Masih terlalu awal bagi BN putuskan untuk bergerak solo pada PRU akan datang - Khairy
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berpandangan masih terlalu awal bagi Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata meskipun parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun BN perlu mengkaji lebih mendalam statistik 65 peratus pengundi yang keluar mengundi semalam sebelum memutuskan sama ada akan bergerak secara solo atau sebaliknya pada PRU akan datang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Jika ditanya kepada saya, saya mahu PRU15 diadakan esok - Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, cadangan itu disuarakan selepas mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
PH akui jentera kempen lemah - Guan Eng
Pakatan Harapan (PH) mengakui kelemahan jentera kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi salah satu faktor PH gagal menawan negeri berkenaan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain itu, peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor kekalahan PH.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Gagal pertahan empat kerusi, Pengerusi DAP Melaka letak jawatan
Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew mengumumkan peletakan jawatannya selepas gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Selain itu, beliau turut memohon maaf dan bertanggungjawab ke atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
[INFOGRAFIK] Ketua Menteri Melaka Baharu | Sulaiman Md Ali
PH akui jentera kempen lemah - Guan Eng
Pakatan Harapan (PH) mengakui kelemahan jentera kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi salah satu faktor PH gagal menawan negeri berkenaan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain itu, peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor kekalahan PH.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Zahid dan Ab Rauf dikompaun RM10,000 langgar SOP
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masing-masing dikompaun RM10,000 berikutan pelanggaran SOP Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua individu itu didakwa menjalankan aktiviti kempen ziarah rumah ke rumah serta tidak memakai pelitup muka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Dira Abu Zahar artis pertama menang pilihan raya
PELAKON Dira Abu Zahar kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25- Rim.
Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim berjaya menewaskan dua lagi calon lain di kawasan tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PRN Melaka titik permulaan kebangkitan UMNO dan BN - Asyraf Wajdi
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu adalah bukti kebangkitan rakyat menerima semula parti itu.
Jelasnya, mandat telah diberikan, kini tanggungjawab terhadap rakyat akan ditunaikan demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kebajikan, kemajuan ekonomi agenda utama kerajaan baharu Melaka - PM
Kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan terbentuk nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan terima kasih buat Keluarga Malaysia di bandar raya bersejarah itu kerana memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada Sabtu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengundi mahu buat pembetulan - Penganalisis politik
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) seakan-akan membawa maksud rakyat negeri itu mahu 'kembali ke pangkal jalan'.
Penganalisis politik Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata, ia juga memberi kelebihan dan keyakinan yang sangat diperlukan oleh Barisan Nasional.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN tidak akan dibubar, kekalkan prinsip penubuhannya - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) tidak akan meninggalkan prinsip penubuhannya dan tidak akan dibubarkan untuk kembali bersama UMNO.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN sudah berhijrah jauh dan yakin dengan prinsip dan asas pembentukannya untuk menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan dengan lebih baik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Taruhan PN lantik wanita jadi Ketua Menteri tidak menjadi
Tawaran Perikatan Nasional (PN) untuk melantik wanita sebagai Ketua Menteri, ternyata belum mampu memikat pengundi Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau memberi mandat kepada gabungan parti itu untuk memerintah negeri.
Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, 45, yang menjadi taruhan PN kecundang dalam persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah itu kekurangan 364 undi berbanding Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang julung kali bertanding mewakili Barisan Nasional (BN), memperoleh 3,559 undi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Exco Melaka diumumkan minggu depan - Sulaiman
Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan.
Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Saya bersyukur, kini masa bekerja, bukan bulan madu - Fairul Nizam
Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menzahirkan rasa terharu selepas diberi mandat oleh rakyat di kawasan itu.
Jelasnya, kini masanya untuk bekerja serta membangunkan kawasan tersebut demi kesejahteraan rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Katak-katak politik tidak diterima sama sekali' - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat dan memimpin negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurutnya, rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran dan bukannya katak-katak politik yang memaksa PRN diadakan di negeri tersebut.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Semua calon Bebas, Putra, Iman hilang wang deposit
Percubaan kesemua calon Bebas termasuk "YB Viral" Datuk Norhizam Hassan Baktee dan dua parti politik untuk membuat penampilan sulung dalam pilihan raya dengan memasuki gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berakhir dengan kehilangan deposit.
Kesemua 22 calon Bebas, lima calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan calon tunggal Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) adalah antara 34 calon yang hilang deposit dalam PRN Melaka setelah gagal memperolehi satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tiga bekas ADUN lompat gagal dapat mandat
Ketiga-tiga calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sebelum ini menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga tercetusnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka gagal mendapatkan kembali mandat rakyat.
Kesemua mereka masing-masing bekas Ketua Menteri Melaka, (bekas ADUN Sungai Udang) Datuk Seri Idris Haron, yang bertanding di DUN Asahan; Datuk Nor Azman Hassan (PH-Pantai Kundor), dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) juga disahkan tewas di tangan calon BN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sulaiman janji tidak hampakan rakyat Melaka
Ketua Menteri Melaka ke-13, Datuk Seri Sulaiman Md Ali memberi jaminan tidak akan menghampakan rakyat Melaka yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan negeri.
Dalam sidang media awal pagi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu berkata, beliau beriltizam menunaikan kewajiban seperti yang diingini rakyat Melaka.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, jam 1 pagi ini.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Empat pengerusi parti negeri tewas
Empat pengerusi parti negeri yang mempertaruhkan nasib mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
Mereka masing-masing Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Nam dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PKR tumbang, gagal raih sebarang kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
PKR yang bertanding di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
PN kaji punca kekalahan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan mengkaji secara mendalam punca kekalahan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian itu merangkumi jumlah pengundi yang keluar, jentera serta hal-hal lain, yang berkemungkinan mendorong kepada kekalahan parti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi
Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti.
Keputusan rasmi menunjukkan BN, yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
BN umum mahu perkenal Enakmen Antilompat Parti - Zahid
Barisan Nasional (BN) akan mencadangkan Enakmen Antilompat Parti dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama sejurus pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu malam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tahniah BN, takziah Pas - Nik Abduh
Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah ke atas Barisan Nasional (BN) yang berjaya membentuk kerajaan di Melaka.
Menerusi posting di Facebook, Nik Abduh turut mengucapkan takziah kepada partinya yang tewas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sah! BN tawan Melaka
Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan sekurang-kurangnya mendapat 15 kerusi DUN majoriti mudah.
Bagaimanapun, angka itu dijangka bertambah selepas proses penjumlahan rasmi undi dimuktamadkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BACA BERITA PENUH DI SINI
SPR umum BN menang majoriti 50 peratus
Segalanya di sini, ikuti keputusan PRN Melaka 'LIVE' bersama Astro AWANI!
Astro AWANI menyajikan keputusan tidak rasmi dan rasmi PRN Melaka di Saluran 501, aplikasi Live TV dan di portal Astro AWANI ini.
TIDAK RASMI: BN menang 21 kerusi, berjaya bentuk kerajaan di Melaka
Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan di Melaka dengan memperolehi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Keputusan tidak rasmi setakat ini menyaksikan BN menang di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Telok Mas, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.
BACA BERITA PENUH DI SINI
TIDAK RASMI: N23 Pengerusi PN Melaka tewas
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Telok Mas.
Mohd Rafiq memperolehi 3,148 undi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 4,759 undi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Terima kasih pengundi - Barisan Nasional
Setakat jam 8.15 malam, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Melaka ialah Barisan Nasional memenangi lapan kerusi, manakala Pakatan Harapan menang tiga kerusi.
Calon Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, dengan majoriti 3,139 undi.
Barisan Nasional dalam kemaskini di Facebook mereka, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memilih wakil mereka dalam PRN kali ini.
"Barisan Nasional mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memilih Barisan Nasional bagi Pilihanraya Negeri Melaka," tulis kapsyen di Facebook.
BN secara TIDAK RASMI memenangi #PRNMelaka dengan keputusan dua pertiga
[TERKINI] Sehingga 9PM, Barisan Nasional (BN) secara TIDAK RASMI memenangi #PRNMelaka dengan keputusan dua pertiga
— Astro AWANI (@501Awani) November 20, 2021
Layari https://t.co/o6oneeIpD1 #MelakaMemilih
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di Command Center BN.
#MelakaMemilih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba awal tadi, dilihat memasuki Command Centre BN.
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Keputusan tidak rasmi, BN berjaya menawan 19 Kerusi DUN yang dipertandingkan. @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/9KI0IvtciV
TIDAK RASMI: N.25 Dira Abu Zahar menang
Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan pertama dengan keputusan tidak rasmi di kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) N.25 Rim.
Calon BN, Datuk Khaidirah Abu Zahar setakat ini memenangi dengan 4,037 undi mengalahkan dua lagi calon dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Peti undi dibawa masuk ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Tun Ali, Bukit Katil.
Kini peti undi telah dibawa masuk ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Tun Ali, Bukit Katil. Macam tu la kaedahnya. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/8qbSoEIhvM
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
'Rakyat dah penat, kalau naik kes disebabkan PRN, lagilah rakyat penat!'
Selesai sahaja Pilihan Raya Negeri (PRN) melaka, wakil rakyat perlu kembali fokus kepada kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan untuk rakyat.
Nabil Halimi, Pengasas Bersama Arus Anak Muda berkata, rakyat sebenarnya sudah penat, tidak mahu lagi melihat ‘pergaduhan politik’ dan mahu fokus diberi untuk kebajikan rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Segalanya di sini, ikuti keputusan PRN Melaka 'LIVE' bersama Astro AWANI!
Astro AWANI menyajikan keputusan tidak rasmi dan rasmi PRN Melaka di Saluran 501, aplikasi Live TV dan di portal Astro AWANI ini.
Analisis peratus keluar undi
Ada pengundi muak tapi kenang ibu bapa
Peratusan keluar mengundi rendah mesej rakyat kepada kerajaan - Penganalisis
Peratusan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan satu bentuk mesej daripada rakyat kepada kerajaan Persekutuan.
Koordinator Penyelidikan REFSA, Fakhrurrazi Rashid berkata, peratusan rendah menunjukkan rakyat masih lagi tidak mempercayai kerajaan dan pihak berkuasa.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pusat pengundian tutup 5.30 petang
Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula
Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula 8 pagi tadi tamat selepas 217 pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini.
Mengikut senarai daftar pemilih, pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi dan dikendalikan oleh seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
217 pusat mengundi ditutup jam 5.30 petang
Kesemua 217 pusat mengundi dalam PRN Melaka telah ditutup secara rasmi pda jam 5.30 petang.
Anwar pun bimbang, peratusan keluar mengundi terlalu rendah
Tahap peratusan keluar mengundi di PRN Melaka yang rendah bukan sahaja diakui oleh pemerhati politik, tetapi nyata ia turut menggusarkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya situasi tersebut membuatkan penilaian semasa terhadap PRN Melaka yang sedang berlangsung ketika ini sukar untuk dilakukan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengundi 'putih' tidak capai sasaran, kata sumber parti
Peratusan mengundi rendah mungkin kerana rakyat anggap ia tidak wajar - Penganalisis
Adakah ini benar?
Baca artikel penuh di sini.
'Saya kembalikan mandat ini kepada rakyat ...kestabilan demi kemakmuran' - Zahid
Peratusan mengundi rendah mungkin kerana rakyat anggap ia tidak wajar - Penganalisis
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mungkin akan berdepan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding sebelum ini.
Menurut penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ismail Sualman, terdapat dua faktor utama yang akan menyebabkan peratusan itu menurun terutamanya dalam keadaan situasi rakyat yang mungkin masih berasa tidak ada kewajaran bagi mereka ditarik dalam polemik politik ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
43 peratus keluar mengundi setakat 2 petang
[TERKINI] Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 2.00 petang:
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Peratus keseluruhan: *50%*#MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/nTowJ7JGLG
Muat naik kertas undi, polis buka kertas siasatan
Polis Melaka akan menjalankan siasatan berhubung tindakan memuat naik kertas undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu yang tular di laman sosial, hari ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).
BERITA PENUH DI SINI
Dinamika pola pegundian
50 peratus keluar mengundi setakat 2 petang
Astro AWANI akan menyajikan keputusan tidak rasmi dan rasmi PRN Melaka di Saluran 501, aplikasi Live TV dan di portal Astro AWANI ini.
Peratusan undi masih rendah, PH bimbang
Peratusan keluar mengundi amat rendah, Adly seru rakyat keluar segera
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari menyuarakan kebimbangan terhadap peratusan keluar mengundi bagi PRN Melaka yang dilihat rendah.
Beliau berharap rakyat Melaka dapat keluar lebih awal untuk laksanakan tanggungjawab mereka selain pengundi di luar Melaka dapat kembali dengan segera.
BERITA PENUH DI SINI
Mana lagi orang-orang Melaka? Ini menggusarkan
Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 12 tengah hari:
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
? Peratus keseluruhan: *36%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani Mana lagi orang-orang Melaka? Ini menggusarkan pic.twitter.com/h7h1VmCNQ5
36 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari
36 peratus pengundi tunaikan tanggungjawab mengundi setakat 12 tengah hari
43 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
[TERKINI] Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 1.00 tengah hari:
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Peratus keseluruhan: *43%*#MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/A2VJcjXlpg
Untuk keputusan tidak rasmi dan rasmi PRN Melaka, ada di Astro AWANI
Astro AWANI akan menyajikan keputusan tidak rasmi dan rasmi PRN Melaka di Saluran 501, aplikasi Live TV dan di portal Astro AWANI ini.
Shamsul Iskandar meninjau keadaan di pusat mengundi SK Tanjung Minyak 2
Dalam calon Paya Rumput DS @shamsuliskandar tekun meninjau orang ngundi, kita lagi power tinjau dia dulu. Lokasi: SK Tanjung Minyak 2, Paya Rumput. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/Z0PWFvWocO
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
27% keluar mengundi setakat jam 11 pagi
Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 11 pagi:
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
?? Peratus keseluruhan: *27%* - @sprgovmy #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani Rendah nau jumlah yang keluar ngundi pun. Jangan takut keluar undi, petugas jaga baek punya. pic.twitter.com/keFbQt00Nc
Sulaiman imbau kenangan mengundi di bilik darjah lama
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali merayu rakyat di Melaka keluar membuat pilihan tepat pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Sambil mengimbau kenangan hadir di sekolah lamanya untuk membuang undi, beliau berkata, peluang ini keluar mengundi perlu direbut rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil.
BERITA PENUH DI SINI
Di sini saya bersekolah, semangat untuk berkhidmat semakin membara - Ab Rauf
Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengimbas kenangan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, ketika membuang undi pagi ini.
Menurut Ab Rauf, sebaik melangkah ke sekolah berkenaan, semangatnya untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat terus membara.
BERITA PENUH DI SINI
Saya bawa semangat abah hari ini - Mas Ermieyati
Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsuddin tidak dapat menahan sebak pagi ini mengenang peristiwa dan cabaran yang dihadapinya sepanjang tiga tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas membuang undi di SK Ramuan China Besar, beliau berkata, semangat arwah ayahnya yang meninggal dunia Ogos lalu dibawa hari ini.
BERITA PENUH DI SINI
Datuk Norhizam Hassan Baktee selesai melihat proses pengundian di pusat mengundi SJKC Yu Hwa
Warga Melaka kongsi gambar jari berdakwat
Melaka votes today. Don’t complaint if you didn’t vote. #PrnMelaka pic.twitter.com/a0aev0aLVN
— Zi-Han ? (@zizihan) November 20, 2021
Hos dan pengarang kanan AWANI, Nazri Kahar membuat liputan di SJKC Yu Hwa
17 peratus mengundi setakat 10 pagi
Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, setakat jam 10 pagi, 17% pengundi biasa telah keluar mengundi bagi PRN Melaka hari ini.
Ramalan cuaca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
Sidang media calon BN DUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Ali
Antara demokrasi dan kesihatan awam
Sidang media calon PN DUN Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Tujuh peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi
[TERKINI] Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 9.00 pagi:
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
?? Peratus keseluruhan: *7%*#MelakaMemilih @501Awani pic.twitter.com/vBIlh3hNu9
Sidang media Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf
Menjangkau 90-an, pasangan warga emas tetap tidak ketinggalan laksana tanggungjawab
Biarpun sudah menjangkau 90an, itu bukan halangan untuk pasangan Fajar Hasan dan Che Ta Md Som untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. #PRNMelaka #MelakaMemilih. Awak yang lain tu mari la keluar mengundi. @501Awani pic.twitter.com/MGFuhlV1a6
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
Garis panduan PRN DUN Melaka ke-15
Calon BN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba di SK Durian Daun
??8.46 pagi : Calon BN DUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai memgundi di SK Jeram, Masjid Tanah
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 20, 2021
??8.47 pagi: Calon BN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Durian Daun, Masjid Tanah untuk mengundi. pic.twitter.com/9bOLeT5X2J
217 pusat pengundian dibuka di 1,109 saluran
Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.
Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, di bawah kendalian 12,290 petugas pilihan raya di 28 kerusi DUN sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.
BERITA PENUH DI SINI
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari mengundi di SK Durian Tunggal
Calon PH di DUN Bukit Katil selesai mengundi
Calon Ketua Menteri PH Adly Zahari dan isteri dah setel mengundi. Awak yang lain tu masih di rumah ke? #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/dcHUKSS2GL
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
Mas Ermieyati Samsudin mengundi di SK Ramuan China Besar
Keadaan di DUN Tanjung Bidara setakat jam 8 pagi
Calon BN Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba di pusat mengundi
Calon BN, DS Ab Rauf Yusoh tiba kira kira jam 8.19 pagi di SK Jeram untuk mengundi. @501Awani #MelakaMemilih pic.twitter.com/cJaqSjpWtd
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Pesanan seorang pengundi warga emas
Pesanan salah seorang warga emas kepada rakyat Melaka. @501Awani #MELAKAMemilih pic.twitter.com/wdWfM91rRq
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Keadaan di DUN Lendu setakat jam 8 pagi
Adly Zahari dan isteri tiba di SK Durian Tunggal
Calon Ketua Menteri Pakatan Harapan, Adly Zahari dan isterinya Dalilah Awaluddin tiba di SK Durian Tunggal untuk mengundi.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 20, 2021
Awak yang dekat rumah tu dah keluar ke belum? #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/2qHnFqhE5a
Keadaan di DUN Bukit Katil setakat jam 8 pagi
SOP dijaga di pusat mengundi SK Jeram
#MelakaMemilih Pengundi saluran 1,2 dan 3 tiba di SK Jeram dikesan suhu, imbas QR MySejahtera, sanitasi tangan dan dilepaskan ke saluran ditetapkan. #PRNMelaka pic.twitter.com/3QelY0SZEl
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Petugas SPR melakukan saringan suhu badan terhadap pengundi pertama di SK Durian Daun
PRN Melaka: Pusat mengundi mula dibuka
Tepat jam 8 pagi, 217 pusat pengundian membabitkan 1,109 saluran dibuka.
Waktu mengundi ialah hingga jam 5.30 petang.
Wartawan Fareez Azman melaporkan dari SK Jeram
#MelakaMemilih Seawal jam 7.40 pagi, sudah ramai pengundi di N.02 Tg Bidara beratur di hadapan SK Jeram. @501Awani #PRNMelaka pic.twitter.com/ezEw5oh3K3
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Hujan rintik di pusat mengundi SK Durian Tunggal
Hujan rintik-rintik menyambut barisan pengundi yang sudah bersedia untuk memasuki Pusat Mengundi SK Durian Tunggal bagi DUN Durian Tunggal. Kalau yang belum keluar rumah tu elok sediakan payung. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani pic.twitter.com/oYnR0vNo9d
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 19, 2021
Calon PN Mas Ermieyati tiba di pusat mengundi
Calon PN, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin tiba di SK Ramuan China kira kira jam 7.53 pagi untuk mengundi. Beliau selesai mengundi jam 8.20 pagi. @501Awani #MelakaMemilih pic.twitter.com/2UPcRBKpiO
— Fareez Azman (@FareezAzmann) November 20, 2021
Petugas SPR membuat persiapan di SK Jeram
Suasana sekitar Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal
Ni kita ronda-ronda kawasan Parlimen Alor Gajah dahulu. Mulakan dengan DUN Durian Tunggal. #MelakaMemilih #PRNMelaka @501Awani
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 19, 2021
Pengundi sudah mula menunggu untuk memasuki Pusat Mengundi SK Durian Tunggal. Yang belum gerak tu sila la gerak sekarang. pic.twitter.com/EmvWFVQSUc
Wartawan AWANI Firdaus Azil melaporkan dari SK Durian Tunggal
Selamat pagi dari bumi Melaka bertuah. Harinya sudah tiba untuk #MelakaMemilih yang terbaik. Special mention untuk Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal kerana itu arah tuju kami yang pertama pagi ini untuk #PRNMelaka. pic.twitter.com/lozpsLq4QI
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 19, 2021
495,195 rakyat Melaka tentukan kerajaan negeri hari ini
Seramai 495,195 orang pengundi berdaftar akan menjalankan tanggungjawab hari ini bagi menentukan gabungan parti politik mana yang akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
Tempoh berkempen dengan SOP ketat selesai pada 11.59 malam tadi.
Hari ini, tumpuan akan terarah ke 217 Pusat Daerah Mengundi di 28 Dewan Undangan Negeri.
BERITA PENUH DI SINI
Bomba siap siaga bantu pengundi jika banjir
JBPM negeri bersiap sedia menggerakkan aset seperti jentera, lori dan bot untuk membawa pengundi ke pusat mengundi bagi melancarkan proses pengundian hari ini sekiranya terdapat kawasan dilanda banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca di ketiga-tiga daerah di Melaka baik pada waktu pagi namun ribut petir pada sebelah petang.
BERITA PENUH DI SINI
Kempen PRN Melaka bermula 8 Nov
Hari ini merupakan hari penentuan bagi rakyat Melaka yang layak mengundi pada PRN Melaka.
Ia bakal menentukan kerajaan negeri selepas pentadbiran yang diterajui BN pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dijatuhkan.
Bermula 8 Nov lepas, masing-masing sudah mengatur strategi berkempen dalam keadaan pematuhan norma baharu.
Tiada kempen bersemuka, ceramah, tinjauan mesra dibenarkan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Hanya kempen secara dalam talian, penggunaan media sosial, siar raya dan pengagihan risalah kempen yang dibenarkan.
Ikuti lapor langsung sepanjang kempen PRN Melaka di sini.