Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan, beri sokongan padu kepada Najib

Astro Awani
Mac 24, 2016 15:14 MYT
Annuar memuat naik gambar menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang itu bersama wakil-wakil Barisan Nasional sedang menandatangani sebuah dokumen. -Gambar Facebook
Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menandatangani Deklarasi Kelantan, dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa memuat naik gambar yang menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang itu bersama wakil-wakil Barisan Nasional sedang menandatangani sebuah dokumen.
“Tengku Razaleigh Hamzah sebentar tadi menandatangani Deklarasi Kelantan, memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak,” tulis Annuar di akaun Facebook miliknya.
Beliau bagaimanapun tidak memberitahu lokasi perjumpaan itu.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

YBM TG RAZALEIGH HAMZAH sebentar tadi menandatangani DEKLARASI KELANTAN memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO Dato Seri Najib Tun Razak...

Posted by Tan Sri Annuar Musa on
#Annuar Musa #Deklarasi Kelantan #Najib Tun Razak #Tengku Razaleigh Hamzah