Kunjungan PH ke pejabat MB Terengganu dapat pujian netizen

Atiqah Ismail
Mei 24, 2018 05:20 MYT
Ahmad Samsuri (kiri) menerima baik kunjungan Raja Kamarul Bahrin ke pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu semalam. - Facebook/Dr Ahmad Samsuri
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima baik kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
Kunjungan tersebut menerima pujian netizen selepas menyaksikan pertelingkahan berterusan yang berlaku sebelum ini di antara Pas dan PH, terutama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Pertelingkahan itu bermula sejak PAS memutuskan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat pada tahun 2017.
Dalam PRU14, Ahmad Samsuri menang mewakili Pas di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang dengan majoriti 6,028 undi, menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari Barisan Nasional dan Zarawi Sulong dari PKR.
Raja Kamarul pula tewas bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan wakil Pas, Ahmad Amzad Mohamed yang menang dengan majoriti 14,773 undi.
#Atiqah Ismail #Datuk Raja Kamarul Bahrin #Dr Ahmad Samsuri Mokhtar #Kuala Terengganu #Menteri Besar Terengganu #netizen #Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu #sambutan positif #wisma darul iman