'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet

Fareez Azman
September 28, 2023 14:26 MYT
MOHD NAIM: Jawatan ini satu amanah, di mana Allah SWT tentukan. Dia akan beri dan dia akan tarik. Jadi sebelum sementara ditarik, kita laksanakan amanah dengan sebaik baiknya. -Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan beliau tidak mendengar sebarang khabar berkaitan penyusunan semula Kabinet Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.
"Setakat ni saya tak dengar (isu rombakan Kabinet), tapi saya beritahu terus terang.
"Jawatan ini satu amanah, di mana Allah SWT tentukan. Dia akan beri dan dia akan tarik.
"Jadi sebelum sementara ditarik, kita laksanakan amanah dengan sebaik baiknya.
"Berikan yang terbaik dengan sedaya upaya sementara Allah SWT beri peluang kepada kita memikul amanah ini," katanya.
Reaksi Mohd Na'im mengenai khabar angin rombakan Kabinet
Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
Ujarnya, mesyuarat jemaah menteri membincangkan isu bekalan dan harga beras serta beberapa keputusan penuh berhubung perkara terbabit.
Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat melibatkan beberapa kementerian serta dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober depan.
#Mohd Na'im Mokhtar #hal ehwal agama #penyusunan semula kabinet #mesyuarat jemaah menteri
;