Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel

Suganthi Suparmaniam
Jun 25, 2015 23:47 MYT
Menurut Palanivel, beliau sudah menyerahkan cadangan beliau kepada Perdana Menteri semasa perjumpaan mereka pada Selasa. - Gambar Fail
Datuk Seri G Palanivel hari ini berkata tiada sesiapa yang berbual dengan Datuk Seri S.Subramaniam selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu.
Palanivel, yang memutuskan ini adalah petanda yang beliau adalah Presiden MIC yang diiktiraf oleh Kabinet, berkata Dr Subramaniam hanya mendiamkan diri dan berwajah masam sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.
Dalam perkembangan lain, Palanivel ketika ditemui di Putrajaya berkata beliau akan bejumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan satu mekanisme pemilihan parti yang baru.
Menurut Palanivel, beliau juga sudah menyerahkan cadangan beliau kepada Perdana Menteri semasa satu perjumpaan yang diadakan pada Selasa.
"Saya sudah menyerahkan kepada Najib. Biar beliau teliti dahulu. Kalau beliau setuju, kami akan teruskan pemilihan parti. Kami akan tunggu," katanya.
Palanivel tetap berkata bahawa beliau merupakan Presiden parti itu walaupun terdapat ura-ura bahawa Pertubuhan Pendaftaran (RoS) sudah mengeluarkan surat yang menyatakan Palanivel telah kehilangan keahliannya.
"Saya ada mendengar ura-ura itu tetapi saya tidak mendapat sebarang surat," katanya.
#G.Palanivel #MIC #Najib Razak #ros
;