Pertemuan pemimpin utama UMNO di Seri Perdana berakhir selepas sejam
Pertemuan beberapa pimpinan utama UMNO dipercayai tamat selepas hampir sejam mengadakan perbincangan di Kompleks Seri Perdana di sini, malam tadi.
Melalui pemerhatian Astro AWANI difahamkan konvoi kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat meninggalkan perkarangan Seri Perdana sekitar jam 9.11 malam.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
"Tiada agenda perbincangan desak PM campur tangan urusan mahkamah" - Asyraf Wajdi
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan bahawa terdapat desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencampuri urusan mahkamah.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin, Asyraf Wajdi mendakwa, laporan yang disiarkan Astro AWANI memetik sumber dalaman yang 'tidak berasas' hingga mencetuskan 'persepsi negatif'.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Majoriti Ketua Bahagian UMNO tolak usul desak PM campur tangan kes SRC - Sumber
Mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO yang berlangsung di ibu pejabat parti itu pada Isnin gagal mencapai kata sepakat untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
Sumber dalaman memberitahu Astro AWANI, ramai ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama UMNO.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO nafi Zahid Hamidi arah Ketua Bahagian gerak usul desak PM bubar Parlimen
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan cawangan UMNO diminta mengemukakan usul mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen dengan segera.
Tangkap layar berkaitan dakwaan tersebut tular dalam media sosial pada Isnin, antara lain mendakwa UMNO akan memecat Ismail Sabri sekiranya beliau ingkar.
BERITA PENUH DI SINI
Ketua Bahagian UMNO sebulat suara mahu PRU15 diadakan segera - Jamal
Seramai 158 daripada 191 Ketua Bahagian UMNO yang menghadiri mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti, di sini, hari ini, menyatakan kesepakatan mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam kadar segera.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, keperluan untuk membubarkan Parlimen merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Ketua Bahagian UMNO dengan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato' Onn.
BERITA PENUH DI SINI
"Tiada apa-apa, bincang isu semasa sahaja," kata Bung Moktar
"Tidak ada apa-apa, bincang isu semasa sahaja. Banyak isu semasa yang dibincangkan."
Itu jawapan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditanya intipati mesyuarat melibatkan Ketua Bahagian UMNO dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato' Onn, di sini, pada Isnin.
BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri tidak ikut serta, ada program di Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan tidak menghadiri perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua-Ketua Bahagian parti di Menara Dato' Onn, di sini, pada Isnin.
Perkara itu disahkan sumber kepada media ketika ditanya sama ada Ismail Sabri akan menyertai perjumpaan berkenaan hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Pimpinan UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
'Makan tengah hari saja, dah lama tak makan bersama' - Sumber
Perjumpaan bersama Ketua Bahagian di Menara Dato' Onn yang dijadual bermula pada jam 11 pagi tadi hanyalah pertemuan biasa selain majlis makan tengah hari sesama mereka.
Menurut sumber, majlis makan tengah hari itu diadakan memandangkan kali terakhir ia berlangsung pada dua tahun lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Petugas media terus menunggu perkembangan
Presiden UMNO jumpa Ketua Bahagian UMNO
Lebih 100 pimpinan UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Ibu Pejabat parti di sini bermula jam 11 pagi.
Menurut mesej yang didakwa dihantar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada jam 11 malam pada Ahad, pertemuan khas tersebut adalah berkenaan dengan masa depan parti tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Khaled dilihat hadir untuk mesyuarat tergempar
Jangan guna alasan takut Parlimen tergantung bagi halang PRU diadakan - Ahmad Zahid
Jangan menggunakan alasan takut Parlimen tergantung seperti cuba dikhabarkan sebelum ini, bagi menghalang pilihan raya umum (PRU) diadakan, tegas Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, seorang penganalisis politik baru-baru ini jelas menyatakan tiada apa-apa yang perlu ditakuti atau dibimbangkan jika berlaku Parlimen tergantung.
BERITA PENUH DI SINI
Tidak perlu takut Parlimen tergantung - Penganalisis
Ramai yang melihat bahawa keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku perdana Menteri hari ini berada dalam keadaan rapuh hanya disebabkan kelebihan majoriti tipis yang dimiliki.
Malah mungkin juga disebabkan faktor itu, maka beliau lebih dilihat sering ditekan oleh pelbagai sudut baik dalam atau luar partinya sendiri untuk menurut kehendak pihak tertentu.
Bagaimanapun menurut penganalisis politik dari Sunway University, Profesor Wong Chin Huat, ramai yang sebenarnya terlupa dengan hakikat di sebalik perkiraan zahir sebegitu sedangkan ada realiti yang kurang disedari.
BERITA PENUH DI SINI