Krisis UMNO lebih buruk kalau pecat Muhyiddin - Razali

Astro Awani
Ogos 29, 2015 16:06 MYT
Razali mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa tindakan memecat Timbalan Presiden UMNO itu bakal mengundang perpecahan yang lebih buruk. -Gambar fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim menyifatkan krisis yang dialami oleh UMNO ketika ini akan jadi lebih teruk sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti.
Beliau mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa tindakan memecat Timbalan Presiden UMNO itu bakal mengundang perpecahan yang lebih buruk.
Malah Razali yang juga Ahli Parlimen Muar menegaskan pendirian secara peribadi menentang dan tidak akan membenarkan perkara ini berlaku.
"Saya tidak akan benarkan perkara ini berlaku. Saya tidak akan menyokong. Saya mahu pesan bahawa perkara-perkara ini jadi perbahasan yang membuatkan kita berpecah," kata Razali semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Muar.
Beliau mengulas khabar angin yang mengatakan kononnya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadual berlangsung 9 September ini bertujuan menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden kerana sikapnya yang lantang mengkritik Presiden UMNO.
#dipecat #Muhyiddin #pimpinan parti #Razali Ibrahim #UMNO
;