UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Ini kabinet baharu Ismail Sabri

Anggota Kabinet dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini dan mampu membantu negara memulihkan semula ekonomi.

Astro Awani
ISMAIL SABRI: Barisan Kabinet dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini dan mampu membantu negara memulihkan semula ekonomi. - Gambar fail

MKT UMNO sokong PM, setuju jenama 'Keluarga Malaysia' dan 'Kerajaan Malaysia'

Fri Aug 27 2021

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk mendukung pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti akan membantu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden 1 UMNO itu, bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis

Fri Aug 27 2021

Anggota Kabinet yang diumumkan pada Jumaat boleh dianggap tidak efektif kerana dilihat tidak mampu menggerakkan naratif politik yang berbeza.

Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Hamidin Hamid berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mengambil peluang untuk memulihkan kepercayaan terhadap kerajaan apabila kekal dengan laba politik yang dilihat tidak akan mampu mengubah sentimen semasa rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal

Fri Aug 27 2021

Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad, berkata ia susulan imuniti kelompok yang hampir tercapai, sekali gus membolehkan mereka turun padang menyelesaikan krisis rakyat dengan lebih dekat dan cepat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Menteri dari Sabah dan Sarawak zahir kesyukuran, tekad kemudi kementerian dengan baik

Fri Aug 27 2021

Beberapa menteri dari Sabah dan Sarawak yang baru dilantik hari ini menyatakan azam melakukan yang terbaik bagi mengemudi kementerian masing-masing, menyedari hakikat rakyat yang menaruh harapan yang besar terhadap kepimpinan baharu negara.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan, rata-rata mereka menyifatkan tanggungjawab yang perlu digalas itu sebagai satu cabaran dan amanah dalam berkhidmat untuk rakyat dan negara.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet baharu: Satu pasukan berorentasikan tindakan - Hajiji

Fri Aug 27 2021

Barisan Kabinet baharu yang dilantik di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat pasukan yang berorientasikan tindakan.

Sambil menyambut baik pelantikan enam Ahli Parlimen dari Sabah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata anggota kabinet itu mampu menangani cabaran ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 dengan berkesan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib

Fri Aug 27 2021

Datuk Seri Najib Razak berharap agar kesemua barisan Kabinet yang dibentuk pada Jumaat dinilai berdasarkan hasil dan pencapaian.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, sekiranya penilaian itu kurang memuaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menggugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian selepas berakhirnya tempoh 100 hari.

BACA BERITA PENUH DI SINI

"Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh" - Tengku Razaleigh

Fri Aug 27 2021

"Itu sahaja pilihan yang ada."

Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung lantikan menteri Kabinet baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Usaha rangsangan ekonomi terus giat ke arah kekalkan pertumbuhan KDNK - Mohamed Azmin

Fri Aug 27 2021

Usaha rangsangan ekonomi yang telah diperkenalkan serta penting untuk mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mewujudkan pekerjaan baharu serta menarik lebih banyak pelaburan langsung asing akan terus giat dilaksanakan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menganggotai barisan Jemaah Menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Saya kecewa muka sama dilantik semula, kata Tun M

Fri Aug 27 2021

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan barisan Jemaah Kabinet baharu yang dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana kata beliau, barisan menteri yang dilantik menyamai era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak membuktikan sebarang pencapaian semasa di dalam kerajaan sebelum ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Lantikan enam pemimpin Sabah satu pengiktirafan buat rakyat negeri ini - Bung Moktar

Fri Aug 27 2021

Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam pembentukan Kabinet baharu disifatkan sebagai satu pengiktirafan buat rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ia sekali gus membuktikan bahawa frasa 'Keluarga Malaysia' diterjemahkan dalam memenuhi aspirasi rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet baharu: Pikul tanggungjawab berat demi rakyat - Abang Johari

Fri Aug 27 2021

Pelantikan sepuluh orang Ahli Parlimen Sarawak dalam barisan kabinet merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama-sama.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, persefahaman dan perpaduan dalam kementerian boleh dibentuk melalui penghayatan kepada pendekatan ‘Keluarga Malaysia’.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet 'kitar semula' - Anwar

Fri Aug 27 2021

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghampakan rakyat kerana masih membariskan menteri dan timbalan menteri yang sering dikritik dan dianggap gagal sebelum ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ucapan penuh Ismail Sabri: Pembentukan Kabinet baharu

Fri Aug 27 2021

Ini adalah teks ucapan penuh PM Ismail Sabri ketika mengumumkan anggota kabinet baharu 2021. 

BACA DI SINI

Pengumuman anggota Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri

Fri Aug 27 2021

Teks ucapan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' oleh Perdana Menteri

Fri Aug 27 2021

Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian,

1. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana atas berkat dan rahmat-Nya, dapat saya mengumumkan barisan Kabinet yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


2. Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet iniperlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

3. Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.

4. Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dandiburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara.

5. Berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

6. Dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID19.

7. Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharudalam kehidupan seharian.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

8. Saya akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagimemacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

9. Selaras dengan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN), aktiviti ekonomi akan dibuka secara berfasa bagi membolehkan rakyat mula bekerja dan mencari nafkah dengan selamat.

10. Barisan Kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktivitiekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

11. Bagi mendepani cabaran semasa, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip

iaitu:

a. Peka dengan keperluan semasa

b. Bertanggungjawab dan amanah

c. Mengembalikan semula keyakinan rakyat

12. Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.

13. Selain itu, penularan COVID-19 di peringkat global dan dalam negara turut memberi kesan langsung kepada pertumbuhan dan permintaan ekonomi tempatan. Saya juga akui keadaan ekonomi negara perlu dipulihkan segera.

14. Sehubungan itu, barisan Kabinet dan kementerian perlu dipastikan berupaya menggalas tanggungjawab ini dengankomited dan lebih proaktif.

15. Saya berharap pelantikan Kabinet ini akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik ini.

16. Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

17. Realitinya, kita masih berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Pun begitu, saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana Yang Maha Esa tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan.

18. Oleh itu, marilah kita menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara.

19. Namun, Kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh

Keluarga Malaysia.

20. Dengan sukacitanya saya mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: YB Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan

YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I: YB Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II: YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya

YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: YB Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan

YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II: YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

YB Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: YB Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris Ahmad

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar dan Air

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia

YB Datuk Seri Saravanan Murugan

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan

YB Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Harun

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi

YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri

YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri

YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar

YB Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri

YB Dato’ Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

YB Tan Sri Noh Haji Omar

Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara

YB Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan

YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu

Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

21. Ogos yang bermakna ini, marilah kita bangkit bersama untuk kembalikan semula sinar kegemilangan Malaysia di mata

dunia.

22. Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri. Pesan saya hanya satu - jalankan tugas yang telah diberikan dengan amanah, demi rakyat dan negara.

23. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan

pandangan, sokongan, dan kerjasama dalam pembentukan barisan Kabinet ini.

24. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda, yang akan diadakan pada Isnin, 30 Ogo2021, jam 2:30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur.

25. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada barisan Kabinet untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan beramanah.

26. Ayuh membulat tekad, bekerja bersama rakyat!

WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.


16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak

Fri Aug 27 2021

Seramai 16 menteri serta timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia sekali gus mewakili 23 peratus daripada jumlah keseluruhan pengumuman senarai kabinet yang diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal

Fri Aug 27 2021

Barisan Kabinet akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Menteri di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Fri Aug 27 2021

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/EEdqmLw8hf

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Perpaduan Negara

Fri Aug 27 2021

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/957RPpKBeL

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Fri Aug 27 2021

Menteri Komunikasi Dan Multimedia: YB Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi Zainul Abidin#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/m99EaJqKlw

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Kesihatan

Fri Aug 27 2021

Menteri Kesihatan
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timabalan Menteri I : YB Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/vH3RatkQET

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Belia dan Sukan

Fri Aug 27 2021

Menteri Belia dan Sukan: YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/Mw1FuIFjEw

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Fri Aug 27 2021

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin Yahaya#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/qbQzCD4UJK

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Fri Aug 27 2021

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/wrO4hTOS9a

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Fri Aug 27 2021

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/bCNwGeRo2w

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Fri Aug 27 2021

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol Wahid#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/EzfmJ0a1OT

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Luar Negeri

Fri Aug 27 2021

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin Jaffar #KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/GJYTO8BtfP

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Fri Aug 27 2021

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahadzir Khalid
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi Habibollah #KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/4v0vxAtVj9

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Fri Aug 27 2021

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh #KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/adS9Qtd9FU

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

Menteri di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Fri Aug 27 2021

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah Kamaruddin
Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/vI0AY8doNA

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021

3 muka baharu barisi Kabinet, 3 bekas menteri buat 'comeback'

Fri Aug 27 2021

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad merupakan muka baharu yang diberi kepercayaan menganggotai Kabinet di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan kabinetnya hari ini berkata Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Idris yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa yang juga Ahli Parlimen Sipitang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II.



'Perlu peka, amanah dan kembalikan keyakinan rakyat'

Fri Aug 27 2021

“Kabinet berorientasikan hasil” yang diumumkan hari ini perlu berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri berkata beliau akan memastikan barisan Kabinet komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Beliau juga berikrar akan memastikan Kabinet baharu itu menekankan budaya kerja berprestasi tinggi dan setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang, serta mencapai sasaran yang ditetapkan, selain perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.


BERITA LANJUT MENYUSUL

'Kabinet Berorientasikan Hasil'

Fri Aug 27 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' melibatkan 31 menteri termasuk empat menteri kanan yang akan menjadi pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.

Tanpa memegang sebarang portfolio serta tidak menamakan timbalan perdana menteri, Ismail Sabri menyenaraikan kembali kebanyakan menteri penuh yang berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 38 timbalan menteri.

Ketika mengumumkan barisan kabinetnya di Perdana Putra di sini, Ismail Sabri berkata pembentukan Kabinet itu merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya.



Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob

Fri Aug 27 2021






























BACA BERITA PENUH DI SINI

Langsung di saluran 501 Astro AWANI

Fri Aug 27 2021

Langsung dari pekarangan Perdana Putra

Fri Aug 27 2021

Pengumuman Kabinet baharu jam 11 pagi nanti

Fri Aug 27 2021

Pembentukan Kabinet PM Ismail Sabri diumum hari ini

Thu Aug 26 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada jam 11 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pada Khamis.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pentadbiran negara mula raih keyakinan pelabur, KLCI melonjak hampir 16 mata

Thu Aug 26 2021

Aliran positif terus mempengaruhi dagangan bursa tempatan hari ini apabila berakhir dengan momentum yang kukuh.

Indeks utama FBM KLCI ketika ditutup, melonjak 15.94 mata atau 1.02% kepada 1,585.74 mata daripada 1,569.80 mata pada penutupan Rabu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet baharu tidak perlu jawatan TPM - Akhbar Satar

Thu Aug 26 2021

Kabinet baharu yang bakal dibentuk tidak memerlukan jawatan Timbalan Perdana Menteri selain menghentikan angka besar keahlian yang selama ini diamalkan.

Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar menjelaskan, kerajaan hari ini berdepan masalah ekonomi dan memerlukan banyak perbelanjaan yang melibatkan banyak wang ringgit rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya berikrar akan hasilkan pasukan terbaik untuk rakyat' - PM

Thu Aug 26 2021

Kita perlu mendakap erat Prinsip Kebersamaan - PM

Thu Aug 26 2021

'Saya akan pastikan suara anak muda didengari - 'PM

Thu Aug 26 2021

Ini maksud pendekatan #KeluargaMalaysia

Thu Aug 26 2021

Tiada Keluarga Malaysia yang tercicir - PM

Thu Aug 26 2021

Ini dua fokus utama kerajaan ketika ini

Thu Aug 26 2021

Kita perlu sepakat untuk selamatkan #Keluarga Malaysia

Thu Aug 26 2021

PM mengajak semua Ahli Politik agar meleraikan segala perebutan kuasa

Thu Aug 26 2021

Jangan percaya senarai nama Kabinet yang tular - PM

Thu Aug 26 2021

Liputan sepanjang Khamis

Thu Aug 26 2021

Untuk liputan sepanjang Khamis, baca LAPOR LANGSUNG Kabinet Ismail Sabri akan diumum 11 pagi Jumaat - PMO

#Ismail Sabri#Kabinet Malaysia 2021#Keluarga Malaysia#Kami Mohon
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.