Ku Li setuju desakan pinda perlembagaan UMNO

Muhafandi Muhamad
April 19, 2022 08:30 MYT
Ahli Parlimen Gua Musang itu mendakwa ada kalangan ahli melanggar peraturan ditetapkan. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah setuju dengan desakan ahli akar umbi berkaitan keperluan meminda perlembaan parti.
Beliau berpandangan, perlembagaan perlu seiring dengan situasi semasa, bagi memastikan tahap kepatuhan tinggi.
Ahli Parlimen Gua Musang itu mendakwa ada kalangan ahli melanggar peraturan ditetapkan.
"Saya setuju syarat buat begitulah. Jangan syarat nak pinda, 3 tahun kemudian baru ada pemilihan, tak kenalah. Tarikh mesti ditetapkan.
"Macam syarikat juga, akaun sudah cukup atau genap setahun, maka ada masa dua tiga bulan mesti diadakan mesyuarat agung untuk bentangkan penyata dan untuk memilih pengarah-pengarah baharu.
"Sama juga dalam badan sukarela, seperti parti pun mesti ditetapkan awal. Jangan ada nak ubah-ubah, saya rasa tak adil," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan, Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei 2022 bagi melakukan pindaan perlembagaan berkaitan tempoh pemilihan parti.
Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021.
#Tengku Razaleigh Hamzah #Perlembagaan #UMNO #pinda
;