalam membawa 373,459 pekerja asing masuk ke negara ini melalui Visa Secara Rujukan berdasarkan permohonan majikan sejak Jan hingga 4 Dis lepas telah meringankan kesukaran yang dihadapi oleh banyak perusahaan dalam operasi harian dan keperluan perniagaan mereka.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 403,869 permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen.


BACA BERITA PENUH DI SINI

#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan

Sat Dec 10 2022

Senarai penuh anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan

Sat Dec 10 2022

Berikut adalah senarai penuh anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan:



Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim



Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Seri Fadillah Yusof



Jabatan Perdana Menteri

Undang-undang dan Reformasi Institusi

Menteri: Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri: Ramkarpal Singh



Hal Ehwal Agama

Menteri: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar



Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas

Menteri: Datuk Armizan Mohd Ali

Timbalan Menteri: Datuk Wilson Ugak Kumbong



Kementerian Kewangan

Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ahmad Maslan

Steven Sim Chee Keong



Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Rubiah Wang



Kementerian Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Datuk Siti Aminah Aching



Kementerian Pengangkutan

Menteri: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Menteri: Datuk Hasbi Habibollah



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Menteri: Mohamad Sabu

Timbalan Menteri: Chan Foong Hin



Kementerian Ekonomi

Menteri: Mohd Rafizi Ramli

Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib



Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

Menteri: Nga Kor Ming

Timbalan Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir



Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Menteri: Adly Zahari



Kementerian Kesihatan

Menteri: Dr Zaliha Mustafa

Timbalan Menteri: Lukanisman Awang Sauni



Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad



Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri: Liew Chin Tong



Kementerian Pendidikan Tinggi

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Mohammad Yusof Apdal



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Chang Lih Kang

Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Aiman Athirah Sabu



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Menteri: Datuk Seri Salahuddin Ayub

Timbalan Menteri: Fuziah Salleh



Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Menteri: Nik Nazmi Nik Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Seri Huang Tiong Sii



Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri: Datuk Ewon Benedick

Timbalan Menteri: K. Saraswathy



Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Timbalan Menteri: Datuk Mohamad Alamin



Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akbar Khan



Kementerian Komunikasi dan Digital

Menteri: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Timbalan Menteri: Teo Nie Ching



Kementerian Pendidikan

Menteri: Fadhlina Sidek

Timbalan Menteri: Lim Hui Ying



Kementerian Perpaduan Negara

Menteri: Datuk Aaron Ago Anak Dagang



Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri: Adam Adli Abd Halim



Kementerian Sumber Manusia

Menteri: V.N. Sivakumar

Timbalan Menteri: Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Ahmad Maslan ketuai kumpulan pertama angkat sumpah Timbalan Menteri

Sat Dec 10 2022

Kabinet Kerajaan Perpaduan: 27 Timbalan Menteri selesai angkat sumpah jawatan

Sat Dec 10 2022

27 Timbalan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Sabtu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dewan Rakyat 19 Dis: Apa berlaku hari pertama?

Sat Dec 10 2022

Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember 2022.

Ini merupakan sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan secara tradisinya ada beberapa aturan yang perlu disempurnakan pada setiap permulaan sesuatu Parlimen.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dalam Kerajaan Perpaduan

Sat Dec 10 2022

Parti Bangsa Malaysia (PBM) kecewa apabila tiada wakil parti itu dilantik sebagai menteri mahupun timbalan menteri dalam senarai Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Datuk Larry Sng berkata, kekecewaan itu disebabkan PBM antara parti terawal menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bersatu Sabah keluar Bersatu

Sat Dec 10 2022

Bersatu Sabah keluar parti, umum tubuh parti tempatan

Sat Dec 10 2022

Semua ahli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan keluar meninggalkan parti hari ini.

Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Fokus ke arah sektor pelancongan penyumbang terbesar KDNK negara

Sat Dec 10 2022

PM Anwar umum pelantikan 27 Timbalan Menteri

Fri Dec 09 2022

Kabinet Perpaduan Nasional 2022

Fri Dec 09 2022

Setiap kementerian perlu buat penilaian impak gerak kerja - Penganalisis politik

Fri Dec 09 2022

Penganalisis politik Prof. Madya Sharifah Syahirah Syed Sheikh menyarankan setiap kementerian menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan membuat penilaian impak gerak kerja untuk mengukur pencapaian masing-masing.

Dengan itu, keberkesanan setiap pelan dan tindakan terhadap rakyat dan negara dapat dilihat dan dijadikan panduan untuk memastikan prestasi sesuatu kementerian itu berada pada tahap terbaik.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tujuh ahli Parlimen dari Sabah dilantik Timbalan Menteri

Fri Dec 09 2022

Tujuh ahli Parlimen dari Sabah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Tujuh yang dilantik itu ialah Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching yang memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammad Yusof Apdal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Majoriti barisan Timbalan Menteri muka baharu

Fri Dec 09 2022

Senarai 27 timbalan menteri yang akan menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan majoritinya terdiri daripada muka baharu.

Antara muka baharu yang bakal membantu mengemudi kementerian masing-masing ialah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan; serta Naib Presiden PKR K. Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Amirudin sambut baik barisan kabinet Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 09 2022

Pengerusi Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik senarai anggota Kabinet yang dipilih dalam Kerajaan Perpaduan.

Amirudin berkata walaupun hanya terdapat dua menteri dan seorang timbalan menteri daripada Harapan Selangor, beliau percaya dengan percaturan serta kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membuat keputusan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

KKDW akronim Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Zahid

Fri Dec 09 2022

Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri bagi kementerian berkenaan berkata nama kementerian tersebut dalam Bahasa Inggeris pula ialah Ministry of Rural and Regional Development.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ini senarai penuh menteri, timbalan menteri Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 09 2022

Persoalan mengenai siapa akan dilantik sebagai timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan akhirnya terjawab selepas tujuh hari pengumuman barisan Jemaah Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang media di Pejabat Perdana Menteri mengumumkan 27 timbalan menteri.

BACA SENARAI MENTERI, TIMBALAN MENTERI DI SINI

Ahmad Maslan di Kementerian Kewangan, ini senarai timbalan menteri diumum PM Anwar

Fri Dec 09 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan senarai timbalan menteri Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Beliau berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

BACA SENARAI PENUH TIMBALAN MENTERI DI SINI

[VIDEO] Pengumuman senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 09 2022

Ahmad Maslan di Kementerian Kewangan, ini senarai timbalan menteri diumum PM Anwar

Fri Dec 09 2022

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan senarai timbalan menteri Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Beliau berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 09 2022

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Adam Adli

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Siti Aminah Aching

Timbalan Menteri Pengangkutan - Hasbi Habibullah

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Chang Fong Chin

Timbalan Menteri Ekonomi - Datuk Hanifah Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan - Adly Zahary

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr Samsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Liew Ching Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Yusuf Apdal

Timbalan Menteri Sains dan Teknologi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Fuziah Salleh

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Saraswathy Kandasamy

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Khairul Firdaus Akhbar Khan

Timbalan Menteri Pendidikan - Lim Hui Ying

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilson Ugak Kumbong

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri

Fri Dec 09 2022

Tumpuan pengamal media sekali lagi terarah di Pintu Utama Istana Negara petang ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengamal media mula berkumpul pada 2.30 petang selepas Anwar dilaporkan menghadap Seri Paduka petang ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Timbalan Menteri: PM Anwar dijangka guna formula sama seperti pelantikan Menteri - Jeniri

Fri Dec 09 2022

Pelantikan barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melibatkan formula parti yang mendokong kerajaan itu.

Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Jeniri Amir, beliau percaya pertimbangan dibuat sewajarnya oleh Anwar untuk memastikan Kerajaan Perpaduan terus kukuh di bawah pentadbirannya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Patut ada ramai lagi etnik minoriti dalam Kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ - UNDI18

Fri Dec 09 2022

Isu Pengangkutan Awam: Pemeriksaan rel dalam bandar

Fri Dec 09 2022

Rodziah tak harap jawatan timbalan menteri

Fri Dec 09 2022

Saya tidak terima apa-apa tawaran, tidak melobi, hanya buat kerja seperti biasa, kata Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail yang disebut-sebut turut tersenarai dalam mengisi jawatan timbalan menteri dalam kabinet.

Rodziah yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor berkata, beliau ketika ini hanya memberi tumpuan kepada jawatannya di peringkat negeri dan tidak tamak untuk mengisi jawatan penting di peringkat nasional.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen Langkawi perjelas status kesihatan

Fri Dec 09 2022

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah memperjelaskan status kesihatan beliau setelah dipersoal segelintir pihak yang mendakwa dirinya terlantar sakit.

Beliau mengakui menghidap penyakit buah pinggang, namun menegaskan mampu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tewas di Padang Serai bukan indikator mutlak rakyat tolak PH-BN

Fri Dec 09 2022

Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Padang Serai bukanlah indikator mutlak bagi merumuskan penolakan rakyat terhadap gabungan PH dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini kerana kerjasama PH-BN itu telah berjaya menzahirkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.


BACA BERITA PENUH DI SINI

KKM teliti semula Dasar Generasi Penamat - Dr Zaliha

Fri Dec 09 2022

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.

"(Dasar GEG) itu ada baiknya secara umum bagi saya, tetapi saya perlu lihat dari segi pelaksanaannya. Pelaksanaan itu apabila kita nak sampai ke sesuatu keputusan, kadang-kadang (pelaksanaan) tidak boleh drastik... itu saya akan tengok," katanya ketika menjadi tetamu di program Bersama Pemimpin terbitan Bernama Radio di sini pada Khamis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perlu ada MoU sebagai pengikat, panduan hala tuju kerajaan - UNDI18

Thu Dec 08 2022

Perlunya ada satu dokumen yang mengikat persefahaman semua komponen kerajaan supaya langkahnya senada dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kata pengasas bersama UNDI18 Tharma Pillai, ia juga menjadi panduan untuk memastikan wujudnya komunikasi yang baik antara mereka serta penyampaian maklumat yang jelas kepada rakyat tentang hala tuju kerajaan yang disepakati bersama.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian

Thu Dec 08 2022

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Ahmad Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat tersebut selesai.

BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri, Mahdzir Khalid tidak hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini

Thu Dec 08 2022

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Menurutnya, Ismail Sabri memohon maaf kerana tidak dapat hadir memandangkan Ahli Parlimen Bera itu perlu menghadiri program lain pada masa yang sama.

BERITA PENUH DI SINI

Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar

Thu Dec 08 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).

Jelas beliau, tindakan pihak tertentu menyebarkan khabar angin dengan mengaitkan penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dengan usaha itu sebagai berniat jahat dan bertujuan untuk mengganggu pentadbiran GRS-BN di negeri itu.

BERITA PENUH DI SINI

Kebebasan media antara komitmen Kerajaan Perpaduan - Fahmi Fadzil

Thu Dec 08 2022

Kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara kaedah bagi merealisasikan matlamat itu.

BERITA PENUH DI SINI

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

Thu Dec 08 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu memohon maaf tanpa syarat kerana didakwa memfitnah beliau berhubung penerimaan gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor dalam satu rakaman video.

Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menuntut Ahmad Amzad meminta maaf kerana mempertikai pengampunan yang diperoleh bagi sabitan kes beliau.

BERITA PENUH DI SINI

#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kepakaran jadi pertimbangan utama pemilihan timbalan menteri

Thu Dec 08 2022

Pengisian jawatan timbalan menteri dijangka selesai dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Sebagaimana proses melantik menteri Kabinet, pemilihan timbalan menteri tertakluk kepada peraturan tertentu dan bergantung kepada jumlah Ahli Parlimen gabungan parti yang membentuk kerajaan.

Daripada 3,028 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 91 peratus memilih kepakaran sebagai pertimbangan utama dalam memilih timbalan menteri.

BERITA PENUH DI SINI


Pas kritik langkah SPR adakan pilihan raya pada hari bekerja

Thu Dec 08 2022

Majlis Tertinggi PN bincang cadangan PRN diadakan serentak - Tuan Ibrahim

Thu Dec 08 2022

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya (PRN) di tiga negeri yang dikuasainya secara serentak atau sebaliknya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan terperinci akan dibuat pada mesyuarat pimpinan PN.


BERITA PENUH DI SINI

Isu RM600 bilion: 'Tiada apa yang disorok, saya akan bekerjasama' - Tengku Zafrul

Thu Dec 08 2022

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dirinya tidak mendapat sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion dalam kerajaan terdahulu.

Ujar Tengku Zafrul, tiada isu yang ingin diselindungi, malah beliau bersedia memberi kerjasama sekiranya di panggil memberi keterangan.

BERITA PENUH DI SINI

Keputusan Padang Serai bukti rakyat tolak kerajaan PH-BN - Muhyiddin

Thu Dec 08 2022

Perikatan Nasional menganggap kemenangan calon mereka di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di DUN Tioman adalah bukti rakyat tidak meyakini kerajaan campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ketika ini.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, undi yang diberikan pemilih di kawasan parlimen tersebut menunjukkan petanda positif buat parti terbabit yang mendapat sokongan padu.

BERITA PENUH DI SINI

Pilihan raya di enam negeri wajar diadakan serentak - SPR

Wed Dec 07 2022

Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya berharap dapat melaksanakan Pilihan Raya Negeri di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, secara serentak.

Menurut Pengerusi SPR itu, sekiranya harapan berkenaan dapat direalisasikan, ia dapat memudahkan urusan SPR terutama dari segi pengurusan termasuk melakukan penyelarasan serta persiapan awal.

BERITA PENUH DI SINI


Azman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai

Wed Dec 07 2022

Ahli Parlimen Padang Serai yang baharu dipilih Datuk Azman Nasrudin berkata beliau akan membawa aspirasi dan suara rakyat di kawasan itu ke Dewan Rakyat serta memastikan hak mereka sentiasa terjamin.

Azman berkata beliau beraspirasi bersama Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil rakyat lain yang dipilih pada PRU15 untuk jadi pembangkang berwibawa dan memantau tindak-tanduk kerajaan.

BERITA PENUH DI SINI


PRU15: PN rampas Padang Serai daripada PH, catat kemenangan majoriti besar

Wed Dec 07 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin, menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas memperoleh 51,637 undi, mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi dan calon Barisan Nasional (BN), C. Sivaraajh (2,983 undi).

BN menang di DUN Tioman

Wed Dec 07 2022

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti 573 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Beliau memperolehi 8,080 undi bersamaan 48.95 peratus daripada keseluruhan undi dalam persaingan lima penjuru itu.

Sementara itu, Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi 7,507 undi atau 45.47 peratus.

PRU15: PN mendahului di Padang Serai, di DUN Tioman BN

Wed Dec 07 2022

TIDAK RASMI: 

Perikatan Nasional sedang mendahului di Parlimen (P107) Padang Serai dengan memperolehi 16,594 undi setakat 8.20 malam. 

Barisan Nasional mendahului di Tioman (N42) dengan memperolehi 7,714 undian, juga setakat 8.20 malam.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI
DI SINI

Proses pengiraan undi bermula

Wed Dec 07 2022

Pusat pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman, tutup

Wed Dec 07 2022

Pusat-pusat pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.

Seramai 161,063 pengundi daftar pemilih berdaftar layak mengundi bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Segelintir pengundi di Padang Serai tidak tahu calon tarik diri

Wed Dec 07 2022

Beberapa pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai masih tidak mengetahui tentang dua calon kerusi itu yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak.

Seorang pelajar Azieza Nour Afifah Azman Zahidi, 20, berkata sebagai pengundi kali pertama beliau sememangnya teruja untuk menunaikan tanggungjawab itu namun tidak mengetahui ada calon yang menarik diri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PRU15: Padang Serai, Tioman: Lebih 54 peratus keluar mengundi setakat 4 petang - SPR

Wed Dec 07 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 4:00 petang:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 63%

DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 54%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) December 7, 2022

PRU15: Padang Serai, Tioman: Lebih 50 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR

Wed Dec 07 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 3:00 petang:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 57%

DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 50%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) December 7, 2022

PRU15: Padang Serai, Tioman: Lebih 45 peratus keluar mengundi setakat 2 petang - SPR

Wed Dec 07 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 2:00 petang:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 49%

DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 45%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) December 7, 2022

PRU15: Padang Serai, Tioman: Lebih 41 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR

Wed Dec 07 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 1:00 tengah hari:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 43%

DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 41%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) December 7, 2022

Calon tarik diri tetap diisytihar pemenang jika dapat undi tertinggi - Pengerusi SPR

Wed Dec 07 2022

Calon yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi Parlimen Padang Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan tetap diisytiharkan sebagai pemenang sekiranya memperoleh jumlah undi yang tertinggi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata ia kerana kesemua calon sedia ada telah disahkan layak bertanding pada hari penamaan calon 24 Nov lepas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Statistik keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari

Wed Dec 07 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 12:00 tengah hari:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 36%

DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 35%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) December 7, 2022

Statistik keluar mengundi setakat jam 11 pagi

Wed Dec 07 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 11:00 pagi:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 28%

DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 27%

Sumber: SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) December 7, 2022

Calon BN dan PN DUN Tioman selesai mengundi

Wed Dec 07 2022

Dua dari lima calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hari ini, selesai mengundi awal pagi ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim tiba di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemuk, di sini, dan membuang undi pada jam 8.30 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiga adik beradik selesai mengundi

Wed Dec 07 2022

#Pahang Tiga adik beradik, Nur Hasmimi, 19, Nur Annisa, 23, & Nur Izarani Abdul Razak, 24, menunjukkan jari kelingking yang telah ditanda dakwat kekal selepas mengundi bagi #PRU15 DUN Tioman di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemuk hari ini. pic.twitter.com/6FA2xKGEQM

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Kenapa jari kelingking?

Wed Dec 07 2022

Penggunaan jari kelingking untuk ditanda dakwat kekal adalah bagi membezakan jari yang ditanda ketika hari mengundi PRU15 pada 19 November lalu.

? Safwan Mansor | BERNAMA#PRU15#PRU15BERNAMA pic.twitter.com/dQh7x1BM0P

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Statistik keluar mengundi setakat jam 10 pagi

Wed Dec 07 2022

Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU Ke-15 pada jam 10:00 pagi:

PARLIMEN P.017 PADANG SERAI
Peratus keseluruhan: 19%


DUN N.42 TIOMAN
Peratus keseluruhan: 18%

Pengundi warga emas dibantu petugas

Wed Dec 07 2022

Warga emas, Rohani Awang, 52 yang berkerusi roda dibantu petugas @sprgovmy menggunakan “buggy” yang disediakan di Pusat Mengundi di Sek Men Keb Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang bagi memudahkan proses mengundi pada #PRU15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman

? Safwan Mansor | BERNAMA pic.twitter.com/hwOuLnAe4b

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Peratus keluar mengundi 9% setakat 9 pagi - SPR

Wed Dec 07 2022

#PRU15: Peratus keluar mengundi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman, masing-masing 9 peratus setakat 9 pagi - @sprgovmy #PRU15BERNAMA pic.twitter.com/p7JUTCYQS7

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain selesai buang undi

Wed Dec 07 2022

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain bersalaman bersama pengundi sejurus tiba untuk membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian, Rompin pada jam 9.40 pagi Rabu. pic.twitter.com/XXxlPC04Tk

— SinarHarian (@SinarOnline) December 7, 2022

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain buang undi

Wed Dec 07 2022

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain membuang undi di saluran dua pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian, Rompin jam 9.50 pagi pada Rabu. pic.twitter.com/RVQCMJdqdp

— SinarHarian (@SinarOnline) December 7, 2022

Calon Pejuang, Hamzah Abdul Rahman buang undi

Wed Dec 07 2022

Calon Pejuang, Hamzah Abdul Rahman memasukan kertas undi pada peti yang disediakan di Pusat Pengundian SK Bukit Selarong, Padang Serai. pic.twitter.com/EUh38UMtMr

— SinarHarian (@SinarOnline) December 7, 2022

9% keluar mengundi setakat jam 9 pagi

Wed Dec 07 2022

SPR memaklumkan peratus keluar mengundi di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman, masing-masing 9 peratus setakat jam 9 pagi.

Pengundi di SMK Tanjung Gemuk

Wed Dec 07 2022

Pengundi hadir di Pusat Pembuangan Undi di SMK Tanjung Gemuk untuk menjalankan kewajipan memilih wakil rakyat mereka pada Rabu. pic.twitter.com/bOwaCsHVkt

— SinarHarian (@SinarOnline) December 7, 2022

Antara pengundi muda di DUN Tioman

Wed Dec 07 2022

Nor Haifa Hawani Izzati Noor Haizrul, 19, & Nur Izzsufi Hamizi, 25, antara pengundi muda yang hadir bagi menunaikan kewajipan pada #PRU15 DUN Tioman di SK Pontian, Rompin, Pahang.

? Amir Aiman Azlan | BERNAMA pic.twitter.com/CeleUlXJ9L

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Suasana di Pusat Mengundi SK Pontian

Wed Dec 07 2022

#Rompin Suasana di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pontian ketika para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (#PRU15) hari ini.

? Mustaqim Khairuddin | BERNAMA pic.twitter.com/xFTuF6o9Bi

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Pengerusi SPR tinjau pusat mengundi

Wed Dec 07 2022

Pengerusi @sprgovmy Tan Sri Abdul Ghani Salleh hadir untuk meninjau Pusat Mengundi bagi #PRU15 Parlimen Padang Serai di SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah hari ini.

? Jamny Rosli | BERNAMA#PRU15BERNAMA pic.twitter.com/skSqvUItHE

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Suasana di SK Bukit Selarong, Padang Serai

Wed Dec 07 2022

Pengundi dilihat sedang berbaris menunggu giliran sebelum proses pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong, Padang Serai, Kedah pada Rabu. pic.twitter.com/r1FZLZORbR

— SinarHarian (@SinarOnline) December 7, 2022

Ahmad Hamdan Hajat tetap hadir mengundi kali kedua

Wed Dec 07 2022

Kekurangan fizikal tidak menghalang Ahmad Hamdan Hajat untuk kekal bersemangat hadir bagi mengundi kali kedua pada #PRU15 DUN Tioman selepas proses itu tertangguh ekoran kematian calon Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli pada malam hari pengundian.

? Muhd Amir Aiman | BERNAMA pic.twitter.com/ynJ2EXpjUw

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Calon Bebas, Sreanandha Roa selesai buang undi

Wed Dec 07 2022

Calon Bebas, Sreanandha Roa selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Hi Tech di Kulim, Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai kira-kira jam 9 pagi. pic.twitter.com/sjz2d0CvCA

— SinarHarian (@SinarOnline) December 7, 2022

Calon PN DUN Tioman, Nor Idayu Hashim buang undi

Wed Dec 07 2022

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Tioman, Nor Idayu Hashim ketika mengundi di pusat pengundian SMK Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang.

? Anis Nabillah Md Wazilah | BERNAMA pic.twitter.com/BHdVxngiEs

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Pilihan Raya Umum P.017 Padang Serai

Wed Dec 07 2022

Calon PRU15 P.017 Padang Serai

Wed Dec 07 2022

Daftar Pemilih P.017 Padang Serai

Wed Dec 07 2022

Pusat pengundian DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai dibuka mulai 8 pagi

Wed Dec 07 2022

#PRU15: Pusat pengundian DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai dibuka mulai 8 pagi#PRU15BERNAMA pic.twitter.com/O4fCQFC773

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 7, 2022

Petugas SPR buat persiapan di SMK Sultan Badlishah

Tue Dec 06 2022

#PRU15 Parlimen Padang Serai: Petugas @sprgovmy membuat persiapan di Pusat Mengundi SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah sebelum ia dibuka 8 pagi ini.

Peti undi juga dibawa di pusat mengundi tersebut kira-kira 7.23 pagi tadi.

? Adib Hasri | Bernama#PRU15BERNAMA pic.twitter.com/nskENFVVL3

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 6, 2022

Pilihan Raya Umum N.42 Tioman

Tue Dec 06 2022

Parlimen Padang Serai: Pengundi mula beratur seawal 7.40 pagi

Tue Dec 06 2022

#PRU15 Parlimen Padang Serai: Pengundi mula beratur seawal 7.40 pagi di pintu masuk Pusat Mengundi SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah sebelum ia dibuka 8 pagi ini.

? Jamny Rosli | BERNAMA#PRU15BERNAMA pic.twitter.com/6zHpeJn0Kv

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 6, 2022

Daftar Pemilih N.42 Tioman

Tue Dec 06 2022

Calon PRU15 DUN N.42 Tioman

Tue Dec 06 2022

161,063 bakal mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini

Tue Dec 06 2022

Seramai 132,955 pemilih bakal mengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, hari ini.

Sebanyak 46 pusat mengundi, dengan 230 tempat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai, yang membabitkan 2,468 petugas.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pagi esok - MetMalaysia

Tue Dec 06 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pengundian di bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah hari ini mengalami cuaca cerah pada pagi, manakala di sebelah petang akan berlaku ribut petir atau hujan.

Di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang pula, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pengundian Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula hari ini

Tue Dec 06 2022

Tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman yang bermula pada 24 November lepas, tamat malam tadi.

Justeru, selepas tempoh berkenaan, setiap calon daripada parti bertanding dilarang berkempen untuk merayu undi bagi kedua-dua kawasan berkenaan terutama menjelangnya hari pengundian hari ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

SPR selesai semakan pilihan raya Padang Serai dan Tioman

Tue Dec 06 2022

Kempen di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman berakhir malam ini

Tue Dec 06 2022

Tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang bermula pada 24 Nov lepas, akan tamat pada 11.59 malam ini.

Selepas tempoh berkenaan, setiap calon daripada parti bertanding dilarang berkempen untuk merayu undi bagi kedua-dua kawasan berkenaan terutama menjelangnya hari pengundian pada keesokannya.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Keputusan tarik diri dibuat tanpa sebarang syarat, tawaran - Calon BN Padang Serai

Mon Dec 05 2022

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk C Sivaraj sekali lagi menyatakan bahawa keputusan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen berkenaan, 7 Disember depan, dibuat tanpa sebarang syarat.

Beliau turut menafikan bahawa wujud perbincangan antara dirinya dengan kepimpinan parti yang berada di dalam kerajaan berhubung sebarang tawaran bagi jawatan-jawatan tertentu selepas beliau membuat keputusan itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses undi awal DUN Tioman, Parlimen Padang Serai ditutup

Sat Dec 03 2022

Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman telah ditutup, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli.

Beliau berkata pusat pengundian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin ditutup pada jam 5 petang, manakala di Balai Polis Tekek, Pulau Tioman ditutup lebih awal iaitu 12 tengah hari.


BACA BERITA PENUH DI SINI

319 polis pilih wakil rakyat Parlimen Padang Serai, DUN Tioman kali kedua

Sat Dec 03 2022

Seramai 319 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang akan mengundi untuk memilih wakil rakyat hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia melibatkan 76 anggota polis yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, mulai 8 pagi hingga 2 petang bagi Parlimen Padang Serai.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pengundian awal lancar

Sat Dec 03 2022

SPR siap siaga hadapi banjir pada hari pengundian DUN Tioman

Sat Dec 03 2022

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam keadaan siap siaga menghadapi banjir pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman susulan Monsun Timur Laut.

Bagaimanapun, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata setakat ini, tiada pusat mengundi bagi pilihan raya itu yang dibuka di kawasan berisiko banjir dan pengundi tidak perlu khuatir untuk keluar menunaikan tanggungjawab.


BACA BERITA PENUH DI SINI

#Kerajaan Perpaduan#Timbalan Menteri#Anwar Ibrahim#kabinet
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.