65 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari
Sebanyak 65 peratus daripada jumlah keseluruhan 267 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, setakat jam 12 tengah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kemas kini di laman Twitter, sebentar tadi.
BACA BERITA PENUH
65 peratus keluar mengundi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera!
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 25, 2020
Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 12.00 tengah hari :
Peratus Keseluruhan : 65%
Sumber: SPR
49 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi
Sebanyak 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 267 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, setakat jam 11 pagi.
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Info @sprgovmy @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19
33 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi
33 peratus keluar mengundi pada pengundian awal PRK DUN Slim setakat jam 10 pagi - @sprgovmy @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/6f4UD94Sg0
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Calon BN terlupa pakai baju lambang parti
“Saya terlupa...”
Demikian kata Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz selepas beliau tidak dibenarkan memasuki perkarangan Pusat Pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim kerana memakai baju korporat tertera logo ‘dacing’.
Jelas Mohd Zaidi, beliau tidak berniat untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BACA BERITA PENUH
“Saya terlupa"
“Saya terlupa...”
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Demikian kata Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz selepas beliau tidak dibenarkan memasuki kawasan Pusat Pengundian awal di IPD Muallim kerana memakai baju korporat tertera logo ‘dacing’. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/dfEjU3p2ew
Calon BN tiba
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz tiba di Pusat Pengundian awal di IPD Muallim sekitar 10 pagi bagi meninjau perjalanan proses undi awal @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/ppOfQdD1PF
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Pengundi awal wanita
Antara pengundi awal wanita yang selesai mengundi pada pengundian awal PRK DUN Slim @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/yUQTydEqZ4
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
16 peratus mengundi setakat 9 pagi
@sprgovmy memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal PRK DUN Slim adalah 16 peratus, setakat jam 9 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/KI463G6tSf
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
KKM lakukan disinfeksi di IPD Muallim
Petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) tiba di Pusat Pengundian Awal untuk melakukan
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
kerja disinfeksi di IPD Muallim @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/7w6Qop88Aw
Calon Bebas perbanyakkan aktiviti ‘walkabout’
Strategi berjumpa sebanyak mungkin pengundi di DUN Slim digunakan oleh calon Bebas, Amir Khusyairi dalam tempoh kempen yang berbaki beberapa hari lagi menjelang hari pengundian 29 Ogos ini.
Menurut beliau, hampir kesemua Pusat Pengundi Daerah (PDM) di DUN Slim sudah dilawati, dan pihaknya terus memperbanyakkan aktiviti ‘walkabout’
“Namun ini merupakan sentuhan kedua dan ketiga untuk bertemu dengan pengundi.
“Setakat ini strategi kami adalah bertemu dengan pengundi sebanyak yang mungkin untuk menambat hati mereka,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Antara pengundi awal
Antara pengundi yang selesai mengundi pada pengundian awal PRK DUN Slim di IPD Muallim, hari ini @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/HjPPnNvVdN
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Antara pengundi awal
Antara pengundi awal yang tiba di IPD Muallim untuk menjalankan tanggungjawab. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/L1E7chERnq
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Calon Bebas berkempen
Berbaki beberapa hari lagi berkempen, calon Bebas, Amir Khusyairi memaklumkan setakat ini pihaknya sudah hampir 100 peratus menjalankan kempen dan bertemu dengan pengundi-pengundi di DUN Slim. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/LktQhgQkNt
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Kempen bertemu pengundi
Berbaki beberapa hari lagi berkempen, calon Bebas, Amir Khusyairi memaklumkan setakat ini pihaknya sudah hampir 100 peratus menjalankan kempen dan bertemu dengan pengundi-pengundi di DUN Slim. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/LktQhgQkNt
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Garisan kuning
Pengamal media tidak dibenarkan melepasi garisan kuning yang ditetapkan @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/FBkpLJ7BzU
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
PRK DUN Slim: Pengundian awal bermula 8 pagi
Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dibuka pada pukul 8 pagi, di sini, hari ini.
Proses pengundian awal akan berlangsung sehingga 5.30 petang, membabitkan 267 pengundi awal di kalangan anggota polis, mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu di DUN tersebut.
BACA BERITA PENUH
Amir Khusyairi tiba
Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tiba di pusat pengundian awal sekitar pukul 7.35 pagi untuk meninjau proses tersebut @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/VfCEQnOSPb
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 24, 2020
PRK kedua dalam kebiasaan baharu
PRK DUN Slim merupakan PRK kedua yang dilaksanakan dalam kebiasaan baharu dengan pematuhan garis panduan pencegahan COVID19 @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/SSqBlPvtrm
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 24, 2020
267 pengundi awal polis
Seramai 267 pengundi awal polis akan menjalankan tanggungjawab dalam pengundian awal PRK DUN Slim hari ini @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/UQBmQlo6t7
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 24, 2020
Kumpulan Kompang Sinar 12
Kumpulan Kompang Sinar 12 Generasi ketiga Trolak Utara. Kumpulan ini ditubuhkan sejak tahun 80-an, dan kini diwarisi oleh generasi ketiga. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/HPD3SUK2Vn
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 24, 2020
Pantun tiga rangkap
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan tiga rangkap pantun - menyeru pengundi DUN Slim memilih calon BN @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/usVu9s90tF
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 23, 2020
Pematuhan SOP kempen PRK DUN Slim kekal
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim adalah kekal, setakat ini.
Timbalan Pengerusinya, Dr Azmin Sharom berkata syarat tersebut termasuk lokasi berkempen mestilah tertutup ataupun berpagar, kehadiran tidak melebihi 250 orang dan menyediakan pencair pembasmi kuman.
Bagaimanapun, jelas beliau, SOP tersebut boleh berubah mengikut keadaan semasa dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.
BACA BERITA PENUH
Tiada pelanggaran SOP
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom turut mengesahkan tiada sebarang aduan pelanggaran SOP diterima setakat ini sepanjang proses penamaan calon PRK DUN Slim, hari ini @501Awani #SlimMemilih
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
SOP kempen PRK DUN Slim kekal
SOP kempen PRK DUN Slim kekal seperti yang dimaklumkan oleh @sprgovmy sebelum ini. Bagaimanapun, akan dimaklumkan sekiranya terdapat perubahan SOP tersebut - Timbalan Pengerusi SPR @501Awani #SlimMemilih
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Kempek PRK DUN Slim bermula
Kempen PRK DUN Slim bermula hari ini sehingga pukul 11.59 malam, 28 Ogos - Timbalan Pengerusi @sprgovmy @501Awani #SlimMemilih pic.twitter.com/tceFggBMXC
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Pertandingan tiga penjuru
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), dan dua calon Bebas.
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus PRK Slim, Shamsul Ridzuan Idris, sebentar tadi @501Awani #SlimMemilih pic.twitter.com/JHcHasXtBp
Pertandingan 3 penjuru
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), dan dua calon Bebas.
Ia disahkan Pegawai Pengurus PRK Slim, Shamsul Ridzuan Idris ketika mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu.
Calon yang bakal bertanding ialah Mohd Zaidi Aziz, 43 (BN); calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili kem bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan seorang lagi calon Bebas yang juga guru Santhara Sekaran Subramaniam, 42.
BACA BERITA PENUH
Proses penamaan calon PRK DUN Slim berakhir
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ditutup pukul 10 pagi tadi selepas sejam dibuka.
Perkara tersebut diumum oleh Pegawai Pengurus PRK, Shamsul Ridzuan Idris sebentar tadi.
Setakat ini, tiga calon sudah menyerahkan borang pencalonan termasuk calon Barizan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas.
Ia masing-masing Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Sentharasekara.
Bagaimanapun, keputusan senarai calon yang layak bertanding dijangka diketahui pada jam 10.30 pagi ini di Dewan Sri Tanjong, di sini.
Pengumuman calon dijangka jam 11 pagi
Pengumuman calon PRK DUN Slim dijangka diketahui pada pukul 11 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Penamaan ditutup secara rasmi
Pegawai Pengurus PRK, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan proses mengemukakan borang bagi penamaan calon PRK DUN Slim ditutup secara rasmi pada pukul 10 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/3D2bsUaYgn
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Tiga calon tiba di pusat penamaan
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjong pada jam 8.56 pagi.
Mohd Zaidi yang merupakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim dijangka ditentang calon Bebas dalam PRK yang diadakan buat kali ke-12 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
BACA BERITA PENUH
Suasana di dalam pusat penamaan calon
Suasana di dalam pusat penamaan calon. @sprgovmy telah menetapkan bahawa hanya tiga wakil daripada setiap parti berada di dalam pusat penamaan. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/5i53rJE2IA
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Amir Khusyairi tiba di pusat penamaan
Calon bebas daripada kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, tiba di pusat penamaan pada pukul 8.58 pagi. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/Z8ndw3fAmj
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Calon BN tiba di pusat penamaan
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim di Dewan Sri Tanjong, di sini pada pukul 8.56 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/ziODQEXME6
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Calon Bebas, S.Sentharasekara pertama tiba
Calon bebas, Prof S.Sentharasekara menjadi calon pertama tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.54 pagi. Hadir bersama pencadang, P Chantiran dan penyokong, Chai Kin Kheong. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/IZiBxxG0tE
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Calon Bebas, Amir Khusyairi tiba
Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Slim pada 8.59 pagi. pic.twitter.com/7YY6Lb81Bo
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 15, 2020
Calon BN ke pusat penamaan calon
Calon BN, pencadang dan penyokong meninggalkan Bangunan Umno Bahagian Tanjong Malim di Pekan Slim River untuk ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Tanjong Malim pada pukul 8.20 pagi. @501Awani #SlimMemilih pic.twitter.com/raloiGlA1D
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Zahid tiba di pekarangan Bangunan Umno
Difahamkan juga, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru tiba di pekarangan Bangunan Umno Bahagian Tanjong Malim pada pukul 8.10 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Timb Pengerusi SPR tiba di pusat penamaan calon
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.04 pagi. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/CKypq5OPc4
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Pemimpin parti hadir beri sokongan
Antara yang kelihatan adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon. @501Awani
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Pemimpin PN berkumpul di pekarangan Bangunan UMNO
Pemimpin Perikatan Nasional berkumpul di pekarangan Umno Bahagian Tanjong Malim. Laporan daripada Abdul Razak @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/K12UUWRrxm
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Pematuhan SOP COVID-19
Setiap individu, yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon akan diambil suhu badan dan diberikan cecair pembasmi tangan. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/BGaAHf5jBN
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 15, 2020
Pusat penamaan calon dibuka 8 pagi
Pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjung, di sini dibuka pada pukul 8 pagi bagi proses penamaan calon.
Proses penamaan calon akan bermula jam 9 pagi dengan bakal calon diberi tempoh sejam hingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan.
BACA BERITA PENUH
Kebiasaan baharu
Selepas PRK DUN Chini, PRK kali ini juga menyaksikan amalan kebiasaan baharu perlu diamalkan. Ia termasuk penggunaan sanitasi tangan @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/qMZVYTSQqg
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 14, 2020
Suasana setakat jam 7.45 pagi
Setakat jam 7.45 pagi, tiada sebarang pergerakan penyokong atau mana-mana kumpulan hadir di sekitar pusat penamaan calon @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID pic.twitter.com/5tJGIS3jAM
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 14, 2020
Keadaan di luar pekarangan Dewan Sri Tanjung
#SlimMemilih Keadaan di luar perkarangan Dewan Sri Tanjung, Majlis Tanjung Malim pagi ini. Kawalan ketat oleh pihak polis dalam memastikan kelancaran dan keselamatan proses penamaan calon bagi PRK DUN Slim @501Awani #HapusCOVID19 pic.twitter.com/AqfLxlrGco
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 14, 2020
600 anggota polis bertugas
Dianggarkan 600 anggota polis ditugaskan untuk mengawal proses penamaan calon pagi ini. Penamaan calon akan bermula selama sejam bermula 9 pagi @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 14, 2020
Penamaan calon PRK DUN Slim hari ini
Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak hari ini ialah yang kedua berlangsung dalam keadaan negara masih di bawah perintah kawalan pergerakan akibat COVID-19.
BACA BERITA PENUH
Tiada lagi penggunaan berus, sarung tangan plastik
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini akan lebih cepat dan lancar berbanding PRK DUN Chini.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan oleh SPR pada hari pengundian tersebut.
BACA BERITA PENUH