Empat laporan polis dibuat hari ini meminta tindakan undang-undang segera diambil berhubung lagu menghina pemimpin dan parti UMNO yang menjadi viral di laman sosial ketika ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Puteri UMNO Bahagian Merbok, Belia 4B Parlimen Merbok dan Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Merbok di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata lagu terbabit dipercayai mula disebar di internet pada tahun 2007 namun sejak tiga hari lalu menjadi viral di laman sosial.
"Sebab itu hari ini kami membuat laporan polis terhadap kebiadapan sekumpulan pemuzik yang menukar lirik lagu kepada kata-kata yang menghina UMNO," katanya pada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.
Shaiful Hazizy berkata tindakan beliau dan rakan-rakan lain membuat laporan polis adalah dasar tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan parti daripada fitnah dan unsur tidak sihat.
"Kita perlu berhemah dalam berpolitik, ada lunas-lunas dan landasan tertentu namun ini sudah di luar landasan dan muzik yang sepatutnya hanya sebagai hiburan dan berada di luar pengaruh politik, kini menjadi pentas sebar fitnah," katanya.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Shaiful Hazizy berkata tindakan beliau dan rakan-rakan lain membuat laporan polis adalah dasar tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan parti daripada fitnah dan unsur tidak sihat. - Gambar fail
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Lagu hina UMNO: Pemuda UMNO Merbok buat laporan polis
Empat laporan polis dibuat hari ini meminta tindakan undang-undang segera diambil berhubung lagu menghina pemimpin dan parti UMNO yang menjadi viral di laman sosial ketika ini.