PRU15 bukan kehendak akar umbi - Annuar Musa
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, desakan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) bukan kehendak akar umbi parti.
Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, desakan itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab, memperagakan kemaruk kuasa dan tidak sensitif tentang derita rakyat ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO berdepan jalan mati - Ahmad Jazlan
UMNO kini melalui jalan mati dan terikat dengan permainan pihak tertentu, kata Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Sehubungan itu, Ahmad Jazlan menggesa UMNO membuat pilihan jalan yang perlu dilalui demi meletakkan kembali parti terbesar orang Melayu itu di atas.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Annuar Musa beban kepada parti - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempertahankan keputusan menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional.
Menurutnya, pengguguran itu bukan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya kerana Annuar telah menjadi beban kepada parti, khususnya UMNO, dengan tindak-tanduknya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'UMNO bimbang Bersatu akan luaskan pengaruh'
Penganalisis politik berpendapat UMNO bimbang Bersatu akan meluaskan pengaruhnya lantas bertindak drastik memutuskan hubungan dengan parti itu.
Prof Madya Dr Awang Azman Pawi berpendapat, UMNO mengambil pendekatan sedemikian supaya parti tersebut dapat semula kekuatannya dan menguasai politik arus perdana.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak
Permohonan Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman.
BACA BERITA PENUH DI SINI
RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi satu surat yang dikeluarkan pada Rabu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin UMNO diingat jangan abai realiti masalah Melayu
Kemelut yang berlaku dalam kepimpinan UMNO di peringkat pusat ketika ini menyebabkan masalah dihadapi oleh orang Melayu semakin tidak diendahkan.
Demikian pandangan pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bersatu buat ketetapan PRU hanya wajar selepas COVID-19 terkawal
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan pilihan raya umum (PRU) hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik COVID-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.
BERITA PENUH DI SINI
Penggantian Setiausaha Agung BN akan disahkan dalam Dewan Tertinggi BN
Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan disahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.
Demikian jelas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan media pada Rabu.
BERITA PENUH DI SINI
Kerjasama Pas-UMNO-Bersatu Kedah tidak terjejas
Mesyuarat Majlis tertinggi UMNO
Buletin AWANI Khas: Apa hala tuju politik UMNO?
UMNO bawa usul putus hubungan dengan Bersatu pada PRU15 dalam Perhimpunan Agung - Shahril
UMNO akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu.
PERINCIAN PENUH DI SINI
[INFOGRAFIK] Apa sebenarnya UMNO inginkan?
Annuar ragui 189 bahagian tolak Bersatu
Perkembangan mesyuarat MT UMNO
"Lain tergigit, lain yang pedas..."- Annuar Musa
"Lain tergigit,lain yang pedas..." kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa melalui satu ciapan di Twitternya pada Rabu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Najib nafi jadi dalang UMNO tolak Bersatu, PN
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau merupakan individu yang menjadi dalang dalam penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).
BERITA PENUH DI SINI
Kalau UMNO dibuli saya tidak hilang jawatan - Ahmad Faizal
'Kalau UMNO dibuli, saya tidak hilang jawatan' - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat, UMNO perlu memahami apa yang berlaku terhadapnya di Perak apabila ditolak sebagai Menteri Besar negeri itu pada Disember lalu sebelum mendakwa parti berkenaan telah dibuli oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahmad Faizal menegaskan, sekiranya UMNO benar-benar dibuli, tidak mungkin beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu boleh hilang jawatan sebagai Menteri Besar.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerjasama UMNO-Pas-PPBM: Sentimen akar umbi Kedah
Pemimpin UMNO negeri mula bermesyuarat
Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di ibu negara menjadi tumpuan pengamal media berikutan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh negara sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju parti berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Hala tuju kerjasama UMNO-Bersatu dijangka fokus MT malam ini
Pendirian UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu dijangka fokus utama mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini yang akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
BERITA PENUH DI SINI
'Janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam' - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa kerana menggunakan sidang media untuk membuat pelbagai tuduhan.
Kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu, tindakan Annuar Musa itu hanya mengeruhkan lagi keadaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Muafakat Nasional Pas dan UMNO tidak boleh eksklusif - Annuar Musa
"Saya fikir dan cadangkan, pecat saya sekali lagi" - Annuar Musa
Ini perkara utama perbezaan pendapat Annuar Musa dan Zahid Hamidi
Annuar Musa enggan bersubahat dengan Zahid Hamidi
Tan Sri Annuar Musa secara terbuka menetapkan pendiriannya enggan bersubahat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap usaha-usaha yang diambil bertentangan dengan prinsip dan pendirian politiknya.
BERITA PENUH DI SINI
Annuar 'dedah' Anwar
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.
BERITA PENUH DI SINI
'Saya terima dipecat Zahid Hamidi' - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan kesediaan beliau menerima pemecatan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Menteri Wilayah Persekutuan itu juga berkata beliau memahami keputusan dibuat pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecatnya daripada jawatan itu.
BERITA PENUH DI SINI
"Perbezaan prinsip ini adalah lebih baik, saya tidak bersubahat dengan hala tuju Ahmad Zahid" - Annuar Musa
UMNO harus akui hakikat perlu bekerjasama - Penganalisis
UMNO seharusnya mengakui hakikat perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan, kata Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.
Jelasnya, parti itu perlu sedar tidak ada satu parti yang mampu menguasai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu seperti yang didominasi mereka sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
MKT putuskan kerjasama malam ini
Apa sebenarnya keputusan Mesyuarat MT UMNO malam ini?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka diadakan pada jam 8 malam ini di Menara Dato Onn, Ibu Pejabat UMNO.
Menurut sumber, mesyuarat Biro Politik UMNO pula dijangka diadakan pada jam 4 petang ini bagi membincangkan hala tuju parti itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
UMNO terima implikasi besar jika keluar Perikatan Nasional - Penganalisis
Sekiranya UMNO membuat keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), implikasi yang besar bakal diterima parti tersebut.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata ia tentunya akan memberikan impak kepada ahli UMNO yang merupakan menteri dalam Kabinet.
BACA BERITA PENUH DI SINI
"Tok Mat bijak, memang layak..." - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Datuk Seri Ahmad Maslan layak menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.
Menteri Wilayah Persekutuan itu memberi reaksi kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengatakan beliau tidak dipecat, sebaliknya diganti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Muafakat Nasional: Pas serah kepimpinan parti untuk buat keputusan
MCA terkilan pelantikan jawatan BN perlu diputus secara konsesus
Pucuk pimpinan MCA terkilan dengan laporan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Dalam satu kenyataan, pimpinan tertinggi parti komponen BN itu menjelaskan, hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tolak Bersatu: Tunggu Perhimpunan Agung UMNO - Ismail Sabri
Pas tidak kecil hati dengan UMNO, teruskan usaha penyatuan
Pas sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama UMNO.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jaga perpaduan, jaga persaudaraan, jaga juga sentimen - Annuar
Kepada rakan rakan media,saya pohon maaf kalau hari ini saya tidak memberi byk reaksi berhubung pemecatan saya. Saya harap semua bertenang dan jgn terburu buru.JAGA PERPADUAN.JAGA PERSAUDARAAN.JAGA JUGA SENTIMEN.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) January 5, 2021
Insyaallah esok jam 2ptg saya adakan sidang akhbar khas di KWP.. pic.twitter.com/hMPcnhKsck
Pemecatan Annuar tidak jejas GRS - Bung Moktar
Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak menjejaskan momentum Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri berkenaan.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, meskipun begitu, pihaknya tidak menafikan perkara berkenaan boleh menghasilkan 'tempias' tersendiri, terutamanya di peringkat akar umbi.
BERITA PENUH DI SINI
Tidak akan gugat momentum GRS - Bung Moktar
'Ramai rakan-rakan wartawan call saya minta komen & nak interview TS Annuar. Tq atas keprihatinan semua' - Tun Faisal
Ramai rakan2 wartawan call saya minta komen & nak interview TS Annuar. Ramai juga sahabat2 yg call & teks tanya perkembangan TSAM. Tq atas keprihatinan semua. InsyaAllah, jika tiada aral, petang esok, kita aturkan sidang media di Putrajaya. Saya akan maklumkan masa, tempat nanti pic.twitter.com/qUQUxv68l1
— Tun Faisal (@tunfaisal) January 5, 2021
Tolak Bersatu: Tunggu Perhimpunan Agung UMNO - Ismail Sabri
Keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan diputuskan sekiranya usul yang dibawa setiap Bahagian UMNO diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ahmad Maslan beri penjelasan selepas perjumpaan bersama Ketua UMNO Bahagian
"Tiada komen, ini tempoh bertenang" - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menggambarkan situasi semasa dalam parti sebagai tempoh bertenang bagi dirinya selepas beliau digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
“Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa ini. Tempoh bertenang..,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu menerusi Twitter.
BACA BERITA PENUH DI SINI
"Saya akur jika diminta letak jawatan" - KJ
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau sedia melepaskan jawatan dalam kerajaan sekiranya diminta untuk berbuat demikian.
"Saya akur, jika diminta letak jawatan," kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam sidang akhbar perkembangan perolehan COVID-19 di Parlimen di sini, pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang?
Annuar Musa dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN
Annuar Musa sacked as BN sec-gen
Tan Sri Annuar Musa has been sacked as Barisan Nasional (BN) secretary-general effective immediately.
UMNO sources informed that the decision was made by BN Chairman, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in a meeting here on Tuesday.
FULL STORY HERE
Annuar Musa tidak lagi Setiausaha Agung BN
Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta -merta.
Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.
BERITA PENUH DI SINI
Peringatan buat Bersatu: 'Jangan buli UMNO'
Sebanyak 12 Ketua UMNO Bahagian Kelantan menyokong tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Menurut mereka, tindakan yang diambil Ahmad Jazlan itu perlu dilihat sebagai peringatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak sama sekali memperkecilkan dan membuli UMNO.
BACA!
Majoriti netizen tolak cadangan Zahid segerakan PRU15
Perjumpaan Presiden bersama Ketua Bahagian
Perjumpaan 191 bahagian UMNO bersama Zahid. Apa intipati perjumpaan?
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO.
Mesyuarat yang bermula jam 11.15 pagi tadi itu diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Ibu negara itu dan dijangka melibatkan 191 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara.
BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin UMNO terlampau memikirkan diri sendiri - Ku Li
Pemimpin UMNO dilihat terlampau memikirkan diri sehingga tidak membuka peluang untuk orang lain terlibat dalam memegang jawatan dalam barisan kepimpinan negara khasnya kepada golongan muda.
Menurut Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, sifat eksklusiviti ini tidak seharusnya digarap kerana ianya akan menutup peluang untuk sebarang pembaharuan.
BERITA PENUH DI SINI