Tiada gabungan politik stabil, MCA terus sokong kerajaan PN
Tiada satu parti atau gabungan politik dapat membentuk kerajaan yang stabil sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh ketika ini.
Perkara itu dinyatakan Biro Politik MCA sekaligus bertekad untuk melaksanakan resolusi Barisan Nasional (BN) agar menyokong kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Sindiran' Pemuda PN adalah angkuh - EXCO Pemuda UMNO
Tindakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang menyindir keputusan kepimpinan UMNO untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah angkuh.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Fadzmel Fadzil dalam satu kenyataan hari ini berkata, UMNO membuat keputusan sedemikian tidak lain tidak bukan, selepas melihat Kerajaan hari ini gagal memperjuangkan nasib rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tarik sokongan dari PN: UMNO Perak sokong penuh keputusan MKT
Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO, yang mendokong dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ahli Parlimen Kapit zahir sokongan kepada Muhyiddin, Kerajaan PN
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan pendirian akan terus mendukung Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu berkata, ini bagi melaksanakan pelbagai program Pelan Pemulihan Negara demi memastikan kehidupan rakyat, kebajikan pengguna dan peniaga dapat terus dijaga.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Golongan 'kleptokrat' akan kembali dapat kuasa jika PN jatuh - Tony Pua
Tindakan menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.
Jelas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, ini kerana UMNO telah meletakkan kedudukan mereka untuk mengambil alih jawatan tersebut jika Muhyiddin meletakkan jawatan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pentadbiran kerajaan negeri tidak terjejas
Situasi politik yang melanda negara susulan keputusan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Selesaikan dahulu isu COVID-19, henti buang masa dengan 'politik tukar kerajaan'
Pihak-pihak yang berkenaan diminta berhenti membuang masa dan usaha mereka dalam 'permainan politik tukar kerajaan' sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap langkah-langkah bagi menyelesaikan isu COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata tidak ada jaminan bahawa tindakan menukar kerajaan boleh menghentikan pandemik COVID-19 justeru adalah penting bagi kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus berusaha menyelesaikan masalah virus berbahaya tersebut demi kesejahteraan penduduknya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pertikaian kedudukan PM perlu dihenti - Sahruddin
Tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri menerusi usul undi percaya semasa sidang Parlimen bulan hadapan harus dipuji, kata Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Justeru, Dr Sahruddin berkata sebarang pertikaian ke atas kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri perlu dihentikan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Negara perlukan sifat negarawan, tolak politik pentingkan diri
ARMADA Bersatu Malaysia tetap setia dan teguh bersama-sama Presiden parti yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara ke fasa seterusnya.
BACA KENYATAAN PENUH ARMADA DI SINI
Perdana Menteri sangat menjaga hubungan dengan institusi diraja - Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu yang sangat menjaga hubungan dengan institusi diraja.
Justeru, kata Annuar, tuduhan derhaka yang dilemparkan kepada beliau sangat tidak relevan dan tidak patut dibangkitkan sama sekali.
BERITA PENUH, KLIK DI SINI
Ahli Parlimen Kimanis kekal sokong PN
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin kekal menyokong Kerajaan PN walaupun terdapat segelintir pemimpin UMNO Pusat menarik sokongan mereka.
Kata wakil rakyat UMNO dari Sabah itu, beliau masih menyokong kerajaan PN sebagaimana pendiriannya sebelum ini dan menyifatkan tiada perubahan berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ahli Parlimen Maran zahir sokongan kepada Muhyiddin, taat setia kepada Agong
Ahli Parlimen Maran daripada UMNO, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua kerajaan.menyatakan sokongan tersebut selepas menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap nasib rakyat dan isu semasa yang melanda negara ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM
Parti Pribumi Bersatu Malaysia menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
DAP Perak enggan ulas, serah Majlis Presiden PH
Usul undi percaya: Pembangkang gesa sidang khas Parlimen sebelum 9 Ogos
Ahli-Ahli Parlimen Blok Pembangkang bersependapat bahawa satu mesyuarat khas Parlimen mesti diadakan sesegera mungkin dan tidak lewat dari 9 Ogos.
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka berkata mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Mustahil Muhyiddin masih ada majoriti' - Blok Pembangkang
Beberapa parti pembangkang mempersoal kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka kekal dengan pendirian menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tarik sokongan kepada Muhyiddin: Mereka ada kepentingan peribadi - Nazri
Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, pendedahan yang dibuat Muhyiddin itu membuktikan keputusan pihak yang menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINI
Ahmad Faizal terkilan dengan tindakan UMNO
Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terkilan dengan tindakan beberapa ‘rakan’ Ahli-ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, tindakan sekumpulan Ahli Parlimen berkenaan adalah bagi meneruskan agenda politik demi kepentingan peribadi.
BERITA PENUH DI SINI
Sidang Parlimen: 'Tidak perlu tunggu sehingga Sept - MUDA
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi menegaskan sidang Parlimen perlu diadakan segera, sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya beliau masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan hari ini, Biro Politik MUDA berkata, sepatutnya tiada alasan untuk melengahkan persidangan Parlimen sehingga September.
BERITA PENUH DI SINI
Kenapa Zahid takut jumpa semua MP UMNO? - Nazri
Ahli Parlimen Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu semua ahli Parlimen UMNO sebelum membuat sebarang keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
DAP Perak serah pada Majlis Presiden PH
DAP Perak enggan mengulas lanjut keputusan UMNO yang tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, kata Pengerusi DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming, pihaknya akan menyerahkan perkara itu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk membuat sebarang ketapan hala tuju politik di negeri.
BERITA PENUH DI SINI
Warisan tuntut Parlimen segera bersidang
Parti Warisan menuntut Parlimen bersidang dengan segera bagi membuktikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan di Dewan Rakyat.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, persidangan Parlimen itu akan menjernihkan keadaan politik semasa tanpa perlu menunggu sehingga bulan September.
BERITA PENUH DI SINI
'GPS bukan lalang ... ' - Abdul Karim
Kerajaan Sarawak bukan lalang dalam memberi sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Pusat ditadbir Perikatan Nasional (PN) ekoran penarikan sokongan UMNO.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jika dilihat sebelum ini Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN bagi kestabilan politik sekali gus meneruskan usaha menangani COVID-19.
BERITA PENUH DI SINI
Perutusan Khas Perdana Menteri
'Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah' - PM Muhyiddin
Terdapat beberapa pihak yang cuba menangguh di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan juga tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuk mencampuri urusan mahkamah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti, dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah tidak berbangkit.
Perdana Menteri berkata, beliau telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Krisis politik yang mendominasi sejak 2018 perlu dinoktah - Penganalisis
Polemik politik yang berlaku ketika krisis COVID-19 akan mempengaruhi gelagat pola pengundian dalam kalangan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian, pemimpin politik tidak seharusnya selesa dengan keputusan dibuat mereka ketika ini kerana kesan jangka panjangnya kepada orang ramai akan diterjemahkan pada kertas undi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Taat setia kepada Raja dan negara' - PM
"Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan." - Muhyiddin
'Teruskan tugas dan tanggungjawab anda' - PM
"Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh." - Muhyiddin
Jemaah Menteri, jentera pentadbiran terus berfungsi - PM
"Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19." - Muhyiddin
Undi percaya pada September
"Saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.
"Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September." - Muhyiddin
'Peletakan jawatan tidak berbangkit' - PM
"Dalam majlis menghadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli- Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.
Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit." - Muhyiddin
Lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan
PM Muhyiddin terima warkah Agong yang maklumkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya@MuhyiddinYassin @jpmgov_ pic.twitter.com/XaPNKLjdg5
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
PM Muhyiddin terima warkah Agong
PM Muhyiddin terima warkah Agong yang maklumkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya.
Perutusan Khas Perdana Menteri
Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 12.30 tengah hari, 4 Ogos 2021 pic.twitter.com/OW07AHAqcq
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
Perutusan Khas PM jam 12.30 tengah hari ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengadakan sidang media pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Perutusan Khas berkenaan akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen termasuk Radio Televsiyen Malaysia (RTM) dan Astro AWANI.
Setakat ini intipati berhubung sidang media itu masih belum dapat dipastikan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Peguam Negara beredar dari Pintu 2 Istana Negara
Update 12.13 tengah hari - Kenderaan yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat keluar dari Pintu 2 Istana Negara. pic.twitter.com/1nNyXOZoB2
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
PM tiba di Perdana Putra
Update 12.11 tengah hari - Kenderaan membawa PM @MuhyiddinYassin memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya. pic.twitter.com/sD4UMsrBt3
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
'Pas masih mendukung kerajaan PN, Muhyiddin' - Tuan Ibrahim
Pas ketika ini kekal dengan pendirian mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau, Pas juga komited untuk bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak COVID-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN).
BACA BERITA PENUH DI SINI
Nyawa rakyat harus diutamakan berbanding perbalahan politik - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru semua pihak mengenepikan perbezaan dan bersatu dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dengan penularan varian yang lebih ganas kini.
Zafrul berkata nyawa rakyat harus diutamakan berbanding perbalahan politik yang tiada kesudahan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM beredar dari Istana Negara selepas sejam menghadap Agong
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Duli Yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam sebelum meninggalkan Istana Negara sekitar jam 11.50 pagi.
Sebelum itu kenderaan yang membawa beliau memasuki Pintu 1 Istana Negara pada jam 10.53 pagi sambil beliau sempat melambaikan tangan kepada pihak media yang sedia menunggu sejak jam 7 pagi tadi.
Bagaimanapun tidak diketahui perincian sesi menghadap kali ini kerana telah menjadi kelaziman Perdana Menteri selaku ketua kerajaan untuk Menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu bagi sesi Mesyuarat pra-Kabinet.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kenderaan TPM masuk ke Perdana Putra
Update 11.53 pagi - Kenderaan membawa TPM @IsmailSabri60 memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pic.twitter.com/LUCZjqGrxX
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
Kenderaan PM keluar dari pintu utama Istana Negara
Update 11.50 pagi - PM @MuhyiddinYassin keluar dari pintu utama Istana Negara pic.twitter.com/Pn8tIWFvkU
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
Perdana Menteri tiba di Istana Negara
Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pintu Istana Negara sebentar tadi.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada sembah menghadap bersama Yang di-Pertuan Agong kali ini akan turut membincangkan perkembangan terkini politik semasa negara termasuk pengumuman penarikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibuat oleh UMNO semalam.
BACA BERITA PENUH DI SINI
[VIDEO] Kenderaan menteri masuk ke Istana Negara
Kenderaan para menteri mulai masuk ke di bangunan Perdana Putra di Putrajaya dari jam 11.30 pagi tadi pic.twitter.com/v10RdvYQRZ
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
Kenderaan PM masuk ke Istana Negara
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat melambai kepada media ketika memasuki Istana Negara jam 10:53 pagi.@501Awani pic.twitter.com/mOqb1ss5OU
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) August 4, 2021
[VIDEO] PM tiba di Istana Negara
PM @MuhyiddinYassin tiba di Istana Negara pada 10.53 pagi ini.@ISTANANEGARA_ pic.twitter.com/roDcxTa4NX
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 4, 2021
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri Interim boleh mewujudkan ‘War Cabinet’ atau sebuah kabinet sepertimana pengalaman UK dalam beberapa peristiwa besar untuk melawan pandemik penyakit tangan dan kuku, ‘Brexit’ dan Perang Dunia di zaman Winston Churchill.
'War Cabinet' bersifat inklusif, terdiri daripada wakil-wakil semua parti besar tidak kira kerajaan atau pembangkang.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bagaimana buktikan kerajaan masih ada majoriti?
PRU15 penyelesaian terbaik, kerajaan interim pilihan tepat - Penganalisis politik
Penyelesaian terbaik untuk isu politik hari ini ialah memberi mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun, Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, pilihan paling tepat pada saat pandemik kini adalah memulangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk penubuhan kerajaan interim atau sebaliknya.
Bagaimanapun jelasnya, kerajaan interim dilihat pilihan terbaik sebelum tibanya waktu sesuai untuk diadakan PRU15.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan masih wujud, kehilangan majoriti perlu dibuktikan - Penganalisis
Ke mana hala tuju politik negara?
Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan media
Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan petugas media yang mula berada di pekarangan pintu masuk seawal jam 7 pagi Rabu.
Biarpun belum dapat dipastikan apa yang akan berlaku, namun media tidak mahu terlepas merakamkan segala kemungkinan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Wartawan Raja Hisyam Raja Zaid kini di pekarangan Istana Negara
Petugas media mula hadir di pekarangan Istana Negara seawal pagi bagi meninjau perkembangan semasa selepas UMNO umum tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional semalam. @501Awani pic.twitter.com/U148KpNVQs
— Raja Hisyam (@RajaHisyam1) August 4, 2021
Kediaman PM jadi tumpuan
Rumah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menjadi tumpuan media pada Rabu susulan penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Seawal jam 7 pagi, kumpulan media mula berkampung di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, lapor Sinar Harian.
Setakat jam 9 pagi, tiada kenderaan membawa orang kenamaan atau orang politik masuk ke kediaman beliau.
TPM sambung perjumpaan dengan MP BN di Hotel Seri Pacific
Beberapa kenderaan membawa pemimpin parti politik dalam kerajaan termasuk menteri dilihat mula meninggalkan rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini malam ini.
Memetik laporan Malaysia Gazette, difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan ke Hotel Seri Pacific untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Agong isytihar darurat gantung PRN Sarawak, tak mungkin PRU pula akan berlaku - Pengerusi MPN
Buktikan PN masih ada sokongan boleh tenteramkan keadaan - Pengerusi MPN
Sandiwara ini belum berakhir, baru ‘babak kedua’ - Pengerusi MPN
Situasi sekarang hampir sama 'Langkah Sheraton' - Penganalisis
Tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, bukan satu perkara luar biasa.
Penganalisis Politik, Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat, apa yang terjadi adalah keadaan dinamik biasa dalam politik, malah situasi hampir sama pernah dilihat semasa 'Langkah Sheraton' tahun lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Pejuang enggan masuk campur, beri tumpuan krisis kesihatan, ekonomi - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tegas dengan pendiriannya untuk tidak mengulas berkenaan dengan kemelut politik negara ketika ini.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, parti itu menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar tumpuan ketika ini diberikan kepada langkah menangani krisis ekonomi dan kesihatan.
BERITA PENUH DI SINI
Pas akan adakan mesyuarat tergempar segera - Tuan Ibrahim
Pas akan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata mesyuarat itu akan diadakan segera bagi membincangkan situasi politik negara ketika ini.
BERITA PENUH DI SINI
Azalina sambut baik keputusan MKT UMNO tarik sokongan daripada PM, PN
Menerusi satu kenyataan media, jelas Azalina, keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri itu konsisten dengan pendirian parti berkenaan.
"Keputusan ini sememangnya selaras dengan asas dan tujuan parti UMNO seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO untuk mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan.
BERITA PENUH DI SINI
Ini empat kemungkinan bakal berlaku - Sivamurugan
Institusi kerajaan Perikatan Nasional secara tidak langsung 'telah tumbang' selepas pengumuman Presiden UMNO berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkembangan di kediaman Muhyiddin
Kerajaan masih wujud, kehilangan majoriti perlu dibuktikan - Penganalisis
Kerajaan masih lagi wujud meskipun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid, kehilangan majoriti ini perlu dibuktikan secara jelas terutama melibatkan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet PN.
BACA BERITA PENUH DI SINI
PM sudah hilang majoriti dan keabsahan, perlu letak jawatan
Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Shamsul Anuar letak jawatan
Tidak kurang sejam sebelum pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang pendirian UMNO, Datuk Seri Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keputusan dan pendirian UMNO.
BERITA PENUH DI SINI
MP UMNO bakal tarik sokongan dari Perikatan Nasional?
Sebelum ini, UMNO menetapkan pendirian bahawa parti itu akan menarik sokongan dan tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Susulan penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya tamat pada Isnin, beberapa pemimpin kanan UMNO memutuskan untuk tidak menyokong kepimpinan Muhyiddin, namun kekal menyokong kerajaan sedia ada.
BACA BERITA PENUH DI SINI